Tuesday, October 25, 2011

Aku Ingin Terbang Tinggi

Aku ingin terbang tinngi
Untuk meninggalkan segala kekejaman di muka bumi
Yang terlihat hanyalah keindahan

Tiada lagi hiruk pikuk kota
Tiada lagi dentuman bom
Tiada lagi hon kenderaan
Tiada lagi suara suara keganasan
Tiada lagi suara pergaduhan
Yang tiada pernah henti

Yang tinggal hanyalah kedamaian
Yang tinggal hanyalah keindahan
Yang tinggal hanyalah bunyi kicau burung
Yang tinggal hanyalah udara segar
Kerana itu aku ingin terbang tinggi

Aku ingin terbang tinggi kerana aku sudah penat dengan ceritera dunia yang kian tua ini
Aku ingin pergi jauh tinggalkan segala kekejaman dunia

[wawa]

2 comments:

ellialien said...

ni lirik lagu ke sajak?

Salwa Saalodin said...

terpikir terus tulis..terel tak??

Powered By Blogger