Friday, July 15, 2011

Housing Loan Part II

As promised, aku nak sambung cerita housing loan aku.
Selepasa aku reject CIMB Bank, aku dapat 3 lagi offer. Public Bank. Bank Muamalat. Maybank.

1. Public Bank
Aku berurusan dengan seorang madam bernama Catherine. She's from Kuantan branch. I guess developer yang bagi contact number aku. Aku ok je as far as aku dapat better offer. Offer kali ni memang better dari CIMB dulu which is BFR -2.2%. So monthly dalam RM890 kut. I don't know the exact figure. Tenure dia bagi aku 35 years since aku muda lagi. Aku ok je.

2. Bank Muamalat
Kali ni aku berurusan dengan Pn Nieza. From Pekan branch. Terpikir plak kat Kuantan takde bank Muamalat ke? Aku pun pikir lantok ler janji bleh runding2 lagi mana yang ok. Pastu dapat la quotation. Muamalat boleh kasi BFR -2.3% plak. Tenure 39 tahun plak. So monthly lagi sikit la. Wahh makin interesting plak kan. Aku ingat interest tu takde la jauh beza kan from one bank to other bank. Ternyata tidak. Nasib aku tak terus cakap ok kat CIMB dulu.

Bila dapat offer dari Muamalat aku terus call Madam Catherine Public Bank. Katanya loan aku dah approve. Pastu aku cakap aku tak nak sebab dapat better offer from Muamalat. Dia cakap dia akan forward pada officer kat KL sebab still boleh nego. Wah macam tu plak.

Tak lama lepas tu ada la En Haswadi call. Itulah officer kat KL tu. Katanya dia boleh nego interest tu provided aku bagi black and white from Muamalat tu. Aku ok je. Aku call la Muamalat mintak LO (letter offer) tu. Tapi sampai ke sudah tak sampai2. Dalam menunggu2 LO kakak dari Maybank plak telefon. Nama dia Amy from Pudu branch. Senang sikit from KL jugak. Senang nk berurusan.

3. Maybank
Sebelum ni memang aku ada bagi document kat Kak Amy tu. Tapi tak pernah follow up sbb my assumption Maybank interest should be higher than CIMB or at least same dengan CIMB. Kak Amy jumpa cakap LO dah siap. Loan dah approved la maknanya. Wah lagi advance. Ni LO first yang aku dapat. Kak Amy tu tak banyak cakap. Aku amek LO and go through. Wah offer Maybank pun menarik. Lagi menarik. First year BFR -2.5%, 2-3 years -2.45%, the rest -2.4%. Tenure 35 years. Monthly RM824. Aku macam suka.

Tak lama lepas tu Muamalat call lagi. LO dah siap tapi dia kene courier ke KL. Aku mintak dia faxkan untuk aku go through dulu. Muamalat punya offer lain plak. 1st year aku kena bayar RM634 je. 2-3 year RM700++ (tak ingat), the rest RM834.

Aku pun berkira2 ada benefit jugak Muamalat tu sebab awal2 ni memang aku sengkek sikit sbb nanti nak cari loan untuk downpayment. Tapi Muamalat punya 39tahun. Sebab tu boleh dapat murah camtu. Bila aku pikir2, 39 tahun lagi umur aku 65 tahun. Which is dah 10 tahun aku bersara. Time tu aku kira2 hutang rumah aku ada lagi RM100k++. Wowww what the heck mannn..Nanti mana aku nak cekau duit. Kalau aku wat full settlement time bersara pun, kena bayar that much!

Aku compare dengan Maybank. Maybank punya loan sampai umur aku 61tahun. Kalau aku buat settlement time aku bersara, aku kena bayar dalam RM55k. Provided interest tak naik la. So it different almost RM50k dengan Muamalat.

Lepas tu aku fikir secara rasional. Maka dengan itu amek la Maybank. Biarlah susah sikit sekrang. Aku tanak menyesal di hari tua. Aku harap keputusan aku ni yang terbaik.

Lepas tu Muamalat pun call suruh sign LO. AKu pun bagitau la reason aku reject LO diorang. Diorang pun paham dan tak boleh bagi offer yang better than Maybank.

Almost sebulan jugak la aku settlekan urusan housing loan ni. Tapi before aku sign LO Maybank, aku kena cari fund untuk downpayment.

Aku teringat Public Bank pernah cakap boleh bagi personal loan up to 200k and repayment tenure up to 20years. Is that good kan!!Aku pun pergi la Public Bank kat Brickfields. Tapi unfortunately officer dia cakap just for government servant only. Yang part ni aku hangin. Dulu bila aku nak skim rumah pertamaku, kata untuk swasta je. Aku tak eligible sebab TM consider as government. Bila part nak buat personal loan plak, TM consider as swasta plak. Sakit hati tak??

Lepas tu aku pergi CIMB sebab sebelah je. Pun sama. For government servant only. Untuk individual ada tapi interest dia boleh bawak maut. Macam AhLong. Gila kau 36% per annum. Kau nak mampos!!

G jalan2 kat Bangsar. Banyak bank tapi semua sama jer. Paling lama pun boleh byr in 6years. So kalau 20K, almost RM800 jugak per month. Dah loan rumah RM800+, personal loan lagi. Aku nak makan apa nanti??

Lepas tu aku teringat Kotamas. Nasib aku member. Aku buat loan 20K, 20years. Monthly RM184 jer. Tapi kena ada 6 orang penjamin. Nasib kawan2 aku sporting. Thanks you all!!InsyaAllah aku tak quit from TM. Huhu.

So begitulah cerita aku. Peritkan. So please saving from now kalau nak beli rumah. Aku harap aku tak menyesal. At least aku nampak gaji aku ke mana kan. Dari habis ke mana mana tah, baik aku beli rumah. I'm proud with that. Aku harap sangat aku dapat MCI ke elaun apa2 ke untuk menampung kehidupan aku ni. Haha.

[wawa]

4 comments:

Ash Minami said...

Bl rumah nie dijangka siap ek??

Salwa Saalodin said...

katenye dah boleh duduk end of 2012..tak sure laa

Anonymous said...

rumah ni loan berape ribu total? sebulan rm 824 ikaT 35 TAHUN..MURAH tu.

Kimberly Chiew said...

i'd suggest bank mualamat... http://www.imoney.my/home-loan/bank-muamalat