Saturday, November 26, 2011

Parking Metro Parking KL Sentral SUX!!

Siapa pernah pergi KL Sentral naik kereta? Pastu parking kat dalam bangunan KL Sentral itself. Parking kat situ di manage oleh Metro Parking. Parking dia super duper sux. Dahla parking banyak yang resrve jer pastu mahal plak tu. Dulu jam pertama dan sebahagiannya RM4, jam seterusnya RM3. Sekarang jam pertama dan sebahagiannya RM4, jam seterusnya RM4. Baik kau cakap sejam RM4 je. Serupa macam parking haram depan Puduraya tuh.
Ok, menyedari hal itu, satu hari ni aku pergi la KL Sentral ngan Elli. Sebab pergi ngan dia, so naik la kereta. Kalau pergi sorang sure naik train je dari office. Aku pergi sebab nak amek tiket trans aku je. Pastu makan jap. Lepas makan tengok jam, eh lagi 5 minit nak sejam ni. So jalan laju2 dengan harapan sempat bayar RM4 je instead of RM8. Sampai kat autopay machine sebelah ERL punye kaunter tu, ngam sejam 1 minit. PErrggghhhh, masuk ticket dia caj RM4. Phewwwww..Legaaaa sebab sempat. Rupanya sejam dan sebahagiannya tu ialah sejam 1 minit la. Sebab dulu aku pernah kena sejam 2 minit dah kena double caj.
Nak dijadikan cerita sux, machine tu tak accept duit. Dalam erti kata lain, ROSAK!!Wei damn, letak la signaga rosak. So have to bayar kat machine lain. Pergi kat machine yang area McD ice cream tu. Of course dah lebih sejam 1 minit tu. So dah jadi sejam 4 minit. So dah kena bayar RM8!!!
SUX tak???
[wawa]

0 comments: