Sedihnya rasa hati ni Allah je yang tahu. Normally Adam akan berak 2 hari sekali. Hari Khamis masa kat Tganu dia berak tp x banyak macam biasa. Patutnya dia berak plak Sabtu tp xde. Ahad dah smpai KL baru dia berak. Banyak. Masa tu kul 7pm. Tetibe dalam kul 10 lebih dia berak lagi. Aku ingat sebab peram 3hari so extra cket la. Ok xpe. Lagipun stool dia nampak normal. Pastu malam tu dia macam x selesa. Dalam pukul berapa pagi tah dia berak lagi. Aku dah pelik. Pastu Isnin aku x keje sebab sakit pinggang plus penat sgt. Haritu aku x igt dia berak tak. Hahaha. Jap nk ingat. Ada rasenya. Tp aku ingat dia skt perut sbb nk masuk bulan ke4 dah. Tp mlm tu dia mcm cirit plak. Neves dah.
Tapi Selasa aku pegi jugak keje sebab ada kelas mengaji. Sayang nk ponteng. Aku msg mak. Mak ckp still cirit. Setiap kali lepas susu. Dia pn x aktif main. Aku bgtau laki aku. Balik keje terus decide nak bawak pegi klinik. Masa tu badan dia pn panas. Aku pn cari la klinik terdekat ngan rumah aku. Dah la baru pindah. So x familiar lagi klinik area tu. Then jumpa Klinik Mediviron. Masa kat opiz aku de google pakar kanak2 area rumah aku tu. Tpi tutup awal. Aku pn hentam je la g Mediviron tu. Bukan panel plak. Lantak la janji cpt. Nk g klinik panel jauh, jammed plak tu. Masuk je klinik doctor plak xde. Kua dinner. Tunggu la bbrape minit. Si Adam dh asek merengek. Doctor smpai aku tgk sgt la tak menyakinkan. Doktor perempuan India siap bwk anak lagi. Dia cek lebih kurang je pastu bg ubt demam n cirit. Caj RM40.
Balik je rumah Adam cirit lagi. Bagi la ubt. Demam dia kurang tp cirit tetap macam tu. Malam pn dia cirit tp aku x perasan and sbb ngantuk sgt aku x cek pampers dia. Sorry sayangku. Bgn kul 8 bontot dia dh merah gila melecet. Aku rs nk nangis tgk. Kalau kte kne camtu pn sakit ni plak baby. Dia keep cirit. Aku decide tak g keje. Tp laki aku pegi jugak keje sbb cuti dia x byk.
Masa mandi dia meraung sekuat hati. Aku paham sebab bontot dia pedih sgt. Pastu dia cirit stiap kali lepas susu. Aku sapu Sudocrem. Mmg tu nappy cream yg dia gne and biasanya cpt effect dia. Aku call laki aku soh blk segera nk bwk dia pegi Pantai. Sbb kesian sgt tgk dia cirit dh keluar lendir2 hitam. Aku takut dia dehydrated.
Laki aku sampai terus aku bwk g Pantai. G emergency unit doktor terus mintak sample stool. Naseb bukak je pampers kebetulan dia tgh berak. So doktor nampak la lendir2 and bijik2 tu. Lepas amek sample stool doktor ckp nk amek darah. Masa ni mmg aku rs nk nangis. Dia meraung sekuat hati ms kne cucuk amek darah. Yela bontot pedih, perut skt, kne cucuk plak. Ble semua sample dh hantar kat lab, aku kne tggu 2 jam. Tgn Adam dh berbalut masa ni. Aku peluk je dia. Sbb aku tau dia takut n sakit.
Lepas 2 jam, doktor confirmkan dia kne bacteria infection and kne admit to ward untuk msk antibiotic and drip. Paedtrician pn datang untuk explain. Doctor Cina perempuan cantek dan bergaya. Dr Foo Wang Leng. Baik doktor tu. Adam pn masuk la ward. Masa kat ward paed dtg visit lagi, dia ckp yg Adam kne Acute Gastroentritis by Rotavirus. AGE tu nm penyakit dlm perut yg dibawa oleh rotavirus.
Tapi yg naseb baik, aku baru lepas amek vaksin rotavirus. So sbb tu keadaan Adam x teruk sgt. Dia masih selera makan and just cirit je. Xde muntah2.
Doktor ckp ada byk punca penyakit ni. Maybe sbb udara, habuk, air, botol, puting, tgn or benda2 yg dia bwk msk dlm mulut.
Malam pertama dia still berak lepas susu. Semua pampers dia kne bagi kat nurse utk monitor. Tp dia dh kurang merengek sbb bontot dia dh kurang pedih. Doktor pn kasi sudocrem jgk. Sama yg existing dia gne. So bercuti la aku di hospital. Hrp2 lepas ni Adam makin kuat.
Hari kedua dia dh getting better. Dh boleh gelak2 tp still ada cirit cket2. Demam xde dah. Ibu tau Adam strong. Malam pn dah xde cirit. Hari ketiga dah boleh balik dah. Yeaayy syukur Alhamdulillah
0 comments:
Post a Comment