Tuesday, October 13, 2015

Dilema Sang Ibu

Aku rasa semua ibu2, mak2, mummy2, mama2 ada perasaan yg sama macam aku. Especially yang bekerja la. Kalau full time housewife xde hal la 24/7 berkepit dengan anak. Masa dalam pantang aku dh pikir mne nk letak si Adam ni nanti. Ada la jgk cari babysitter tp x jumpa tmpt yg boleh jalan kaki jer. Semua kena naik kereta. Aku malas naik kereta g keje sebab:

Jam nk mati depan rumah aku tu. Kua pas subuh ok la kut. Tp opiz aku 15min je dr rumah. Dah kejadah ape smpai opiz awal sgt. Buang masa jer. Baik aku duk rumah wat breakfast. Kalau keluar lmbat amek masa lebih kurang sejam lebih nk smpai opiz. Pn buang masa dlm kete. Plus x dpt parking free. Kena byr rm11 per day. Hoiiii

Petang plak for sure tak boleh elak jam x kira ko kua kul bape pun. Kecuali lps isya la. Dah kenapa ko nk blk lepas isya kan. Pastu anak lambat amek kne ot plak. Rm10 sejam. Hamek ko pembaziran jer. Pastu for sure x smpt masak makan kne bli jer. Pastu dah kat rumah penat yg amat. Aku rs hanya mampu allocate masa utk makan (yg tapau je), mandi kalau rajin ahahah, solat dan iron baju (terpaksa), basuh baju anak, susukan dia, tidokan dia. Dh bila ko nak main dgn anak? Nampak tak?

Sebab tu aku dh pikir kne pegi keje naik moto, boleh pegi kul 8.30 smpai opiz 8.40. Balik sharp on time boleh sampai kul 6. Sempat masak, main2 ngan anak. Kan bahagia begitu.

Setelah survey2 aku dapat la taska kat apartment aku tu. Same tower dgn aku. Taska Zaidan namanya. RM350 per month. Still ok laa. Aku pn g buat lawatan sambil belajar. Luas tp kosong. Xde toys or pape yg menarek pn. Staff semua melayu la. Budak pn ramai dlm 20 lbh. Tp baby xde.

Aku pn dilema nk anta ke x. Tp have to la kan. Xkan nk benti keje plak. Tp sebab dilema itu, aku postpone anta dia. Patutnya start october hantar, mak bapak aku tggu jap and blk. Tp setelah memujuk mak bapak aku, mereka setuju utk stay smpai november. So aku akan hantar Adam pada november nti. At least masa tu dia dh 4 bulan. Tu pn berbelah bagi sebenarnya.

Adam kuat minum susu. Kadang2 dh bagi 4oz pn x cukup dia nk lagi. Pastu dia susah sendawa. Kne tepuk lama br sendawa. Nk tdo kadang2 sng tp skang dh susah. Kena dodoi2, tepuk2 baru nk tdo. Pstu kalau dia yak kne cpt2 tukar pampers dia. Nnti dia geli. Dia yak banyak. Kalau dia skt perut or demam nk org sentiasa dukung dia. Haaaaiiiii, boleh ke pengaduh tu paham nanti? Nanti budak2 lain kacau dia x? Kalau dia x tdo dia nk org main ngan dia or ckp2 dgn dia. Kalau x dia termenung je. Kesiannya anak ibu.

Sabar ye anak. Kalau ibu ada duit RM2.6b ibu janji ibu resign notice 24hours. Kte enjoy every second bersama. 

Aku hanya mampu berdoa agar si tecit comel ni sentiasa dipelihara tak kira dimana dia berada.

Ibu sayang Adam tauuu!!!

0 comments: