Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

First Attempt: Stew Daging


Ok cerita ni dah basi tapi nak cerita gak sebab kagum dengan diri sendiri. Muahahaaaa.Lepas raya korban haritu dapat banyak daging. Dh dekat 2 minggu lebih dalam peti. So kena jugak masak. Puas pikir nak masak ape ek. Lama lama terpikir stew daging. Weii gila camne nak buat tuh??tapi dengan bantuan Mr Google aku berjaya jugak buat dan SEDAP!!!Mari aku share resepinya:
  1. Beberapa ratus gram daging..tak sure berapa sebab tak timbang..tapi rasa dalam 500g kut - bersihkan potong kiub..besar sikit la sebab nak masak ni lama..kalau kecik kang kecut plak..
  2. 2 biji bawang besar potong dadu2 yer
  3. 5 ulas bawang putih tak payah hiris tak payah tumbuk..masuk je sebijik2
  4. bawang tumbuk dalam 2-3 sudu (bawang merah la)
  5. sebatang carrot potong besar2
  6. 2 bijik potato potong 4
  7. 2 sudu tepung gandum
  8. serbuk lada hitam ikut citarasa
  9. garam
  10. gula
  11. daun bawang, daun sup, bawang goreng untuk hiasan
  12. minyak sikit untuk tumis

cara-caranya mudah saja:

  1. Panaskan minyak didalam periuk yg sesuai (kalau guna pressure cooker lagi bagus, tapi aku guna tefal je so that nanti biar lama x melekat).
  2. Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  3. Tumiskan bawang putih, merah.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata.
  5. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata.
  6. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam (kalau menggunakan pressure cooker, masak selama 20 minit).
  7. Kemudian tambahkan kentang dan lobak.
  8. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  9. Seasonkan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  10. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun
    bawang.

Senang dan sedap. Daging pun lembut jerrr..kalau nak kuah lebih tak yah letak tepung sebab kentang dah tolong pekatkan kuah. Kes aku terus jadi kering. Huhu

[wawa]

Monday, October 10, 2011

Daging Masak Blackpepper Bermadu


Hi, dah lama tak masak daging. Biasa masak daging ni bila hari raya haji je sebab banyak dapat daging. Tapi hari tu tetiba rasa nak makan daging. So dengan rajinnya aku beli beberapa ratus gram daging kat carefour. Beberapa ratus gram ek bukan kilogram. Kalau kilogram tu nak mampos kut tak muat peti. Haha.

Pastu aku rasa nak masak daging blackpepper. Aku pun pergi la dapur di hari minggu itu. Tapi sos blackpepper takde. Biasa guna sos je, senang. Oleh kerana takde, aku guna la original blackpepper. Ok mari kita check bahan-bahan untuk 2 orang makan lebih kurang ek.

Bahan-bahan:
200gram daging yang fresh dan best gile..huhu
2 sudu sos tiram
2 sudu black pepper
2 sudu madu (saje letak sebab ada dalam peti)
4 biji bawang putih
beberapa inci halia (dalam 2 inci kut)
sebijik bawang besar (setengah je kalau besar)
sebijik capsicum (cili benggala - setengah je kalau besar tak kisah kaler apa)
Garam secukup rasa
Gula kalau suka (tapi dah ada madu tak payah la)

Cara-cara:
1. Basuh daging bersih-bersih.
2. Tumbuk black pepper separa lumat.
3. Perap daging dengan sos tiram, black pepper dan madu selama 1 jam (lagi lama lagi best)
4. Tumbuk bawang putih dengan halia.
5. Tumis bawang putih ngan halia.
6. Masukkan daging perap tadi, kacau kasi rata, masuk air, tutup kuali kasi daging cepat empuk.
7. Ala2 air dah nak kering, daging dah empuk la tu (kalau guna daging kotak, better rebus dulu kut kasi empuk).
8. Masuk capsicum ngan bawang besar yang dihiris bulat-bulat tu. Kacau sampai agak layu cket la

MAKAN time!!!

[wawa]

Monday, October 3, 2011

Resepi Ayam Bakar Madu [Honey Roasted Chicken]

Ok tuan tuan puan puan,

Sudah lama tidak ada entry tentang resepi sebab dah lama tak cuba resepi menarek. Huhu

Kali ni aku kasi resepi Elli yang masak sebab dia ada kat rumah off day.

Bahan Bahan:
Ayam (dalam peti ada isi ayam je so guna je la apa yang ada)
Sos tiram
Kicap Pekat
Blackpepper
Madu
Garam

Cara Cara:
Potong ayam, jangan kecik sangat (kang bakor kecut plak dia)
Rebus ayam nak kasi bakar kejap je
Perap ayam dengan segala bahan tadi
Bakar lebih kurang sepoloh menet each side


Dah siap!! Ready to eat..

oh ye sos dia guna BBQ sos. Cara nak buat, pegi Giant, cari part roasted chicken biasanya belakang kat situ ada jual sos BBQ yang sedap. Haha

[wawa]

Sunday, July 25, 2010

Resipi Spaghetti Bolognese Prego

Hari ni hari Ahad merangkap hari memasak untuk aku. Bangun pagi (pagi la sangat), gie pasar beli barang untuk memasak. Hari ni turn Elli masak and she decide to cook spaghetti. Ohoo..jadi orang Italy aku ini hari. Hoho..

Aku jadi kitchen helper jerr..plus photgrapher. Kalau turn aku memasak, takdenye dia nak amek gambar. chaitt..

Okies kte start dgn resipi kite ek tuan tuan dan puan puan sekalian:

Buat spaghetti ni senang jer. Bahan utama of coz la spaghetti dan sos Prego tu. Ni kire instant way laa.. kalau tak kene guna tomato puree. Bahan bahannya adalah:

sepeket spaghetti cap san remo..huhu

daging cincang cap pakcik ramly (kitorang gune half)

sedikit oregano leaves untuk bau yg menarek tertarek , da bombastic

sebotol sos prego..kalau nak lagi sedap, letak mushroom tapi kitorang x jumpe kat kedai tadi..haha

bahan yang tiada gamba sebab x cun: sebijik bawang besar yang dipotong dadu, butter, air, periuk, senduk dan dapur gas. hehe

cara-caranya pula:


mula2 rebus spaghetti dlm air. letak garam sikit dlm air tu. letak butter jugak sikit sbb tak nak kasik die lekat2..rebus sampai lembut ye puan puan

sementara nak tunggu dia lembut, boleh la prepare sos dia yang kacang bendi tu. nak prepare sos die, tumis bawang yang didadu tadi sampai naik bau. tumis dengan oregano sikit kasi rumah sebelah pun jeles. haha. (niat jahat jangan ikut ek).

then masukkan daging cincang tadi. air sikit. sampai la daging tu agak2 masak. then masukkan sos prego. then garam. gula sikit. rase sikit. kalau masam sangat, tambah air lagi. then masak sampai agak2 kering. then siap laaaaaaa...gile senang larrr (Elli selalu masak yg senang jer..haha)

dah lembut, toskan, lalu bawah air kejap. kasi bersih la. then toskan sperti gamba di atas.

tadaaaaa.....dah siap..tapi kalau ada mushroom lagi sedap. tabur sikit oregano untuk bau yg mengancam (mengancam orang umah sebelah..haha)

sekian kelas masakan hari ini puan puan sekalian
-wawa-

Saturday, February 20, 2010

Resepi Nasi Ayam

Aku dan Elli mengalami kerajinan yang terlampau hari ni. Kitorang telah memasak Nasi Ayam!!
Wah!!Sangat mengkagumkan kan???Berpandukan resepi dalam internet, kitorang telah berusaha keras membikin nasi ayam. Senang je rupanya. Aku share resepi ek.

Bahan untuk perap ayam dulu ek:
  1. of course la ayam - kitorang guna half je kut tadi (ikut suka korang nak banyak mana)
  2. bawang putih 3 ulas
  3. halia - agak2 jer
  4. sos tiram
  5. kicap
  6. blackpepper (kalau suka)
  7. madu (pun kalau suka)
Bahan sup pulak:
  1. Sup Bunjut - sebunjut untuk 500ml air
  2. bahan penumis basic (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan tah apa lagi nama dia)
  3. blackpepper sikit (kalau suka pedas, letak banyak - baik untuk wanita lepas bersalin)
  4. bawang putih sikit
  5. halia sikit
  6. daun sup (bukan ketumbar ek)
  7. garam
Bahan nasi pulak:
  1. mestilah beras (pun ikut suka korang nk banyak mana)
  2. bawang putih lagi
  3. halia lagi
  4. butter sikit - untuk tumis
  5. bahan penumis (sama macam di atas)
  6. secubit garam
Bahan sos pulak:
  1. cili 4 biji
  2. bawang putih lagi - 3 ulas
  3. bawang merah sebiji
  4. garam dan gula
tu je kut bahan2 die..eh plus lagi salad, timun dan tomato

