Saturday, February 20, 2010

Resepi Nasi Ayam

Aku dan Elli mengalami kerajinan yang terlampau hari ni. Kitorang telah memasak Nasi Ayam!!
Wah!!Sangat mengkagumkan kan???Berpandukan resepi dalam internet, kitorang telah berusaha keras membikin nasi ayam. Senang je rupanya. Aku share resepi ek.

Bahan untuk perap ayam dulu ek:
  1. of course la ayam - kitorang guna half je kut tadi (ikut suka korang nak banyak mana)
  2. bawang putih 3 ulas
  3. halia - agak2 jer
  4. sos tiram
  5. kicap
  6. blackpepper (kalau suka)
  7. madu (pun kalau suka)
Bahan sup pulak:
  1. Sup Bunjut - sebunjut untuk 500ml air
  2. bahan penumis basic (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan tah apa lagi nama dia)
  3. blackpepper sikit (kalau suka pedas, letak banyak - baik untuk wanita lepas bersalin)
  4. bawang putih sikit
  5. halia sikit
  6. daun sup (bukan ketumbar ek)
  7. garam
Bahan nasi pulak:
  1. mestilah beras (pun ikut suka korang nk banyak mana)
  2. bawang putih lagi
  3. halia lagi
  4. butter sikit - untuk tumis
  5. bahan penumis (sama macam di atas)
  6. secubit garam
Bahan sos pulak:
  1. cili 4 biji
  2. bawang putih lagi - 3 ulas
  3. bawang merah sebiji
  4. garam dan gula
tu je kut bahan2 die..eh plus lagi salad, timun dan tomato

Cara-caranya:
  1. Firstly, do the basic thing lah. Potong ayam ikut suka, then basuh sampai bersih kitorang buang semua kulit (jaga kesihatan).
  2. Lumurkan ayam dengan bawang putih dan halia and then rebus.
  3. Bila ayam dah agak2 masak, keluarkan ayam tu then perapkan dia. Perap dengan semua bahan2 perap tu. Perap la dalam masa sejam / 2 jam. Sementara tu, siapkan benda2 lain.
  4. Asingkan half air rebusan ayam tadi untuk masak nasi.
  5. Tumis bahan2 nak masak nasi tu. Bila dah agak2 naik bau, masuk beras dan masukkan air rebusan tu then masak la nasik macam biasa.
  6. Sementara tunggu nasi masak, siapkan sos. Tumbuk semua bahan2 tu (kalau ada blender, blendkan aje), campur sikit dengan air rebusan ayam tadi untuk mendapatkan sos yang cair sikit laa.
  7. Sementara tu boleh prepare sup. Senang je, campak je semua bahan sup tu dalam air rebusan ayam tadi (kitorang x tumis sebab nak jaga kesihatan..hahaa)
  8. Ala2 dah nak makan, boleh la goreng ayam tadi. Kalau nak jaga kesihatan, bakar je ayam tu.
  9. Hiris timun dan tomato
  10. Hidangkan dan tadaaaaaaa......

sup takde dalam gambar sebab rumah kitorang takde mangkuk yang cantek tuk dipublishkan...ekekeeee...

ayam yang dalam gambar tu ada lebih lagi tapi salad tu dah licin. Moral of the story, aku jaga kesihatan..Hahaahahaaaa

sekali-sekala masak camni best wooo...senang je rupanyeee..tapi pasni aku kena cuba resepi ke arah pendietan plak sebab dah ramai komplen aku dah membesar dengan jayanya. Yeah, I'll try..no dinner after this..haaaa, new campaign tu.

SAY NO TO DINNER!!!

Chaiyok Chaiyok!!!

[wawa]

6 comments:

it's my life said...

no diner konon.huh!jap lg xsmpt kul 12 dh lapo blk.hahaha...

mysarah said...

oit rajin makcik2 ni masak. bile nak wat openhouse nih??? miahahaha

Salwa Saalodin said...

open house kah??tggu pinggan mangkuk umah aku byk cket ek...hehehhee

SAY NO TO DINNER!!!

mysarah said...

pinggan aku bawak sendiri pown takpe. janji makan free!! hahaha

Salwa Saalodin said...

wah...sanggup bawak pinggan tuh...huhuhuuu...senang je nak masak..nak ngemas yang malas...hehehe

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)