Tuesday, July 19, 2011

Zainab Derahman & Suzana

Alhamdulillah
Semalam

18.07.2011

Akhirnya
Aku sign jugak
S&P
Rumah aku

Lawyer
Zainab Derahman & Suzana

First time dengar
Office kat Keramat, AU2A/17

Kat bawah tu ada kedai makan sedap
HAHA

[wawa]

Wanita tertekan - Malaysia rank ke 16 dalam dunia!!

Wowww..

Pagi tadi bangun awal sempat tengok Malaysia Hari ini. Ada topik pasal ni. Pastu dengar Hot Chat pn tajuk ni. Wanita Malaysia mengalami tekanan ke? Ye selaku salah seorang wanita kat Malaysia ni, aku SETUJU!!

Sebab wanita kat Malaysia kebanyakannya bekerjaya. Plus yang dah kawin, plus yang dah ada anak. Kat office masalah office. Balik rumah masalah suami, anak. Urusan rumahtangga masih tanggungjawab isteri a.k.a wanita. Suami balik rumah lepak, tunggu bini masak. Can u imagine that? Ini tidak adil. Belum dikira lagi yang wanita kena menanggung nafkah. Tak ke tekanan namanya tu. Gila kau.

Aku selaku wanita bujang tak la mengalami tekanan sehebat itu. Masalah office sentiasa under control. Balik rumah ikut suka hati. Rasa nak balik awal, balik awal. Nak balik lambat, balik lambat. Kalau rajin memasak, kalau malas, makan luar, kalau sengkek, makan biskut/roti, kalau over sengkek diet je. Haha. Senang kan. Kalau rajin basuh baju, basuh la. Kalau malas, tunggu weekend je. Kalau extra malas, dobi je. Muahaha.

Cerita pasal tekanan, semalam aku menghadapi satu tekanan secara tiba tiba.

Balik kerja cam biasa Elli amek sebab dia cuti. Pastu dia baru amek baju dari tailor. Ukur2 tak muat plak. Apehal tah tailor tu ukur tak betul. Tu tekanan pertama.

Tekanan kedua, makan kuew teow sup beli kat tepi simpang. Daging secoet je. Tapi lemak daging je banyak. Tekanan jugak.

Tekanan ketiga, malam tu kena buat kueh sebab pagi esoknya ada birthday party Kak Zarina. Aku nak buat puding jagung je. Tekanan jugak sebab tiba2 terlebih tepung jadi keras sikit.

Tekanan seterusnya, aku nak tengok cerita korea kat Maadu. Dah bukak laptop siap2. Tapi layan Juvana finale dulu. Tiba2 laptop ada virus dengan banyaknya. Worm la trojan la. Macam2 la. Terus system crash, data corrupted. Gila!! tension siut. Silap2 hard disk pun jahanam tu. Dah berkira2 nak beli laptop baru. Tapi nak soh adik aku format dulu. Nak format kat kedai mahal setan. Rm80 format sahaja without any apps.

Tekanan yang tah keberapa, tengah2 aku risau pasal laptop sambil Elli iron baju, tiba2 iron plak rosak. Naseb Elli dah siap iron. Tah ape kejadian plat besi tu tercabut dari badan dia. Yela dah almost 10years dia berkhidmat untuk aku. Terima kasih iron. Terima kasih sebab kau rosak ketika baju dah siap di iron. Kalau tak arini aku EL. Haha. So misi hari ni balik keja g midvalley cari iron baru. Duit lagi. Tekanan lagi. Hujung bulan nih!

Tekanan terakhir untuk hari semalam, aku duk landing2 atas katil sambil pk pasal laptop dan iron, tiba2 katil aku "Praaaaaaak". Patah!

What the heck? Besi tu memang ada ciri2 nak patah. Tapi malam tu jugak la dia nak jahanam kan. Tapi bukan la patah dua katil tu. Patah besi ranting2 tu je. Kalau alas ngan plywood ok kut. Kena cari plywood la plak.

Tu la cerita tekanan aku semalam. Tapi pagi ni makan mee jawa kak Naza buat sempena birthday Kak Zarina, hilang tekanan tu dari otak aku.

Tapi time aku solat Isya' semalam aku terpikir, dalam sekelip mata Allah boleh turunkan macam2 kejadian yang tak disangka kat kita. So kita jangan bersangka yang kalau sekarang kita rasa hidup kita dah cukup puas, dah cukup stable, dah cukup bahagia, dah cukup perfect, selamanya kita akan macam tu.

p/s: selagi laptop tak ok selagi tu tak boleh update blog kat rumah dah.

[wawa]

Monday, July 18, 2011

RAPID KL

Siapa pernah naik Bas Rapid KL?
Tau tak kenapa nama dia Rapid?
Rapid tu stand for Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras. Jadi la RAPID

Mula mula aku datang KL dulu, aku kagum sangat naik Rapid. Haha
Sebab tambang dia seringgit je. Seringgit tu ko naik pagi, simpan tiket, naik je mana2 bas Rapid yang lain secara percuma. Provided tiket tadi ada lagi. Best kan. So seringgit pergi, balik, pergi semula, balik semula. Best kan kan kan.

Aku bernasib baik sebab bas Rapid kat rumah aku tu memang last station kat Kerinchi LRT - bas T633, dari Kerinchi jalan kaki je g office. Pastu rumah aku plak 1st station. So pagi2 memang dapat duduk la. Heaven. Pastu tido. HAHA.

Tapi itu dulu. Dulu tu tak la lama sangat lebih kurang 2 tahun lepas. Dalam 3 bulan pertama je aku jadi penaik bas yang berjaya. Sejak Elli duduk dengan aku, kadang kadang aku g kerja dengan dia. Sampai satu hari tu, aku naik bas cam biasa. Time balik tu aku tunjuk je la tiket aku cam biasa kan. Sekali drebar bas tu suruh bayar plak. Dia cakap sistem tu dah takde. Lerr lama sangat ke aku tak naik bas. Pastu baru aku teringat. Aku selalu mmg pergi naik bas, tapi biasanya balik dengan Elli. Tu pasal tak tau. HAHA. Kelaka. So dah tak jimat sangat la.

Pastu tak lama lepas tu, dalam tahun ni la jugak, dia kenalkan plak sekeping kad. Ala2 touch and go. Memang touch and go pun. Boleh guna kat LRT, parking tapi tol je tak boleh. Untuk orang yang selalu naik bas ok la. Consider as convenient. Tapi orang yang naik sekali sekala atau sekali seumur hidup payah la jugak sebab lepas tu kad tu nak buat apa kan. Kad tu masa beli RM5 ringgit. Tahla aku ok je. Yang kelakarnya, kad tu kaler pink. Pastu ada tulis "bit sekali masuk, bit sekali keluar, kad rabbit" Kelaka tak?? Kelakar kan..nanti aku capture gambar kad tu.

Ha dalam bas Rapid tu ada tv tau. Tapi takde la drama2 kan. Eh tapi dulu aku pernah tengok citer Bella la dalam bas. Oh ye aku baru perasaan. Pada tv tu ada tulis Asia Media Content. Maybe dia ada terbitkan drama jugak kut. Contohnya Nora Elena. Tv tu biasanya tunjuk iklan2, promosi2 kat KL, cuaca, breaking news, saham, drama sikit2, video clip lagu best2, cartoon.
Aku suka je tengok tv tu. Bagi aku best.

Satu hari tu kan, tv tu tunjuk citer katun. Kelaka la jugak. Apa ke nama tah cartoon tu. Lupa dah. Time tu aku balik kerja. Aku suka tengok sebab aku memang suka tengok cartoon pastu aku rase macam release tension la jugak. Tapi yang aku tak boleh tahan, aku sorang je dalam bas tu yang beria tengok. Bila nak gelak pun kena tahan tahan. Sebab nanti orang ingat aku gila sebab gelak sorang. HAHA. Korang tak tengok apesal? Dah orang kasi tengok, layan je la kan.

Pastu lama2 aku dah bosan tengok cartoon yang sama. Sekarang aku naik bas mesti baca buku cerita. Tapi aku tension kalau naik malam tak nampak nak baca sebab lampu suram suram. Lagi tension kalau tak bukak tv. So tido je la. Haha

ZzzZZzzZzzzzZZz

[wawa]

Sakit kepala akibat Nescafe?

Mungkin ramai menghadapi situasi seperti sakit kepala akibat minum Nescafe yang terlalu pekat atau ada juga yang menghadapai masalah sakit kepala akibat tidak meminum Nescafe. Which one is yours?

Aku peminum Nescafe yang berjaya. Since sekolah kut aku minum every morning as my breakfast. Sampai satu tahap aku menyedari bahawa aku tak boleh tak minum Nescafe. In order word, aku dah addicted! Aku sedar ni bila suatu hari aku tak minum aku akan sakit kepala tahap gaban. Tapi syarat aku minum Nescafe/Coffee is once in a day je. Kalau lebih pun sakit kepala jugak.

Aku pernah cuba untuk stop sebab according to pakar pakar kesihatan, kafein is not good for your health. It's contains a lot of toxins. So to balance it, maybe aku kena ambil anti-oxidants punya tea or what ever related la.

Satu hari aku pernah cuba stop. Tapi aku memang rasa sakit yang amat sangat. Level nak muntah2, tak boleh buat kerja. What the heck sampai macam tu sekali. Last sekali aku kena makan Panadol plak. So dari aku addict dengan Panadol baik aku minum je Nescafe kan.

Harini aku sakit kepala lagi. Cerita dia macam ni. Hari Sabtu haritu, aku seronok melayan Korean drama kat Maadu.com. It is FREE man! So layan je la. Takde buffering plak tu. Elli plak keje, tv plak takde cerita menarik. So layan je la kan.

Layan punya layan sampai la tengah malam. Biasa la tengok drama Korea kan. Kalau boleh nak abiskan semua episod. Sedar tak sedar aku tengok sampai pukul 3.30pagi. Elli pun join the club dah time tu.

Esoknya, aku pun bangun la tengahari buta akibat tidur lambat. Bila bangun tu kepala dah berat. Aku membuat andaian aku sakit kepala sebab:
  1. Tidur lambat bangun lambat maka terlebih tidur
  2. Tak minum Nescafe lagi
  3. Tak breakfast jadi angin dah memenuhi kepala
Mana satu yang betul aku pun tak sure. Mungkin kombinasi kesemuanya. Tapi aku minum jugak la Nescafe before keluar rumah tu. Time tu sakit yang moderate je. Kitorang keluar sebab ingat nak g rumah Kak Nurul melayan si kecik Hasyf yang comel itu. Tapi sebelum tu kitorang lunch kat Saba Nasi Arab tu. Sempat pulak makan kambing. Lagi penyebab sakit kepala kut. Tapi org cakap kambing kedai nasi arab ni tak sakit kepala sebab dia grill. Tak tau la betul ke tak. Nasi kat sini memang terbaik dari ladang la. Sedap giler wooo. Ni kali ketiga aku makan sini. First dengan team finance, second dengan Elli sbb nak kasi Elli rasa, third this time la sebab teringin. Jarang makan sini sebab jauh dengan rumah. Kat Dataran Jelatek.

Tengah2 makan, Kak Nurul message die cakap tak de kat rumah petang tu. Aku ngan Elli ok je sbb kitorang memang ada plan nk g shopping kat Sogo pun. Kitorang pun pegi la Sogo. Ramainya manusia. Maybe sebab org nak shopping raya before puasa kut.

Shopping punya shopping sakit kepala muncuk kembali.

Terus ajak Elli balik. Malas makan Panadol lagi sebab malas biasakan makan Panadol. Ingatkan lepas bangun tidur ok la. Sampai ke pagi sakit rupanya. Pagi tu nak pegi jumpa lawyer kat Keramat, nak sign S&P. So tak sempat la breakfast sebab nk cepat.

Lepas dah setel sign S&P baru kitorang breakfast. Aku order la Nescafe. Tapi still tak hilang sakit kepala. Sampai office lagi sakit. Sebab dihujani dengan masalah kat office yang tak henti henti. Haha

Aku pun dalam keterpaksaan telan jugak la Panadol setelah tak reti nak baik2 setelah hampir sebotol minyak kapak digunakan. Cesss.. Rasa nak muntah siut. Gila tak??

Dalam masa tu aku terpikir gak, ada tak dalam hidup aku ni, hari yang aku tak minum Nescafe tapi tak sakit kepala. YA!!Jawapannya ADA!!! Time aku warded dulu. 7 hari aku tak minum Nescafe. Gila kau duk hospital mana boleh minum kopi. Hari2 dia bagi Milo dengan susu je. Tapi aku OK je. Apakah faktor2 aku OK tu ek??
  1. Sebab duk hospital masuk drip all time so drip tu membantu.
  2. Beberapa jam sekali aku akan dicucuk dengan ubat antibiotik dan tahan sakit - sebab tu tak sakit kut kan?
  3. Tidur je all the time. Mana pikir pasal kerja ke ape ke.
So moral of the story, aku boleh la tak minum Nescafe. Provided, minum air banyak2, rehat cukup2. Heh ye ke boleh cam tu?

Ataupun aku pergi hospital, mintak masuk ward sampai addicted aku hilang. Haha

Mission aku sekarang adalah untuk berhenti minum Nescafe/Coffee dan seangkatan dengannya.

Say NO to COFFEE!!!

[wawa]

Saturday, July 16, 2011

Teaming With Passion TM

Ramai orang tanya aku:
"Teaming with passion tu apa?"

Teaming with passion tu sejenis course yang dianjurkan oleh TM untuk semua staff TM tak kira level apa. Dari top management sampai la ke level bawahan. Semua kena pergi.

Course ni ala2 course motivasi la. Tujuan untuk meningkatkan passion workers terhadap kerja yang mereka lakukan. Passion tu apa? Passion tu keghairahan, keterujaan. So bila kita buat kerja dalam perasaan yang passion, kerja kita buat tu akan lebih productive.

Aku suka g course ni. Last aku pergi last year. Before masuk finance team lagi. Memang semangat membara la time tu. Aku antara yang batch awal2 yang pergi.

So kepada semua staff TM yang tak pergi lagi course ni, pergi la weeeiii. Best gilerr!!

[wawa]

Tiada Lagi

Bila fikir pasal loan:

Tiada lagi wallet Fossil
Tiada lagi kasut/sandal Clark mahupun Scholl
Tiada lagi pertukaran handphone mengikut peredaran technology
Tiada lagi hadiah berjenama untuk kawan/keluarga tercinta
Tiada lagi perlepakkan di tempat berbayar
Tiada lagi baju berjenama seperti Jaspal
Tiada lagi makan steak di Tony Romas
Tiada lagi pelancongan di Langkawi pada tengah bulan
Tiada lagi handbag di butik mungkin di Petaling Street je
Tiada lagi perfume Salvatore Ferragamo mahupun Polo
Tiada lagi penjagaan muka dari Loreal
Tiada lagi compact powder Kose mungkin Cosway sahaja
Tiada lagi DVD Twillight mahupun Harry Potter
Tiada lagi memborong buku di MPH hingga lupa dunia
Tiada lagi ikan2 besar di dalam peti
Tiada lagi sayur2 organik di dalam senarai barang hendak dibeli
Tiada lagi cabaran 14 hari Bliss
Tiada lagi Anlene Concentrate
Tiada lagi strawberry
Tiada lagi roti roti dari bread talk mahupun bread story

Wah betul ke semua ni tiada. Haha. Tipu la. Dalam list tu pun bukan semua betul. Haha

[wawa]

Friday, July 15, 2011

Housing Loan Part II

As promised, aku nak sambung cerita housing loan aku.
Selepasa aku reject CIMB Bank, aku dapat 3 lagi offer. Public Bank. Bank Muamalat. Maybank.

1. Public Bank
Aku berurusan dengan seorang madam bernama Catherine. She's from Kuantan branch. I guess developer yang bagi contact number aku. Aku ok je as far as aku dapat better offer. Offer kali ni memang better dari CIMB dulu which is BFR -2.2%. So monthly dalam RM890 kut. I don't know the exact figure. Tenure dia bagi aku 35 years since aku muda lagi. Aku ok je.

2. Bank Muamalat
Kali ni aku berurusan dengan Pn Nieza. From Pekan branch. Terpikir plak kat Kuantan takde bank Muamalat ke? Aku pun pikir lantok ler janji bleh runding2 lagi mana yang ok. Pastu dapat la quotation. Muamalat boleh kasi BFR -2.3% plak. Tenure 39 tahun plak. So monthly lagi sikit la. Wahh makin interesting plak kan. Aku ingat interest tu takde la jauh beza kan from one bank to other bank. Ternyata tidak. Nasib aku tak terus cakap ok kat CIMB dulu.

Bila dapat offer dari Muamalat aku terus call Madam Catherine Public Bank. Katanya loan aku dah approve. Pastu aku cakap aku tak nak sebab dapat better offer from Muamalat. Dia cakap dia akan forward pada officer kat KL sebab still boleh nego. Wah macam tu plak.

Tak lama lepas tu ada la En Haswadi call. Itulah officer kat KL tu. Katanya dia boleh nego interest tu provided aku bagi black and white from Muamalat tu. Aku ok je. Aku call la Muamalat mintak LO (letter offer) tu. Tapi sampai ke sudah tak sampai2. Dalam menunggu2 LO kakak dari Maybank plak telefon. Nama dia Amy from Pudu branch. Senang sikit from KL jugak. Senang nk berurusan.

3. Maybank
Sebelum ni memang aku ada bagi document kat Kak Amy tu. Tapi tak pernah follow up sbb my assumption Maybank interest should be higher than CIMB or at least same dengan CIMB. Kak Amy jumpa cakap LO dah siap. Loan dah approved la maknanya. Wah lagi advance. Ni LO first yang aku dapat. Kak Amy tu tak banyak cakap. Aku amek LO and go through. Wah offer Maybank pun menarik. Lagi menarik. First year BFR -2.5%, 2-3 years -2.45%, the rest -2.4%. Tenure 35 years. Monthly RM824. Aku macam suka.

Tak lama lepas tu Muamalat call lagi. LO dah siap tapi dia kene courier ke KL. Aku mintak dia faxkan untuk aku go through dulu. Muamalat punya offer lain plak. 1st year aku kena bayar RM634 je. 2-3 year RM700++ (tak ingat), the rest RM834.

Aku pun berkira2 ada benefit jugak Muamalat tu sebab awal2 ni memang aku sengkek sikit sbb nanti nak cari loan untuk downpayment. Tapi Muamalat punya 39tahun. Sebab tu boleh dapat murah camtu. Bila aku pikir2, 39 tahun lagi umur aku 65 tahun. Which is dah 10 tahun aku bersara. Time tu aku kira2 hutang rumah aku ada lagi RM100k++. Wowww what the heck mannn..Nanti mana aku nak cekau duit. Kalau aku wat full settlement time bersara pun, kena bayar that much!

Aku compare dengan Maybank. Maybank punya loan sampai umur aku 61tahun. Kalau aku buat settlement time aku bersara, aku kena bayar dalam RM55k. Provided interest tak naik la. So it different almost RM50k dengan Muamalat.

Lepas tu aku fikir secara rasional. Maka dengan itu amek la Maybank. Biarlah susah sikit sekrang. Aku tanak menyesal di hari tua. Aku harap keputusan aku ni yang terbaik.

Lepas tu Muamalat pun call suruh sign LO. AKu pun bagitau la reason aku reject LO diorang. Diorang pun paham dan tak boleh bagi offer yang better than Maybank.

Almost sebulan jugak la aku settlekan urusan housing loan ni. Tapi before aku sign LO Maybank, aku kena cari fund untuk downpayment.

Aku teringat Public Bank pernah cakap boleh bagi personal loan up to 200k and repayment tenure up to 20years. Is that good kan!!Aku pun pergi la Public Bank kat Brickfields. Tapi unfortunately officer dia cakap just for government servant only. Yang part ni aku hangin. Dulu bila aku nak skim rumah pertamaku, kata untuk swasta je. Aku tak eligible sebab TM consider as government. Bila part nak buat personal loan plak, TM consider as swasta plak. Sakit hati tak??

Lepas tu aku pergi CIMB sebab sebelah je. Pun sama. For government servant only. Untuk individual ada tapi interest dia boleh bawak maut. Macam AhLong. Gila kau 36% per annum. Kau nak mampos!!

G jalan2 kat Bangsar. Banyak bank tapi semua sama jer. Paling lama pun boleh byr in 6years. So kalau 20K, almost RM800 jugak per month. Dah loan rumah RM800+, personal loan lagi. Aku nak makan apa nanti??

Lepas tu aku teringat Kotamas. Nasib aku member. Aku buat loan 20K, 20years. Monthly RM184 jer. Tapi kena ada 6 orang penjamin. Nasib kawan2 aku sporting. Thanks you all!!InsyaAllah aku tak quit from TM. Huhu.

So begitulah cerita aku. Peritkan. So please saving from now kalau nak beli rumah. Aku harap aku tak menyesal. At least aku nampak gaji aku ke mana kan. Dari habis ke mana mana tah, baik aku beli rumah. I'm proud with that. Aku harap sangat aku dapat MCI ke elaun apa2 ke untuk menampung kehidupan aku ni. Haha.

[wawa]

Thursday, July 14, 2011

Sebenarnya

Sebenarnya aku dah lama sangat tak update blog kan.
Sebenarnya banyak sangat benda aku termiss untuk cerita kat sini.
Sebenarnya bila aku baca latest latest update baru aku sedar aku takde mention pun aku dah pindah rumah. Tup tup dah beli rumah. Haha

Sebenarnya dulu aku duduk pantai dalam.
Sekarang pun still pantai dalam.
Tapi dulu rumah lain.
Kini rumah lain.
Kenapa?

Kerana,
Kak Mira nak kahwin nak menetap kat Kelantan barangkali.
Tetapi,
Dia tidak berterus terang dengan kami.
Dia cakap dia nak balik Kelantan kejap je tapi half of her thing dah takde.

Kami bingung.

Berminggu minggu dia tak pulang ke KL.

Tiba tiba dia SMS. Tuan rumah suruh pindah before end of 2010.
Kak Atiq bernaseb baik sebab dia dapat quarters Putrajaya.

Tapi KAMI?(aku dan Elli)

Kami bingung lagi.

Kami SMS Kak Mira sebab nak dapatkan duit deposit sebab nk move out and move in need a lot of money.
She refuse to bagi duit deposit.

Alasan?
Duit pada tuan rumah.
Kami request contact number tuan rumah.
She refuse to bagi jugak.

Alasan?
We don't have any idea.

Kami bukan bingung lagi tapi kami BENGANG.
Rasa ditipu oleh org yang dipercayai.
Kami bengang sangat.
Tapi kami tetap mencari rumah lain.
Kami risau tiba tiba tuan rumah datang dan claim kitorang tak penah bayar sewa.
Sebab selama ni sewa kitorang bayar pada Kak Mira.
We don't ever know who is tuan rumah.

Kami nak cepat pindah.
Kak Atiq dah selamat ke Putrajaya.
Bahagia disana.

Kami?
Kami telah menemui sebuah rumah di kawasan berhampiran.
Syukur.

Tapi sewa agak mahal for both of us.
Only both.
Kena cari housemata.

Sewa dulu Rm600 duduk berempat.
Sewa baru RM800 duduk berdua.

Kami sengkek.

Deposit, aku terpaksa amek cash advance from TM.
I LOVE TM.
Always!

Setel for deposit.
Kami move in by December.
Rumah lebih cantik dan selesa.
Yang penting kami kenal tuan rumah.

Tapi,
kami perlu cari housmate as soon as possible.

Susah!

Ramai yang datang.
Tapi takde yang nak.

Macam macam alasan.

BOSAN!

Rasa macam nak redha je duduk berdua.
Tapi sangat perit.
Even dah pakai Astro tapi Streamyx tetap ada.
Lagipun apehal master room tu kosong kan.

Iklan di serata web.
Mudah, Forum, Sewa Portal.

Tak cukup dengan itu,
print atas kertas kaler2, tampal merata rata.
Tampal di kala tengah malam.
Gila kau nak tampal awal2.

Sangat give up sebab yang call kebanyakannya nak ajak join MLM.
What the fuck man.
Kau nampak tak iklan aku tu nak cari housemate.
Bukan nak cari agent MLM.

Sangat benci sebab bila round kawasan iklan ditampal tu
dalam masa 2 hari je dah kena cabut dengan DBKL.

Ah, malas layan dah.
Lantak la.

Bila dah malas layan,
baru la ada orang call

Tapi dah memang selalu pun orang call
Tapi last2 tak jadi.

So kali ni dah berhenti berharap.
Tapi kali ni diorang seems serious.
Cikgu kedua dua nya.

Sangat bersyukur sebab 2 orang terus and they are friends.
So tak yah pening2 kalau nak g midvalley rase bersalah tinggalkan housemate.
Haha

Akhirnya

Now we are four.
Kami dapat housemate tu in the middle of February.

Moral
Please jangan percaya sangat dekat org.
Percaya diri sendiri sahaja.
Please jangan selalu berharap sangat.
Bila tak dapat apa yang diharap tu kecewa sangat.
Please belajar hidup berdikari jangan cepat putus asa.

Kan aku dah cakap hidup aku bukan senang sangat tapi bukan la susah sangat.

[wawa]

Saturday, July 9, 2011

Cerita tentang Housing Loan

Harini 9 Julai 2011. Tarikh ni mungkin akan tercatat dalam sejarah Malaysia sebab hari ni ada perhimpunan BERSIH v2.o kat KL nih. Pergh, memang gila siut. Semua jalan kena tutup. Tak tau la nak komen macam mana. Actually, BERSIH ni tujuan dia nak bersihkan SPR dalam sebarang ketidak telusan time pilihanraya. Tapi bila ada berbaur baur politik, semua jadi kacau bilau. Asalnya perhimpunan aman tapi sebab polis dah masuk campur wat kacau jadi kecoh ar. Time malam merdeka pun org ramai camtu gak tapi sebab polis takde sembur2 air takde kecoh2. Pelik aku dengan kerajaan zaman sekarang ni..

Ok lah, actually bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal housing loan aku. Tapi sebelum tu aku cerita la kronologi aku nak beli rumah ni. Ok rumah yang aku nak beli ni still under construction and located at Kuantan. Tanah tumpah darahku. Aku kerja kat KL so sure la ramai tanya why Kuantan. Jawapannya:
  1. Sebab mungkin aku akan balik Kuantan. Bila? Tu yang tak tau lagi. Tapi not in this year la of course.
  2. Pelaburan jangka panjang.
  3. Rumah kat Kuantan murah lagi. Nanti dah naik harga aku jual, mampu la aku beli rumah besar plak. Haha. Good finance & investment strategy kan.
Rumah tu new lifestyle kat Kuantan. Sebab siap ada clubhouse bagai. Tu mengikut planning diorang la. Projek tu nama 1-Icon City Kuantan located kat area Tanjung Lumpur. Lebih kurang 10 minit ke bandar Kuantan.

Satu hari aku balik Kuantan aku ternampak la signboard pasal rumah tu. Macam best aku pun search la dalam tenet. Aku pun tertarik la dengan gaya rumah tu. Pastu aku balik KL aku pun call la agent rumah tu. Since aku kat KL, so dia suruh la aku g sales office diorang kat Philleo Damansara.

Nak dijadikan cerita tanggal 6 Jun 2011, aku MC sebab sakit perut. Time tu hari Isnin. Biasa la weekend makan tah apa benda kan. Pastu ada orang call, nama dia Eric. Dia sales agent 1-icon tu la. Tujuan dia nak set appointment. So after lunch, perut pun dah ok, aku g la sales office tu dengan Elli bertemankan Mr Garmin sbb tak tau jalan. Haha.

Sampai je office dia, Eric tu terus la tunjuk pelan rumah tu semua. Aku dengan confident level terus mintak corner lot. Mestilah nak the best kan. Sekali dengan kecewanya dia cakap corner lot habis, end lot pn habis. Tinggal intermediate je. Aku pun macam tanak la. Pastu sbb dia tengok aku kecewa dia pergi la cek dengan sales office kat Kuantan. Cek punya cek nak dijadikan rezeki aku, ada sebijik end lot yang dah direject oleh buyer sbb loan tak approved. Even bukan corner lot, tapi ok la dari intermediate kan.

Pastu tah macam mane korek2 dalam handbag ada la cash RM1000. Maka aku pun terus la bayar booking RM1000 tu. Price rumah tuh RM193k++.

Dalam booking form tu ada stated yang within 14 days aku kene setelkan loan untuk sign S&P (sales & purchase agreement) otherwise, the booking fees will be forfeited. Wei gila apa nak cari loan within 14 days je. Kang sia2 burn RM1000 aku tu. Tapi dia cakap kalau aku in process apply loan, syarat tu tak diguna pakai laa. Phewww, lega sekejap.

Rupanya kelegaan aku hanyalah sementara. Lepas tu aku gelabah balik. Wei mana nak cari downpayment 10% tu. Almost RM20k ok!!At first aku tak cuak sebab aku ingat aku eligible for 100% loan seperti yang diwar warkan oleh media massa. Iaitu Skim Rumah Pertamaku. What the heck man skim tu macam haramjadah. Rase nak mencarut jer. Ok, mula2 aku call la bank yang agent2 skim rumah pertamaku tu. Firstly aku call AmBank. Awalnya aku tanya pasal loan TM la since aku staff TM. Tapi as expected aku tak layak sebab service aku tak cukup 3 tahun lagi kat TM ni. Aku redha. Then aku tanya la pasal skim tu.

Mereka jawab:
" Oh sorry cik, skim ni totally for non-government staff"

aku pun jawab:
"Encik, saya kerja TM. Saya non-government staff. TM is swasta"

Beliau menjawab lagi:
"Oh TM is GLC. Part of government"

aku pn redha:
"Ok thanks bye"

Maka aku pun putus harapan terhadap skim itu. Tapi aku tak putus asa. Aku cuba tanya CIMB bank. Tapi jawapan mereka berbeza pula:
"Oh TM boleh je dapat skim tu tapi ada syarat, syarat saving cik setiap bulan at least cukup untuk cover installment nanti"

aku berfikir dalam hati:
"what the heck??Belom beli rumah watpe nak ada saving, enjoy the life je la"

aku pun telah mendapat idea lalu berkata:
"every month saya masuk duit kat mak saya, kalau saya show bank statement mak saya boleh?"

org bank yang bajet handsome tu berkata:
"oh tak boleh. kalau mak nak buat loan, show bank statement anak boleh la. Boleh tak cik suruh mak cik masukkan duit tu dalam account cik. At least 10k"

aku pun:
"wei apesal byk sangat?"

org bank:
"yela at least kita nampak yang cik mampu nak bayar nanti"

aku pun redha lagi:
"ok i'll try. i inform u later. bye"

Tapi in other side aku bersyukur org CIMB tu ajar buat macam tu. At least aku tau apa supporting document yg penting untuk approvekan loan.

Aku pun contact mak aku untuk pinjam RM10K untuk park sementara dalam account aku. Nasib everything OK!

Then few days later, orang CIMB call. In between aku ada jugak contact developer rumah tu untuk cari any other bank that can give better offer. Document pun semua aku dah bagi diorang. So senang la.

Ok, berbalik pada CIMB. Jawapan dia agak mengecewakan kan. Aku tak dapat 100% loan. Aku just dapat 90 + 5% sahaja. 5% is for MRTA (insurance). So aku pun KIV la sbb better aku wait for better offer kan. Kut2 ada bank lain yang aku boleh dapat 100%. Pastu org CIMB tu pandai plak nak pujuk aku. Biasalah nak buat sales kan. Kata beliau:
"Cik kalau compare 100% dengan offer kita ni, offer ni lagi ok. Sebab offer kita including MRTA, and boleh waived stamping fee. Tapi kalau 100%, semua tu tak cover. So lebih kurang je. "

Aku pun tanya:
"Ok, whatever it is, berapa upfront yang saya kena bayar for both product"

Org bank:
"Kalau 100%, kena bayar legal fee, stamping, MRTA. Almost 20K"

Aku:
"Ok, tapi kalau 95%?"

Org bank sengal:
"Ermm of course downpayment & legal fee for S&P"

Aku pun:
"See, mana lagi banyak?Ok la, before apa2 pun, may i know the interest rate for this loan"

Org bank poyo:
"CIMB always give the best rate that is BLR -1.9% and tenure up to 35 years"

Aku yang bijak (haha):
"Wowww tinggi tu. BFR sekarang 6.6% - 1.9, it is 4.7%!!, So monthly almost RM900+? Ok I'll call u back"

Dalam hati aku dah cakap, mmg akan reject CIMB ni even agent die handsome macam hero cerita korea. Haha

Ok tu baru cerita satu bank. Ada 3 lagi bank aku berurusan lepas tu. Which is Public Bank, Bank Muamalat & Maybank. Bank Rakyat & MBSB yang menawarkan best rate in the world tu aku tak layak sbb service tak cukup, bukan government staff and whatsoever. Tu baru cerita housing loan. Belum cerita personal loan untuk downpayment yang agak menjengkelkan jugak itu. Ok i'll continue in part 2. Haha

[wawa]



Sunday, July 3, 2011

MASIH

Ok, this is crazy. My last update is on December 2010. What the fish? Now is July 2011.

Ok, I'm STILL here. Saya MASIH di sini. MASIH sama. MASIH single. MASIH available. MASIH bekerja di tempat lama. MASIH dengan dunia SAP. MASIH dengan kawan2 lama. MASIH dengan HP lama. MASIH menonton Spongebob di waktu lapang. MASIH membaca novel jika rajin. MASIH susah bangun pagi. MASIH belum ada apa yang berubah. Saya MASIH seperti ini.

Itu mungkin penyebab utama saya tidak meninggal sebarang jejak di blog ini. Tiada yang menarik berlaku dalam tempoh ini.

Tapi kenapa harini tergerak hati nak update blog? Mungkin ada sesuatu yang akan berubah. Apakah ia? Mungkin monthly budget saya akan berubah. YA!! Kerana saya BAKAL membeli rumah. YA RUMAH!!HOUSE!! I'm so proud of myself. Doakan segala berjalan lancar. Bila semuanya berjalan lancar, update seterusnya akan menyusul.

[wawa]