Wednesday, November 11, 2015

Tong Gas Meletup!!

Cuti Deepavali aritu aku balik Kuantan. Hantar parents aku balik. Maka secara official aku akan menjaga Adam bersama laki aku jer. Huuuuu. Before balik sempat lagi mak aku ajak singgah Kenanga. Tak puas lagi shopping last week. Huhuu. Tapi kejap je singgah. Sbb dh spot kedai nk pegi.

Sampai Kuantan around 3.30pm cmtu. Tetiba masuk rumah bau sesuatu. Tengok2 berlambak taik tikus. Bila plak la rumah tu ada tikus. Cissss. Msti sebab lama xde org, so mereka pun membuat party buih kat rumah tu. Hampeh betol! Esoknya aku g UTC, bukak akaun tabung haji si Adam Rizqi. Register haji tahun 2091 baru boleh pegi. Sian anak ibu. Huhuuu. Sementara kat Kuantan, aku pun pegi la tunas manja beli susu dia and pampers. Since Drypers kerap bocor sekarang (Adam kencing banyak), maka aku decide switch to Huggies plak. Harga pun not much different. Hari Selasa aku pun balik KL.

Sesampai kat rumah biasa la kemas2 rumah, basuh baju, lepak2 tgk movie, main ngan si Adam.
Malam tu tengah2 aku ngan laki aku makan tetiba dengar bunyi pppooommm. Kuat giler. Terkejut la jugak. Pastu de rasa gegar cket. Aku tnya laki aku, bunyi ape tu? Dh tau la jawapan dia msti la dia pn tak tau. Tapi secara spontan msti la tnya kan. Hahahaa. Ktorang pn wat derk jer.

Dah siap mkn, main2 ngan Adam. Tetiba bunyi siren bomba. Laki aku jenguk bawah tgh ada lori bomba datang. Pstu kat pool tu ramai org. Ok ktorang terus buat analisis de kejadian sesuatu yg bunyi kuat td. Aku pk eh ade org bunuh diri ke? Tembak diri. Eh kejam sgt. Ke de bnda jatuh, ke kereta meletup. Eh tak tau laa. Laki aku pun turun g buat siasatan. Aku cam biasa la layan si Adam. Nasib dak tu behave sgt.

Dalam aku duk berdua ngan anak aku tu, aku dengar bunyi org bising2 kat luar rumah aku. Cuak la jugak. Heh apa jadik ni? Laju2 aku call laki aku. Dia ckp bomba ckp de kejadian letupan. Tapi tak tau dari mana. And diorang suspect dari depan rumah aku. Depan rumah aku tu plak dua2 indian. Of course la xde, balik kampung beraya. Bomba de terbau hangit kat dapur rumah org tu. Terus cuak serta merta rasa nk g pakai baju cantik2 nk siap2 tdo hotel mlm ni. Hahahah

Pastu tengah2 usaha nk call tuan rumah tu, pak guard call. Dah jumpa tempat sebenar meletup. Rupanya level 5. Same area dgn rumah aku jugak. Tong gas dia meletup. Tuan rumah dh xde. G hospital sbb anak dia injurt. De la org call tuan rumah tu soh balik sbb bomba nk siasat. Dia pun terkocoh2 la balik (aku bygkan la mesti la terkocoh2 kan, dhla anak injurt, gas meletup). Sementara tggu dia balik tu, bomba plak nk naik rooftop. Aku duk dlm rumah ni duk dengar tungtang2 kat lift. Aku pikir ape plak tu. Rupanya kunci grill nk g rooftop tu x ditemui. So bomba nk pecahkan. Ptt la bunyi scarry gle. Rumah aku dh la atas sekali. Heh macam2 aku pikir.

Pastu tuan rumah tadi pn balik, bomba pun masuk rumah dia. Bomba siasat and dapati bahawa gas dia bocor pastu gas dh memenuhi ruang rumah dia lalu meletup. Tapi x terbakar sbb dia xde on api or letrik. So naseb baik laa. Anak dia injurt maybe terjatuh ke ape ke x sure la. Tapi laki aku ckp de kesan darah dlm rumah dia. Sian plak kat dia. Bomba tu ckp bila rumah dh penuh gas camtu even duit syilling pun x boleh jatuh kat ats lantai. Sbb boleh menyebabkan geseran and menghasilkan percikkan api lalu terbakar. Hohhh bahayanya. Kalau ada org tekan door bell pun bahaya. Baru aku tau sekronik tu sekali.

Seme kejadian ni diceritakan oleh laki aku. Aku duk rumah je ngan anak aku. Melayan dia meniarap. Tah bila la nk pandai meniarap sendiri. Xpela ibu tolong Adam yer.

Pagi esoknya, aku hantar Adam g taska cerita la kejadian tu kat Mama dia. Mama dia ckp dh penah jadi awal tahun aritu. Tp masa tu terbakar. Level 7 kut masa tu. Aku berdoa semoga kami sekeluarga dilindungi dari perkara2 yang menakutkan dan bahaya macam tu.

Now parents aku dah x duk sekali ngan aku. Memang la best duk ngan parents kan. Tapi sampai bila. Aku kena la berdikari besarkan anak, jaga rumahtangga. So now serba serbi aku dan laki aku kena wat sendiri. Pagi mmg xde la breakfast cam dulu. Back to makan roti. Huhuuuu. Kemas rumah sdiri, masak sendiri, jaga Adam. Harap2 kami kuat! Yang penting dpt spend quality time dengan Adam.

0 comments:

Powered By Blogger