Wednesday, October 28, 2015

Adam Rizqi 4 months, Follow Up, KL Bebas Jerebu

Alhamdulillah yeaaayyy. 27th Oct 2015 marked Adam Rizqi 4 months old. Pencapaian dia setakat ni, makin byk cakap (bahasa dia la), kuat jerit, suka tgk tv especially iklan, suke gelak terkekek2, pandai pegang botol, pandai pegang toys and sumbat dalam mulut (tu sampai kena rotavirus tu), pandai cabut puting dari mulut n masukkan semula (comel gile), susah nk tido tp bila dh tido lena sgt dan paling penting makin kuat hisap susu, kencing dan yak. Hahahahaa

Tapi still belom pandai mengiring sendiri, tapi suke tido mengiring. So kne tolong la dia. Meniarap pn dh pandai angkat kepala. Pun kena tolong.

Harini pegi follow up dekat Pantai Hospital. Alhamdulillah everything is ok. Doktor ckp he's development is FANTASTIC. Wowww sgt! Doktor just suruh dia exercise je untuk kuatkan leher dia. Next vaksin pn aku nk amek dgn dia la. Amek mane2 pn sama je pmcare x cover. At least kat Pantai ni consultation pmcare cover. Just byr harga vaksin je la. Next 16 Nov aku dtg lagi utk amek pneumococcal and rotavirus. Lepas tu amek vaksin 5 bulan plak. Yg susah gle nk ada stok tu. Asek kena cucuk je la anak aku. Nak sihat camtu la nak.

Balik dari spital, aku bwk mak aku melawat taska yg bakal dihuni Adam minggu depan. Aku dh expect reaction mak aku. Hahahaa. Yela sbb tu aku mintak mak aku stay lagi sebulan dulu. Taska tu luas tapi kosong. Tilam pn buruk2 je. Mmg sedih la nk letak anak kat situ. Tapi ibu have no choice sayang. Ibu kena work. Semoga anak ibu sihat sejahtera di mana saja berada. Takpe nanti ibu beli toys best2, ble malam and weekend kita play together k. Ibu promise tak masak. Hahahahahaaaaa.

Aku suke sgt harini sebab udara sgt nyaman. Bila bukak sliding door tgk luar, subhanallah wowww sgt! Macam bumi baru lepas dicuci. Macam tgk tv full hd. Clean and clear. Sepanjang aku blk kl kelabu asap jer. Ni la baru nampak pokok kaler hijau. Harap jerebu tak kembali dah.

P/s: perasaan tak posting blog aku cte pjg2 pastu baru gmba. Sebab aku post gne henpon. Malas bukak laptop. Sbb gamba dlm hp mls transfer. Ble post gne hp kne tulis2 baru attach image. Pastu x boleh nk letak caption kat image. Paham x? Tak tau la kalau aku tak pandai. Tak kisah la janji ade citer and gambar. Huuuuu

Monday, October 26, 2015

Makanan tak sihat

Harini aku dh start keje balik. Adam dah Alhamdulillah sihat. Dah boleh main game dgn abah dia. Hahahaaa. Tapi aku masih bagi dia makan prebiotik yg hospital supply. Sbb kan aritu dia cirit so risau bacteria baik dh keluar sama. Sbb tu kne topup balik dgn prebiotik tu. Minggu depan dah nak hantar nursery. Berdebar rasa. Tawakal je la.

Bila dh start keje ni mula la aku makan benda tak sihat. Contohnya Mamee, Cocopie, Choco Roll, Appollo. Huwaaaaaa. Aku konon2 dah nekad nak jaga lifestyle. Sbb takut kena diabetes. Skang mmg aku dh kurang sgt amek air manis. Mmg x ske sgt pn. Kueh manis pn jarang amek. Just nasi la byk. Pastu karbo lain mcm mee, bihun, roti, biskut. Pun x sihat sebenarnya kan. Aaaiissshh kne check balik diet aku nih. Aku diet bukan utk slim tp utk sihat. Tapi skang mak aku de kat rumah, so mmg tak leh elak la mkn nasi tu. Pagi2 pn mak aku masak heavy. Kalau x aku telan oat jer. Xpela janji sihat dan bahagia. Huuuuu

Wednesday, October 21, 2015

Adam Rizqi | Acute Gastroentritis (AGE) | Rotavirus

Sedihnya rasa hati ni Allah je yang tahu. Normally Adam akan berak 2 hari sekali. Hari Khamis masa kat Tganu dia berak tp x banyak macam biasa. Patutnya dia berak plak Sabtu tp xde. Ahad dah smpai KL baru dia berak. Banyak. Masa tu kul 7pm. Tetibe dalam kul 10 lebih dia berak lagi. Aku ingat sebab peram 3hari so extra cket la. Ok xpe. Lagipun stool dia nampak normal. Pastu malam tu dia macam x selesa. Dalam pukul berapa pagi tah dia berak lagi. Aku dah pelik. Pastu Isnin aku x keje sebab sakit pinggang plus penat sgt. Haritu aku x igt dia berak tak. Hahaha. Jap nk ingat. Ada rasenya. Tp aku ingat dia skt perut sbb nk masuk bulan ke4 dah. Tp mlm tu dia mcm cirit plak. Neves dah.

Tapi Selasa aku pegi jugak keje sebab ada kelas mengaji. Sayang nk ponteng. Aku msg mak. Mak ckp still cirit. Setiap kali lepas susu. Dia pn x aktif main. Aku bgtau laki aku. Balik keje terus decide nak bawak pegi klinik. Masa tu badan dia pn panas. Aku pn cari la klinik terdekat ngan rumah aku. Dah la baru pindah. So x familiar lagi klinik area tu. Then jumpa Klinik Mediviron. Masa kat opiz aku de google pakar kanak2 area rumah aku tu. Tpi tutup awal. Aku pn hentam je la g Mediviron tu. Bukan panel plak. Lantak la janji cpt. Nk g klinik panel jauh, jammed plak tu. Masuk je klinik doctor plak xde. Kua dinner. Tunggu la bbrape minit. Si Adam dh asek merengek. Doctor smpai aku tgk sgt la tak menyakinkan. Doktor perempuan India siap bwk anak lagi. Dia cek lebih kurang je pastu bg ubt demam n cirit. Caj RM40.

Balik je rumah Adam cirit lagi. Bagi la ubt. Demam dia kurang tp cirit tetap macam tu. Malam pn dia cirit tp aku x perasan and sbb ngantuk sgt aku x cek pampers dia. Sorry sayangku. Bgn kul 8 bontot dia dh merah gila melecet. Aku rs nk nangis tgk. Kalau kte kne camtu pn sakit ni plak baby. Dia keep cirit. Aku decide tak g keje. Tp laki aku pegi jugak keje sbb cuti dia x byk.

Masa mandi dia meraung sekuat hati. Aku paham sebab bontot dia pedih sgt. Pastu dia cirit stiap kali lepas susu. Aku sapu Sudocrem. Mmg tu nappy cream yg dia gne and biasanya cpt effect dia. Aku call laki aku soh blk segera nk bwk dia pegi Pantai. Sbb kesian sgt tgk dia cirit dh keluar lendir2 hitam. Aku takut dia dehydrated.

Laki aku sampai terus aku bwk g Pantai. G emergency unit doktor terus mintak sample stool. Naseb bukak je pampers kebetulan dia tgh berak. So doktor nampak la lendir2 and bijik2 tu. Lepas amek sample stool doktor ckp nk amek darah. Masa ni mmg aku rs nk nangis. Dia meraung sekuat hati ms kne cucuk amek darah. Yela bontot pedih, perut skt, kne cucuk plak. Ble semua sample dh hantar kat lab, aku kne tggu 2 jam. Tgn Adam dh berbalut masa ni. Aku peluk je dia. Sbb aku tau dia takut n sakit.

Lepas 2 jam, doktor confirmkan dia kne bacteria infection and kne admit to ward untuk msk antibiotic and drip. Paedtrician pn datang untuk explain. Doctor Cina perempuan cantek dan bergaya. Dr Foo Wang Leng. Baik doktor tu. Adam pn masuk la ward. Masa kat ward paed dtg visit lagi, dia ckp yg Adam kne Acute Gastroentritis by Rotavirus. AGE tu nm penyakit dlm perut yg dibawa oleh rotavirus.

