Wednesday, July 8, 2015

Adam Rizqi | I'm Pregnant!!

Post ni ibu dedikasi khas untuk anakanda tersayang Adam Rizqi.

Ibu kawen dgn abah pada 30May2014. Ktorang nk baby cpt2. So g honeymoon pn cpt2. G Langkawi masa tu. Balik honeymoon no good news. Takpe try again. Finally on Nov 2014, ibu rasa x sdp badan. Period pn dah delay. Demam lama sgt. Terus bli pregnancy test kat farmasi. Nampak double line tp blur. Esknya g klinik sbb lusa tu ibu kne fly to Sabah. So nk confirmation cpt. Doctor Yanti confirmkan ibu pregnant. Alhamdulillah syukur sgt2. X dpt gambarkan perasaan masa tu. Ble tahu ade satu nyawa dlm perut ibu. Tp so early lagi. Maybe dlm 4-5 weeks. Ibu pergi jgk Sabah sbb rs ok jer. Then Adam membesar dgn baik dan sihat dlm perut ibu.

Sampai week ke 25 ibu buat detail scan. Nampak muka Adam (4d). Tp masa ni Adam kecik lagi. Everything is fine. Just doc inform uri ibu kat bawah. Tp kne cek again on week 30. Dalam tempoh tu, ibu rest je. X lasak2, cuti selalu. Ibu terus set appointment dengan Dr Idora hospital Pantai. Week 28 ibu jumpa Dr Idora for detail advice and scan. Alhamdulillah uri dah naik cket. After that, ibu proceed check up dgn Dr Idora. Tapi check up dgn dia mencabar sgt. Amek no seawal 8 pagi, kadang2 ptg br dpt jumpa dia. Sabar je laaa.

Week 30 ibu disahkan ada GDM plak. GDM tu kencing manis time pregnant. So ibu kne pantang mkn and smpai satu tahap kne control by ubat sbb gula still naik even dh control diet. Jadilah ibu pesakit kencing manis. Cek gula selalu, jaga mkn, mkn ubt. Dr ada inform Adam mungkin kne lahir awal. Sbb risau komplikasi kalau tggu smpai week 40. Ibu berserah je laa..

Ada satu kejadian, masa tu beberapa hari sebelum birthday ibu. Abah ajak jalan2. Ktorang pergi shopping n makan2 kat klcc. Then masa nk solat asar ibu nampak bleeding. Terus kelam kabut bgtau abah. Ms tu weekdays. Kl weekdays balik keje mmg jammed gle la. Hospital terdekat kg baru. Tapi sampai je hospital tu xde doctor perempuan plak. Solat maghrib dulu, still bleeding. Terus rush pergi pusrawi hospital. Doctor cek everything ok. Rupanye air kencing kotor. Ish suspen jer. Ingat Adam nk keluar dh time tu. Huhuuu

Ada few times jugak ibu tak dapat rasa Adam gerak. 2x jugak la. First tu pergi pusrawi, diorang buat ctg. Jantung Adam ok. Ibu lega sgt. 2nd time cek kat Pantai hospital. Pn sama. Lega hati ibu..

Masa pregnantkan Adam, ibu dengan abah aktif sgt. Sebab masa ni lah ada rezeki beli rumah baru dan kereta baru. So nk setelkan process tu buat ibu dan abah x boleh duk diam. Nk masuk rumah baru berapa kali g ikea, ulang alik rumah lama dan rumah baru, survey macam2. Huhuu. So mmg dijangkakan Adam seorang yang aktif nanti. Huhuu. Keje kat office xyah cakap la. Ibu dengan abah masing2 busy sangat dengan project GST. Kira mencabar minda la time pregnantkan Adam ni. Mesti Adam nanti genius. Aamiin

Tu citer pengalaman ibu mengandungkan Adam. Alhamdulillah ibu xde alahan langsung dr awal smpai ke hujung pregnancy. Xde muntah2 langsung. Pening pn kadang2 jer. Kadang2 je ibu alah dengan aircond. Ibu seronok dan sihat sepanjang kandungkan Adam. Cuma kencing manis laa. Tp ibu x rasa sakit. Just kne control diet jerr. Takpe ibu x kisah. Ibu dengan abah seronok sangat masa first time rasa Adam gerak, Adam kick2, Adam pusing2. Adam aktif sgt ms dlm perut ibu. Ble scan selalu nmpk Adam tgh gerak main2. Seronok sgt ibu dgn abah.

Nanti next post ibu citer pengalaman lahirkan Adam plak yerr.

[wawa]

0 comments: