Tuesday, July 19, 2011

Wanita tertekan - Malaysia rank ke 16 dalam dunia!!

Wowww..

Pagi tadi bangun awal sempat tengok Malaysia Hari ini. Ada topik pasal ni. Pastu dengar Hot Chat pn tajuk ni. Wanita Malaysia mengalami tekanan ke? Ye selaku salah seorang wanita kat Malaysia ni, aku SETUJU!!

Sebab wanita kat Malaysia kebanyakannya bekerjaya. Plus yang dah kawin, plus yang dah ada anak. Kat office masalah office. Balik rumah masalah suami, anak. Urusan rumahtangga masih tanggungjawab isteri a.k.a wanita. Suami balik rumah lepak, tunggu bini masak. Can u imagine that? Ini tidak adil. Belum dikira lagi yang wanita kena menanggung nafkah. Tak ke tekanan namanya tu. Gila kau.

Aku selaku wanita bujang tak la mengalami tekanan sehebat itu. Masalah office sentiasa under control. Balik rumah ikut suka hati. Rasa nak balik awal, balik awal. Nak balik lambat, balik lambat. Kalau rajin memasak, kalau malas, makan luar, kalau sengkek, makan biskut/roti, kalau over sengkek diet je. Haha. Senang kan. Kalau rajin basuh baju, basuh la. Kalau malas, tunggu weekend je. Kalau extra malas, dobi je. Muahaha.

Cerita pasal tekanan, semalam aku menghadapi satu tekanan secara tiba tiba.

Balik kerja cam biasa Elli amek sebab dia cuti. Pastu dia baru amek baju dari tailor. Ukur2 tak muat plak. Apehal tah tailor tu ukur tak betul. Tu tekanan pertama.

Tekanan kedua, makan kuew teow sup beli kat tepi simpang. Daging secoet je. Tapi lemak daging je banyak. Tekanan jugak.

Tekanan ketiga, malam tu kena buat kueh sebab pagi esoknya ada birthday party Kak Zarina. Aku nak buat puding jagung je. Tekanan jugak sebab tiba2 terlebih tepung jadi keras sikit.

Tekanan seterusnya, aku nak tengok cerita korea kat Maadu. Dah bukak laptop siap2. Tapi layan Juvana finale dulu. Tiba2 laptop ada virus dengan banyaknya. Worm la trojan la. Macam2 la. Terus system crash, data corrupted. Gila!! tension siut. Silap2 hard disk pun jahanam tu. Dah berkira2 nak beli laptop baru. Tapi nak soh adik aku format dulu. Nak format kat kedai mahal setan. Rm80 format sahaja without any apps.

Tekanan yang tah keberapa, tengah2 aku risau pasal laptop sambil Elli iron baju, tiba2 iron plak rosak. Naseb Elli dah siap iron. Tah ape kejadian plat besi tu tercabut dari badan dia. Yela dah almost 10years dia berkhidmat untuk aku. Terima kasih iron. Terima kasih sebab kau rosak ketika baju dah siap di iron. Kalau tak arini aku EL. Haha. So misi hari ni balik keja g midvalley cari iron baru. Duit lagi. Tekanan lagi. Hujung bulan nih!

Tekanan terakhir untuk hari semalam, aku duk landing2 atas katil sambil pk pasal laptop dan iron, tiba2 katil aku "Praaaaaaak". Patah!

What the heck? Besi tu memang ada ciri2 nak patah. Tapi malam tu jugak la dia nak jahanam kan. Tapi bukan la patah dua katil tu. Patah besi ranting2 tu je. Kalau alas ngan plywood ok kut. Kena cari plywood la plak.

Tu la cerita tekanan aku semalam. Tapi pagi ni makan mee jawa kak Naza buat sempena birthday Kak Zarina, hilang tekanan tu dari otak aku.

Tapi time aku solat Isya' semalam aku terpikir, dalam sekelip mata Allah boleh turunkan macam2 kejadian yang tak disangka kat kita. So kita jangan bersangka yang kalau sekarang kita rasa hidup kita dah cukup puas, dah cukup stable, dah cukup bahagia, dah cukup perfect, selamanya kita akan macam tu.

p/s: selagi laptop tak ok selagi tu tak boleh update blog kat rumah dah.

[wawa]

0 comments:

Powered By Blogger