Tapi yg naseb baik, aku baru lepas amek vaksin rotavirus. So sbb tu keadaan Adam x teruk sgt. Dia masih selera makan and just cirit je. Xde muntah2.

Doktor ckp ada byk punca penyakit ni. Maybe sbb udara, habuk, air, botol, puting, tgn or benda2 yg dia bwk msk dlm mulut.

Malam pertama dia still berak lepas susu. Semua pampers dia kne bagi kat nurse utk monitor. Tp dia dh kurang merengek sbb bontot dia dh kurang pedih. Doktor pn kasi sudocrem jgk. Sama yg existing dia gne. So bercuti la aku di hospital. Hrp2 lepas ni Adam makin kuat.

Hari kedua dia dh getting better. Dh boleh gelak2 tp still ada cirit cket2. Demam xde dah. Ibu tau Adam strong. Malam pn dah xde cirit. Hari ketiga dah boleh balik dah. Yeaayy syukur Alhamdulillah

Saturday, October 17, 2015

Vaksin Pneumococcal & Rotavirus

Sesampai je kat Kuala Terengganu, aku terus ajak laki aku singgah KTS (Kuala Terengganu Specialist) untuk amek vaksin Adam. Masa otw dr Kuantan dah call dah. Kat KT, situ je ade vaksin tu. Actually dah lama aku plan nk amek vaksin tu since nak hantar Adam nursery kan. So nak amek precautious action laa. At least kita dh prevent, dah put shield. Nak sakit jugak tu ketentuan Allah la. Tawakal je laa.

Masa dalam pantang dulu penah sekali dua jupe specialist paed. Masa tu Adam kerap kembung. Paed tu suggest tukar susu. Since susu aku x cukup utk dia, aku topup dgn anmum. Sbb anmum tu free hospital bagi masa discharge dulu. Tp maybe anmum x sesuai dgn dia. Paed suggest to consume susu yang special formula and easy to digest. Ade beberapa brand and aku pilih Enfalac Gentlease. Nanti boleh continue dengan enfagrow plak. Mahal pn xpela sbb aku review enfalac 90% sama dgn susu ibu. Dah aku x mampu bg susu aku, aku try to give him the best. Brand lain ada Similac Advance Formula, Novalac AC, ape tah lagi tpi de word total comfort. Tu semua special formula utk senang hadam. Hrga susu Enfalac tu RM50.40 utk 400g (seminggu) *pengsan*

Ok berbalik pasal vaksin, masa jupe paed tu la dia cerita pasal vaksin2 tu and benefit kalau amek and risk kalau x amek.

Macam pneumococcal utk prevent meninggitis which can lead to brain damage, pneumonia (paru2 berair). Tapi even dh amek vaksin ni, still boleh jangkit flu kalau de virus flu kat nursery. At least yg virus bahaya dh dapat diatasi laa. 

Macam rotavirus plak utk prevent sakit perut yg disebabkan virus rota. Rota tu sejenis cacing rasanya. Kalau kena akan muntah2, cirit birit yang lama dan teruk sampai dehydrated. Sanggup ke ko tgk anak ko cmtu kan. Kalau amek vaksin ni, still boleh kena tapi x seteruk kalau x amek vaksin. Haa paham x? Pastu boleh jugak kena diarrhea yg disebabkan virus lain. Bukan la ko amek vaksin ni terus anak ko x kena cirit birit muntah2. Tp yg paling teruk tu dpt diatasi la. 

Since aku amek both vaksin ni masa Adam 3bulan, so aku kena amek full set that is 4 doses. Every 2 months. Pneumococcal tu injection while rotavirus tu oral sebab nk direct to usus kan.

Both vaksin ni are pricey. Haritu aku kena caj RM494.35 for vaksin and procedures. *Pengsan lagi*. Takpelah demi anak tersayang

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah 1537h

Salam maal hijrah

Sempena maal hijrah tahun ni, aku ngan laki aku ngan mak abah aku balik kampung. Balik Kuantan dulu drop mak abah, tdo semalaman pastu balik Tgganu plak sebab mama ngan abah balik haji. Kebetulan maal hijrah jatuh hari Rabu, so aku amek cuti Khamis Jumaat. Boleh la lama cket. Mama abah sampai hari Jumaat pukul 5 ptg.

Hari Jumaat nanti ada kenduri kecil kecilan utk sambut mama abah. Berbeza ngan family aku, kalau nak kenduri je for sure catering mak char. Family in law aku always masak sendiri. Which agak awkward utk aku masa mula2 kawen dulu. Tapi lama2 rasa best plak. Ramai2 rewang masak. Meriah. Even penat cket.

Memula kawen dulu memang aku rasa aneh dan tak biasa. Aku rasa semua org baru kawen pn rasa cmtu kut. Family aku x riuh rendah dengan budak2 sebab baru ade sorang anak sedara. Pastu family aku jenis ckp kuat2. Family laki aku plak ramai budak2. Riuh rendah. Nasib baik aku suke budak2. So ok laa. Pastu family dia ckp sopan2, lemah lembut. Lain la dgn family aku. Tp tu la hikmah perkahwinan kan. Adapt perbezaan 2 keluarga. Tapi aku bersyukur sangat sebab dpt mertua yg super duper baik macam mak ayah sendiri, ipar2 yg baik, biras pn baik. Syukur Alhamdulillah. Aku x melalui pergolakan dilema keluarga mertua bagai2 tu. Semoga Allah kekalkan perhubungan ni secantik ni sampai bila2.

Ni gamba Adam dalam kete masa otw blk kg. Tido jer dia. Good boy sgt. 

Pastu gamba ngan tokma dia masa tokma baru sampai. Dia demam masa tu.

Tuesday, October 13, 2015

Dilema Sang Ibu

Aku rasa semua ibu2, mak2, mummy2, mama2 ada perasaan yg sama macam aku. Especially yang bekerja la. Kalau full time housewife xde hal la 24/7 berkepit dengan anak. Masa dalam pantang aku dh pikir mne nk letak si Adam ni nanti. Ada la jgk cari babysitter tp x jumpa tmpt yg boleh jalan kaki jer. Semua kena naik kereta. Aku malas naik kereta g keje sebab:

Jam nk mati depan rumah aku tu. Kua pas subuh ok la kut. Tp opiz aku 15min je dr rumah. Dah kejadah ape smpai opiz awal sgt. Buang masa jer. Baik aku duk rumah wat breakfast. Kalau keluar lmbat amek masa lebih kurang sejam lebih nk smpai opiz. Pn buang masa dlm kete. Plus x dpt parking free. Kena byr rm11 per day. Hoiiii

Petang plak for sure tak boleh elak jam x kira ko kua kul bape pun. Kecuali lps isya la. Dah kenapa ko nk blk lepas isya kan. Pastu anak lambat amek kne ot plak. Rm10 sejam. Hamek ko pembaziran jer. Pastu for sure x smpt masak makan kne bli jer. Pastu dah kat rumah penat yg amat. Aku rs hanya mampu allocate masa utk makan (yg tapau je), mandi kalau rajin ahahah, solat dan iron baju (terpaksa), basuh baju anak, susukan dia, tidokan dia. Dh bila ko nak main dgn anak? Nampak tak?

Sebab tu aku dh pikir kne pegi keje naik moto, boleh pegi kul 8.30 smpai opiz 8.40. Balik sharp on time boleh sampai kul 6. Sempat masak, main2 ngan anak. Kan bahagia begitu.

Setelah survey2 aku dapat la taska kat apartment aku tu. Same tower dgn aku. Taska Zaidan namanya. RM350 per month. Still ok laa. Aku pn g buat lawatan sambil belajar. Luas tp kosong. Xde toys or pape yg menarek pn. Staff semua melayu la. Budak pn ramai dlm 20 lbh. Tp baby xde.

Aku pn dilema nk anta ke x. Tp have to la kan. Xkan nk benti keje plak. Tp sebab dilema itu, aku postpone anta dia. Patutnya start october hantar, mak bapak aku tggu jap and blk. Tp setelah memujuk mak bapak aku, mereka setuju utk stay smpai november. So aku akan hantar Adam pada november nti. At least masa tu dia dh 4 bulan. Tu pn berbelah bagi sebenarnya.

Adam kuat minum susu. Kadang2 dh bagi 4oz pn x cukup dia nk lagi. Pastu dia susah sendawa. Kne tepuk lama br sendawa. Nk tdo kadang2 sng tp skang dh susah. Kena dodoi2, tepuk2 baru nk tdo. Pstu kalau dia yak kne cpt2 tukar pampers dia. Nnti dia geli. Dia yak banyak. Kalau dia skt perut or demam nk org sentiasa dukung dia. Haaaaiiiii, boleh ke pengaduh tu paham nanti? Nanti budak2 lain kacau dia x? Kalau dia x tdo dia nk org main ngan dia or ckp2 dgn dia. Kalau x dia termenung je. Kesiannya anak ibu.

Sabar ye anak. Kalau ibu ada duit RM2.6b ibu janji ibu resign notice 24hours. Kte enjoy every second bersama. 

Aku hanya mampu berdoa agar si tecit comel ni sentiasa dipelihara tak kira dimana dia berada.

Ibu sayang Adam tauuu!!!

Monday, October 12, 2015

Nasi Kukus Ayam Sado

Aku suke makan nasi kukus sbb simple tapi sedap. Beberapa hari lepas aku nmpk de stall baru bukak jual nasi kukus. Biasa bli kat pantai dalam. Nasi kukus dnaim tu. Tp sbb dh de yang dekat nk try la. Yg pantai dalam rm6 sbb ayam dara katanya. Tah camne dia kenalpasti ayam tu dara pn aku xtau laa. Tp daging ayam tu ala2 ayam kampung. Kira cam x berlemak sgt laa. Yang ni rm5 jer. Ayam dia boleh tahan besar. Sesuai dgn nama dia ayam sado. Sado adalah besarr dowwhhh. Budak zaman skang pnya bahasa. Rosak!

Aku pn beli nk try. Ternyata kuah dia sedap. Dia mix 2 jenis kuah. Satu tu gne rempah kerutup satu lagi gulai kawah. Sedaapp woo. Bukan gulai kari biasa tu.

Stall dia dpn ktm petaling. Kira sape turun train boleh terus beli laa. Aku suke and nak repeat lagi.

P/s: takde gmba nasi aku bli sbb lapar x henggat. Hahabaa

Wedding at Kristal Hall, TMCC

Semalam aku attend wedding reception kat Kristal Hall, TMCC. Hall tu tmpat aku penah bagi briefing, tempat aku selalu dgr briefing, tmpt dgr ceramah. Harini dtg utk wedding reception.

Pakej wedding kat sini kalau x silap aku RM35 per head. Pakej including hall, food from felda dsaji, PA system with 2 projectors, pelamin, meja beradab, archway, cake, red carpet, photoshoot at helipad and one nite stay at Pullman KL. Ok sangat kan price tu. Xyah pening kepala nk hired byk tmpt. Kalau aku kawen kat kl dlu for sure amek pakej ni. Makan pun sedap. Nasi beriani lauk ayam merah, rendang tok, dalca, papedom, buah, teh tarik, kuih muih lazat. Best2

First time Adam babam g wedding. Adam goodboy sgt. Minum susu pastu diam jer. Lepas makan aku bwk mak n bah tour the menara tm. Hahaha. Mcm lawak plak. Tp yela mak bapak aku keje tm tp tu la first time jejak kaki kat menara tu. Siap amek gmba. Kelaka plak.

Balik dr kenduri, aku ngan laki aku g shopping brg dpr kat econsave pearl point tu. Mak abah xnk ikt sbb sian adam ngantuk nk tido.

Malam tu tgk konsert af final. Pastu Adam tdo ngigau. Agknya sbb dia x biasa ramai2 org siang td tu kut. Tp pas pujuk2 dia ok tdo lena smpai pagi

P/s: goodies wedding cantek. Baru nk wat utk yir kawen nti

Saturday, October 10, 2015

Sikat

Hoi sikat pun nk post ke? Hahaa. Sebab tetiba arini laki aku bwk blk sikat rare legend tu. Zaman ble tah org guna sikat camtu. Td dia g potong rambut, balik2 bwk sikat merah tu. Padahal sebelum ni jarang2 pun dia guna sikat.

Sikat bodyshop tu of course la aku punya. Nampak tak betapa byk rambut gugur. Tu pun dah clear kan cket before snap gmba. Hahahaa. Rambut gugur akibat Adam dah pandai main2 air liur dia. Aku x paham ape rasionalnya tp org ckp bila anak start main air liur rambut maknya mesti gugur. Ada baca kat mana tah, rmbut gugur tu utk stabilkan hormon blk. Tak tau la betul ke tak. So harap2 cpt la dia berenti main air liur. Kalau x aku kasi potong je la rambut nihhh

[wawa]

Friday, October 9, 2015

Eosinophils and Diabetic

Ok penah dengar tak eosinophils? Alaaa kalau ko medic student ke doktor ke nurse ke healthcare ke msti la tau. Tapi aku yg study accounting and keje IT mesti la blur gle dengar menda alah tu. Nk sebut pn siap ngeja lagi. Doktor sebut laju je. Basically eosinophils tu muncul kat blood test result. Aku tak tau la dia sejenis apa. Tapi lepas aku abeh pantang aritu, aku g la medical check up. Sbb masa preg kan aku ada kencing manis. Bahasa medic GDM. Kencing manis masa preg. So lepas pantang kena cek still kencing manis or tak. Dalam pantang aku ade jgk cek randomly guna glucometer. Ternyata gula aku tinggi post prandial (2hrs after meal). Penah cecah 11.2mmol/l. Cuak gila siut. Terus berdiet sakan. Then aku naik je keje trus g klinik. Doktor cek pn tinggi. So dia decide to have accurate test which have to fasting and do a proper blood test.

Masa review blood test result, doktor tanya adakah aku allergic terhadap ape2 food or environment? Aku ckp before beranak takde. Tp after beranak aku notice aku naik gatal2 lepas mkn ubt anugerah tu. Gatal yg kronik. Tp mkn bnda lain xde la plak gatal. Mkn telur ok, udang ok. Doktor pn show result, dia ckp eosinophils aku tinggi. Normal range is 0-4 tapi mine is 37 *jawsdrop*. Doktor cerita thats show that my blood allergic to something which not sure ape. To know details aku kena wat another blood test special for allergic. Tp since aku x notice pape, aku malas nk buat. Just beware of what i am eating. Maybe jugak akan allergik pada habuk. Kalau rasa naik gatal2, kena fikir punca and avoid. As at now i think i am ok.

Gamba bawah tu aku compare result Nov 2014 dengan Oct 2015. Masa 2014 eosinophils aku 1 jer. Lepas beranak 37. Apehal tah. Tapi as long as aku ok, xpela. Nanti just jaga makan laa.

Ok berbalik pada glucose reading and hba1c, Alhamdulillah doktor confirm that i am non diabetic. Tp masa guna glucometer jadi tinggi sbb body aku lambat change gula tu. Means that insulin badan aku slow bekerja. Bila fasting everything back to normal. Bacaan aku 5.0 which normal range is 4-5.5. Still aku kena jaga lifestyle. Luckily i am not a sugar lover. Tpi i am a rice lover. Hahahaa. Kne reduce direct sugar, hidden sugar (mcm sos, kicap, biskut, fruits yg sweet, junk food of course kena buang terus), karbo pn kena reduce. Eat a lot of protein and vege. InsyaAllah

Thursday, October 8, 2015

Rindu

Tadi aku baru siap keje opiz. Suddenly teringat nk jenguk blog aku. All this while aku tgk thru fon je. Tadi aku belek kat pc. Oh rindunya nk berblogging. Rupanya since 2008 lagi aku dh de blog. Then aku convert ke blog baru ni. Tak ingat kenapa. Maybe masa tu so addicted to blog so rajin sgt baca blog org (masa tu call blog hopping kut) ala2 island hopping gtu. Rajin jgk tukar template. Kalau suruh tukar sekarang sumpah aku dah tak reti. Pandainya aku dulu. Hahahaa. In fact aku rasa before 2008 lagi aku dah de blog. Zaman study lagi. Tapi sayang takde dalam memory ingatan aku nama blog2 tu.

I want to keep blogging. Sebab rindu. Nanti bila baca balik rasa best sangat.

[Wawa]

Powered By Blogger