Saturday, July 25, 2015

Berpantang. Moden ke tradisional?


**ini adalah posting tertangguh. Now dah keje pun**

Now aku dalam mode berpantang. Dalam fasa mengandung, beranak dan berpantang aku rasakan berpantang adalah tempoh yang paling mencabar. Masa mengandung Alhamdulillah aku takde alahan dan tak banyak masalah. Cuma penat membawak perut je la. Which semua orang rasa benda yang sama. Tapi still in control sebab kalau penat ko jgn banyak gerak. Kalau malas ko mc. Ade solution laaa.

Tempoh beranak plak, untuk aku yg complicated ni memang memenatkan. Duduk dalam labour room sampai 10jam menahan sakit. Last2 kena bedah jugak. Tapi still in control sebab ko tau ramai di sisi ko untuk membantu. Ada doktor pakar, ada nurses, ada ubat tahan sakit.

Tapi tempoh berpantang, mencabar sebab ko kena tanggung sakit beranak. Macam aku nk jaga luka ceaser. Ko kena pikir camne nk sihat cpt. Which kena mkn ubat akar kayu la bagai2. Dalam masa sama kena jaga jugak tak boleh mkn sembarangan sebab susu badan. Plus kalau anak ko jaundice. Paham x? Nak sihat kena mkn ubt akar kayu herba2 jadah2. Tpi dalam masa sama kena pikir anak ko de kuning so xleh mkn. Ko kena sacrifice kesihatan ko. Takkan ko nak selfish mkn jugak bia anak ko jaundice lama2 kan. So dilema di situ. Tapi alhamdulillah anak aku kuning 12 hari je.
Dalam masa pantang jugak cabaran terbesar adalah menyusukan anak. Bagi aku laa. Sebab aku ade problem untuk direct feed anak aku. Kena pam letak dalam botol utk feed dia. Letih siut mengepam susu itu.

Aku takut sgt x sempat pam anak dh lapar. So mmg right after dia nyusu aku akn cpt2 pam. Time dia tdo lagi kerap pam to stock up. Tp susu aku x byk mane. Kais pagi makan pagi kais petang mkn petang. Kalau x kais x makan laaaaaa.

Ble keluar mcm g klinik ke shopping ke mmg takut jgk. Sbb susu pam kan xleh lelama kat luar takut rosak. So aku akan blk cpt. Not more than 4 hours.

Cabaran lain time pantang adalah laki tiada disisi. Pastu dalam pantang emosi mmg terlebih. Pelik aku. Mmg aku x pnh separated lama ngan laki aku. Keje pn satu opiz. Boring2, g tmpt dia. So mmg x smpt nk rs alone tnpa dia. Ble dlm pantang suddenly dia xde disisi. Tp anak segalanya. Tp to handle anak seorang diri mmg tak mampu laa. Naseb baik sgt aku duk pantang ngan mak aku. So sgt membantu.

Time pantang aku xde la hadapi komplikasi sgt. Tp aku penah rasa bentan. Ms tu dh day 50+ tak silap. Aku mkn cendawan butang. Mne tau x bleh mkn. Tetiba malam tu aku rs dlm perut skt sgt ala2 contraction. Rs nk demam. Rs x sdp badan. And i know aku kne bentan. Terus aku mkn pain killer and tido. Bgn tu dh ok. Nsb adam x meragam sgt mlm tu. Aku tau pasal cendawan pn sbb aku nmpk de sorang kwn aku pn dlm pantang mkn cendawan. Then de kwn dia komen dlm pantang xleh mkn cendawan. Laju2 aku google. Rupanya tu memang kepantangan selain laksa dan pulut.

After Adam dh habis kuning aku try makan ubt dalaman. Masa tu aku amek jus anugerah. Seminggu lepas aku makan aku kena gatal2 yg sgt teruk kat kaki. Terus g klinik. Doc ckp alahan pd herba tu. Sedih pedih tau. Aku stop for a while. Bila gatal dh hilang aku mkn balik and gatal balik. So ternyata ubat tu adalah punca kegatalan itu. So decide stop forever ever. Aku google which ubt bersalin terbaik. Ramai bagi good review utk nona roguy. Aku pn pm konsultan dia and terus beli phytonatal (kapsul herba), uncang herba, krim syiffa to get rid stretchmark and water retention, barra gel for miss v and krim lulur. Ok aku puas hati, badan rasa ringan and energetic plus proses pelawasan sungguh awesome sekali.

Aku try berbarut untuk cpt kempiskan perut tp tmpt luka tu rs sengal. So aku stop. Maybe kena tggu few months lagi kut.

Basically tu la pengalaman pantang aku. Ermm nk ckp aku ikut sgt tu adalah jugak yg aku langgar. Mcm org ckp xleh minum air byk kan. Tp aku mmg jenis minum byk. Pastu mkn nasi pn byk gle. Tp masih pantang ais, x kena hujan, x kua rumah selain klinik selama 45 days, mandi air panas everyday. So aku harap dpt badan yang sihat untuk tempoh yg lama. For laki aku and anak aku jugak.

Saturday, July 11, 2015

Adam Rizqi | You're Born | Hospital Pakar PRKMUIP

Post ni ibu nak cerita kronologi macam mana proses Adam dilahirkan.

P/s: post ini sgt panjang

22 Jun 2015 | Isnin

Harini dah hari ke 5 berpuasa. Ibu still puasa sebab masih larat lagi. Abah dah balik KL semalam. Harini ibu ada appointment dengan Dr Noraziana Hospital Pakar PRKMUIP. Ni kali ke3 kut ibu jumpa dia untuk check up. InsyaAllah bersalin pn dengan dia. She is a very good, nice, polite and professional ob-gyn. Sama macam Dr Idora jugak. Bertuah anak ibu dapat doktor yang baik2 ye. Scan perut everything is good and okay. Then Dr baru notice yang note from Dr Idora ada tulis yang ibu consume Metphormin (ubat to control sugar for GDM). At first dia ckp bleh tunggu up to 40w. Means tunggu sakit datang naturally. Tapi ble tau ibu amek ubat tu, she changed her mind. Ibu patutnye dah kena bersalin pada week 38. Now ibu is 38w5d. Dia nak cek bukaan and induce. Tapi memandangkan ibu puasa and taknak batalkan puasa ibu, dia advice to come after teraweh. Nervous sangat. Tapi dia ckp kalau induce malam ni maybe esok or lusa bersalin. Not immediately. Ibu cpt2 inform abah. Taknaklah bersalin without abah kan. Then malam tu ibu pergi balik hospital dengan nenek. Nervous sgt sbb ramai org ckp nk cek bukaan tu sakit. Tawakal je laaa. Bile Dr cek wooww sungguh magic, tak sakit mane pn. Rase sengal2 camtu je laa. Dr cakap tiada bukaan langsung. Dia tolong bukak jalan 1cm. Ibu rasa sbb Dr tu too soft smpai tak rasa pn sakit. Huhuu. So tak jadi induce malam tu sbb dia ckp kalau induce pn ada potensi gagal untuk bukaan penuh. So balik la rumah semula. Balik tu nampak ada spot bleeding tp Dr dh inform tu normal sbb dia bukak jalan tadi. Dia bagi masa sampai week 39 which is 2 hari lagi. By hook or by crook dia akan induce jugak. So Khamis nnti ibu akan menyerah diri utk diadmit. Tp ibu still berdoa supaya sakit tu datang naturally. Ibu inform abah supaya balik hari Khamis tu. Esoknye ibu still puasa. Rabu baru start tak puasa. So total ibu puasa tahun ni hanyalah 6 hari. Oh tak boleh imagine nk ganti nanti. Huhuuu..

25 Jun 2015 | Khamis

The day has come. Harini ibu kena admit. Serah diri ke hospital sebab up to date no contraction at all. Abah gerak dari kl lepas subuh. Ibu, nenek dan atuk terus ke hospital. Sampai hospital terus dihantar ke wad. Masa ni abah dh ade sampai. Yeaayyyy. Prosedur pertama kena buat ctg to check jantung Adam and contraction. Ternyata takde contraction yang kuat lagi. Then Dr Aziana datang untum cek bukaan. Bila cek dia ckp masih 1cm. Dia pun terus masukkan ubat induce. Ermm masa tu xdela rasa pape sgt. Sakit yg boleh dihandle laa. Ibu kan kuat. Huhuuu. Pastu Dr soh balik wad rehat2. Dia ckp kejap lagi akan rasa sakit. Oh tepat kata beliau. Ptg tu sakit teramat sangat sangat. Macam senggugut tp 100x ganda sakit dia. Huhh x tau nk wat ape masa tu. Serba tak kena. Abah plak tido sbb dia ngantuk sangat. Atuk dgn nenek dh balik rumah nak siapkan lauk berbuka. Dalam sejam ke 2jam la sakit tu berterusan on off. Lepas tu sakit tu hilang selamanya. Hahahaaa. Ptg tu pegi buat ctg lagi. Ada contraction tapi ibu x rasa mane dah. Bukaan masih 1cm. Malam tu bleh tido lena umpama tiada apa terjadi. Ingatkan nk bersalin dh tadi. Rupanya tidak lagi. Adam still nk duduk dalam lagi.

26 Jun 2015 | Jumaat

Hati asek tertanya2. Bila Adam nak lahir ni sebenarnya. Harini la kut. Semalam dh induce takkan harini taknak kua lagi. Ok mari kite tunggu dan lihat. Bangun pagi cpt2 mandi sbb Dr nak jumpa. Macam biasa buat ctg. Ada contraction tapi x sekuat yg semalam tu. Rasa sakit yg boleh dihandle. Dr datang dia tolong bukak jalan jadi 2cm. Masa ni dia masuk lagi sebijik ubat induce. Masa ni dia pecahkan terus ubat tu. Yang ni serius sakit. Tak macam semalam. Ibu ternangis cket. Huhh hilang macho. Hahaaa. Dr ckp lagi beberapa jam dia dtg balik untuk review. Rs sakit dah datang sikit demi sikit. Time abah g solat jumaat ibu mandi sbb org ckp nk kurangkan rasa sakit mandi air suam. Mmg kurang la rasa sakit. Lepas je mandi nurse ckp Dr soh g labour room. Aik, nak beranak dh ke. Abah x balik lgi ni. Oh tetibe tak jadi plak. Tggu Dr datang. Okay lega cket. Hahahaa. Dr pun datang, Dr ckp dia akan pecahkan air ketuban. Ibu faham ibu akan beranak tak lama je lagi. Tp jalan masih tiada progress. Masih 2cm. Dr pun pecahkan air ketuban guna stick plastik. Ibu kena pakai pampers. Lawaknya rasa. Oooo banyaknya air ketuban. Camtu rasa dia rupenya. Nurse pun amek wheelchair bawak ibu g labour room. Nervous jugak. Yelaa nk g beranak dah. Sampai je labour room, dia pasang kipas jer. Ape jadah takde aircond plak. Ooo aircond rosak rupanya. Duduk la ibu, abah dan nenek dalam labour room tu menanti bukaan penuh. Ctg sentiasa dipasang untuk monitor heartbeat Adam n contraction. Masa ni contraction dah semakin kerap dan kuat. Sakit. Tapi ibu tahan je. Bila nurse tnya ibu ckp boleh tahan. Ibu boleh minum air je masa ni. Ada satu masa, abah bagi air tetiba air ketuban keluar lagi. Nervous sangat. Ingat nk beranak dah. Rupanya takde ape. Dah beberapa jam rasa sakit sangat2. Mintak nurse cucuk ubat tahan sakit. Oh otomatik rasa lega. Tapi ngantuk yang amat sgt. Nursr suruh tido je. Siap tutup lampu lagi. Aihh bila nk beranak ni. Ada satu masa rasa sakit amat sangat. Panggil nurse, dia cek bukaan 4cm. Masa nurse ni cek ternyata sakit. Tak macam Dr Aziana buat. Menyesal suruh dia cek. Hahaaa. Dia ckp nnti doktor dtg review lagi. So tido je la. X sedar ape2 pn. Bukak2 mata tgk abah tgh baca yassin. Bukak2 mata tgk nenek plak baca yassin. Tiba2 atuk plak datang. Tiba2 jugak ada pak long, mak long, pak ngah. Oh tak tau dah berapa jam berlalu ni. Lalok gle rasa. Dh lupa nk beranak. Rasa nk tido puas2 jer.

27 Jun 2015 | Sabtu

Eh dah hari Sabtu. Masih belum beranak. Dr Aziana datang cek bukaan. Alhamdulillah dia ckp dah ada good progress. Dah 7cm. Tak tau masa tu rasa apa. Sebab mengantuk mengatasi segalanya. Dr ada mention kalau masih slow progress, kena pergi HTAA untuk operation sebab aircond takde untuk buat operation. Masa tu rasa oh wajib beranak normal ni. Xnak pergi HTAA. Xpun xpela la operate takde aircond pun. Sanggup panas2. Masa bukaan 7cm dah bsyukur sbb dah yakin boleh deliver normal. Masa bukaan 7cm tu pukul 1pagi kut. Tahla tak alert dgn jam time tu. Asek tanya abah je pukul berapa dah. Nenek dah naik ward masa ni. Tinggal abah je disisi ibu. Ibu tido je. Hahahaa. Pukul 3 pagi Dr datang lagi cek bukaan. Oh dah bukaan penuh. Yeaaaayy. Pastu nk buat ape ni. Dr pn dah bukak lampu terang tu. Dr ckp ble rasa je sakit terus teran panjang2, kuat2. Ok2 paham. Pdhal ngantuk gle. Rasa nk ckp kat Dr kte push esk je la. Nk tido dulu. Hahaaa. Abah call nenek soh turun. Ibu dah start push. Tapi ibu tak pandai. Ibu perlu bantuan untuk control pergerakkan kaki ibu. Kne pasang besi. Ok dh lega cket. Tapi still ibu tak reti push sbb ibu angkat punggung. Tp Dr and nurse sgt supportive. Selalu remind jgn angkat punggung, teran panjang2, teran kuat2. Sejam kejadian tu berlaku. Tp Adam tak keluar jugak. Ibu dah give up sbb ibu dah takde energy. Dr tgk ctg heartbeat Adam dh laju sgt. Adam dh stress. End up Dr decide to emergency ceaser. Ibu kecewa sangat. Bukan ibu je tapi semua org. Dr Aziana, nurse, abah, nenek. Kecewa after long waiting tp finally kena ceaser jugak. Ibu tak rela. Ibu nk try lagi. Tapi ibu takut Adam sakit. Ibu pasrah untuk diceaser after one hour teran. Dr and nurse busy prepare for emergency ceaser. Ibu kne sign byk form. X baca pun, sign je. Abah tenangkan ibu. We have tried our best. Finally dalam pukul 4 lebih cmtu ibu masuk ot. Ibu rs macam nk pengsan svb energy dah abeh masa push tadi. Ibu kena bius half body. Ibu x nervous dah. Tapi ibu ngantuk sgt. Ibu tdo je masa Dr Aziana robek2 perut ibu. Ibu rasa pergerakan Dr. Tpi tak sakit la. Dr ada borak2 ngan ibu. Tapi tak larat nk layan. Pastu nurse inform Dr, dia tdo la Dr. Hahahaa. Tepat pukul 4.56pagi Adam berjaya dikeluarkan dari perut ibu. Dr terus tunjuk kat ibu. Baru ibu bukak mata and hilang ngantuk. Masa tu ibu rasa macam2. Eh dah beranak dah. Tu anak ibu tadi tu. Dengar Adam nangis ibu rasa terharu sgt smpai tertido balik. Hahahahaa. Dengar Dr and nurse sibuk nak sahur. Kesian diorang. Tgh jahit perut ibu, sambil sahur. Tak berapa lama lepas tu, dalam pukul 5.30 camtu ibu dah selamat dijahit. Ditukar baju n dibawa keluar. Ibu tak masuk recovery room sebab aircond problem. Terus nak naik je wad. Ibu keluar je ot terus muntah2. Maybe sebab before operation ibu minum byk air masa dalam labour room tu. Ibu pun berehat kat wad. Abah teman. Yang lain semua balik rumah. Mesti semua org penat x tido tunggu ibu bersalin. Masa ni ibu tak jumpa Adam lagi. Ibu tido je. Sampai pukul 11.30 pagi nurse datang kejut and bawak Adam. Adam cute sangaaaaaatt. Terharu tgk Adam. Tapi masa ni ibu tak mampu susukan Adam lagi. Ibu tido dengan Adam kejap. Adam baik tak nangis pun.

Macam tu la kisah Adam Rizqi dilahirkan. Terima kasih kepada semua yg bertungkus lumus. Abah, nenek, atuk, pak ngah, dan paling penting Dr Aziana and team. Syukur Alhamdulillah. Even ibu tak dapat lahirkan Adam secara normal tapi both of us selamat. After operation before discharge, Dr ada explain yang sebenarnya kedudukan Adam masa ibu push tu tak btol2 pada jalan keluar. Tapi Dr tak inform masa tu sbb nak ibu try jugak deliver normal. Tapi mmg dah ketentuannya begitu so ibu redha dan terima.

So this is my little boy. Jadi anak yang baik ye sayang!!

Wednesday, July 8, 2015

Adam Rizqi | I'm Pregnant!!

Post ni ibu dedikasi khas untuk anakanda tersayang Adam Rizqi.

Ibu kawen dgn abah pada 30May2014. Ktorang nk baby cpt2. So g honeymoon pn cpt2. G Langkawi masa tu. Balik honeymoon no good news. Takpe try again. Finally on Nov 2014, ibu rasa x sdp badan. Period pn dah delay. Demam lama sgt. Terus bli pregnancy test kat farmasi. Nampak double line tp blur. Esknya g klinik sbb lusa tu ibu kne fly to Sabah. So nk confirmation cpt. Doctor Yanti confirmkan ibu pregnant. Alhamdulillah syukur sgt2. X dpt gambarkan perasaan masa tu. Ble tahu ade satu nyawa dlm perut ibu. Tp so early lagi. Maybe dlm 4-5 weeks. Ibu pergi jgk Sabah sbb rs ok jer. Then Adam membesar dgn baik dan sihat dlm perut ibu.

Sampai week ke 25 ibu buat detail scan. Nampak muka Adam (4d). Tp masa ni Adam kecik lagi. Everything is fine. Just doc inform uri ibu kat bawah. Tp kne cek again on week 30. Dalam tempoh tu, ibu rest je. X lasak2, cuti selalu. Ibu terus set appointment dengan Dr Idora hospital Pantai. Week 28 ibu jumpa Dr Idora for detail advice and scan. Alhamdulillah uri dah naik cket. After that, ibu proceed check up dgn Dr Idora. Tapi check up dgn dia mencabar sgt. Amek no seawal 8 pagi, kadang2 ptg br dpt jumpa dia. Sabar je laaa.

Week 30 ibu disahkan ada GDM plak. GDM tu kencing manis time pregnant. So ibu kne pantang mkn and smpai satu tahap kne control by ubat sbb gula still naik even dh control diet. Jadilah ibu pesakit kencing manis. Cek gula selalu, jaga mkn, mkn ubt. Dr ada inform Adam mungkin kne lahir awal. Sbb risau komplikasi kalau tggu smpai week 40. Ibu berserah je laa..

Ada satu kejadian, masa tu beberapa hari sebelum birthday ibu. Abah ajak jalan2. Ktorang pergi shopping n makan2 kat klcc. Then masa nk solat asar ibu nampak bleeding. Terus kelam kabut bgtau abah. Ms tu weekdays. Kl weekdays balik keje mmg jammed gle la. Hospital terdekat kg baru. Tapi sampai je hospital tu xde doctor perempuan plak. Solat maghrib dulu, still bleeding. Terus rush pergi pusrawi hospital. Doctor cek everything ok. Rupanye air kencing kotor. Ish suspen jer. Ingat Adam nk keluar dh time tu. Huhuuu

Ada few times jugak ibu tak dapat rasa Adam gerak. 2x jugak la. First tu pergi pusrawi, diorang buat ctg. Jantung Adam ok. Ibu lega sgt. 2nd time cek kat Pantai hospital. Pn sama. Lega hati ibu..

Masa pregnantkan Adam, ibu dengan abah aktif sgt. Sebab masa ni lah ada rezeki beli rumah baru dan kereta baru. So nk setelkan process tu buat ibu dan abah x boleh duk diam. Nk masuk rumah baru berapa kali g ikea, ulang alik rumah lama dan rumah baru, survey macam2. Huhuu. So mmg dijangkakan Adam seorang yang aktif nanti. Huhuu. Keje kat office xyah cakap la. Ibu dengan abah masing2 busy sangat dengan project GST. Kira mencabar minda la time pregnantkan Adam ni. Mesti Adam nanti genius. Aamiin

Tu citer pengalaman ibu mengandungkan Adam. Alhamdulillah ibu xde alahan langsung dr awal smpai ke hujung pregnancy. Xde muntah2 langsung. Pening pn kadang2 jer. Kadang2 je ibu alah dengan aircond. Ibu seronok dan sihat sepanjang kandungkan Adam. Cuma kencing manis laa. Tp ibu x rasa sakit. Just kne control diet jerr. Takpe ibu x kisah. Ibu dengan abah seronok sangat masa first time rasa Adam gerak, Adam kick2, Adam pusing2. Adam aktif sgt ms dlm perut ibu. Ble scan selalu nmpk Adam tgh gerak main2. Seronok sgt ibu dgn abah.

Nanti next post ibu citer pengalaman lahirkan Adam plak yerr.

[wawa]

Sunday, July 5, 2015

After Loooonnng Time

Haaa, nampak tak long time tu panjang mane? Betapa lama aku x update blog. Last update citer abang aku kawen. Wtf. Aku dah de anak sedara pun skang. Siap nk dpt adik dh budak tu. Hahahaa. Tu la jantung hati family. Cucu tunggal la katakan si Iskandar tu. Huuuu.

Yang lagi best aku dah kawen pun, dah beranak pun. Sebenarnye every moment tu nk capture kat sini tp kemalasan yang amat. Detik aku kenal laki aku, dia jupe family aku, aku jupe family dia, ktorang btunang, ktorang kawen and the best thing, aku dh BERANAK!!!! Hahahaaa.

Tujuan aku update balik blog ni sbb nk capture moment aku lahirkan anak aku. Pasal kisah aku dan laki aku akan ku update jugak satu hari nanti.

Wait for next post k. Rase rajin nk update kut sbb skang dlm pantang..huhuuu

[Wawa]

Powered By Blogger