Monday, July 18, 2011

RAPID KL

Siapa pernah naik Bas Rapid KL?
Tau tak kenapa nama dia Rapid?
Rapid tu stand for Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras. Jadi la RAPID

Mula mula aku datang KL dulu, aku kagum sangat naik Rapid. Haha
Sebab tambang dia seringgit je. Seringgit tu ko naik pagi, simpan tiket, naik je mana2 bas Rapid yang lain secara percuma. Provided tiket tadi ada lagi. Best kan. So seringgit pergi, balik, pergi semula, balik semula. Best kan kan kan.

Aku bernasib baik sebab bas Rapid kat rumah aku tu memang last station kat Kerinchi LRT - bas T633, dari Kerinchi jalan kaki je g office. Pastu rumah aku plak 1st station. So pagi2 memang dapat duduk la. Heaven. Pastu tido. HAHA.

Tapi itu dulu. Dulu tu tak la lama sangat lebih kurang 2 tahun lepas. Dalam 3 bulan pertama je aku jadi penaik bas yang berjaya. Sejak Elli duduk dengan aku, kadang kadang aku g kerja dengan dia. Sampai satu hari tu, aku naik bas cam biasa. Time balik tu aku tunjuk je la tiket aku cam biasa kan. Sekali drebar bas tu suruh bayar plak. Dia cakap sistem tu dah takde. Lerr lama sangat ke aku tak naik bas. Pastu baru aku teringat. Aku selalu mmg pergi naik bas, tapi biasanya balik dengan Elli. Tu pasal tak tau. HAHA. Kelaka. So dah tak jimat sangat la.

Pastu tak lama lepas tu, dalam tahun ni la jugak, dia kenalkan plak sekeping kad. Ala2 touch and go. Memang touch and go pun. Boleh guna kat LRT, parking tapi tol je tak boleh. Untuk orang yang selalu naik bas ok la. Consider as convenient. Tapi orang yang naik sekali sekala atau sekali seumur hidup payah la jugak sebab lepas tu kad tu nak buat apa kan. Kad tu masa beli RM5 ringgit. Tahla aku ok je. Yang kelakarnya, kad tu kaler pink. Pastu ada tulis "bit sekali masuk, bit sekali keluar, kad rabbit" Kelaka tak?? Kelakar kan..nanti aku capture gambar kad tu.

Ha dalam bas Rapid tu ada tv tau. Tapi takde la drama2 kan. Eh tapi dulu aku pernah tengok citer Bella la dalam bas. Oh ye aku baru perasaan. Pada tv tu ada tulis Asia Media Content. Maybe dia ada terbitkan drama jugak kut. Contohnya Nora Elena. Tv tu biasanya tunjuk iklan2, promosi2 kat KL, cuaca, breaking news, saham, drama sikit2, video clip lagu best2, cartoon.
Aku suka je tengok tv tu. Bagi aku best.

Satu hari tu kan, tv tu tunjuk citer katun. Kelaka la jugak. Apa ke nama tah cartoon tu. Lupa dah. Time tu aku balik kerja. Aku suka tengok sebab aku memang suka tengok cartoon pastu aku rase macam release tension la jugak. Tapi yang aku tak boleh tahan, aku sorang je dalam bas tu yang beria tengok. Bila nak gelak pun kena tahan tahan. Sebab nanti orang ingat aku gila sebab gelak sorang. HAHA. Korang tak tengok apesal? Dah orang kasi tengok, layan je la kan.

Pastu lama2 aku dah bosan tengok cartoon yang sama. Sekarang aku naik bas mesti baca buku cerita. Tapi aku tension kalau naik malam tak nampak nak baca sebab lampu suram suram. Lagi tension kalau tak bukak tv. So tido je la. Haha

ZzzZZzzZzzzzZZz

[wawa]

0 comments: