Sunday, July 25, 2010

ZoO Negara..

Okay..bila last korang gie Zoo Negara??

Last aku gie time umur 5-6 tahun kut..Haha!!Gila lama siut. Lebih kurang 20 tahun yang lalu.
Hari semalam, Kak Nurul ada buat kenduri doa selamat dia pregnant 7 bulan. Rumah dia kat area Taman Melati, Setapak. Hari Sabtu, KL macam biasa jam dan jammed!! Sengal. Sunday je ok sikit jalan tuh.

Sesampai je kat rumah kak Nurul, orang baru sudah baca Yassin. So, teros makan je la. Pergghhh...terbaik wok lauk dia. Yang catering masak aku tak layan la. Takat nasi beriani, dalca, ayam merah, daging semua tuh dah biasa sangat. Aku makan nasi putih lauk ikan patin masak tempoyak, ikan keli sambal, masak lemak pucuk paku ngan gulai rebung. Tak ke terbaik namenye itu...Wahhhh, bestnya kalau semua kenduri buat lauk camtu kan..

Lepas aku kekenyangan tu, aku ngan Elli tertanya2, oh nak buat ape ek pasni?? Gile kenyang nih. Kene wat sumtin yang membakar lemak. Tapi takkan nak joging kut. Baru kul 3.30 time tu. Gilo ko apo? Tetibe telintas nak gie Zoo Negara since Taman Melati ngan Zoo tu dokat ajo.

So, kitorang dengan penuh perasaan kanak kanak ribenanya telah mendecide untuk ke ZOO NEGARAAAA!!!! Haha! Gile excited sebab dah gile lama x gie. Ramai giler orang.. Ramai jugak orang nak gie Zoo ek. Ingatkan kitorang je yang sengal. Yang dating pun ramai. Tu baru kategori sengal kut. Ape kes dating kat Zoo. Dating la kat masjid. Haha..

Tiket masuk ZOO giler mahal woo..RM20 tak termasuk Taman Serangga dan Rama rama. Kalau nak gie situ kena add on RM5. Nak tgk binatang pun mahal ek. Untung jadi binatang Zoo nih...Lawatan bermula..Jeng Jeng Jeng.....

excited giler tengok giraffe...tinggi wooooooo

ni gajah tua sebab ada gading. pastu keje dia berak je. busuk la woiii

gajah ni muda kut. sebab aktif. hehe. dia tgh kutip sampah dalam longkang tu. cute kan

en gajah sedang bermain. dia sangat pandai bermain laa

aku baca sign-age ni. rupanya ada jugak time diorang kena rantai. ciaannn
i'm wonder, kenapa sampai perlu dirantai

oooowww....now i know kenapa diorang perlu dirantai. sbb sometime maybe diorang drunken kut. tengokla sponsorship diorang sape..hehe

ini 2 ekor en kangaroo. kecik dan comel. xtau sama ada still young or terbantut. ekeke...diorang tgh gurau2 manja tuh...

sekawan en rusa sedang bergossip sambil makan..

yang ni lagi terang-terangan bergosip sambil share rumput. haha

saya seorang yang pemalu dan pandai berenang. eh ciri ciri yg sama macam elli laaa...ehehe

wooooo...bajet ganas ar tu konon...sian pakcik lion ni...dah kurus kering...diet kut...x pun sbb kencing manis

ni sekor lagi bajet ganaz. tapi jalan macam model. catwalk beb. hehe

haaaa...ni haiwan yang paling aku suka tgk. cute sangat dan pandai sangat. tengok la pose diorang. sangat menarik kan. yang atas tu mr boring. mule mule aku amek gamba die, then datang yg bawah tu (mr active). enterframe. huhu

mr active ni mmg active. tgk la tu tunjuk ketiak die. hehe

ni mr boring tadi. dah bergerak active sikit sbb nak rebut makan ngan mr active tadi

cute la die

haaaa...ni name dia mama bosan. haha. tengok la rambut die yang panjang tu. nak gerak pun dah macam kure kure. macam nenek kebayan lak aku tgk

ni setelah kekenyangan tahap maksimum

en unta yg muke maintain comel

sekawan ostrich sedang bergossip pasal en unta tadi

zebra yang membawa diri setelah perasan yang badannya sgt kotor. kes malu la tu

kure kure bajet ayu tgh mandi swimming pool tanpa seurat benang pun. ish ish ish

en bajet ganas. tapi x gerak gerak pun. robot kut ni

haaaaa...ni dua ekor teddy bear kelaparan. giler besar kut binatang nih. diorang tgh lapor tu, pastu asek ketuk pintu tu kuat kuat supaya tuan die kasi makan. ish ish ish. kesiaaaannn

ini binatang misteri. haha. sbb besar sgt. nama die seladang india. takut aku tgk die. muka cam nak makan orang jer

haaa....ni lah penguin yang dalam citer batman tu. diorang ni aktif sgt. tak macam penguin kat underwater world langkawi tu. yg tu dah macam robot kekdahnye. tgk penguin ni mengingatkan aku pada seseorang..hehe

wuuuuuu....kamilah geng geng geng aquarium..yeaahhh

ketua kumpulan geng aquarium. haha. muka ganas tu penting oke


tamat sudah sessi lawatan sambil belajr ke zoo negara. penat wooo. 2 jam lebih jalan non stop. kitorang x naik tram sbb mmg niat nak membakar kalori. huhu. bagi aku berbaloi baloi la gie zoo ni. yela, bukan senang nk tgk binatang2 tu. tapi time kitorang sampai, animal show dah abeh, so x sempat la tgk. dulu masa kecik2 aku igt lagi tgk show anjing laut main bola. hehe..

till next time
-wawa-

0 comments: