Friday, September 30, 2011

Pantaisari

Aku ada angan-angan yang tinggi.
Aku nak beli rumah Pantaisari.

Cerita macam ni. Last week aku beraya ke Puchong. Lalu jalan belakang.
Jalan belakang tu Jalan Gasing.
Jalan Gasing tu kawasan orang kaya raya. Nama kaya dia Gasing Height (yang kaya semua nak ada Height2. Bagi Height, Country Height, Damansara Height dan lain lain height)

Sebelah Gulai Kawah tu nampak macam ada construction. Before ni hutan belantara je. Kawasan tu macam berbukit bukau la jugak.

Pastu nampak papan tanda Pantaisari. Balik je beraya aku terus mengoogle Pantaisari. Lalu jumpa la website dia. Fuhh vogue the vas bombastic wooo rumah dia. Style resort house. Ada 38 units je. Memang exclusive giler babas. Ada semi-d 3 storey, semi-d 31/2 storey, bungalow. Semua ada private pool, ada club house, spacious parking. Wah gile gile.

Dengan rakusnya aku register kat website tu. Time tu tak tau harga lagi. Kat website tu takde quote price pun.

Beberapa hari lepas tu, ada la orang call. Indian. Katanya dari Pantaisari development tu la. Disebabkan aku register kat web tu la dia call aku. Dia kata aku diinvite untuk private preview launching ceremony event tu. Fuyoooooooo....hahah tak dapat beli rumah dapat gie preview pun ok laaa.

Dia reserved kan 2 seats untuk aku dan husband. Wei aku mana ada husband. So dengan partner la. Si Indian tu before reserve dia tanya dulu aku keje apa. Dengan confident aku cakap Consultant TM. Muahahahaaa..Baru dia confident nak reserved kan seat untuk aku. bwahhahahaha. Kalau cakap kuli mana dapat beb.

Haa lagi satu si Indian tu brief cket la pasal rumah tu. Dia tanya aku interested yang mana. Aku cakap la yang semi-d 3 storey sebab tu je yang paling cikai. Dia cakap ok price starting from RM2.1m. From ye from!!RM2.3million ok million. Ok million tu juta. Hahahahaaaa...Rumah harga RM2 jota gile ke apo. Aku jual semua harta benda pun tak lepas lagi nak bayor downpayment. Yang RM200k ke pun menggagau nak cari duit. Nak pengsan aku dengar price tapi aku control je.

Memang aku nak gie la preview tu. Sebab dah tau tak mampu beli. Haha

p/s: bestnya kalau soltan brunei bagi aku RM4 jota. Boleh beli rumah Pantaisari ngan kereta sport cash. Hohohoooooo

[wawa]

Friday, September 16, 2011

Yeaay at last!!

Tajuk yang poyo. Haha. At last aku jumpa jugak apps blogger yang official yang sebenar dalam appstore iPod nih. Baru boleh berblog dengan gumbira. Yeaaayyy.

I am at home Kuantan ni. Aku kan suka balik. Muehehehee. Ok la nak tidur. Bye.

[wawa]

Thursday, September 15, 2011

Sebab ramai orang Malaysia suka makan spaghetti

It's not too late for me to wish Selamat Hari Raya. Now is still 17 Syawal. Hehe

Actually aku baru tengok yang aku posting via Ipod tu. Cess apa kejadahnya buruk camtu. Masa posting tu beria aku buat paragraph. Tapi tak jadi pun. First entry tu aku gune app pen my blog. Yang second ada picture tu aku guna blog my picture kut. Tak ingat la plak nama apps tu. Kene cari apps lain yang lagi best kut. Becerita pasal raya dan iPod, masa raya haritu ramai la jugak sanak saudara datang beraya. Tapi kenakalan kanak kanak semua dapat di atasi dengan adanya iPod dan internet. Whoooaaa kanak kanak zaman sekarang hi-tech wooo. Kalau ada iPad siap takmo balik kut. Huhu. Cuba ko kasi robot ke teddy bear ke ko ingat diorang nak layan ke? Pandang pun tak kalau ada iPod/iPad di sisi. Haha

Itulah cerita raya. Gambar semua kat fb. Tak de mood nak copy ke sini. Haha.

Eh eh ape cerita spaghetti ni? Macam ni, aku kat office ni. Biasanya setiap hari aku busy sebab sekarang banyak kerja, banyak project, kurang staff. So kerja berlambak la. Tiba tiba harini boss aku cuti, big boss aku pulak half day la. Cess terus update blog. Kejam giler.

Barulah aku nak usha nuffnang aku. Most of people yang visit blog aku akan search spaghetti. Means that ramai orang Malaysia suka makan spaghetti tapi tak reti buat. That's why cari resepi spaghetti bolognese using preggo. Hehe. Biasalah orang sekarang tiap kali nak masak mesti google dulu resepi. Aku pun camtu even kadang kadang dah tau cara nak masak benda tu. Habit kut.

Aku cuba perah kepala otak aku kenapa ramai orang Malaysia suka makan spaghetti. My findings are:
  1. Of course sebab sedap. Especially kalau buat sendiri. Boleh control masam, masin, manis, pedas.
  2. Sebab senang nak buat. Bak iklan Chef Riz preggo tu, semudah 1,2,3. Rebus spaghetti, toskan, panaskan preggo. Siap! Makan! Tapi apa rasa wei makan yang macam tu. Buat sos sedap sikit. Letak daging, mushroom. Baru mengancam.
  3. Sebab feeling feeling Italians. Ye la, kau makan Italians foods of course kau fefeeling Italians. Haha. Pastu bila orang tanya, "kau reti masakan western?", kau dengan bangga boleh jawab "of course la reti. Takat spaghetti bolognese tu, hujung jari beb "(jawab dengan angkuh)haha
  4. Sebab makan spaghetti cepat kenyang sebab spaghetti tu macam muak kalau makan banyak banyak tak macam nasi. So kau makan sikit je kau kenyang. Pastu konon konon diet terbaik la. Haha
Karut tak finding aku. Muahahahaa. Tapi thank you eh kepada semua penggemar spaghetti. You make my blog traffic increase!!

[wawa]

Friday, September 2, 2011

Eid Fitri 2011

photomap

selamat hari raya aidilfitri