Friday, November 6, 2015

Water Heater Jahanam

Aku pasang water heater rumah aku sejak pindah sini lagi. Aku bli brand Rubine. Beli kat Houz Depot Jalan Tar. Masa beli tu belum GST kut. RM700++ rasanya. Sebab dia ada water pump and silent inverter. Masa tu rumah aku tengah renovate lagi. So aku suruh la contrator tu installkan. Dah alang2 dia renovate kan. Lepas dh setel semua aku pn start guna. Memang hari2 guna. Sebab masa tu aku pregnant kan. So mmg hari2 nk mandi air panas la. Mandi air sejuk rasa cramp badan. Aku puas hati dengan water heater ni sebab panas dia stabil. Takde la kejap panas kejap sejuk. Pastu bunyi pun x kuat sgt.

Masa aku dalam pantang tak tau la laki aku guna ke tak. Rasanya tak kut sbb dia x suka mandi air panas pun. Bile aku blk kl, bawak balik Adam baru la start guna balik. Aku mandi rs masih sperti dulu. Pastu bila nk prepare air mandi Adam, laki aku akan pasang panas gila then campur air sejuk. Kira tadah air panas letak dlm tub mandi Adam la. Malas nak masak air.

Satu hari aku mandi aku bau hangit macam plastik terbakar. Aku perasan bila aku on heater. Cuak la sbb water heater kan. Aku suspek sebab bukak too hot masa nk mandi Adam. Tapi makin lama makin kuat bau tu. Since Rubine ni still under warranty, aku pun soh laki aku call service center dia. Technician dia pun dtg and check. Dia cek memang main board tu dh terbakar. Dia ckp sebab org yg install tu guna plug 13A. Patutnya utk heater and aircond kena 15A. Tapi dia tukar suis sbb x bwk barang. Dia just tukar main board je. Since still under warranty so free of charge la. Syukur.

Pastu balik keje aku pun pegi beli plug 15A tu. Mahal jugak. Sekali suis dia dh RM48. Takpela asalkan selamat.

Aku try jugak guna even belum tukar suis. Memang ada lagi bau hangit. So aku suspect memang dr suis and plug tu la. Esoknya org maintenance dtg rumah sebab nk baiki bocor. Aku pun pesan kat mak aku mtk tolong dia tukar suis. Nasib dia ok and tak caj pape pun.

Lepas tukar tu aku mandi waaaaaahhh nikmatnya. Takde lagi bau hangit dan ketakutan.

Hasil kejadian ni aku pun google la wiring rules for water heater. Rupanya mesti guna plug 15A sbb boleh cope dgn appliances yg high voltage mcm heater and aircond. Lepas tu suis kat luar tu mesti guna yg 20A. Yang ni nasib baik betul. Plus, xleh sesuka hati sambung dari connection lampu. Kena connection khas. Rumah aku memang dh prepare connection khas utk heater. So xde problem utk yg ni. Bengong punya contractor. Dh bertahun buat wiring takkan tu pun xtau. Huhhhh!!! Rugi plug scheneider aku yang harga RM30++ tu.

1 comments:

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

ape la contractor tu pakai plug 13A untuk w.heater... mana nak support Karen water heater yg kuat... memang rugi plug scheneider tu, dah lah mahal, sebab terbakar disebabkan oleh kesilapan kntractor dah tak boleh pakai...

http://shower-heater.blogspot.my/