Thursday, November 5, 2015

Adam Rizqi kat Taska Zaidan

Hari ni hari ke-4 Adam Rizqi kat Taska Zaidan. Taska Zaidan ni located kat ground floor apartment aku (zamrud apartment Jalan Klang Lama. Aku tak update pun lagi pasal beli apartment ni). Masa dekat2 nk beranak dulu aku duk pk mana la nk letak anak aku ni nanti. Aku tau kewujudan taska tu tapi x penah call sebab kalau boleh nk hantar rumah org for unknown reason. Hahahaa. Sbb tanak dia mingle dengan ramai sgt kids kut. Dia kan kecik lagi. Fragile.

Masa aku dalam pantang, aku start searching for babysitter. Dahla aku pindah sini ms dekat2 nk beranak. So mmg x familiar area ni sgt. Aku pun join kelab pengasuh dalam fb. Terus advertise nk cari pengasuh. Berdesup berduyun org pm. Terus pening tak reti nk pilih. Hahahaaaa. Tapi most of them duduk dekat kg pasir, pantai permai, pantai dalam. Memang those area aku lalu utk g opiz tapi tak boleh la jalan kaki. Means that aku kne naik kete g opiz. Rate pulak range RM400-500. Gila kauuuu. Dah la mahal, kena g keje naik kete, redah jam pagi buta, x dpt parking free kena byr mahal, balik pun jam, lalu tol plak, minyak lagi, smpai lambat kne ot plak amek anak lambat. Hoiii lari bajet. Takleh2. Thats also the reason aku tanak hantar anak ke Taska TM tu. Sbb kena drive. Yg jimat part ot je. Sbb sharp on time boleh amek anak angkut letak opiz sementara nk tunggu balik. Dalam ramai2 org pm tu xde sorang pn yg duduk di walking area. Samada zamrud or delima or mutiara apartment.

So after long discussion dgn husband, we have decided to try contact taska bawah tu. Laki aku pun g la amek no kat pintu taska tu lalu aku pun tepon. Tpi sebelum tu aku soh laki aku usha dulu taska tu. Masa ni aku tgh pantang lagi. So x dpt la nk usha. Trust 100% pd laki aku je la. Laki aku ckp taskanya besar, utk baby ada room khas. Tapi taska ni kosong xde pape. Toys takde, tikar takde, de toto je. Sng cite x ceria macam taska lain laa. Staff all malay. So lega disitu. Aku pun ah xpela try je la call dulu. Cakap direct dengan owner. Dia pun ckp normally for baby below 1year dia akan amek max 3 org je. And for now yg paling kecik dh setahun stgh dah. Kira kalau Adam masuk he is the only baby laa. Ada 3 org staff. For baby 1 dedicated staff. Rate RM350 from 6.30am-6.30pm. Ot RM5 per half an hour. Ok basically aku berpuas hati. Jimat banyak disitu. Aku boleh g keje naik moto. Aku plan nk hantar dia masa dia 3 bulan. Parents aku ikut duk kl utk monitor dulu la. Sesuai ke x. 

After confinement leave aku pun balik kl. Tapi hati berat nak hantar Adam g taska. Macam too soon plak. Hahhaha. Hati ibu. Plus aku dh tgk keadaan taska tu. Sm mcm laki aku cte laa. Besar tapi kosong. Budak2 pun tdo atas toto jer. So aku mtk parents aku stay for another one month. Ttbe Adam plak kne rotavirus. So lagi la aku nk hantar Adam masa dia 4mths. At least dia dh kuat cket.

So lama la parents aku duk ngan aku. Bahagia sbb setiap pagi dh ada breakfast. Setiap pagi jugak bwk bekal. Kadang2 bihun, kadang2 mee, kadang2 kuew teow, kadang2 nasi goreng. Heaven kan. Yela syurga kan dibawah tapak kaki ibu. Huhuuu

Masuk je Nov aku terus hantar Adam g taska. Pengasuh dia nama Kak Jah. Looks lovely. Masa mula hantar hati berdebar. Bila borak dengan pengasuh dia hati lega. Alhamdulillah. Kak Jah nampak syg baby. Adam pun looks fine. Balik mak amek. Saje je sementara mak kat sini lagi. Next week mak blk Ktn dh.

Adam is very good, great and independent boy. Dia tak takut ramai budak. Dia tak nangis. Nangis bila nak susu jer. Dia main cam biasa. Main jari jemari dia je. X bawak toys sbb takut hilang. Based on experience and cerita parents lain setakat ni Alhamdulillah tak pernah ada kes kat taska tu. Semoga Adam selamat dan sihat selalu. Happy tgk Adam ceria je selalu. Be good always ye sayang. Ibu abah love you so much!

3 comments:

Anonymous said...

siapa ckp xpernah ade kes dera disana?anak kakak sy pernah kena disana.kenal betol dgn kak jah.bermuka manis.kita tak boley percaya 100%kat org taw.nak nak melibatkan anak.

Mag said...

Hi hi. I am looking for babysitter at zamrud also; may i know what is your feedback of the taska now?

Mag said...

Hi hi. I am looking for babysitter at zamrud also; may i know what is your feedback of the taska now?

Powered By Blogger