Friday, September 30, 2011

Pantaisari

Aku ada angan-angan yang tinggi.
Aku nak beli rumah Pantaisari.

Cerita macam ni. Last week aku beraya ke Puchong. Lalu jalan belakang.
Jalan belakang tu Jalan Gasing.
Jalan Gasing tu kawasan orang kaya raya. Nama kaya dia Gasing Height (yang kaya semua nak ada Height2. Bagi Height, Country Height, Damansara Height dan lain lain height)

Sebelah Gulai Kawah tu nampak macam ada construction. Before ni hutan belantara je. Kawasan tu macam berbukit bukau la jugak.

Pastu nampak papan tanda Pantaisari. Balik je beraya aku terus mengoogle Pantaisari. Lalu jumpa la website dia. Fuhh vogue the vas bombastic wooo rumah dia. Style resort house. Ada 38 units je. Memang exclusive giler babas. Ada semi-d 3 storey, semi-d 31/2 storey, bungalow. Semua ada private pool, ada club house, spacious parking. Wah gile gile.

Dengan rakusnya aku register kat website tu. Time tu tak tau harga lagi. Kat website tu takde quote price pun.

Beberapa hari lepas tu, ada la orang call. Indian. Katanya dari Pantaisari development tu la. Disebabkan aku register kat web tu la dia call aku. Dia kata aku diinvite untuk private preview launching ceremony event tu. Fuyoooooooo....hahah tak dapat beli rumah dapat gie preview pun ok laaa.

Dia reserved kan 2 seats untuk aku dan husband. Wei aku mana ada husband. So dengan partner la. Si Indian tu before reserve dia tanya dulu aku keje apa. Dengan confident aku cakap Consultant TM. Muahahahaaa..Baru dia confident nak reserved kan seat untuk aku. bwahhahahaha. Kalau cakap kuli mana dapat beb.

Haa lagi satu si Indian tu brief cket la pasal rumah tu. Dia tanya aku interested yang mana. Aku cakap la yang semi-d 3 storey sebab tu je yang paling cikai. Dia cakap ok price starting from RM2.1m. From ye from!!RM2.3million ok million. Ok million tu juta. Hahahahaaaa...Rumah harga RM2 jota gile ke apo. Aku jual semua harta benda pun tak lepas lagi nak bayor downpayment. Yang RM200k ke pun menggagau nak cari duit. Nak pengsan aku dengar price tapi aku control je.

Memang aku nak gie la preview tu. Sebab dah tau tak mampu beli. Haha

p/s: bestnya kalau soltan brunei bagi aku RM4 jota. Boleh beli rumah Pantaisari ngan kereta sport cash. Hohohoooooo

[wawa]

0 comments: