Semalam bawak si Adam jumpa Dr Foo lagi. Basically follow up dengan dia dah done. Tapi semalam aku sambung jumpa lagi sebab nk amek vaksin for rotavirus and pneumococcal. 1st dose last month aku amek kat KTS. Masa tu bill RM498. Kat Pantai semalam RM380 sahaja. Sebab procedure and consultation doctor charge to insurance. So jimat di situ. Suke2. Tapi Pantai hospital sekarang dah macam GH. Ramai gila manusia. Agaknya sebab banyak company cover kan. So why you want to go to GH kan. Guna la segala benefit yg ada. Tapi rasanya ramai jugak yang self pay. Boleh detect la muka self pay tu macam kaya2 jer. Huhuuu
Rotavirus ni ada 2 type rupanya. Dr Foo la tnya yg 1st dose dulu type apa. Terpinga2 kejap. Pastu call KTS tanya. Dia ckp rotateq (x sure correct spelling cmne). Rotateq ni complete dose dia 3x. While rotarits (pun tak tau correct spelling) complete dose 2x jer. So Adam ada balance lagi 1 dose untuk rotavirus. Rotavirus vaksin price RM190 kat Pantai. Rotavirus ni oral, masa doktor bagi makan ubt, Adam baik sgt menikmati ubt tu mcm sedap sgt. Dah abeh ubt pn siap muke x puas nak lagi. Goodboy sgt anak ibu.
For pneumococal plak. Complete dose pun 3x. Tapi bleh amek booster on 4th dose. Yang ni pn ada few type jugak. Tapi aku x ingat sebab nm dia ssh nk sebut. Tp semalam Dr Foo bagi the best one. And solution tu akan bagi mild discomfort to baby. Price also RM190. Vaksin ni Adam ada balance lagi 2 dose including booster. Pneumococal ni kena inject. Masa inject Adam x nangis tapi few second lepas tu dia nangis tp kejap je. Pastu gelak balik. Strong baby!
By 27th ni Adam is 5months. By right dia kena amek mandatory immunisation (5+1) tu. Tapi according to Dr Foo, just come one month later. Kalau ubt tu ada stock, dia akan bg yg tu dulu and additional vaksin month after. Huuu pening jugak aku nk paham schedule vaksin ni. Plus sekarang ubat susah sgt nk dpt. Bertabahlah.
Haaa lupa nk cerita, pagi before g hospital tu Adam nak berak. Masa tu nk mandikan dia. Pastu nampak dia nk teran. Masa tu aku dh bukak pampers dia. Nampak kua seketul keras tp x lepas keluar. Sian dia. Sembelit plak. Ni first dia sembelit. Menangis2 dia. Aku pn rasa nk nangis tgk. Dah xtau nk wat cne. Paham sgt skt tu. Kalau org tua sembelit pn sakit ni plak baby. Pastu aku pakaikan balik pampers dia, dukung2 calm kan dia. Dia try jugak teran. Sian sgt. Pastu aku bagi air zamzam cket. Pastu baru dia berjaya lepaskan semua sambil nangis. Stool dia byk jugak and memang keras. Pastu ada blood cket kat stool dia. Agknya sbb dia teran tadi kut. Aku cerita kat Dr Foo. Dia ckp normal constipation utk baby yg consume susu formula. Tapi kalau selalu sgt kena so need to tukar susu. Harap2 pasni ok dah laa. Sorry Adam. Ibu tak mampu nak fullt breastfeed Adam. Kalau x mesti guts Adam ok je all the time. Sorry sayang.
Semalam jugak first time Adam duduk dalam carseat. Behave sgt. Tp oleh kerana dia nk tido, aku riba la dia. Sian plak kepala terlentok2.
Semoga Adam membesar dengan baik.
0 comments:
Post a Comment