Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah 1537h

Salam maal hijrah

Sempena maal hijrah tahun ni, aku ngan laki aku ngan mak abah aku balik kampung. Balik Kuantan dulu drop mak abah, tdo semalaman pastu balik Tgganu plak sebab mama ngan abah balik haji. Kebetulan maal hijrah jatuh hari Rabu, so aku amek cuti Khamis Jumaat. Boleh la lama cket. Mama abah sampai hari Jumaat pukul 5 ptg.

Hari Jumaat nanti ada kenduri kecil kecilan utk sambut mama abah. Berbeza ngan family aku, kalau nak kenduri je for sure catering mak char. Family in law aku always masak sendiri. Which agak awkward utk aku masa mula2 kawen dulu. Tapi lama2 rasa best plak. Ramai2 rewang masak. Meriah. Even penat cket.

Memula kawen dulu memang aku rasa aneh dan tak biasa. Aku rasa semua org baru kawen pn rasa cmtu kut. Family aku x riuh rendah dengan budak2 sebab baru ade sorang anak sedara. Pastu family aku jenis ckp kuat2. Family laki aku plak ramai budak2. Riuh rendah. Nasib baik aku suke budak2. So ok laa. Pastu family dia ckp sopan2, lemah lembut. Lain la dgn family aku. Tp tu la hikmah perkahwinan kan. Adapt perbezaan 2 keluarga. Tapi aku bersyukur sangat sebab dpt mertua yg super duper baik macam mak ayah sendiri, ipar2 yg baik, biras pn baik. Syukur Alhamdulillah. Aku x melalui pergolakan dilema keluarga mertua bagai2 tu. Semoga Allah kekalkan perhubungan ni secantik ni sampai bila2.

Ni gamba Adam dalam kete masa otw blk kg. Tido jer dia. Good boy sgt. 

Pastu gamba ngan tokma dia masa tokma baru sampai. Dia demam masa tu.

Tuesday, October 13, 2015

Dilema Sang Ibu

Aku rasa semua ibu2, mak2, mummy2, mama2 ada perasaan yg sama macam aku. Especially yang bekerja la. Kalau full time housewife xde hal la 24/7 berkepit dengan anak. Masa dalam pantang aku dh pikir mne nk letak si Adam ni nanti. Ada la jgk cari babysitter tp x jumpa tmpt yg boleh jalan kaki jer. Semua kena naik kereta. Aku malas naik kereta g keje sebab:

Jam nk mati depan rumah aku tu. Kua pas subuh ok la kut. Tp opiz aku 15min je dr rumah. Dah kejadah ape smpai opiz awal sgt. Buang masa jer. Baik aku duk rumah wat breakfast. Kalau keluar lmbat amek masa lebih kurang sejam lebih nk smpai opiz. Pn buang masa dlm kete. Plus x dpt parking free. Kena byr rm11 per day. Hoiiii

Petang plak for sure tak boleh elak jam x kira ko kua kul bape pun. Kecuali lps isya la. Dah kenapa ko nk blk lepas isya kan. Pastu anak lambat amek kne ot plak. Rm10 sejam. Hamek ko pembaziran jer. Pastu for sure x smpt masak makan kne bli jer. Pastu dah kat rumah penat yg amat. Aku rs hanya mampu allocate masa utk makan (yg tapau je), mandi kalau rajin ahahah, solat dan iron baju (terpaksa), basuh baju anak, susukan dia, tidokan dia. Dh bila ko nak main dgn anak? Nampak tak?

Sebab tu aku dh pikir kne pegi keje naik moto, boleh pegi kul 8.30 smpai opiz 8.40. Balik sharp on time boleh sampai kul 6. Sempat masak, main2 ngan anak. Kan bahagia begitu.

Setelah survey2 aku dapat la taska kat apartment aku tu. Same tower dgn aku. Taska Zaidan namanya. RM350 per month. Still ok laa. Aku pn g buat lawatan sambil belajar. Luas tp kosong. Xde toys or pape yg menarek pn. Staff semua melayu la. Budak pn ramai dlm 20 lbh. Tp baby xde.

Aku pn dilema nk anta ke x. Tp have to la kan. Xkan nk benti keje plak. Tp sebab dilema itu, aku postpone anta dia. Patutnya start october hantar, mak bapak aku tggu jap and blk. Tp setelah memujuk mak bapak aku, mereka setuju utk stay smpai november. So aku akan hantar Adam pada november nti. At least masa tu dia dh 4 bulan. Tu pn berbelah bagi sebenarnya.

Adam kuat minum susu. Kadang2 dh bagi 4oz pn x cukup dia nk lagi. Pastu dia susah sendawa. Kne tepuk lama br sendawa. Nk tdo kadang2 sng tp skang dh susah. Kena dodoi2, tepuk2 baru nk tdo. Pstu kalau dia yak kne cpt2 tukar pampers dia. Nnti dia geli. Dia yak banyak. Kalau dia skt perut or demam nk org sentiasa dukung dia. Haaaaiiiii, boleh ke pengaduh tu paham nanti? Nanti budak2 lain kacau dia x? Kalau dia x tdo dia nk org main ngan dia or ckp2 dgn dia. Kalau x dia termenung je. Kesiannya anak ibu.

Sabar ye anak. Kalau ibu ada duit RM2.6b ibu janji ibu resign notice 24hours. Kte enjoy every second bersama. 

Aku hanya mampu berdoa agar si tecit comel ni sentiasa dipelihara tak kira dimana dia berada.

Ibu sayang Adam tauuu!!!

Monday, October 10, 2011

Rasa nak kahwin sama tak macam rasa nak beli rumah?

What a tittle man??

Dah la panjang, merapu plak tu. Apa kaitan nak kawen dengan beli rumah?? Eh ada, nak kawen tu kan dengan kata lain nak berumah tangga. Hehe

Antara kedua tu, aku penah rasa nak beli rumah sebab dah beli pun. Tapi rasa nak kawen belum ada lagi. So aku cuba combinekan perasaan itu dalam karangan edisi khas ini. Muahahaa.

Ok camni, masa aku nak beli rumah dulu, aku takde la desperate sangat nak rumah tu. Since aku pun kerja kat KL rumah tu plak kat Kuantan. So kalau tak beli pun takpe. Tapi in a short time je aku decide nak beli rumah tu. Why?? Adakah perasaan nak kawen tu sama camtu??

Aku nak beli rumah tu sebab rumah tu cantik, moden style, affordable, ada future value, ada clubhouse lagi. So sebab tu la aku beli. Kiranya aku beli tu sebab criteria yang ada pada rumah tu dan sebenarnya aku ambil masa yang sekejap untuk jatuh cinta dengan rumah tu. Sedangkan aku tak perlu pun rumah tu. Dan aku yakin aku takkan menyesal dengan keputusan aku. In case aku menyesal pun, aku boleh jual rumah tu. Worst come to worst aku boleh buat homestay ke sewakan ke whatever la. Tapi still aku takkan menyesal. Till I feel I'm the stupidest person kalau tak beli rumah tu. Instead aku akan menyesal kalau tak grab that chance. Maybe in few years, tetibe rumah tu dah jadi setengah juta. Who knows. Sedangkan aku ada peluang untuk beli dikala price dia affordable.

Even rumah tu jadi liability aku tapi aku yakin in same time, that is my asset. Dengan membeli rumah tu, kehidupan aku berubah. Specifically in term of my financial planning. Banyak benda yang aku biasa buat, kena stop. Contohnya selalu makan luar, shopping tak tentu hala, tengok teater, gym. Huwaa. Tapi aku rela demi assetku itu.

So apa kaitan dengan kawen??

Contoh la pada suatu hari, aku ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat menghampiri criteria lelaki yang aku nak. Adakah perasaan nak kawen dengan dia datang in a short time macam perasaan nak beli rumah tu?? YES!!! Sebab dia ada semua ciri ciri itu. Suddenly aku rasa yes he is the one. Aku rasa macam tu just based on that criteria. Bukan sebab I'm deeply feeling in love with him. Sama kan macam kes aku nak beli rumah tu. Aku rasa macam, bestnya kalau kawen dengan dia, ruginya kalau lepaskan lelaki camtu. Bukan senang aku nak jumpa lelaki yang camtu. Dia ada apa yang aku nak selama ni.

Aku try dekatkan diri dengan dia. Aku try terima dia. Aku try contact dia hari hari. Dan sampai satu tahap, aku try tak contact dia langsung. And the worst is, aku tak ingat pun kat dia bila aku tak contact dia. And the worst lagi, bila aku tak contact dia, dia pun takde usaha nak contact aku. Atau dia pun rasa apa yang aku rasa? Aku takde rasa chemistry dengan dia. Aku tak rasa pape pun bila tak contact dia and dia tak contact aku. Means that, aku tak perlukan dia. Sama kan macam perasaan aku terhadap rumah tu. Aku pun tak perlukan rumah tu. Aku pun tak perlukan dia. Aku rasa dia pun rasa camtu. Kalau tak mesti dia contact aku kan.

Persoalannya, perlukah aku kawen dengan dia semata mata sebab criteria yang ada pada dia sama macam aku beli rumah tu?

Bila aku fikir dengan teliti dan rasional, aku rasa tak perlu dan tak boleh. Sebab kalau aku lepaskan dia, means that aku takde jodoh dengan dia. Kalau aku kawen dengan dia dan kemudian aku menyesal sebab kawen tanpa perasaan apa aku nak buat?? Takkan nak bercerai??Takkan nak sewakkan dia kat orang lain??

Then aku dapat jawapan bahawa kawen tu tak sama macam beli rumah. Kawen tu perlu ada perasaan, perlu ada keserasian. Bukan atas dasar ciri ciri yang dia miliki semata mata. Mungkin jodoh aku nanti dengan orang yang langsung tak menepati ciri ciri yang aku nak tu. Tapi atas dasar cinta aku akan terima segala yang aku tak suka sekarang. Memang orang kata yang cinta tak semestinya ada jodoh tapi jodoh mesti ada cinta. Tapi aku rasa aku tetap perlukan cinta untuk menemui jodoh aku. Aku tak reti hidup dengan orang yang aku tak serasi, takde chemistry.

Walaupun bakal jodoh aku nanti tak sehebat Fahrin Ahmad, tapi kalau ada keserasian insyaAllah aku terima dengan hati terbuka dan pasti cinta itu ada!!

p/s: aku jarang bercerita pasal jiwa dan cinta. rasa geli plak =p

[wawa]
Powered By Blogger