Monday, October 10, 2011

Rasa nak kahwin sama tak macam rasa nak beli rumah?

What a tittle man??

Dah la panjang, merapu plak tu. Apa kaitan nak kawen dengan beli rumah?? Eh ada, nak kawen tu kan dengan kata lain nak berumah tangga. Hehe

Antara kedua tu, aku penah rasa nak beli rumah sebab dah beli pun. Tapi rasa nak kawen belum ada lagi. So aku cuba combinekan perasaan itu dalam karangan edisi khas ini. Muahahaa.

Ok camni, masa aku nak beli rumah dulu, aku takde la desperate sangat nak rumah tu. Since aku pun kerja kat KL rumah tu plak kat Kuantan. So kalau tak beli pun takpe. Tapi in a short time je aku decide nak beli rumah tu. Why?? Adakah perasaan nak kawen tu sama camtu??

Aku nak beli rumah tu sebab rumah tu cantik, moden style, affordable, ada future value, ada clubhouse lagi. So sebab tu la aku beli. Kiranya aku beli tu sebab criteria yang ada pada rumah tu dan sebenarnya aku ambil masa yang sekejap untuk jatuh cinta dengan rumah tu. Sedangkan aku tak perlu pun rumah tu. Dan aku yakin aku takkan menyesal dengan keputusan aku. In case aku menyesal pun, aku boleh jual rumah tu. Worst come to worst aku boleh buat homestay ke sewakan ke whatever la. Tapi still aku takkan menyesal. Till I feel I'm the stupidest person kalau tak beli rumah tu. Instead aku akan menyesal kalau tak grab that chance. Maybe in few years, tetibe rumah tu dah jadi setengah juta. Who knows. Sedangkan aku ada peluang untuk beli dikala price dia affordable.

Even rumah tu jadi liability aku tapi aku yakin in same time, that is my asset. Dengan membeli rumah tu, kehidupan aku berubah. Specifically in term of my financial planning. Banyak benda yang aku biasa buat, kena stop. Contohnya selalu makan luar, shopping tak tentu hala, tengok teater, gym. Huwaa. Tapi aku rela demi assetku itu.

So apa kaitan dengan kawen??

Contoh la pada suatu hari, aku ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat menghampiri criteria lelaki yang aku nak. Adakah perasaan nak kawen dengan dia datang in a short time macam perasaan nak beli rumah tu?? YES!!! Sebab dia ada semua ciri ciri itu. Suddenly aku rasa yes he is the one. Aku rasa macam tu just based on that criteria. Bukan sebab I'm deeply feeling in love with him. Sama kan macam kes aku nak beli rumah tu. Aku rasa macam, bestnya kalau kawen dengan dia, ruginya kalau lepaskan lelaki camtu. Bukan senang aku nak jumpa lelaki yang camtu. Dia ada apa yang aku nak selama ni.

Aku try dekatkan diri dengan dia. Aku try terima dia. Aku try contact dia hari hari. Dan sampai satu tahap, aku try tak contact dia langsung. And the worst is, aku tak ingat pun kat dia bila aku tak contact dia. And the worst lagi, bila aku tak contact dia, dia pun takde usaha nak contact aku. Atau dia pun rasa apa yang aku rasa? Aku takde rasa chemistry dengan dia. Aku tak rasa pape pun bila tak contact dia and dia tak contact aku. Means that, aku tak perlukan dia. Sama kan macam perasaan aku terhadap rumah tu. Aku pun tak perlukan rumah tu. Aku pun tak perlukan dia. Aku rasa dia pun rasa camtu. Kalau tak mesti dia contact aku kan.

Persoalannya, perlukah aku kawen dengan dia semata mata sebab criteria yang ada pada dia sama macam aku beli rumah tu?

Bila aku fikir dengan teliti dan rasional, aku rasa tak perlu dan tak boleh. Sebab kalau aku lepaskan dia, means that aku takde jodoh dengan dia. Kalau aku kawen dengan dia dan kemudian aku menyesal sebab kawen tanpa perasaan apa aku nak buat?? Takkan nak bercerai??Takkan nak sewakkan dia kat orang lain??

Then aku dapat jawapan bahawa kawen tu tak sama macam beli rumah. Kawen tu perlu ada perasaan, perlu ada keserasian. Bukan atas dasar ciri ciri yang dia miliki semata mata. Mungkin jodoh aku nanti dengan orang yang langsung tak menepati ciri ciri yang aku nak tu. Tapi atas dasar cinta aku akan terima segala yang aku tak suka sekarang. Memang orang kata yang cinta tak semestinya ada jodoh tapi jodoh mesti ada cinta. Tapi aku rasa aku tetap perlukan cinta untuk menemui jodoh aku. Aku tak reti hidup dengan orang yang aku tak serasi, takde chemistry.

Walaupun bakal jodoh aku nanti tak sehebat Fahrin Ahmad, tapi kalau ada keserasian insyaAllah aku terima dengan hati terbuka dan pasti cinta itu ada!!

p/s: aku jarang bercerita pasal jiwa dan cinta. rasa geli plak =p

[wawa]

3 comments:

ATIQ said...

insyallah ko akan jumpa lelaki yg ko rasa sesuai ... citer ko nie sama cam aper yg jadi kat aku sekarang... I become a WIFE.... waitttt

Salwa Saalodin said...

kau nak kawen dah ke???
wooowwww!!!!
jangan lupe anta kad

ellialien said...

sempat lg letak gambo fahrin ek?hehehe...

Powered By Blogger