Wednesday, October 28, 2015

Adam Rizqi 4 months, Follow Up, KL Bebas Jerebu

Alhamdulillah yeaaayyy. 27th Oct 2015 marked Adam Rizqi 4 months old. Pencapaian dia setakat ni, makin byk cakap (bahasa dia la), kuat jerit, suka tgk tv especially iklan, suke gelak terkekek2, pandai pegang botol, pandai pegang toys and sumbat dalam mulut (tu sampai kena rotavirus tu), pandai cabut puting dari mulut n masukkan semula (comel gile), susah nk tido tp bila dh tido lena sgt dan paling penting makin kuat hisap susu, kencing dan yak. Hahahahaa

Tapi still belom pandai mengiring sendiri, tapi suke tido mengiring. So kne tolong la dia. Meniarap pn dh pandai angkat kepala. Pun kena tolong.

Harini pegi follow up dekat Pantai Hospital. Alhamdulillah everything is ok. Doktor ckp he's development is FANTASTIC. Wowww sgt! Doktor just suruh dia exercise je untuk kuatkan leher dia. Next vaksin pn aku nk amek dgn dia la. Amek mane2 pn sama je pmcare x cover. At least kat Pantai ni consultation pmcare cover. Just byr harga vaksin je la. Next 16 Nov aku dtg lagi utk amek pneumococcal and rotavirus. Lepas tu amek vaksin 5 bulan plak. Yg susah gle nk ada stok tu. Asek kena cucuk je la anak aku. Nak sihat camtu la nak.

Balik dari spital, aku bwk mak aku melawat taska yg bakal dihuni Adam minggu depan. Aku dh expect reaction mak aku. Hahahaa. Yela sbb tu aku mintak mak aku stay lagi sebulan dulu. Taska tu luas tapi kosong. Tilam pn buruk2 je. Mmg sedih la nk letak anak kat situ. Tapi ibu have no choice sayang. Ibu kena work. Semoga anak ibu sihat sejahtera di mana saja berada. Takpe nanti ibu beli toys best2, ble malam and weekend kita play together k. Ibu promise tak masak. Hahahahahaaaaa.

Aku suke sgt harini sebab udara sgt nyaman. Bila bukak sliding door tgk luar, subhanallah wowww sgt! Macam bumi baru lepas dicuci. Macam tgk tv full hd. Clean and clear. Sepanjang aku blk kl kelabu asap jer. Ni la baru nampak pokok kaler hijau. Harap jerebu tak kembali dah.

P/s: perasaan tak posting blog aku cte pjg2 pastu baru gmba. Sebab aku post gne henpon. Malas bukak laptop. Sbb gamba dlm hp mls transfer. Ble post gne hp kne tulis2 baru attach image. Pastu x boleh nk letak caption kat image. Paham x? Tak tau la kalau aku tak pandai. Tak kisah la janji ade citer and gambar. Huuuuu

0 comments:

Powered By Blogger