Sunday, July 25, 2010

Resipi Spaghetti Bolognese Prego

Hari ni hari Ahad merangkap hari memasak untuk aku. Bangun pagi (pagi la sangat), gie pasar beli barang untuk memasak. Hari ni turn Elli masak and she decide to cook spaghetti. Ohoo..jadi orang Italy aku ini hari. Hoho..

Aku jadi kitchen helper jerr..plus photgrapher. Kalau turn aku memasak, takdenye dia nak amek gambar. chaitt..

Okies kte start dgn resipi kite ek tuan tuan dan puan puan sekalian:

Buat spaghetti ni senang jer. Bahan utama of coz la spaghetti dan sos Prego tu. Ni kire instant way laa.. kalau tak kene guna tomato puree. Bahan bahannya adalah:

sepeket spaghetti cap san remo..huhu

daging cincang cap pakcik ramly (kitorang gune half)

sedikit oregano leaves untuk bau yg menarek tertarek , da bombastic

sebotol sos prego..kalau nak lagi sedap, letak mushroom tapi kitorang x jumpe kat kedai tadi..haha

bahan yang tiada gamba sebab x cun: sebijik bawang besar yang dipotong dadu, butter, air, periuk, senduk dan dapur gas. hehe

cara-caranya pula:


mula2 rebus spaghetti dlm air. letak garam sikit dlm air tu. letak butter jugak sikit sbb tak nak kasik die lekat2..rebus sampai lembut ye puan puan

sementara nak tunggu dia lembut, boleh la prepare sos dia yang kacang bendi tu. nak prepare sos die, tumis bawang yang didadu tadi sampai naik bau. tumis dengan oregano sikit kasi rumah sebelah pun jeles. haha. (niat jahat jangan ikut ek).

then masukkan daging cincang tadi. air sikit. sampai la daging tu agak2 masak. then masukkan sos prego. then garam. gula sikit. rase sikit. kalau masam sangat, tambah air lagi. then masak sampai agak2 kering. then siap laaaaaaa...gile senang larrr (Elli selalu masak yg senang jer..haha)

dah lembut, toskan, lalu bawah air kejap. kasi bersih la. then toskan sperti gamba di atas.

tadaaaaa.....dah siap..tapi kalau ada mushroom lagi sedap. tabur sikit oregano untuk bau yg mengancam (mengancam orang umah sebelah..haha)

sekian kelas masakan hari ini puan puan sekalian
-wawa-

ZoO Negara..

Okay..bila last korang gie Zoo Negara??

Last aku gie time umur 5-6 tahun kut..Haha!!Gila lama siut. Lebih kurang 20 tahun yang lalu.
Hari semalam, Kak Nurul ada buat kenduri doa selamat dia pregnant 7 bulan. Rumah dia kat area Taman Melati, Setapak. Hari Sabtu, KL macam biasa jam dan jammed!! Sengal. Sunday je ok sikit jalan tuh.

Sesampai je kat rumah kak Nurul, orang baru sudah baca Yassin. So, teros makan je la. Pergghhh...terbaik wok lauk dia. Yang catering masak aku tak layan la. Takat nasi beriani, dalca, ayam merah, daging semua tuh dah biasa sangat. Aku makan nasi putih lauk ikan patin masak tempoyak, ikan keli sambal, masak lemak pucuk paku ngan gulai rebung. Tak ke terbaik namenye itu...Wahhhh, bestnya kalau semua kenduri buat lauk camtu kan..

Lepas aku kekenyangan tu, aku ngan Elli tertanya2, oh nak buat ape ek pasni?? Gile kenyang nih. Kene wat sumtin yang membakar lemak. Tapi takkan nak joging kut. Baru kul 3.30 time tu. Gilo ko apo? Tetibe telintas nak gie Zoo Negara since Taman Melati ngan Zoo tu dokat ajo.

So, kitorang dengan penuh perasaan kanak kanak ribenanya telah mendecide untuk ke ZOO NEGARAAAA!!!! Haha! Gile excited sebab dah gile lama x gie. Ramai giler orang.. Ramai jugak orang nak gie Zoo ek. Ingatkan kitorang je yang sengal. Yang dating pun ramai. Tu baru kategori sengal kut. Ape kes dating kat Zoo. Dating la kat masjid. Haha..

Tiket masuk ZOO giler mahal woo..RM20 tak termasuk Taman Serangga dan Rama rama. Kalau nak gie situ kena add on RM5. Nak tgk binatang pun mahal ek. Untung jadi binatang Zoo nih...Lawatan bermula..Jeng Jeng Jeng.....

excited giler tengok giraffe...tinggi wooooooo

ni gajah tua sebab ada gading. pastu keje dia berak je. busuk la woiii

gajah ni muda kut. sebab aktif. hehe. dia tgh kutip sampah dalam longkang tu. cute kan

en gajah sedang bermain. dia sangat pandai bermain laa

aku baca sign-age ni. rupanya ada jugak time diorang kena rantai. ciaannn
i'm wonder, kenapa sampai perlu dirantai

oooowww....now i know kenapa diorang perlu dirantai. sbb sometime maybe diorang drunken kut. tengokla sponsorship diorang sape..hehe

ini 2 ekor en kangaroo. kecik dan comel. xtau sama ada still young or terbantut. ekeke...diorang tgh gurau2 manja tuh...

sekawan en rusa sedang bergossip sambil makan..

yang ni lagi terang-terangan bergosip sambil share rumput. haha

saya seorang yang pemalu dan pandai berenang. eh ciri ciri yg sama macam elli laaa...ehehe

wooooo...bajet ganas ar tu konon...sian pakcik lion ni...dah kurus kering...diet kut...x pun sbb kencing manis

ni sekor lagi bajet ganaz. tapi jalan macam model. catwalk beb. hehe

haaaa...ni haiwan yang paling aku suka tgk. cute sangat dan pandai sangat. tengok la pose diorang. sangat menarik kan. yang atas tu mr boring. mule mule aku amek gamba die, then datang yg bawah tu (mr active). enterframe. huhu

mr active ni mmg active. tgk la tu tunjuk ketiak die. hehe

ni mr boring tadi. dah bergerak active sikit sbb nak rebut makan ngan mr active tadi

cute la die

haaaa...ni name dia mama bosan. haha. tengok la rambut die yang panjang tu. nak gerak pun dah macam kure kure. macam nenek kebayan lak aku tgk

ni setelah kekenyangan tahap maksimum

en unta yg muke maintain comel

sekawan ostrich sedang bergossip pasal en unta tadi

zebra yang membawa diri setelah perasan yang badannya sgt kotor. kes malu la tu

kure kure bajet ayu tgh mandi swimming pool tanpa seurat benang pun. ish ish ish

en bajet ganas. tapi x gerak gerak pun. robot kut ni

haaaaa...ni dua ekor teddy bear kelaparan. giler besar kut binatang nih. diorang tgh lapor tu, pastu asek ketuk pintu tu kuat kuat supaya tuan die kasi makan. ish ish ish. kesiaaaannn

ini binatang misteri. haha. sbb besar sgt. nama die seladang india. takut aku tgk die. muka cam nak makan orang jer

haaa....ni lah penguin yang dalam citer batman tu. diorang ni aktif sgt. tak macam penguin kat underwater world langkawi tu. yg tu dah macam robot kekdahnye. tgk penguin ni mengingatkan aku pada seseorang..hehe

wuuuuuu....kamilah geng geng geng aquarium..yeaahhh

ketua kumpulan geng aquarium. haha. muka ganas tu penting oke


tamat sudah sessi lawatan sambil belajr ke zoo negara. penat wooo. 2 jam lebih jalan non stop. kitorang x naik tram sbb mmg niat nak membakar kalori. huhu. bagi aku berbaloi baloi la gie zoo ni. yela, bukan senang nk tgk binatang2 tu. tapi time kitorang sampai, animal show dah abeh, so x sempat la tgk. dulu masa kecik2 aku igt lagi tgk show anjing laut main bola. hehe..

till next time
-wawa-

Saturday, July 24, 2010

SJMC, SMC dan SALAM

SJMC itu adalah Subang Jaya Medical Centre
SMC itu adalah Selangor Medical Centre
SALAM itu adalah Shah Alam Medical Centre

SJMC itu located at Subang Jaya (tgk nama pun tau kut)
SMC itu located at Seksyen 20, Shah Alam
SALAM itu located at Seksyen 19, Shah Alam

Aku dan Elli amatlah tidak familiar dgn area Subang dan Shah Alam ni sebab jarang pegi. Suatu hari yang indah, aku telah diberitahu oleh opizmate aku bahawa kawan mak aku was hospitalized sbb denggi. Kawan mak aku tu somebody jugak la dalam TM. At first opizmate aku ckp dia masuk hospital Subang yang mana secara logik adalah SJMC. Tetiba, dia telah mengcofirmkan bahawa, kawan mak aku tu warded kat SMC (yang aku paham Selangor Medical Centre la). Aku pun dengan berbesar hati telah mengajak Elli untuk membuat lawatan rasmi ke hospital tersebut.

Hari Jumaat, after opiz hour, lepas makan kat foodcourt Bangsar bersama geng2 aku, aku telah menggerakkan diri ke SMC. Kitorang mmg tak tau jalan. So based on Encik GPS jer laa...Berkesan tu mmg berkesan tapi GPS tu suka sgt bagi jalan dalam. Redah ikut rumah orang. Tah pape. Federal Highway hari Jumaat malam macam biasa la, jammed yang amat sangat. Dari PJ ke Shah Alam pun sejam setengah. GILA!!

Pukul 9.30 baru kitorang sampai SMC. Terus gie kaunter and check nama. Tapi dia cakap takde org tersebut. AiK??Mane datuk ini sudah pergi??Oh NO!! Org hospital tu cakap, mungkin Shah Alam Medical Centre kut. Kitorang pun, oh maybe..Naseb la dekat je.

Sampai je hospital tu, check nama kat kaunter pun tak ada!! wadehel!! dah la penat. Orang yang dicari pun x jupa . Nak ke SJMC?? Oh no no no. Jauh tu. Dah la dah malam. Org sakit pun dah tido kut.

So, untuk mengubat kekecewaan diri, aku dan Elli telah melencongkan diri ke i-city. Haha!!
Ni 1st time kitorang sampai sini. Before ni tgk kat FB orang jer. Memang cantek la tempat ni. Banyak giler lampu2. Kalau bwk budak2 sure lagi best. Ramai giler orang. Tapi tmpat ni luas, so ok la kalau ramai pun.

Yang sedikit kecewa, kitorang x bawak kamera. So, takde la gamba untuk di tepek. Yang gune hp x cun sgt. Next time g lagi la, sbb housemate2 ada ajak gis. tapi diorang asek busy jer semedang. Sepanjang kat i-city tu, ayat yang paling banyak didengar ialah:

ok, ready..one, two, threeeeee.....

haha..semua org datang untuk bergambar jer..bukan de benda lain nak buat pun. Kedai makan ada la Gasoline, steamboat dgn ape tah lagi. Kitorang x makan sbb dah kenyang. Ada jugak tb besar. Baru nak layan citer Spiderman tetibe rintik2 hujan mula terasa. Apo laie, pulang la ye anak anak sekalian.

Haaaa...dah berape lama korang x gie ZOO Negara?? Next post okay!!

-wawa-

Thursday, July 22, 2010

Cheng Guorong


woott woott...gambar diatas ialah En Cheng Guorong. Dia asal dari China. Profession dia ada pengemis. Ya diulang, pengemis ok. Apa special sangat mamat ni??

let's check it out!!


handsome x??


macho kan. the most macho pengemis in the world kut. dengan gambar kat atas ni la yang mengubah nasib pengemis ni. pada suatu hari, ada seorang photographer amatur, amek gambar dia. untuk suka suka. then dia letak dalam photopages dia (x sure photopages ke blog). then, ramai follower dia cakap pengemis ni kacak dan macho giler. start from that, photographer tadi start jejaki pengemis ini.


memang dia macho kan


ketara gamba ini photoshop oke


ini tak photoshop. hasil dari jejakkan dari photographer tadi, telah membawa tuah kepada En Cheng ini. Beliau telah dilamar untuk menjadi model jenama terkemuka dan dgr kata sedang menjalani shooting untuk movie yg berkisar tentang kehidupan dia dulu.


ini dia sekarang. see how's life changing in sekelip mata

moral of the story: rezeki kita tak siapa yang tahu. siapa sangka dari seorang pengemis, boleh jadi cam tu kan. kenapa la takde orang tetiba amek gambar aku, post kat blog and teros femes..haha perasan cun!!gilo..

haa...pagi tadi aku baca paper, kisah kat Singapore, ada seorang amah (maid/bibik) Filipina dapat RM14juta dari ex boss dia. Tuan dia tu seorang doctor kat Singapore, dan maid tu dah keje dengan doktor tu almost 30 years kut (if not mistaken la). Then baru2 ni doktor merangkap tuan dia tu meninggal. Doktor tu telah wasiatkan sebuah kondo mewah, kereta dan duit yg semuanya bernilai RM14juta untuk maid dia tu. How lucky she is kan. Itulah balasan kalau kita ikhlas bekerja kut. From my point of view laa. Ya, semua itu rezeki, semua itu naseb. Kenapa lah doktor tu x hired aku jadi PA dia kan..hehehe

Oh ya, pc aku dah berjaya diremote. Problemnye, IP address dah bertukar. aku baru tau IP tu boleh bertukar tukar dgn sendirinya (aku je ek x tau info ni? sungguh ketinggalan sekali =p). Now, boleh remote dan buat kerja dgn senang hati. Lalalaalala

entry end
-wawa-

Wednesday, July 21, 2010

Seoul Garden

Adooii...lately penat sikit la kat office. Macam banyak keje siki, tapi saya suka.Ya, katakan ya kepada kerja!! Handle CR yang release August. Gila ko, spec baru hantar pagi tadi, nak masuk release Aug, hari ni dah 21hb hoccay...semput den..haha!! (harap2 sempat)

Oh ya, semalam one of my opizmate moving out from TM sbb dapat better offer for her future. Congratz and good luck to her. Even kitorang x penah bekerjasama (even berborak pun x pnh kut), tapi agak terasa la jugak kehilangan dia kerana dia team mate saya. And hari ni saya baru realized dia pun blogger. Oh wow!!tapi rase die bukan nuffnagger sbb macam x nampak jer iklan dia. Btw, hope we will alwiz keep in touch via fb of coz, kerana saya suka kawan ramai ramai. Ya, dia juga ada hutang sesuatu dgn saya iaitu Knowledge Sharing session. Patutnya dia jadi cikgu saya, tapi dh keluar plak dia =(

Lepas tu busy pulak dgn HCM projek tuh. Integration, testing and so on. tapi serious I LIKE!!compared dgn aku baru masuk dlu, gila bosan sbb keje tak mencabar sangat. Level sekarang aku suka...

Untuk mereleasekan sikit otak aku ni, balik keje tadi lepak lepak, makan makan kat Seoul Garden. Located at Plaza Pantai je. Jalan kaki 10 minit dah sampai. Tajaan Puan Maya Shalfawaniz..ekeke..Ya, kawan kawan saya memang hartawan dan dermawan dan budiman..Sila hantar resume jika berminat untuk menjadi kawan Puan Maya. Gerenti kenyang sepanjang masa.

Seoul Garden!!
Ya, nama dia Seoul Garden sbb style makan kat cni mmg macam kat Seoul (aku tak pernah sampai tapi based on drama Korea yang aku tonton laa). Kat sini served daging, ikan, seafood, sayur2, mee, nasi, air, buah, eskrem, rojak, ABC dll. Cara food diserved, kita kena masak sendiri (steamboat style la). Tapi kat sini boleh grill jugak. Tu specialty compared to others la. Time grill tu asap dia banyak woo. Sebijik macam dlm cerita Korea. Haha. Ni second time aku makan sini. 1st time dulu time anniversary MTP tu. Aku belom mampu makan secara individu kat sini sebab mahal woo...sekepala RM44 include free flow drinks. Makan apa saje yg ada dlm kedai tu smpai kenyang. Tadi aku makan banyak gilerr so esok aku pose..ekeke. Harap maaf tiada gamba kerana excited makan dan borak. Untuk maklumat lanjut sila click disini

Actually aku nak sambung wat testing kat rumah tapi entah kenapa aku tak boleh remote PC aku. Terase sangat tensi oke. Oleh kerana aku tak boleh buat keje, novel pun dah abeh bace (kene gie MPh lagi), so bloghopping je la. Dah lama x buat duit dgn blog nih. Kalau dulu rajin giler. Hari ni nampak ada iklan. Baik plak ati En Nuffnang terhadap saya. Hehe

Oh ya, power mata saya sudah bertambah, YA kerana banyak tgk pc, laptop,tv, main game dan yg seangkatan. Ya, saya dah buat spec baru sebab otak dh ting tong. Spec bese2 jer.. (ada ke yang luar biasa). Tapi yang previous frameless, yang ni half frame. Ya, aku memang tak suka yang fullframe. Macam skema jer..hehe

Sekian entry kali ini.

p/s: Ya, saya sedar entry ini banyak YA, YA, dan ya ya ya..hehe

Monday, July 19, 2010

Bangun Tido

Oh mata, please help me....I beg you my eyes...tolong la bangun awal pagi esok dan jangan ngantuk dah lepas bangun...pleeaaasseeeeeeee!!!!

Lately aku mengalami sindrom susah nak bgn pagi..aku betul2 x tau kenapa...adooyaaiiii!!lepas subuh je sure TERtidor balik dan TERbangun lambat...stress betol!!

Ok, skang aku nak tido supaya aku bangun awal esok...sekian, gudnite!!

-wawa-

Sunday, July 18, 2010

Long Long Time..

aduuhh..it is a long long time aku x posting..aku tgk last posting April 2009..now is July..ekekee...antara sebab blog tidak diupdate:
  1. busy dgn kerja (tipu)
  2. dah lama x on laptop (tipu juga)
  3. malas menaip (pun tipu)
  4. mata semakin rabun (tapi tgk FB no hal plak)
  5. MALAS (tepat sekali =p)
so I guess this would be a long long entry..kalau mood kerajinan la kan..(teruknya wawa ni)

starting with current life:
  1. my physical: makin gemuk (oh no!)
  2. career: makin best..I LOVE my JOB!!
  3. lagi apa??yang lain remain unchanged kut..
ok summary past activity:
  • 1st April officially aku transfer kat Level 9 as SAP Consultant Finance module. Dengar nama post tu cam gempak je kan. Haha. Tapi sebenarnya bukanlah consultant yg hebat2 mcm yang dibayangkan tu. Ermm mula mula masuk aku mmg blur la. Apa kerja aku kat sini sebenarnya ek?? Tapi aku gagahkan diri sebab this is my choice. Aku tak boleh simply give up. Aku tanya kawan2 yg more experienced, for beginning nak buat apa. So, follow their advise. Rajin2 kan diri main dgn SAP tu so that tau la jugak function button2 tu. Dulu time study de belaja cket2 pasal SAP nih tapi amatlah sikit. Time tu subjek ABC costing. Masuk sini cam lain plak rupa bentuk SAP tuh. So, bila free aku try la main2 SAP tu based on training document dlm shared folder. For me, it help a lot. First task aku, kena buat testing. Oh testing ni sgt best even cam boring cket. Tapi at least aku tau la jugak tcode tcode tu untuk apa (tau la sangat kan..haha). Then aku actively involve dgn 1 project under HCM. Kira bertuah jugak sbb start from the very beginning. Senang nak catch up everything. Otai2 pun byk membantu. Ajar buat config and testing. As at now, aku baru setelkan 1 CR. Simple je CR tuh so boleh disiapkan within time given. From this hands on job, I've learned so many things. Setakat ni aku suka keje aku. Tapi lately banyak dgr team mates nak moving out. Rasa macam x best sbb baru je nak rasa best duk ctu, tapi member dah nak moving out. Tapi ok la sbb moving to better place. Better place?? Government la tuh..
  • 1st April juga anniversary aku yang pertama dalam TM. Dalam TM ek bukan dalam GEMS. Aku masuk GEMS 1st June 2009. Kira dah setahun TM kasi rezeki kat aku. Setahun aku duk KL. Setahun aku kenal kawan2 MTP aku. Kitorang de wat small celebration kat Seoul Garden. Our relationship still tight even semua busy like hell (esp yang duk kat HSBB team).

    ada lagi yang takde..time ni juga cinta Kaykay dan Fatin berputik..chewaahh

  • 2nd May birthday aku. Ada double celebration. 1st kat office by ex team mates (Level 6). Diorang buat awal sbb aku nak balik Kuantan. Tapi gambar tu dah hilang (bukan hilang, aku delete actually..kenape??sebab aku je yang tau..wakaka). 2nd celebration sharp on 2nd May kat umah aku. Together dgn my family dan anak2 sepupu kesayangan ku. Organized by mak aku yg cool. Ho yeahh!!Hadiah harijadi dari mak aku bracelet bola2 whitegold tapi boleh x putus setelah seminggu aku pakai. Teruk x aku??hahaha..Naseb baru beli, boleh la tukar. So dah ditukar dgn bangle yg same design. Kukuh la cket untuk aku yang ganaz nih..
Mak aku yang cool

kanak2 ribena kesayangan ku..adikku tukang amek gamba

Kek yang yummy da boooomm
  • 8th May ada TM Award Nite with theme Bond Nite, License to Shine. Aku gie ngan Kak Maya and sorang lagi secret agent. Wahahaa..Tapi theme malam tu macam red and black. Kira aku menepati tema la tu. Aku rembat baju yg mmg dah de dlm wardrobe jer. Juz beli red belt jer. Abg aku patutnya dinominate as best worker tapi last2 nama dia tercicir. Takpe, cuba lagi tahun depan (tapi dia dh nak out TM, merajokkah??ahahah)
GEMS Bond with Agent Z
  • Bulan bape tah.. May kut, aku dapat BONUS..wahaahaa...1st time dapat bonus. Alhamdulillah, banyak la jugak (for the 1st time kan)..Hasilnya aku beli kamera LUMIX untuk aku, PSP untuk adik aku, HP untuk mak aku. Bestnya kalau dapat bonus every quarter kan. Or at least twice a year. Hahah, banyak cantekkk...
  • Apa lagi aku nak citer ek??Oh, bulan May jugak (end of May) my best kazen kawen dgn my senior sekolah dlu (macam xde org lain..hahah)..may both of you happily ever after!
  • June plak opizmate aku merangkap kawan aku i.e Kak Nojie kawen..aku jadi her bridesmaid..Uh malu tapi hentam je laa..Hahaha..And the most, pengapit lelaki tu ada ati nak adjust aku. Gile lawak..Tapi he's not my taste. Bukan memilih, tp terpaksa memilih. Hahahaha (macam keji je kan). Bukan senang nak cari Mr Right kan..
  • Dalam tempoh beberapa bulan ni, ada 1 kejadian yang agak menganggu hidupku. Aku disukai bukan oleh pengapit lelaki itu sahaja, tetapi oleh seorang PEREMPUAN!!Oh no!!I'm straight oke.. Argghh, kalau lelaki suka sng je aku nk handle tp bile ppuan suka, rasa pelik, rase geli..masalahnya, dia kawan aku yang aku baru kenal setahun. Aku gila musykil pikir, asal minah ni leh suka kat aku. Aku bukan tomboy. Aku gie keje pakai baju kurung. Pelik pelik.. at first dia takde la directly cakap suka kat aku. Tapi macam ade bagi hint dia sayang aku. Oh no, aku type ni dgn penuh rasa kegelian. aku igt die sayang aku as kakak adik je la kan sbb kitorang tak sebaya. Tapi bila dia start jelez melez aku pun start blah dari hidup dia. Aku takot sangaaatttt....Huwaaaaa!!! (this is my craziest experience in my whole life) So, sekarang dia dah no more in my life. Lantak la dia..
  • Haaa...dah panjang ni..tapi byk lagi nak citerr...ok la, cut it short, aku baru balik dari holiday Langkawi dgn housemate aku. Fabulous!! Aku stay kat Bayview Hotel kat tgh2 bandar tu.. aku kayakah??oh no!! sponsored by mak aku yg cool..kalau tak, sure la aku tido motel tepi chenang tu jerr...murah pun murah, best pun best..Dah lama x gie Langkawi. Dulu zaman study selalu la jugak gie sbb dekat je kan. I miss Langkawi so much larr...Tapi kali ni byk shopping. Bese jalan2 jerr...And ni 1st time aku kene tax. Siut miut jerr.. Tapi aku berjaya nego2 ngan akak kastam yg cun dan sopan santun itu (aku puji sbb die kasi diskaun..hehe)..So, from 100 plus, aku kene byr 50 jerr...tu pun aku soh kak maya byr sbb die punya brg yg kene tax tu. Sorry kak maya!!
  • Aku rasa, dah takde yang terlintas diminda aku dah kut skang. Next time aku continue writing kalau kerajinan melanda lagi..hehehee
p/s: aku sedang tonton Zombie Kg Pisang..haha

entry tamat
-wawa-

Powered By Blogger