Monday, October 10, 2011

Daging Masak Blackpepper Bermadu


Hi, dah lama tak masak daging. Biasa masak daging ni bila hari raya haji je sebab banyak dapat daging. Tapi hari tu tetiba rasa nak makan daging. So dengan rajinnya aku beli beberapa ratus gram daging kat carefour. Beberapa ratus gram ek bukan kilogram. Kalau kilogram tu nak mampos kut tak muat peti. Haha.

Pastu aku rasa nak masak daging blackpepper. Aku pun pergi la dapur di hari minggu itu. Tapi sos blackpepper takde. Biasa guna sos je, senang. Oleh kerana takde, aku guna la original blackpepper. Ok mari kita check bahan-bahan untuk 2 orang makan lebih kurang ek.

Bahan-bahan:
200gram daging yang fresh dan best gile..huhu
2 sudu sos tiram
2 sudu black pepper
2 sudu madu (saje letak sebab ada dalam peti)
4 biji bawang putih
beberapa inci halia (dalam 2 inci kut)
sebijik bawang besar (setengah je kalau besar)
sebijik capsicum (cili benggala - setengah je kalau besar tak kisah kaler apa)
Garam secukup rasa
Gula kalau suka (tapi dah ada madu tak payah la)

Cara-cara:
1. Basuh daging bersih-bersih.
2. Tumbuk black pepper separa lumat.
3. Perap daging dengan sos tiram, black pepper dan madu selama 1 jam (lagi lama lagi best)
4. Tumbuk bawang putih dengan halia.
5. Tumis bawang putih ngan halia.
6. Masukkan daging perap tadi, kacau kasi rata, masuk air, tutup kuali kasi daging cepat empuk.
7. Ala2 air dah nak kering, daging dah empuk la tu (kalau guna daging kotak, better rebus dulu kut kasi empuk).
8. Masuk capsicum ngan bawang besar yang dihiris bulat-bulat tu. Kacau sampai agak layu cket la

MAKAN time!!!

[wawa]

2 comments:

ATIQ said...

perghhh... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Salwa Saalodin said...

try lerr....senang bangat weeiii

Powered By Blogger