Saturday, October 17, 2015

Vaksin Pneumococcal & Rotavirus

Sesampai je kat Kuala Terengganu, aku terus ajak laki aku singgah KTS (Kuala Terengganu Specialist) untuk amek vaksin Adam. Masa otw dr Kuantan dah call dah. Kat KT, situ je ade vaksin tu. Actually dah lama aku plan nk amek vaksin tu since nak hantar Adam nursery kan. So nak amek precautious action laa. At least kita dh prevent, dah put shield. Nak sakit jugak tu ketentuan Allah la. Tawakal je laa.

Masa dalam pantang dulu penah sekali dua jupe specialist paed. Masa tu Adam kerap kembung. Paed tu suggest tukar susu. Since susu aku x cukup utk dia, aku topup dgn anmum. Sbb anmum tu free hospital bagi masa discharge dulu. Tp maybe anmum x sesuai dgn dia. Paed suggest to consume susu yang special formula and easy to digest. Ade beberapa brand and aku pilih Enfalac Gentlease. Nanti boleh continue dengan enfagrow plak. Mahal pn xpela sbb aku review enfalac 90% sama dgn susu ibu. Dah aku x mampu bg susu aku, aku try to give him the best. Brand lain ada Similac Advance Formula, Novalac AC, ape tah lagi tpi de word total comfort. Tu semua special formula utk senang hadam. Hrga susu Enfalac tu RM50.40 utk 400g (seminggu) *pengsan*

Ok berbalik pasal vaksin, masa jupe paed tu la dia cerita pasal vaksin2 tu and benefit kalau amek and risk kalau x amek.

Macam pneumococcal utk prevent meninggitis which can lead to brain damage, pneumonia (paru2 berair). Tapi even dh amek vaksin ni, still boleh jangkit flu kalau de virus flu kat nursery. At least yg virus bahaya dh dapat diatasi laa. 

Macam rotavirus plak utk prevent sakit perut yg disebabkan virus rota. Rota tu sejenis cacing rasanya. Kalau kena akan muntah2, cirit birit yang lama dan teruk sampai dehydrated. Sanggup ke ko tgk anak ko cmtu kan. Kalau amek vaksin ni, still boleh kena tapi x seteruk kalau x amek vaksin. Haa paham x? Pastu boleh jugak kena diarrhea yg disebabkan virus lain. Bukan la ko amek vaksin ni terus anak ko x kena cirit birit muntah2. Tp yg paling teruk tu dpt diatasi la. 

Since aku amek both vaksin ni masa Adam 3bulan, so aku kena amek full set that is 4 doses. Every 2 months. Pneumococcal tu injection while rotavirus tu oral sebab nk direct to usus kan.

Both vaksin ni are pricey. Haritu aku kena caj RM494.35 for vaksin and procedures. *Pengsan lagi*. Takpelah demi anak tersayang

0 comments: