Saturday, July 24, 2010

SJMC, SMC dan SALAM

SJMC itu adalah Subang Jaya Medical Centre
SMC itu adalah Selangor Medical Centre
SALAM itu adalah Shah Alam Medical Centre

SJMC itu located at Subang Jaya (tgk nama pun tau kut)
SMC itu located at Seksyen 20, Shah Alam
SALAM itu located at Seksyen 19, Shah Alam

Aku dan Elli amatlah tidak familiar dgn area Subang dan Shah Alam ni sebab jarang pegi. Suatu hari yang indah, aku telah diberitahu oleh opizmate aku bahawa kawan mak aku was hospitalized sbb denggi. Kawan mak aku tu somebody jugak la dalam TM. At first opizmate aku ckp dia masuk hospital Subang yang mana secara logik adalah SJMC. Tetiba, dia telah mengcofirmkan bahawa, kawan mak aku tu warded kat SMC (yang aku paham Selangor Medical Centre la). Aku pun dengan berbesar hati telah mengajak Elli untuk membuat lawatan rasmi ke hospital tersebut.

Hari Jumaat, after opiz hour, lepas makan kat foodcourt Bangsar bersama geng2 aku, aku telah menggerakkan diri ke SMC. Kitorang mmg tak tau jalan. So based on Encik GPS jer laa...Berkesan tu mmg berkesan tapi GPS tu suka sgt bagi jalan dalam. Redah ikut rumah orang. Tah pape. Federal Highway hari Jumaat malam macam biasa la, jammed yang amat sangat. Dari PJ ke Shah Alam pun sejam setengah. GILA!!

Pukul 9.30 baru kitorang sampai SMC. Terus gie kaunter and check nama. Tapi dia cakap takde org tersebut. AiK??Mane datuk ini sudah pergi??Oh NO!! Org hospital tu cakap, mungkin Shah Alam Medical Centre kut. Kitorang pun, oh maybe..Naseb la dekat je.

Sampai je hospital tu, check nama kat kaunter pun tak ada!! wadehel!! dah la penat. Orang yang dicari pun x jupa . Nak ke SJMC?? Oh no no no. Jauh tu. Dah la dah malam. Org sakit pun dah tido kut.

So, untuk mengubat kekecewaan diri, aku dan Elli telah melencongkan diri ke i-city. Haha!!
Ni 1st time kitorang sampai sini. Before ni tgk kat FB orang jer. Memang cantek la tempat ni. Banyak giler lampu2. Kalau bwk budak2 sure lagi best. Ramai giler orang. Tapi tmpat ni luas, so ok la kalau ramai pun.

Yang sedikit kecewa, kitorang x bawak kamera. So, takde la gamba untuk di tepek. Yang gune hp x cun sgt. Next time g lagi la, sbb housemate2 ada ajak gis. tapi diorang asek busy jer semedang. Sepanjang kat i-city tu, ayat yang paling banyak didengar ialah:

ok, ready..one, two, threeeeee.....

haha..semua org datang untuk bergambar jer..bukan de benda lain nak buat pun. Kedai makan ada la Gasoline, steamboat dgn ape tah lagi. Kitorang x makan sbb dah kenyang. Ada jugak tb besar. Baru nak layan citer Spiderman tetibe rintik2 hujan mula terasa. Apo laie, pulang la ye anak anak sekalian.

Haaaa...dah berape lama korang x gie ZOO Negara?? Next post okay!!

-wawa-

0 comments:

Powered By Blogger