Saturday, July 25, 2015

Berpantang. Moden ke tradisional?


**ini adalah posting tertangguh. Now dah keje pun**

Now aku dalam mode berpantang. Dalam fasa mengandung, beranak dan berpantang aku rasakan berpantang adalah tempoh yang paling mencabar. Masa mengandung Alhamdulillah aku takde alahan dan tak banyak masalah. Cuma penat membawak perut je la. Which semua orang rasa benda yang sama. Tapi still in control sebab kalau penat ko jgn banyak gerak. Kalau malas ko mc. Ade solution laaa.

Tempoh beranak plak, untuk aku yg complicated ni memang memenatkan. Duduk dalam labour room sampai 10jam menahan sakit. Last2 kena bedah jugak. Tapi still in control sebab ko tau ramai di sisi ko untuk membantu. Ada doktor pakar, ada nurses, ada ubat tahan sakit.

Tapi tempoh berpantang, mencabar sebab ko kena tanggung sakit beranak. Macam aku nk jaga luka ceaser. Ko kena pikir camne nk sihat cpt. Which kena mkn ubat akar kayu la bagai2. Dalam masa sama kena jaga jugak tak boleh mkn sembarangan sebab susu badan. Plus kalau anak ko jaundice. Paham x? Nak sihat kena mkn ubt akar kayu herba2 jadah2. Tpi dalam masa sama kena pikir anak ko de kuning so xleh mkn. Ko kena sacrifice kesihatan ko. Takkan ko nak selfish mkn jugak bia anak ko jaundice lama2 kan. So dilema di situ. Tapi alhamdulillah anak aku kuning 12 hari je.
Dalam masa pantang jugak cabaran terbesar adalah menyusukan anak. Bagi aku laa. Sebab aku ade problem untuk direct feed anak aku. Kena pam letak dalam botol utk feed dia. Letih siut mengepam susu itu.

Aku takut sgt x sempat pam anak dh lapar. So mmg right after dia nyusu aku akn cpt2 pam. Time dia tdo lagi kerap pam to stock up. Tp susu aku x byk mane. Kais pagi makan pagi kais petang mkn petang. Kalau x kais x makan laaaaaa.

Ble keluar mcm g klinik ke shopping ke mmg takut jgk. Sbb susu pam kan xleh lelama kat luar takut rosak. So aku akan blk cpt. Not more than 4 hours.

Cabaran lain time pantang adalah laki tiada disisi. Pastu dalam pantang emosi mmg terlebih. Pelik aku. Mmg aku x pnh separated lama ngan laki aku. Keje pn satu opiz. Boring2, g tmpt dia. So mmg x smpt nk rs alone tnpa dia. Ble dlm pantang suddenly dia xde disisi. Tp anak segalanya. Tp to handle anak seorang diri mmg tak mampu laa. Naseb baik sgt aku duk pantang ngan mak aku. So sgt membantu.

Time pantang aku xde la hadapi komplikasi sgt. Tp aku penah rasa bentan. Ms tu dh day 50+ tak silap. Aku mkn cendawan butang. Mne tau x bleh mkn. Tetiba malam tu aku rs dlm perut skt sgt ala2 contraction. Rs nk demam. Rs x sdp badan. And i know aku kne bentan. Terus aku mkn pain killer and tido. Bgn tu dh ok. Nsb adam x meragam sgt mlm tu. Aku tau pasal cendawan pn sbb aku nmpk de sorang kwn aku pn dlm pantang mkn cendawan. Then de kwn dia komen dlm pantang xleh mkn cendawan. Laju2 aku google. Rupanya tu memang kepantangan selain laksa dan pulut.

After Adam dh habis kuning aku try makan ubt dalaman. Masa tu aku amek jus anugerah. Seminggu lepas aku makan aku kena gatal2 yg sgt teruk kat kaki. Terus g klinik. Doc ckp alahan pd herba tu. Sedih pedih tau. Aku stop for a while. Bila gatal dh hilang aku mkn balik and gatal balik. So ternyata ubat tu adalah punca kegatalan itu. So decide stop forever ever. Aku google which ubt bersalin terbaik. Ramai bagi good review utk nona roguy. Aku pn pm konsultan dia and terus beli phytonatal (kapsul herba), uncang herba, krim syiffa to get rid stretchmark and water retention, barra gel for miss v and krim lulur. Ok aku puas hati, badan rasa ringan and energetic plus proses pelawasan sungguh awesome sekali.

Aku try berbarut untuk cpt kempiskan perut tp tmpt luka tu rs sengal. So aku stop. Maybe kena tggu few months lagi kut.

Basically tu la pengalaman pantang aku. Ermm nk ckp aku ikut sgt tu adalah jugak yg aku langgar. Mcm org ckp xleh minum air byk kan. Tp aku mmg jenis minum byk. Pastu mkn nasi pn byk gle. Tp masih pantang ais, x kena hujan, x kua rumah selain klinik selama 45 days, mandi air panas everyday. So aku harap dpt badan yang sihat untuk tempoh yg lama. For laki aku and anak aku jugak.

0 comments: