Tuesday, November 29, 2011

First Attempt: Stew Daging


Ok cerita ni dah basi tapi nak cerita gak sebab kagum dengan diri sendiri. Muahahaaaa.Lepas raya korban haritu dapat banyak daging. Dh dekat 2 minggu lebih dalam peti. So kena jugak masak. Puas pikir nak masak ape ek. Lama lama terpikir stew daging. Weii gila camne nak buat tuh??tapi dengan bantuan Mr Google aku berjaya jugak buat dan SEDAP!!!Mari aku share resepinya:
  1. Beberapa ratus gram daging..tak sure berapa sebab tak timbang..tapi rasa dalam 500g kut - bersihkan potong kiub..besar sikit la sebab nak masak ni lama..kalau kecik kang kecut plak..
  2. 2 biji bawang besar potong dadu2 yer
  3. 5 ulas bawang putih tak payah hiris tak payah tumbuk..masuk je sebijik2
  4. bawang tumbuk dalam 2-3 sudu (bawang merah la)
  5. sebatang carrot potong besar2
  6. 2 bijik potato potong 4
  7. 2 sudu tepung gandum
  8. serbuk lada hitam ikut citarasa
  9. garam
  10. gula
  11. daun bawang, daun sup, bawang goreng untuk hiasan
  12. minyak sikit untuk tumis

cara-caranya mudah saja:

  1. Panaskan minyak didalam periuk yg sesuai (kalau guna pressure cooker lagi bagus, tapi aku guna tefal je so that nanti biar lama x melekat).
  2. Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  3. Tumiskan bawang putih, merah.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata.
  5. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata.
  6. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam (kalau menggunakan pressure cooker, masak selama 20 minit).
  7. Kemudian tambahkan kentang dan lobak.
  8. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  9. Seasonkan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  10. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun
    bawang.

Senang dan sedap. Daging pun lembut jerrr..kalau nak kuah lebih tak yah letak tepung sebab kentang dah tolong pekatkan kuah. Kes aku terus jadi kering. Huhu

[wawa]

1 comments:

ADEQ said...

errrrmmmmm.... yumyumyumm.... sedapnya...
bila nak bagi aku rasa .....