Harini aku cuti (dengan kata lain, malas pergi kerja sebab baru balik holiday)..esok dah weekend, so sambung holiday kat rumah pulak..housemate aku pun semua holiday lagi kecuali cik elli yang sangat dedicated dengan kerja beliau. Sekali-sekala duduk rumah ok gak. Punya la suka duduk rumah sampai tak turun beli lunch pun. Maka dengan itu, makan je la apa yang ada kat rumah ni (even takde apa sangat kecuali roti dan biskut). Aktiviti aku hari ni, basuh kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain, tengok drama plastik, cuci toilet, sapu sampah dan memasak.
WHAT?!!Memasak apakah??
Breakfast aku pagi tadi roti Gardenia dan Sosej plus Capucino COSWAY. Lunch aku Sosej dan roti Gardenia (lagi) plus sos dicampur mayonis. Hi tea aku (siap ada hi tea tu) agar-agarRibena!!Wah sangat rajin kan..Actually aku kebuluran tadi dan menyelongkar dapur kut2 ada makanan, sekali terjumpe la agar-agar. Tapi tak tau nak buat agar-agar apa sebab aku tak suka agar-agar Milo. Maka dengan itu, aku telah mencipta agar-agar Ribena sebab Ribena je yang nampak sedap (tu pun Ribena housemate - nanti aku kasi tau die). Eheehehee..
Resepinya adalah seperti berikut:-
Bahan-bahan:
- separuh peket agar-agar kering (sebab memang tinggal separuh je pun)
- 250ml air (aku siap sukat lagi air even tak tau betul ke tak sukatan tu)
- Ribena yang dibancuh dengan air sikit (lebih kurang 100ml setelah dibancuh dgn air)
- Gula sesedap rasa (kalau tak suka masam Ribena tu, letak gula lebih sikit - aku letak lebih kurang 4 sudu kecik aje)
- Bekas / Acuan yang sesuai untuk diletak dalam peti
- Periuk dan senduk mengikut size yang sesuai
- Dapur gas tuk memasak
Cara-cara:
Didihkan air bersama agar-agar sampai agar-agar cair, then masukkan Ribena dan gula. Tunggu sampai betul2 mendidih. Tutup api and sendukkan agar-agar ke dalam bekas / acuan. Untuk hasil penyejukkan dan pembekuan yang pantas, letak dalam peti. Kalau tak letak dalam peti pun jadi keras gak. Tapi, makan yang sejuk of course la lagi sedap kan. Dah siap!!
sangat senang..
Selamat Mencuba!!
[wawa]
0 comments:
Post a Comment