Friday, August 6, 2010

Gambar Lucah

Haa..amek ko!!
Gempak tak tajuk posting aku. Haha. Poyo gile. Publisiti murahan. Ah, sukati ar, kata blog aku (gila kerek)..

Oke, cerita dia macam ni. Suatu hari yang indah (intro biasa yg poyo), aku nak balik Kuantan. Dan macam biasa aku naik bas je. Aku naik bas macam biasa kat Bukit Jalil la (sbb dekat ngan rumah aku plus x jammed ikut NPE+MEX). Aku sampai Bukit Jalil ngam2 9.20pm and tiket aku pukul 9.30pm. Aku lambat sbb b4 tu gie workshop. Tingkap kereta Elli x boleh tutup (standard Proton la tu). Aku pulak nak terkucil. Aku ada 10minit je untuk queue kat toilet yang super duper harum tu. PErghhh...kelam kabut beb. Bas tu memang tunggu aku je. Kekekee..

Ha pastu apa yang gambar lucahnya?
Sabar boleh? Haha..

Dengan penatnya aku pun naik la bas. Henpon plak weng x boleh send SMS. Apa lagi, teros rasa nak beradu je la dalam aircond yang beku tu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng....

Aku ternampak sesuatu. Oh apakah itu??Mestilah gambar lucah. Oh no!! Kat mana aku nampak? Macam mana aku boleh nampak gambar lucah dlm bas transnasional??hohohooo

Jawapannya, aku nampak kat henpon org depan aku. Aku nampak pada cermin tingkap. Dah malam of course la senang nampak kan. Henpon mamat tu plak type iPhone ke Samsung tah. Tapi yang type full touch screen tuh. Cesss, henpon je canggih manggih tapi disalah guna. Memang la org ckp tu 18sx. Tapi bg aku sampai bila2 pun x boleh tgk gambar lucah. Dulu cikgu aku ckp, bila kita tgk benda camtu, hati jadi mati. Nanti banyak titik hitam pada hati kita. Isy isy isy...

Yang lagi surprise, mamat tu dah kawen, ada anak..Pergghh, terer gile aku siasat mamat tu..haha. Sbb aku nampak wallpaper henpon dia tu. Gamba dia and family dia. Apo la nak jadi ngan orang zaman skang ni kan..

Dalam kul 2 aku sampai Kuantan dgn penuh kemamaiannya, aku turun bas tros aku cari mamat tadi. Haha. Aku nak tgk rupe bentuk dia. Muka baik siut. Takde ciri2 lelaki hampeh langsung. Dengan pakai spek ala2 skemanya, isy nyampah lak aku.

Moral of the story: mana mau cari lelaki yang baik kalau dah muka baik pun hampas..

-wawa-

3 comments:

Black: said...

tak baek ngendap bulan pose oii..

Salwa Saalodin said...

mase tu belom bulan pose lagi..lagipun xde niat pun nk ngendap...org tu yg suke suki tgk gmba lucah tnpa memikirkan org len leh nmpak...dh screen hp die gedabak besar..sure la seme org nmpk

ellialien said...

tumpang skali ek?hehehe...