Sunday, December 20, 2015

Keluar EPF Akaun 2

Korang rasa dan sedar x living cost skang tinggi ya hamat sangat. Gaji laki bini 10k pun x cukup weiiii. Ni baru sorang anak. Kalau org gaji kecik anak ramai camne la agaknya ek. Bayar rumah, kete, bil2 je dah nak pengsan. Belum campur barang dapur, susu anak, pampers. Mana nak cekau dowhhh. Skang memang penjimatan abeh laa. Almost hari2 bawak bekal. Tu la penjimatan yang terdaya. Yang len x tau nak cut camne.

Oleh kerana desakan kos hidup, aku telah mendecide mengeluarkan epf akaun 2 aku untuk cover installment rumah Kuantan aku tu. Harapkan sewa je x tercover. Tapi aku try buat untuk setahun dulu even duit aku cukup utk 3 tahun. Tapi kalau boleh aku x nk kosongkan terus akaun 2. Nanti dh retire sengsara plak.

Step untuk withdraw akaun 2 tak la susah sgt. First kne call bank yg loan rumah kte tu. Ckp kat dia nk statement for epf withdrawal. Sebab epf ada own format which memang bank tau. Macam aku loan kat Maybank Jalan Pudu. Aku call request statement. Dalam seminggu camtu dh siap. Dia soh dtg amek tapi sebab malas aku soh dia courier. Tetiba aku cek m2u ada deduct RM21.20 tanpa description. Letih aku pikir transaction ape tu. Tengah2 pikir courier statement pun sampai. Dalam tu ada bgtau caj for statement RM10.60, courier RM10.60. What the. Masa call x bgtau plak ada caj. Huhhhhhh.

After dh dpt statement, fotostet ic depan belakang, fill up form (bleh dpt form online) and print bank statement to verify bank account utk credit duit nanti. Jgn lupa bwk statement bank tadi kalau x sia2 jer.

Dah complete semua doc aku pun pegi la epf petaling jaya. Dah la puasa time tu. Gigih pegi jugak. Sbb dah Khamis, kalau x kne pegi mggu depannya plak. Sampai je epf, tetiba minah counter tu ckp statement bank tu salah type date S&P. Aku kne g bank balik utk betulkan. Hoiiii jalan pudu jauh hoiiii. Ok fine. Epf tau date S&P sebab dulu masa beli rumah aku withraw epf jugak. Kalau x diorang x tau pun. Aku pn pegi la Jalan Pudu. Penat weiiii.

Dah la aku ngan laki aku ada mutual understanding bahawa Maybank Jalan Pudu tu adalah Maybank yg tinggi depan Pudu Sentral tu. Confident wei. Sekali g counter dia ckp dik ni Menara Maybank Jalan Tun Perak. What theeeee???

Dia pun bagi direction g Jalan Pudu. Cissss sgt. Panas plak tu. Naik motor plak tu. Puasa plak tu. Huhhh mencabar betul. Oh lupa dahla tgh2 jalan baru perasan minyak motor nk abeh. Naseb perasan sebelum kering kontang. Nampak x cabaran tu.

Sampai Maybank Pudu tu pegawai yg buat surat tu cuti la plaaaakkkkk. Adohaiiiii. Tpi org kaunter tu mintak pegawai lain attend case aku. Lama jugak aku kat situ sbb dia nk cari agreement aku. Pada agreement tu mmg date yg betul pada statement. Ah sudah. Confuse dah. Tapi ada schedule yg ckp aku de sign first agreement setahun sebelum date pada statement tu. Pegawai tu ammend la statement tu.

Aku pun pegi la epf balik. Baru la setel segalanya. Huuuuu lega lega. Harap2 dengan kua epf ni dpt la menampung cket2 mana yg patut. Nk naik sewa rumah x sampai ati lagi. Tunggu la cket lagi.

Thursday, December 10, 2015

Adam Tukar Susu Lepas Pandai Meniarap

Baru2 ni Adam sembelit. Setakat ni 2x la. Nak nangis hoi tgk dia sembelit. Maka dengan itu aku ngan laki aku decide tukar susu. Sekarang enfalac a+ gentlease. Pening nk decide nk tukar susu ape. Last2 amek enfalac a+ jugak tp bukan gentlease. At least same brand still same taste. For first time tu campur2 dulu. Ble nampak dia serasi baru maintain je susu baru. In term of price, susu baru slightly murah. Tp x murah banyak la. Satu tin yg 900g RM97. Bila try setin dh ok terus beli sekotak yg ada 3pack 600g. Harga RM190. Macam nk pengsan tgk hrga susu. Takpela demi anak.

Adam dah pandai meniarap sendiri sgt. Pantang letak baring je terus pusing. Masa nk pakai pampers pun bukan main suka nk pusing. Kalau malas aku sarung pant je. Senang citer. Huhuuu

Friday, November 27, 2015

Adam Rizqi 5months!

Harini Adam dah umur 5 bulan. Rasa cpt je masa berlalu. Macam baru lagi lahirkan Adam. Selama 5 bulan memegang status ibu ni, banyak perubahan. Yang paling ketara jadual hidup la berubah. Especially time tido. Kena follow time dia. Tp Alhamdulillah sekarang Adam tido pukul 12 bangun pukul 8 pagi. Kadang2 dia bgn time subuh. Tp kalau tak susu before tdo pukul 3 dia bgn susu kejap. So xde menganggu waktu tdo aku sgt. Kadang2 je dia tdo lambat pukul 2 pagi cmtu. Sbb siang tdo byk. Sabo je la time tu. Pastu tdo nk dodoi2. Kalau x ngamuk resah gelisah. Kat taska pun ok xde masalah setakat ni. Syukur sgt.

Perkembangan dia setakat ni, baru pandai nk meniarap sendiri. Mengiring tu dh pandai dh. Ckp byk. Jerit pn selalu. Suke dengar ibu abah nyanyi2 panggil dia. X suka duduk sorang2 sunyi2. Agaknya sbb dh biasa meriah kat taska kut. Suka masuk jari dlm mulut. Bukan jari je tpi segala benda la. Suka main air liur. And the impress thing, dh kua gigi bawah. Omey sgt.

Dalam banyak2 nikmat yg Allah kurniakan kat aku, nikmat anak ni adalah nikmat terbesar, terhebat dan terbahagia aku rasa. No doubt at all. X kisah abeh duit byk, x kisah penat lelah, x kisah x cukup tido. He is everything. As long as anak sihat, bahagia, gembira. Bila tgk muka anak, hilang segala ape rasa yg x senang. X tau mcm mana nk ckp. Mak2 je phm perasaan ni. Aku bersyukur yg x terhingga sebab Allah bg kesempatan utk aku rasa kebahagiaan x ternilai ni. Syg kat anak x sm mcm syg kat mak bapak, kat suami, kat kwn2. Syg yg x terbanding. Ermm x reti la nk ckp cmne. Tp tu la rasa dia. Rasa yg sgt hebat.

Semoga membesar dengan baik ye syg. Jangan degil2, rajin solat, rajin mengaji. Jadi anak soleh.

Thursday, November 26, 2015

Hai-O Mineral Cofee, Bio Evolve

Hai-o adalah jenama MLM yang dah lama wujud kat Malaysia ni. Main product dia yg femes adalah premium beautiful (korset n girdle) utk body reshaping and weight loss jugak. Lepas tu product dia yg femes, sabun hijau tu, mineral coffee and water filter.

Aku ni bukan la peminat MLM sgt. Tapi mama pengasuh Adam tu jual product ni. Oleh kerana nak amek hati pengasuh Adam aku beli la mineral coffee tu 2 kotak. Lagipun aku memang minum kopi pun pagi2. Aku try satu sachet ttbe aku sakit kepala. Esoknya aku try lagi. Pun sakit lagi. Maknanya aku x sesuai ngan kopi tu. Maybe aku x bleh minum 3in1. Yelaaa biasa aku minum kopi o jerr. Aku pun terus kasi 2 kotak tu kat laki aku. Sekotak RM30 20sachet.

Beberapa hari lepas tu mama ckp nk dtg rumah, nk citer pasal hai-o tu. Dia pun datang dengan mentor dia. Citer la pasal hai-o. Aku x reti nk tepis dah. Naseb dlm banyak2 product tu aku tertarik dengan water filter. Sebab memang tgh cari pun. Kebetulan ada offer. Aku pn beli la sambil terus sign up jadi ahli.

Water filter tu nama bio evolve. Kecik dan cantek (sebab kaler hijau my fav kaler). X pakai letrik and x perlu water pump. So just nice. Lepas seminggu je pakai ketara kotoran lekat kat filter luar yg bleh nampak tu. Kotor gila air aku minum selama ni. Huhuuu.

Nanti aku amek gambo

Friday, November 20, 2015

Interview Session

Semalam aku attend satu interview session. Interview tu utk manager post dalam Gems jugak. AGM kat situ pn aku familiar. Selalu keje dengan dia. Basically, first reason aku apply adalah sebab selesa keje dgn dia. Dulu dia manager now dah naik agm. Then, sebab aku nk belaja benda baru selain SAP. Aku tau SAP ni adalah benda yg interested and kalau aku dapat kuasai, aku ada value yang tinggi. Tapi aku x pernah bercita cita utk jadi SAP consultant pun. Aku memang nak in TM forever.

Aku candidate kedua. Pttnya 9.30 start tapi mamat before aku tu lama gle. Kul 10 baru dia keluar. Hoii dia cakap apa lama sgt. Aku dah sangat lama x attend interview. Nervous la jugak. Tp wat derk jer. Soalan first yg aku ingat, what is roles and responsibility manager post yg aku apply tu. Aku jwb tp x memuaskan hati panel. Then, why aku apply that post. X sayang SAP ke. What I will be in 5 years time. What challenge that I foresee in that post. Aku rasa interview tu tak went well. Aku rasa mcm dh prepare jugak cket2. Tp ms kat dalam tu aku jadi mcm blur tak boleh jawab. Panel pun ckp aku nmpk x well prepared. So dh tau la jawapan kan. Confirm fail. Hahahaaa

Basically before interview aku xde la berdoa semoga dpt post tu. Tp aku berdoa, kalau post tu terbaik utk aku, suami dan anak, dapat la aku post tu. Tp kalau tu bukan terbaik aku redha kalau tak dapat. Aku takut jugak kalau aku dpt post baru tu, aku kne balik lmbat, keje pressure. Which akan mengganggu kualiti time aku dgn anak yg baru nk membesar. Aku xnk macamtu. Aku nk work life balance. Aku bukan workholic. Aku syg kerjaya dan family aku. Tp priority aku of course family. Family always first.
Tapi kalau dapat, pun alhamdulillah. At least kerjaya aku dh move forward and better financial perhaps. Kalau dpt, aku kne lebih strong to face the challenge and kne pandai manage time.

Result belum tahu lagi. Aku dpt rs 99% aku x dpt. Hahhahahaaaa. Always pray for the best!

Tuesday, November 17, 2015

Adam Jumpa Dr Foo Lagi!

Semalam bawak si Adam jumpa Dr Foo lagi. Basically follow up dengan dia dah done. Tapi semalam aku sambung jumpa lagi sebab nk amek vaksin for rotavirus and pneumococcal. 1st dose last month aku amek kat KTS. Masa tu bill RM498. Kat Pantai semalam RM380 sahaja. Sebab procedure and consultation doctor charge to insurance. So jimat di situ. Suke2. Tapi Pantai hospital sekarang dah macam GH. Ramai gila manusia. Agaknya sebab banyak company cover kan. So why you want to go to GH kan. Guna la segala benefit yg ada. Tapi rasanya ramai jugak yang self pay. Boleh detect la muka self pay tu macam kaya2 jer. Huhuuu

Rotavirus ni ada 2 type rupanya. Dr Foo la tnya yg 1st dose dulu type apa. Terpinga2 kejap. Pastu call KTS tanya. Dia ckp rotateq (x sure correct spelling cmne). Rotateq ni complete dose dia 3x. While rotarits (pun tak tau correct spelling) complete dose 2x jer. So Adam ada balance lagi 1 dose untuk rotavirus. Rotavirus vaksin price RM190 kat Pantai. Rotavirus ni oral, masa doktor bagi makan ubt, Adam baik sgt menikmati ubt tu mcm sedap sgt. Dah abeh ubt pn siap muke x puas nak lagi. Goodboy sgt anak ibu.

For pneumococal plak. Complete dose pun 3x. Tapi bleh amek booster on 4th dose. Yang ni pn ada few type jugak. Tapi aku x ingat sebab nm dia ssh nk sebut. Tp semalam Dr Foo bagi the best one. And solution tu akan bagi mild discomfort to baby. Price also RM190. Vaksin ni Adam ada balance lagi 2 dose including booster. Pneumococal ni kena inject. Masa inject Adam x nangis tapi few second lepas tu dia nangis tp kejap je. Pastu gelak balik. Strong baby!

By 27th ni Adam is 5months. By right dia kena amek mandatory immunisation (5+1) tu. Tapi according to Dr Foo, just come one month later. Kalau ubt tu ada stock, dia akan bg yg tu dulu and additional vaksin month after. Huuu pening jugak aku nk paham schedule vaksin ni. Plus sekarang ubat susah sgt nk dpt. Bertabahlah.

Haaa lupa nk cerita, pagi before g hospital tu Adam nak berak. Masa tu nk mandikan dia. Pastu nampak dia nk teran. Masa tu aku dh bukak pampers dia. Nampak kua seketul keras tp x lepas keluar. Sian dia. Sembelit plak. Ni first dia sembelit. Menangis2 dia. Aku pn rasa nk nangis tgk. Dah xtau nk wat cne. Paham sgt skt tu. Kalau org tua sembelit pn sakit ni plak baby. Pastu aku pakaikan balik pampers dia, dukung2 calm kan dia. Dia try jugak teran. Sian sgt. Pastu aku bagi air zamzam cket. Pastu baru dia berjaya lepaskan semua sambil nangis. Stool dia byk jugak and memang keras. Pastu ada blood cket kat stool dia. Agknya sbb dia teran tadi kut. Aku cerita kat Dr Foo. Dia ckp normal constipation utk baby yg consume susu formula. Tapi kalau selalu sgt kena so need to tukar susu. Harap2 pasni ok dah laa. Sorry Adam. Ibu tak mampu nak fullt breastfeed Adam. Kalau x mesti guts Adam ok je all the time. Sorry sayang.

Semalam jugak first time Adam duduk dalam carseat. Behave sgt. Tp oleh kerana dia nk tido, aku riba la dia. Sian plak kepala terlentok2. 

Semoga Adam membesar dengan baik.

Wednesday, November 11, 2015

Tong Gas Meletup!!

Cuti Deepavali aritu aku balik Kuantan. Hantar parents aku balik. Maka secara official aku akan menjaga Adam bersama laki aku jer. Huuuuu. Before balik sempat lagi mak aku ajak singgah Kenanga. Tak puas lagi shopping last week. Huhuu. Tapi kejap je singgah. Sbb dh spot kedai nk pegi.

Sampai Kuantan around 3.30pm cmtu. Tetiba masuk rumah bau sesuatu. Tengok2 berlambak taik tikus. Bila plak la rumah tu ada tikus. Cissss. Msti sebab lama xde org, so mereka pun membuat party buih kat rumah tu. Hampeh betol! Esoknya aku g UTC, bukak akaun tabung haji si Adam Rizqi. Register haji tahun 2091 baru boleh pegi. Sian anak ibu. Huhuuu. Sementara kat Kuantan, aku pun pegi la tunas manja beli susu dia and pampers. Since Drypers kerap bocor sekarang (Adam kencing banyak), maka aku decide switch to Huggies plak. Harga pun not much different. Hari Selasa aku pun balik KL.

Sesampai kat rumah biasa la kemas2 rumah, basuh baju, lepak2 tgk movie, main ngan si Adam.
Malam tu tengah2 aku ngan laki aku makan tetiba dengar bunyi pppooommm. Kuat giler. Terkejut la jugak. Pastu de rasa gegar cket. Aku tnya laki aku, bunyi ape tu? Dh tau la jawapan dia msti la dia pn tak tau. Tapi secara spontan msti la tnya kan. Hahahaa. Ktorang pn wat derk jer.

Dah siap mkn, main2 ngan Adam. Tetiba bunyi siren bomba. Laki aku jenguk bawah tgh ada lori bomba datang. Pstu kat pool tu ramai org. Ok ktorang terus buat analisis de kejadian sesuatu yg bunyi kuat td. Aku pk eh ade org bunuh diri ke? Tembak diri. Eh kejam sgt. Ke de bnda jatuh, ke kereta meletup. Eh tak tau laa. Laki aku pun turun g buat siasatan. Aku cam biasa la layan si Adam. Nasib dak tu behave sgt.

Dalam aku duk berdua ngan anak aku tu, aku dengar bunyi org bising2 kat luar rumah aku. Cuak la jugak. Heh apa jadik ni? Laju2 aku call laki aku. Dia ckp bomba ckp de kejadian letupan. Tapi tak tau dari mana. And diorang suspect dari depan rumah aku. Depan rumah aku tu plak dua2 indian. Of course la xde, balik kampung beraya. Bomba de terbau hangit kat dapur rumah org tu. Terus cuak serta merta rasa nk g pakai baju cantik2 nk siap2 tdo hotel mlm ni. Hahahah

Pastu tengah2 usaha nk call tuan rumah tu, pak guard call. Dah jumpa tempat sebenar meletup. Rupanya level 5. Same area dgn rumah aku jugak. Tong gas dia meletup. Tuan rumah dh xde. G hospital sbb anak dia injurt. De la org call tuan rumah tu soh balik sbb bomba nk siasat. Dia pun terkocoh2 la balik (aku bygkan la mesti la terkocoh2 kan, dhla anak injurt, gas meletup). Sementara tggu dia balik tu, bomba plak nk naik rooftop. Aku duk dlm rumah ni duk dengar tungtang2 kat lift. Aku pikir ape plak tu. Rupanya kunci grill nk g rooftop tu x ditemui. So bomba nk pecahkan. Ptt la bunyi scarry gle. Rumah aku dh la atas sekali. Heh macam2 aku pikir.

Pastu tuan rumah tadi pn balik, bomba pun masuk rumah dia. Bomba siasat and dapati bahawa gas dia bocor pastu gas dh memenuhi ruang rumah dia lalu meletup. Tapi x terbakar sbb dia xde on api or letrik. So naseb baik laa. Anak dia injurt maybe terjatuh ke ape ke x sure la. Tapi laki aku ckp de kesan darah dlm rumah dia. Sian plak kat dia. Bomba tu ckp bila rumah dh penuh gas camtu even duit syilling pun x boleh jatuh kat ats lantai. Sbb boleh menyebabkan geseran and menghasilkan percikkan api lalu terbakar. Hohhh bahayanya. Kalau ada org tekan door bell pun bahaya. Baru aku tau sekronik tu sekali.

Seme kejadian ni diceritakan oleh laki aku. Aku duk rumah je ngan anak aku. Melayan dia meniarap. Tah bila la nk pandai meniarap sendiri. Xpela ibu tolong Adam yer.

Pagi esoknya, aku hantar Adam g taska cerita la kejadian tu kat Mama dia. Mama dia ckp dh penah jadi awal tahun aritu. Tp masa tu terbakar. Level 7 kut masa tu. Aku berdoa semoga kami sekeluarga dilindungi dari perkara2 yang menakutkan dan bahaya macam tu.

Now parents aku dah x duk sekali ngan aku. Memang la best duk ngan parents kan. Tapi sampai bila. Aku kena la berdikari besarkan anak, jaga rumahtangga. So now serba serbi aku dan laki aku kena wat sendiri. Pagi mmg xde la breakfast cam dulu. Back to makan roti. Huhuuuu. Kemas rumah sdiri, masak sendiri, jaga Adam. Harap2 kami kuat! Yang penting dpt spend quality time dengan Adam.

Friday, November 6, 2015

Water Heater Jahanam

Aku pasang water heater rumah aku sejak pindah sini lagi. Aku bli brand Rubine. Beli kat Houz Depot Jalan Tar. Masa beli tu belum GST kut. RM700++ rasanya. Sebab dia ada water pump and silent inverter. Masa tu rumah aku tengah renovate lagi. So aku suruh la contrator tu installkan. Dah alang2 dia renovate kan. Lepas dh setel semua aku pn start guna. Memang hari2 guna. Sebab masa tu aku pregnant kan. So mmg hari2 nk mandi air panas la. Mandi air sejuk rasa cramp badan. Aku puas hati dengan water heater ni sebab panas dia stabil. Takde la kejap panas kejap sejuk. Pastu bunyi pun x kuat sgt.

Masa aku dalam pantang tak tau la laki aku guna ke tak. Rasanya tak kut sbb dia x suka mandi air panas pun. Bile aku blk kl, bawak balik Adam baru la start guna balik. Aku mandi rs masih sperti dulu. Pastu bila nk prepare air mandi Adam, laki aku akan pasang panas gila then campur air sejuk. Kira tadah air panas letak dlm tub mandi Adam la. Malas nak masak air.

Satu hari aku mandi aku bau hangit macam plastik terbakar. Aku perasan bila aku on heater. Cuak la sbb water heater kan. Aku suspek sebab bukak too hot masa nk mandi Adam. Tapi makin lama makin kuat bau tu. Since Rubine ni still under warranty, aku pun soh laki aku call service center dia. Technician dia pun dtg and check. Dia cek memang main board tu dh terbakar. Dia ckp sebab org yg install tu guna plug 13A. Patutnya utk heater and aircond kena 15A. Tapi dia tukar suis sbb x bwk barang. Dia just tukar main board je. Since still under warranty so free of charge la. Syukur.

Pastu balik keje aku pun pegi beli plug 15A tu. Mahal jugak. Sekali suis dia dh RM48. Takpela asalkan selamat.

Aku try jugak guna even belum tukar suis. Memang ada lagi bau hangit. So aku suspect memang dr suis and plug tu la. Esoknya org maintenance dtg rumah sebab nk baiki bocor. Aku pun pesan kat mak aku mtk tolong dia tukar suis. Nasib dia ok and tak caj pape pun.

Lepas tukar tu aku mandi waaaaaahhh nikmatnya. Takde lagi bau hangit dan ketakutan.

Hasil kejadian ni aku pun google la wiring rules for water heater. Rupanya mesti guna plug 15A sbb boleh cope dgn appliances yg high voltage mcm heater and aircond. Lepas tu suis kat luar tu mesti guna yg 20A. Yang ni nasib baik betul. Plus, xleh sesuka hati sambung dari connection lampu. Kena connection khas. Rumah aku memang dh prepare connection khas utk heater. So xde problem utk yg ni. Bengong punya contractor. Dh bertahun buat wiring takkan tu pun xtau. Huhhhh!!! Rugi plug scheneider aku yang harga RM30++ tu.

Thursday, November 5, 2015

Adam Rizqi kat Taska Zaidan

Hari ni hari ke-4 Adam Rizqi kat Taska Zaidan. Taska Zaidan ni located kat ground floor apartment aku (zamrud apartment Jalan Klang Lama. Aku tak update pun lagi pasal beli apartment ni). Masa dekat2 nk beranak dulu aku duk pk mana la nk letak anak aku ni nanti. Aku tau kewujudan taska tu tapi x penah call sebab kalau boleh nk hantar rumah org for unknown reason. Hahahaa. Sbb tanak dia mingle dengan ramai sgt kids kut. Dia kan kecik lagi. Fragile.

Masa aku dalam pantang, aku start searching for babysitter. Dahla aku pindah sini ms dekat2 nk beranak. So mmg x familiar area ni sgt. Aku pun join kelab pengasuh dalam fb. Terus advertise nk cari pengasuh. Berdesup berduyun org pm. Terus pening tak reti nk pilih. Hahahaaaa. Tapi most of them duduk dekat kg pasir, pantai permai, pantai dalam. Memang those area aku lalu utk g opiz tapi tak boleh la jalan kaki. Means that aku kne naik kete g opiz. Rate pulak range RM400-500. Gila kauuuu. Dah la mahal, kena g keje naik kete, redah jam pagi buta, x dpt parking free kena byr mahal, balik pun jam, lalu tol plak, minyak lagi, smpai lambat kne ot plak amek anak lambat. Hoiii lari bajet. Takleh2. Thats also the reason aku tanak hantar anak ke Taska TM tu. Sbb kena drive. Yg jimat part ot je. Sbb sharp on time boleh amek anak angkut letak opiz sementara nk tunggu balik. Dalam ramai2 org pm tu xde sorang pn yg duduk di walking area. Samada zamrud or delima or mutiara apartment.

So after long discussion dgn husband, we have decided to try contact taska bawah tu. Laki aku pun g la amek no kat pintu taska tu lalu aku pun tepon. Tpi sebelum tu aku soh laki aku usha dulu taska tu. Masa ni aku tgh pantang lagi. So x dpt la nk usha. Trust 100% pd laki aku je la. Laki aku ckp taskanya besar, utk baby ada room khas. Tapi taska ni kosong xde pape. Toys takde, tikar takde, de toto je. Sng cite x ceria macam taska lain laa. Staff all malay. So lega disitu. Aku pun ah xpela try je la call dulu. Cakap direct dengan owner. Dia pun ckp normally for baby below 1year dia akan amek max 3 org je. And for now yg paling kecik dh setahun stgh dah. Kira kalau Adam masuk he is the only baby laa. Ada 3 org staff. For baby 1 dedicated staff. Rate RM350 from 6.30am-6.30pm. Ot RM5 per half an hour. Ok basically aku berpuas hati. Jimat banyak disitu. Aku boleh g keje naik moto. Aku plan nk hantar dia masa dia 3 bulan. Parents aku ikut duk kl utk monitor dulu la. Sesuai ke x. 

After confinement leave aku pun balik kl. Tapi hati berat nak hantar Adam g taska. Macam too soon plak. Hahhaha. Hati ibu. Plus aku dh tgk keadaan taska tu. Sm mcm laki aku cte laa. Besar tapi kosong. Budak2 pun tdo atas toto jer. So aku mtk parents aku stay for another one month. Ttbe Adam plak kne rotavirus. So lagi la aku nk hantar Adam masa dia 4mths. At least dia dh kuat cket.

So lama la parents aku duk ngan aku. Bahagia sbb setiap pagi dh ada breakfast. Setiap pagi jugak bwk bekal. Kadang2 bihun, kadang2 mee, kadang2 kuew teow, kadang2 nasi goreng. Heaven kan. Yela syurga kan dibawah tapak kaki ibu. Huhuuu

Masuk je Nov aku terus hantar Adam g taska. Pengasuh dia nama Kak Jah. Looks lovely. Masa mula hantar hati berdebar. Bila borak dengan pengasuh dia hati lega. Alhamdulillah. Kak Jah nampak syg baby. Adam pun looks fine. Balik mak amek. Saje je sementara mak kat sini lagi. Next week mak blk Ktn dh.

Adam is very good, great and independent boy. Dia tak takut ramai budak. Dia tak nangis. Nangis bila nak susu jer. Dia main cam biasa. Main jari jemari dia je. X bawak toys sbb takut hilang. Based on experience and cerita parents lain setakat ni Alhamdulillah tak pernah ada kes kat taska tu. Semoga Adam selamat dan sihat selalu. Happy tgk Adam ceria je selalu. Be good always ye sayang. Ibu abah love you so much!

Kitkat Sakura Matcha

Kemarin makan Tokyo Banana Cake. Harini org yang sama (si Farid yg baru balik Jepun) bawak Kitkat Sakura plak. Harga kat sana pada kotak tu ¥1500. Lebih kurang RM40 lebih kut sekotak. Mahal jugak kan.

Basically Kitkat ni base dia macam Kitkat Greentea tu. In fact Kitkat Greentea tu pun from Japan and baru masuk Malaysia. Tapi Kitkat Sakura ni ada extract bunga Sakura which taste slightly difference from Greentea. Kaler dia pun light sket compare to Greentea version.

Aku sukr both. Tpi lagi suka Greentea. Sbb rasa greentea dia kuat. Aku kan die hard fan green tea. Huhuuu.

Tq Farid semoga murah rezeki. Bila la rezeki aku nak ke Jepun plak. Tunggu Adam boleh jalan dulu laa

Tuesday, November 3, 2015

Tokyo Banana Cake

Aku telah jatuh cinta pada kek pisang ni. Hoiii sedap gila hoiiii. Tapi susah sgt nk dpt. Mula2 dulu boss aku g holiday Jepun pastu dia la beli. Sekali makan terus jatuh cinta. Dlm kek tu ada cream yg sgt smooth. Rasa pisang yg x terlalu manis tp sedap sgt. Kek dia pn gebu lembut jerr macam span.

Baru2 teammate aku g holiday Jepun jgk. Geng2 g Jepun semua diorang ni. Aku xtau la bila nk sampai. Tunggu Adam besar cket laa. Pastu kwn aku tu la beli lagi kek ni. Harga dia sekotak 900¥. Lebih kurang RM30. Ada 8 bijik dlm tu. Kat KL ni takde langsung jual. So kena tunggu org g Jepun cepat2 kirim. Huhuuuuu

Monday, November 2, 2015

Drypers Wee Wee Dry Superhero Edition & Enfalac a+ Gentlease

Harini nak cerita pasal barang si Adam. Haritu aku pegi Econsave PearlPoint. Ni la pasaraya terdekat dengan rumah aku. Ada jugak mini Giant (same building dengan Parkson) tapi x penah pegi lagi. Ada jugak Tesco Scott Garden tapi jauh cket dari Econsave ni. So pegi la shopping di Econsave sahaja. Not bad jugak kat sini. Ok la jugak utk beli barang dapur and cuci mata. Kadang2 ada event kat hall dia. Haritu ada Toysrus clearance sale. Banyak jugak toys aku beli pastu murah jugak laa.

Pampers Adam dah nak abeh sejak dia kena cirit birit haritu (pampers tu brand kan. Actually it is diapers). So aku pun pegi la cari pampers dia hari minggu lalu. Tetiba nampak Drypers Superhero edition. Mak bapak terus excited giler. Hoii padahal pampers je pun. Hahaha. Sindrom mak bapak memang camtu kan. Macam la si anak tu tau pakai pampers design ape. Terus amek size M. Kira ni first time nk tukar size la. Size S muat lagi tp kat peha ayam daging tu macam berbekas plak. Sian dia. Harga pun tak tengok. Nampak tak excited tahap pe. Hahahaaa.

Sampai je rumah terus tukar yg tu. Sekali besar cket. Tapi still ok laa. Yg kelakanya, nama superhero edition, tapi corak pada pampers ada love2. Apehal? Pastu aku tnya laki aku, ke ada utk boys ada utk girls. Tgk pada pack takde plak tulis gender. Dhla gamba superhero pun girl. Cisss di situ. Tak macho anak aku.

Pastu Monday aku masuk opiz aku pn duk online shopping kat 11street.my. Oh sungguh bahagia beronline shopping. Tetiba duit dalam account tinggal cket terus x jadi shopping. Hahahaaa. Sekali aku ternampak de shopper jual pampers superhero edition. Hrga selepas discount RM73.90 for 2pack tak termasuk shipping. Shipping sahaja RM15. Harga asal RM90. Aku pn terus hoi aku beli pampers anak hrga RM45 sepack kerrr??? Huhhh demi gamba love tu jer?? Berak busuk jugak. Aku pun cepat2 cari resit Econsave aritu. Cek2 harga pampers tu baru RM35 bape sen tah. De discount RM3. So baru RM32 sepack. Syukurrrrr menarik nafas lega bershopping di Econsave. Huhuuuuu. Aku ingat nak tukar Huggies Ultra sbb terpengaruh dengan kelembutannya tapi laki aku tak kasi sbb mahal. Dia ckp as long as montot dia x rashes ok la. Xyah membazir. Ok aku setuju. Asalkan susu dia bagus.

Ok cerita susu dia plak, since aku dh stop breastfeeding (bukan sengaja tapi susu dh xnk keluar nak wat cne. Breastfeed is not easy for me), so makin banyak la susu formula yg diperlukan. Memula exclusive pastu campur now full formula. Aku pilih enfalac a+ gentlease sebab doktor recommendation. Easy to digest. Memang diakui. Dia takde masalah berak2 sgt. Dah xde colic (kembung). Masa consume anmum dulu dia kerap colic pastu lekat susu putih pada lidah dia. Enfalac ni takde plak. Ingat senang ke nk bersihkan lidah dia. 

Susu ni agak mahal. Satu kotak RM148.90. Sekotak de 3 pack yg 400g. Kat Tunas Manja Kuantan RM145.90. Murah cket laa. Kalau tin yg 400g tu RM50.40. 400g tu tahan la 5-6 hari. Huuuuuu. So sebulan lebih kurang RM200 la utk susu. Buat masa ni. Nanti mestila dia akan lagi kerap susu kan. So lagi tinggi la kos nya. Nak buat camne. Terpaksa laa. Tu yang terbaik. Yang problemnya susu ni susah nak cari. Laki aku cari kat Tesco takde, Giant takde, Econsave takde. Wtf. Last2 esoknya laki aku g beli kat Aeon Big Midvalley. Punya la susah nak cari. Sabor je laa. 

Hasil percampuran susu yang berkualiti dan pampers yang comel, lihat si Adam yang makin bambam itu. Oh geram. 

p/s: harini first day Adam kat taska. Hati duk pikir pasal dia je. Buat apa la dia kat situ agaknya. Tak sabar nak blk keje

Wednesday, October 28, 2015

Adam Rizqi 4 months, Follow Up, KL Bebas Jerebu

Alhamdulillah yeaaayyy. 27th Oct 2015 marked Adam Rizqi 4 months old. Pencapaian dia setakat ni, makin byk cakap (bahasa dia la), kuat jerit, suka tgk tv especially iklan, suke gelak terkekek2, pandai pegang botol, pandai pegang toys and sumbat dalam mulut (tu sampai kena rotavirus tu), pandai cabut puting dari mulut n masukkan semula (comel gile), susah nk tido tp bila dh tido lena sgt dan paling penting makin kuat hisap susu, kencing dan yak. Hahahahaa

Tapi still belom pandai mengiring sendiri, tapi suke tido mengiring. So kne tolong la dia. Meniarap pn dh pandai angkat kepala. Pun kena tolong.

Harini pegi follow up dekat Pantai Hospital. Alhamdulillah everything is ok. Doktor ckp he's development is FANTASTIC. Wowww sgt! Doktor just suruh dia exercise je untuk kuatkan leher dia. Next vaksin pn aku nk amek dgn dia la. Amek mane2 pn sama je pmcare x cover. At least kat Pantai ni consultation pmcare cover. Just byr harga vaksin je la. Next 16 Nov aku dtg lagi utk amek pneumococcal and rotavirus. Lepas tu amek vaksin 5 bulan plak. Yg susah gle nk ada stok tu. Asek kena cucuk je la anak aku. Nak sihat camtu la nak.

Balik dari spital, aku bwk mak aku melawat taska yg bakal dihuni Adam minggu depan. Aku dh expect reaction mak aku. Hahahaa. Yela sbb tu aku mintak mak aku stay lagi sebulan dulu. Taska tu luas tapi kosong. Tilam pn buruk2 je. Mmg sedih la nk letak anak kat situ. Tapi ibu have no choice sayang. Ibu kena work. Semoga anak ibu sihat sejahtera di mana saja berada. Takpe nanti ibu beli toys best2, ble malam and weekend kita play together k. Ibu promise tak masak. Hahahahahaaaaa.

Aku suke sgt harini sebab udara sgt nyaman. Bila bukak sliding door tgk luar, subhanallah wowww sgt! Macam bumi baru lepas dicuci. Macam tgk tv full hd. Clean and clear. Sepanjang aku blk kl kelabu asap jer. Ni la baru nampak pokok kaler hijau. Harap jerebu tak kembali dah.

P/s: perasaan tak posting blog aku cte pjg2 pastu baru gmba. Sebab aku post gne henpon. Malas bukak laptop. Sbb gamba dlm hp mls transfer. Ble post gne hp kne tulis2 baru attach image. Pastu x boleh nk letak caption kat image. Paham x? Tak tau la kalau aku tak pandai. Tak kisah la janji ade citer and gambar. Huuuuu

Monday, October 26, 2015

Makanan tak sihat

Harini aku dh start keje balik. Adam dah Alhamdulillah sihat. Dah boleh main game dgn abah dia. Hahahaaa. Tapi aku masih bagi dia makan prebiotik yg hospital supply. Sbb kan aritu dia cirit so risau bacteria baik dh keluar sama. Sbb tu kne topup balik dgn prebiotik tu. Minggu depan dah nak hantar nursery. Berdebar rasa. Tawakal je la.

Bila dh start keje ni mula la aku makan benda tak sihat. Contohnya Mamee, Cocopie, Choco Roll, Appollo. Huwaaaaaa. Aku konon2 dah nekad nak jaga lifestyle. Sbb takut kena diabetes. Skang mmg aku dh kurang sgt amek air manis. Mmg x ske sgt pn. Kueh manis pn jarang amek. Just nasi la byk. Pastu karbo lain mcm mee, bihun, roti, biskut. Pun x sihat sebenarnya kan. Aaaiissshh kne check balik diet aku nih. Aku diet bukan utk slim tp utk sihat. Tapi skang mak aku de kat rumah, so mmg tak leh elak la mkn nasi tu. Pagi2 pn mak aku masak heavy. Kalau x aku telan oat jer. Xpela janji sihat dan bahagia. Huuuuu

Wednesday, October 21, 2015

Adam Rizqi | Acute Gastroentritis (AGE) | Rotavirus

Sedihnya rasa hati ni Allah je yang tahu. Normally Adam akan berak 2 hari sekali. Hari Khamis masa kat Tganu dia berak tp x banyak macam biasa. Patutnya dia berak plak Sabtu tp xde. Ahad dah smpai KL baru dia berak. Banyak. Masa tu kul 7pm. Tetibe dalam kul 10 lebih dia berak lagi. Aku ingat sebab peram 3hari so extra cket la. Ok xpe. Lagipun stool dia nampak normal. Pastu malam tu dia macam x selesa. Dalam pukul berapa pagi tah dia berak lagi. Aku dah pelik. Pastu Isnin aku x keje sebab sakit pinggang plus penat sgt. Haritu aku x igt dia berak tak. Hahaha. Jap nk ingat. Ada rasenya. Tp aku ingat dia skt perut sbb nk masuk bulan ke4 dah. Tp mlm tu dia mcm cirit plak. Neves dah.

Tapi Selasa aku pegi jugak keje sebab ada kelas mengaji. Sayang nk ponteng. Aku msg mak. Mak ckp still cirit. Setiap kali lepas susu. Dia pn x aktif main. Aku bgtau laki aku. Balik keje terus decide nak bawak pegi klinik. Masa tu badan dia pn panas. Aku pn cari la klinik terdekat ngan rumah aku. Dah la baru pindah. So x familiar lagi klinik area tu. Then jumpa Klinik Mediviron. Masa kat opiz aku de google pakar kanak2 area rumah aku tu. Tpi tutup awal. Aku pn hentam je la g Mediviron tu. Bukan panel plak. Lantak la janji cpt. Nk g klinik panel jauh, jammed plak tu. Masuk je klinik doctor plak xde. Kua dinner. Tunggu la bbrape minit. Si Adam dh asek merengek. Doctor smpai aku tgk sgt la tak menyakinkan. Doktor perempuan India siap bwk anak lagi. Dia cek lebih kurang je pastu bg ubt demam n cirit. Caj RM40.

Balik je rumah Adam cirit lagi. Bagi la ubt. Demam dia kurang tp cirit tetap macam tu. Malam pn dia cirit tp aku x perasan and sbb ngantuk sgt aku x cek pampers dia. Sorry sayangku. Bgn kul 8 bontot dia dh merah gila melecet. Aku rs nk nangis tgk. Kalau kte kne camtu pn sakit ni plak baby. Dia keep cirit. Aku decide tak g keje. Tp laki aku pegi jugak keje sbb cuti dia x byk.

Masa mandi dia meraung sekuat hati. Aku paham sebab bontot dia pedih sgt. Pastu dia cirit stiap kali lepas susu. Aku sapu Sudocrem. Mmg tu nappy cream yg dia gne and biasanya cpt effect dia. Aku call laki aku soh blk segera nk bwk dia pegi Pantai. Sbb kesian sgt tgk dia cirit dh keluar lendir2 hitam. Aku takut dia dehydrated.

Laki aku sampai terus aku bwk g Pantai. G emergency unit doktor terus mintak sample stool. Naseb bukak je pampers kebetulan dia tgh berak. So doktor nampak la lendir2 and bijik2 tu. Lepas amek sample stool doktor ckp nk amek darah. Masa ni mmg aku rs nk nangis. Dia meraung sekuat hati ms kne cucuk amek darah. Yela bontot pedih, perut skt, kne cucuk plak. Ble semua sample dh hantar kat lab, aku kne tggu 2 jam. Tgn Adam dh berbalut masa ni. Aku peluk je dia. Sbb aku tau dia takut n sakit.

Lepas 2 jam, doktor confirmkan dia kne bacteria infection and kne admit to ward untuk msk antibiotic and drip. Paedtrician pn datang untuk explain. Doctor Cina perempuan cantek dan bergaya. Dr Foo Wang Leng. Baik doktor tu. Adam pn masuk la ward. Masa kat ward paed dtg visit lagi, dia ckp yg Adam kne Acute Gastroentritis by Rotavirus. AGE tu nm penyakit dlm perut yg dibawa oleh rotavirus.

Tapi yg naseb baik, aku baru lepas amek vaksin rotavirus. So sbb tu keadaan Adam x teruk sgt. Dia masih selera makan and just cirit je. Xde muntah2.

Doktor ckp ada byk punca penyakit ni. Maybe sbb udara, habuk, air, botol, puting, tgn or benda2 yg dia bwk msk dlm mulut.

Malam pertama dia still berak lepas susu. Semua pampers dia kne bagi kat nurse utk monitor. Tp dia dh kurang merengek sbb bontot dia dh kurang pedih. Doktor pn kasi sudocrem jgk. Sama yg existing dia gne. So bercuti la aku di hospital. Hrp2 lepas ni Adam makin kuat.

Hari kedua dia dh getting better. Dh boleh gelak2 tp still ada cirit cket2. Demam xde dah. Ibu tau Adam strong. Malam pn dah xde cirit. Hari ketiga dah boleh balik dah. Yeaayy syukur Alhamdulillah

Saturday, October 17, 2015

Vaksin Pneumococcal & Rotavirus

Sesampai je kat Kuala Terengganu, aku terus ajak laki aku singgah KTS (Kuala Terengganu Specialist) untuk amek vaksin Adam. Masa otw dr Kuantan dah call dah. Kat KT, situ je ade vaksin tu. Actually dah lama aku plan nk amek vaksin tu since nak hantar Adam nursery kan. So nak amek precautious action laa. At least kita dh prevent, dah put shield. Nak sakit jugak tu ketentuan Allah la. Tawakal je laa.

Masa dalam pantang dulu penah sekali dua jupe specialist paed. Masa tu Adam kerap kembung. Paed tu suggest tukar susu. Since susu aku x cukup utk dia, aku topup dgn anmum. Sbb anmum tu free hospital bagi masa discharge dulu. Tp maybe anmum x sesuai dgn dia. Paed suggest to consume susu yang special formula and easy to digest. Ade beberapa brand and aku pilih Enfalac Gentlease. Nanti boleh continue dengan enfagrow plak. Mahal pn xpela sbb aku review enfalac 90% sama dgn susu ibu. Dah aku x mampu bg susu aku, aku try to give him the best. Brand lain ada Similac Advance Formula, Novalac AC, ape tah lagi tpi de word total comfort. Tu semua special formula utk senang hadam. Hrga susu Enfalac tu RM50.40 utk 400g (seminggu) *pengsan*

Ok berbalik pasal vaksin, masa jupe paed tu la dia cerita pasal vaksin2 tu and benefit kalau amek and risk kalau x amek.

Macam pneumococcal utk prevent meninggitis which can lead to brain damage, pneumonia (paru2 berair). Tapi even dh amek vaksin ni, still boleh jangkit flu kalau de virus flu kat nursery. At least yg virus bahaya dh dapat diatasi laa. 

Macam rotavirus plak utk prevent sakit perut yg disebabkan virus rota. Rota tu sejenis cacing rasanya. Kalau kena akan muntah2, cirit birit yang lama dan teruk sampai dehydrated. Sanggup ke ko tgk anak ko cmtu kan. Kalau amek vaksin ni, still boleh kena tapi x seteruk kalau x amek vaksin. Haa paham x? Pastu boleh jugak kena diarrhea yg disebabkan virus lain. Bukan la ko amek vaksin ni terus anak ko x kena cirit birit muntah2. Tp yg paling teruk tu dpt diatasi la. 

Since aku amek both vaksin ni masa Adam 3bulan, so aku kena amek full set that is 4 doses. Every 2 months. Pneumococcal tu injection while rotavirus tu oral sebab nk direct to usus kan.

Both vaksin ni are pricey. Haritu aku kena caj RM494.35 for vaksin and procedures. *Pengsan lagi*. Takpelah demi anak tersayang

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah 1537h

Salam maal hijrah

Sempena maal hijrah tahun ni, aku ngan laki aku ngan mak abah aku balik kampung. Balik Kuantan dulu drop mak abah, tdo semalaman pastu balik Tgganu plak sebab mama ngan abah balik haji. Kebetulan maal hijrah jatuh hari Rabu, so aku amek cuti Khamis Jumaat. Boleh la lama cket. Mama abah sampai hari Jumaat pukul 5 ptg.

Hari Jumaat nanti ada kenduri kecil kecilan utk sambut mama abah. Berbeza ngan family aku, kalau nak kenduri je for sure catering mak char. Family in law aku always masak sendiri. Which agak awkward utk aku masa mula2 kawen dulu. Tapi lama2 rasa best plak. Ramai2 rewang masak. Meriah. Even penat cket.

Memula kawen dulu memang aku rasa aneh dan tak biasa. Aku rasa semua org baru kawen pn rasa cmtu kut. Family aku x riuh rendah dengan budak2 sebab baru ade sorang anak sedara. Pastu family aku jenis ckp kuat2. Family laki aku plak ramai budak2. Riuh rendah. Nasib baik aku suke budak2. So ok laa. Pastu family dia ckp sopan2, lemah lembut. Lain la dgn family aku. Tp tu la hikmah perkahwinan kan. Adapt perbezaan 2 keluarga. Tapi aku bersyukur sangat sebab dpt mertua yg super duper baik macam mak ayah sendiri, ipar2 yg baik, biras pn baik. Syukur Alhamdulillah. Aku x melalui pergolakan dilema keluarga mertua bagai2 tu. Semoga Allah kekalkan perhubungan ni secantik ni sampai bila2.

Ni gamba Adam dalam kete masa otw blk kg. Tido jer dia. Good boy sgt. 

Pastu gamba ngan tokma dia masa tokma baru sampai. Dia demam masa tu.

Tuesday, October 13, 2015

Dilema Sang Ibu

Aku rasa semua ibu2, mak2, mummy2, mama2 ada perasaan yg sama macam aku. Especially yang bekerja la. Kalau full time housewife xde hal la 24/7 berkepit dengan anak. Masa dalam pantang aku dh pikir mne nk letak si Adam ni nanti. Ada la jgk cari babysitter tp x jumpa tmpt yg boleh jalan kaki jer. Semua kena naik kereta. Aku malas naik kereta g keje sebab:

Jam nk mati depan rumah aku tu. Kua pas subuh ok la kut. Tp opiz aku 15min je dr rumah. Dah kejadah ape smpai opiz awal sgt. Buang masa jer. Baik aku duk rumah wat breakfast. Kalau keluar lmbat amek masa lebih kurang sejam lebih nk smpai opiz. Pn buang masa dlm kete. Plus x dpt parking free. Kena byr rm11 per day. Hoiiii

Petang plak for sure tak boleh elak jam x kira ko kua kul bape pun. Kecuali lps isya la. Dah kenapa ko nk blk lepas isya kan. Pastu anak lambat amek kne ot plak. Rm10 sejam. Hamek ko pembaziran jer. Pastu for sure x smpt masak makan kne bli jer. Pastu dah kat rumah penat yg amat. Aku rs hanya mampu allocate masa utk makan (yg tapau je), mandi kalau rajin ahahah, solat dan iron baju (terpaksa), basuh baju anak, susukan dia, tidokan dia. Dh bila ko nak main dgn anak? Nampak tak?

Sebab tu aku dh pikir kne pegi keje naik moto, boleh pegi kul 8.30 smpai opiz 8.40. Balik sharp on time boleh sampai kul 6. Sempat masak, main2 ngan anak. Kan bahagia begitu.

Setelah survey2 aku dapat la taska kat apartment aku tu. Same tower dgn aku. Taska Zaidan namanya. RM350 per month. Still ok laa. Aku pn g buat lawatan sambil belajar. Luas tp kosong. Xde toys or pape yg menarek pn. Staff semua melayu la. Budak pn ramai dlm 20 lbh. Tp baby xde.

Aku pn dilema nk anta ke x. Tp have to la kan. Xkan nk benti keje plak. Tp sebab dilema itu, aku postpone anta dia. Patutnya start october hantar, mak bapak aku tggu jap and blk. Tp setelah memujuk mak bapak aku, mereka setuju utk stay smpai november. So aku akan hantar Adam pada november nti. At least masa tu dia dh 4 bulan. Tu pn berbelah bagi sebenarnya.

Adam kuat minum susu. Kadang2 dh bagi 4oz pn x cukup dia nk lagi. Pastu dia susah sendawa. Kne tepuk lama br sendawa. Nk tdo kadang2 sng tp skang dh susah. Kena dodoi2, tepuk2 baru nk tdo. Pstu kalau dia yak kne cpt2 tukar pampers dia. Nnti dia geli. Dia yak banyak. Kalau dia skt perut or demam nk org sentiasa dukung dia. Haaaaiiiii, boleh ke pengaduh tu paham nanti? Nanti budak2 lain kacau dia x? Kalau dia x tdo dia nk org main ngan dia or ckp2 dgn dia. Kalau x dia termenung je. Kesiannya anak ibu.

Sabar ye anak. Kalau ibu ada duit RM2.6b ibu janji ibu resign notice 24hours. Kte enjoy every second bersama. 

Aku hanya mampu berdoa agar si tecit comel ni sentiasa dipelihara tak kira dimana dia berada.

Ibu sayang Adam tauuu!!!

Monday, October 12, 2015

Nasi Kukus Ayam Sado

Aku suke makan nasi kukus sbb simple tapi sedap. Beberapa hari lepas aku nmpk de stall baru bukak jual nasi kukus. Biasa bli kat pantai dalam. Nasi kukus dnaim tu. Tp sbb dh de yang dekat nk try la. Yg pantai dalam rm6 sbb ayam dara katanya. Tah camne dia kenalpasti ayam tu dara pn aku xtau laa. Tp daging ayam tu ala2 ayam kampung. Kira cam x berlemak sgt laa. Yang ni rm5 jer. Ayam dia boleh tahan besar. Sesuai dgn nama dia ayam sado. Sado adalah besarr dowwhhh. Budak zaman skang pnya bahasa. Rosak!

Aku pn beli nk try. Ternyata kuah dia sedap. Dia mix 2 jenis kuah. Satu tu gne rempah kerutup satu lagi gulai kawah. Sedaapp woo. Bukan gulai kari biasa tu.

Stall dia dpn ktm petaling. Kira sape turun train boleh terus beli laa. Aku suke and nak repeat lagi.

P/s: takde gmba nasi aku bli sbb lapar x henggat. Hahabaa

Wedding at Kristal Hall, TMCC

Semalam aku attend wedding reception kat Kristal Hall, TMCC. Hall tu tmpat aku penah bagi briefing, tempat aku selalu dgr briefing, tmpt dgr ceramah. Harini dtg utk wedding reception.

Pakej wedding kat sini kalau x silap aku RM35 per head. Pakej including hall, food from felda dsaji, PA system with 2 projectors, pelamin, meja beradab, archway, cake, red carpet, photoshoot at helipad and one nite stay at Pullman KL. Ok sangat kan price tu. Xyah pening kepala nk hired byk tmpt. Kalau aku kawen kat kl dlu for sure amek pakej ni. Makan pun sedap. Nasi beriani lauk ayam merah, rendang tok, dalca, papedom, buah, teh tarik, kuih muih lazat. Best2

First time Adam babam g wedding. Adam goodboy sgt. Minum susu pastu diam jer. Lepas makan aku bwk mak n bah tour the menara tm. Hahaha. Mcm lawak plak. Tp yela mak bapak aku keje tm tp tu la first time jejak kaki kat menara tu. Siap amek gmba. Kelaka plak.

Balik dr kenduri, aku ngan laki aku g shopping brg dpr kat econsave pearl point tu. Mak abah xnk ikt sbb sian adam ngantuk nk tido.

Malam tu tgk konsert af final. Pastu Adam tdo ngigau. Agknya sbb dia x biasa ramai2 org siang td tu kut. Tp pas pujuk2 dia ok tdo lena smpai pagi

P/s: goodies wedding cantek. Baru nk wat utk yir kawen nti

Powered By Blogger