Cara-caranya:
  1. Firstly, do the basic thing lah. Potong ayam ikut suka, then basuh sampai bersih kitorang buang semua kulit (jaga kesihatan).
  2. Lumurkan ayam dengan bawang putih dan halia and then rebus.
  3. Bila ayam dah agak2 masak, keluarkan ayam tu then perapkan dia. Perap dengan semua bahan2 perap tu. Perap la dalam masa sejam / 2 jam. Sementara tu, siapkan benda2 lain.
  4. Asingkan half air rebusan ayam tadi untuk masak nasi.
  5. Tumis bahan2 nak masak nasi tu. Bila dah agak2 naik bau, masuk beras dan masukkan air rebusan tu then masak la nasik macam biasa.
  6. Sementara tunggu nasi masak, siapkan sos. Tumbuk semua bahan2 tu (kalau ada blender, blendkan aje), campur sikit dengan air rebusan ayam tadi untuk mendapatkan sos yang cair sikit laa.
  7. Sementara tu boleh prepare sup. Senang je, campak je semua bahan sup tu dalam air rebusan ayam tadi (kitorang x tumis sebab nak jaga kesihatan..hahaa)
  8. Ala2 dah nak makan, boleh la goreng ayam tadi. Kalau nak jaga kesihatan, bakar je ayam tu.
  9. Hiris timun dan tomato
  10. Hidangkan dan tadaaaaaaa......

sup takde dalam gambar sebab rumah kitorang takde mangkuk yang cantek tuk dipublishkan...ekekeeee...

ayam yang dalam gambar tu ada lebih lagi tapi salad tu dah licin. Moral of the story, aku jaga kesihatan..Hahaahahaaaa

sekali-sekala masak camni best wooo...senang je rupanyeee..tapi pasni aku kena cuba resepi ke arah pendietan plak sebab dah ramai komplen aku dah membesar dengan jayanya. Yeah, I'll try..no dinner after this..haaaa, new campaign tu.

SAY NO TO DINNER!!!

Chaiyok Chaiyok!!!

[wawa]

Friday, February 19, 2010

Resepi Agar - Agar Ribena

Harini aku cuti (dengan kata lain, malas pergi kerja sebab baru balik holiday)..esok dah weekend, so sambung holiday kat rumah pulak..housemate aku pun semua holiday lagi kecuali cik elli yang sangat dedicated dengan kerja beliau. Sekali-sekala duduk rumah ok gak. Punya la suka duduk rumah sampai tak turun beli lunch pun. Maka dengan itu, makan je la apa yang ada kat rumah ni (even takde apa sangat kecuali roti dan biskut). Aktiviti aku hari ni, basuh kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain, tengok drama plastik, cuci toilet, sapu sampah dan memasak.

WHAT?!!Memasak apakah??

Breakfast aku pagi tadi roti Gardenia dan Sosej plus Capucino COSWAY. Lunch aku Sosej dan roti Gardenia (lagi) plus sos dicampur mayonis. Hi tea aku (siap ada hi tea tu) agar-agarRibena!!Wah sangat rajin kan..Actually aku kebuluran tadi dan menyelongkar dapur kut2 ada makanan, sekali terjumpe la agar-agar. Tapi tak tau nak buat agar-agar apa sebab aku tak suka agar-agar Milo. Maka dengan itu, aku telah mencipta agar-agar Ribena sebab Ribena je yang nampak sedap (tu pun Ribena housemate - nanti aku kasi tau die). Eheehehee..

Resepinya adalah seperti berikut:-

Bahan-bahan:
  1. separuh peket agar-agar kering (sebab memang tinggal separuh je pun)
  2. 250ml air (aku siap sukat lagi air even tak tau betul ke tak sukatan tu)
  3. Ribena yang dibancuh dengan air sikit (lebih kurang 100ml setelah dibancuh dgn air)
  4. Gula sesedap rasa (kalau tak suka masam Ribena tu, letak gula lebih sikit - aku letak lebih kurang 4 sudu kecik aje)
  5. Bekas / Acuan yang sesuai untuk diletak dalam peti
  6. Periuk dan senduk mengikut size yang sesuai
  7. Dapur gas tuk memasak

Cara-cara:
Didihkan air bersama agar-agar sampai agar-agar cair, then masukkan Ribena dan gula. Tunggu sampai betul2 mendidih. Tutup api and sendukkan agar-agar ke dalam bekas / acuan. Untuk hasil penyejukkan dan pembekuan yang pantas, letak dalam peti. Kalau tak letak dalam peti pun jadi keras gak. Tapi, makan yang sejuk of course la lagi sedap kan. Dah siap!!

sangat senang..

Selamat Mencuba!!

[wawa]

Powered By Blogger