Tuesday, November 29, 2011

First Attempt: Stew Daging


Ok cerita ni dah basi tapi nak cerita gak sebab kagum dengan diri sendiri. Muahahaaaa.Lepas raya korban haritu dapat banyak daging. Dh dekat 2 minggu lebih dalam peti. So kena jugak masak. Puas pikir nak masak ape ek. Lama lama terpikir stew daging. Weii gila camne nak buat tuh??tapi dengan bantuan Mr Google aku berjaya jugak buat dan SEDAP!!!Mari aku share resepinya:
  1. Beberapa ratus gram daging..tak sure berapa sebab tak timbang..tapi rasa dalam 500g kut - bersihkan potong kiub..besar sikit la sebab nak masak ni lama..kalau kecik kang kecut plak..
  2. 2 biji bawang besar potong dadu2 yer
  3. 5 ulas bawang putih tak payah hiris tak payah tumbuk..masuk je sebijik2
  4. bawang tumbuk dalam 2-3 sudu (bawang merah la)
  5. sebatang carrot potong besar2
  6. 2 bijik potato potong 4
  7. 2 sudu tepung gandum
  8. serbuk lada hitam ikut citarasa
  9. garam
  10. gula
  11. daun bawang, daun sup, bawang goreng untuk hiasan
  12. minyak sikit untuk tumis

cara-caranya mudah saja:

  1. Panaskan minyak didalam periuk yg sesuai (kalau guna pressure cooker lagi bagus, tapi aku guna tefal je so that nanti biar lama x melekat).
  2. Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  3. Tumiskan bawang putih, merah.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata.
  5. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata.
  6. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam (kalau menggunakan pressure cooker, masak selama 20 minit).
  7. Kemudian tambahkan kentang dan lobak.
  8. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  9. Seasonkan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  10. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun
    bawang.

Senang dan sedap. Daging pun lembut jerrr..kalau nak kuah lebih tak yah letak tepung sebab kentang dah tolong pekatkan kuah. Kes aku terus jadi kering. Huhu

[wawa]

Saturday, November 26, 2011

Parking Metro Parking KL Sentral SUX!!

Siapa pernah pergi KL Sentral naik kereta? Pastu parking kat dalam bangunan KL Sentral itself. Parking kat situ di manage oleh Metro Parking. Parking dia super duper sux. Dahla parking banyak yang resrve jer pastu mahal plak tu. Dulu jam pertama dan sebahagiannya RM4, jam seterusnya RM3. Sekarang jam pertama dan sebahagiannya RM4, jam seterusnya RM4. Baik kau cakap sejam RM4 je. Serupa macam parking haram depan Puduraya tuh.
Ok, menyedari hal itu, satu hari ni aku pergi la KL Sentral ngan Elli. Sebab pergi ngan dia, so naik la kereta. Kalau pergi sorang sure naik train je dari office. Aku pergi sebab nak amek tiket trans aku je. Pastu makan jap. Lepas makan tengok jam, eh lagi 5 minit nak sejam ni. So jalan laju2 dengan harapan sempat bayar RM4 je instead of RM8. Sampai kat autopay machine sebelah ERL punye kaunter tu, ngam sejam 1 minit. PErrggghhhh, masuk ticket dia caj RM4. Phewwwww..Legaaaa sebab sempat. Rupanya sejam dan sebahagiannya tu ialah sejam 1 minit la. Sebab dulu aku pernah kena sejam 2 minit dah kena double caj.
Nak dijadikan cerita sux, machine tu tak accept duit. Dalam erti kata lain, ROSAK!!Wei damn, letak la signaga rosak. So have to bayar kat machine lain. Pergi kat machine yang area McD ice cream tu. Of course dah lebih sejam 1 minit tu. So dah jadi sejam 4 minit. So dah kena bayar RM8!!!
SUX tak???
[wawa]

Monday, November 7, 2011

Salam AidilAdha

Last year aku beraya kat KL. Ingat lagi bangun pagi masak nasi ayam solat raya ngan indon. Huhuh. Tahun ni aku balik Kuantan sebab family buat korban. Plus cuti panjang. Ni 1st time aku tengok live lembu kene sembelih. Before ni sampai time lembu dah mati. Luckily aku ni jiwa kental. Sebab kalau kesian kita tak boleh makan daging tu kan. So aku kentalkan hati untuk tak kesian kat lembu tu. Hahah. Susah rupanya lembu nak mati. Baru aku tau.

Lepas sembelih, terus buat bbq. Perggghh memang terbaik dari ladang weiii. Fresh punya daging. Tak masuk peti pun lagi. Daging batang pinang plak tu. Cayalahhh.

Lepas aku melantak bbq, aku pun pening. Haha.

Oh yer, gambar tak tau la bila nk upload sbb update pun thru iPod jer. Susah la nak masuk image. Last entry pun tak masuk image lagi.

Sekarang pun aku a bit busy with my new project. Actually bukan a bit la tapi much much more busy than usual. This is my second project after LSO. Project name Bulk Payment. Super duper excited doing this project. The thing is I am not sure whether it can be completed within time given or not. Time given is only 6 months which 4 months for phase 1 and 2 months for phase 2. Is that crazy??!!

Yess. Management is too ambitious towards this project. Maybe juge nak jaga budget. The long your project timeline, the more budget burst.

So I have to take this CHALLENGE!!!

[wawa]