Sunday, August 8, 2010

TIARANITA Walk A Hunt, Walk with Nature

Pada suatu hari bekerja, saya telah menerima sebuah/sekeping email dari Club & Society TM bahawa TIARANITA akan menganjurkan program TIARA Walk-A-Hunt, Walk-with-nature.

Date: 7 Ogos 2010
Time: 7:30pagi sampai settle
Tempat: Taman Botani, Putrajaya (tak pernah sampai before this)
Yuran: RM20 per person
Syarat: Group of 4 gorgeous ladies (ok, tipu)

Saya sangat la excited untuk join sebab saya memang suka. Hadiah utama dia juga mengancam nyawa. Haha. Apakah ia?? Sila baca sampai habis. Hahaaa. Saya telah menjoin game ini bersama 3 lagi rakan sepejabat iaitu Kak Maya (si ahli politik), Izan (si peguam) dan Anne (si ahli perniagaan).

Soalan pertama: Apa itu TIARANITA?
Jawapan: TIARANITA adalah Persatuan Isteri-Isteri & Anggota Wanita TM. Dan saya adalah anggota wanita TM dan bukanlah isteri anggota TM kerana saya masih single mingle. Kawan kawan saya pun semuanya anggota TM.

Soalan kedua: Apa itu Walk-A-Hunt, Walk-with-nature
Jawapan: Ala ala treasure hunt tapi gaya santai. No rushing rushing. Nama pun walk. Sebab ahli TIARANITA kan gadis gadis plus aunty aunty plus datin datin plus datin wannabe. heh..
Itu explanation untuk walk-a-hunt, tapi apa pula walk-with-nature?
Walk-with-nature adalah berjalan dengan alam semulajadi. Dengan kata lain, jalan sambil tengok pokok.

Soalan ketiga: Apa konsep program ini?
Jawapan: Konsep program ini tidak ubah seperti treasure hunt. Tapi ada sedikit lain. Yang lainnya, bukan cari harta karun tapi cari jawapan untuk soalan diberi. Event coordinator bekalkan kami dengan few question, hints & maps. Then kitorang kena cari jawapan base on segala apa yang ada di tempat kejadian. Bukan kena jawab soalan je, kami juga perlu mensetelkan beberapa game di check point untuk mendapatkan extra point. Contoh game, sumpit belon based on colour, sepit bola pingpong guna chopstick dan beberapa lagi.
Penyumpit (si ahli politik) yang gagal..haha

Penyumpit (si peguam) yang berjaya..pheewiitt..cayalah!!

Penyepit bola pingpong yang terer gila..hasil prcatice si Seoul Garden..haha
Pembaling (si ahli perniagaan) yang juga gagal..

Contoh soalan: soalan berbunyi "tengok dari kanan nampak ular".
Dan jawapannya adalah "AWAS"(signboard kat elektrik box tuh). Sila baca dari kanan ke kiri maka terhasillah "SAWA". Creative tak coordinator tu? Soalan dia agak pecah kepala la jugak. Kena tengok semua signboard pokok, dan apa apa yang ada disitu dengan penuh ketelitian. Pheewww..

Secara tak langsung kami sangat mengenali pokok dan nama scientific dan nama kampung mereka. Haha.

Contoh lagi: "Seorang kawan tersembunyi di sini"
Dan jawapannya adalah "Aranak" (nama sebatang pokok yang saya dah lupa rupa bentuk dia..haha). Oh ye, kenapa jawapan dia begitu sekali? Apa kaitan dengan soalan itu?
Ok, A (merujuk kepada seorang) RANAK (kalau disusun susun menjadi perkataan rakan=kawan. Sebab perlu disusun maka ia dikatakan tersembunyi).

Ok dah faham main dia macam mana? Bukan senang kan kan kan..

Soalan keempat: Apa hadiah kepada game yang pecah kepala ini?
Jawapan: Hadiah utama, tiket penerbangan pergi-balik ke Bandung, Indonesia. Berbaloi tak? berbaloi baloi kan. Hadiah lain lain, macam biasa lah periuk nasi, blender, dan lain lain (saya tau tu jer..eheh)

Kami yang gembira sebelum result diannounce..

Terdapat lebih kurang 30 group yang bertanding (saya ingat ingat lupa..tapi rasa betol la tu) dan group saya telah berjaya merangkul tempat ke.....


9!!!. (ok, power puff girl tu name group kami..sila gelak sekarang)

Ok lah tu kan..top 10!!haha
Dan kami telah menerima sebuah blender untuk setiap orang. Bangga la jugak sebab lepas ni boleh buat fruit juice. Hehe. Bayar RM20 je pun. Dapat blender cap Cornell dah kira berbaloi. Plus dengan kegembiraan di Taman Botani bersama kawan kawan. Plus gambar gambar yang tak henggat donia..Haha

Blender kebanggaan!!!!!

Nampak seronok kan??memang seronok la weeiiii...

Sekian lah entry yang telah lama di perap as draft ini. Hehe

p/s: now at office, so susah mau upload gambar. So for picca, go to my Facebook account!

[wawa]

Friday, August 6, 2010

Gambar Lucah

Haa..amek ko!!
Gempak tak tajuk posting aku. Haha. Poyo gile. Publisiti murahan. Ah, sukati ar, kata blog aku (gila kerek)..

Oke, cerita dia macam ni. Suatu hari yang indah (intro biasa yg poyo), aku nak balik Kuantan. Dan macam biasa aku naik bas je. Aku naik bas macam biasa kat Bukit Jalil la (sbb dekat ngan rumah aku plus x jammed ikut NPE+MEX). Aku sampai Bukit Jalil ngam2 9.20pm and tiket aku pukul 9.30pm. Aku lambat sbb b4 tu gie workshop. Tingkap kereta Elli x boleh tutup (standard Proton la tu). Aku pulak nak terkucil. Aku ada 10minit je untuk queue kat toilet yang super duper harum tu. PErghhh...kelam kabut beb. Bas tu memang tunggu aku je. Kekekee..

Ha pastu apa yang gambar lucahnya?
Sabar boleh? Haha..

Dengan penatnya aku pun naik la bas. Henpon plak weng x boleh send SMS. Apa lagi, teros rasa nak beradu je la dalam aircond yang beku tu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng....

Aku ternampak sesuatu. Oh apakah itu??Mestilah gambar lucah. Oh no!! Kat mana aku nampak? Macam mana aku boleh nampak gambar lucah dlm bas transnasional??hohohooo

Jawapannya, aku nampak kat henpon org depan aku. Aku nampak pada cermin tingkap. Dah malam of course la senang nampak kan. Henpon mamat tu plak type iPhone ke Samsung tah. Tapi yang type full touch screen tuh. Cesss, henpon je canggih manggih tapi disalah guna. Memang la org ckp tu 18sx. Tapi bg aku sampai bila2 pun x boleh tgk gambar lucah. Dulu cikgu aku ckp, bila kita tgk benda camtu, hati jadi mati. Nanti banyak titik hitam pada hati kita. Isy isy isy...

Yang lagi surprise, mamat tu dah kawen, ada anak..Pergghh, terer gile aku siasat mamat tu..haha. Sbb aku nampak wallpaper henpon dia tu. Gamba dia and family dia. Apo la nak jadi ngan orang zaman skang ni kan..

Dalam kul 2 aku sampai Kuantan dgn penuh kemamaiannya, aku turun bas tros aku cari mamat tadi. Haha. Aku nak tgk rupe bentuk dia. Muka baik siut. Takde ciri2 lelaki hampeh langsung. Dengan pakai spek ala2 skemanya, isy nyampah lak aku.

Moral of the story: mana mau cari lelaki yang baik kalau dah muka baik pun hampas..

-wawa-