Saturday, October 2, 2010

Lamar Lelaki Langkah Terpuji

Woot woot. Uish hari ni pencapaian gila dalam hidup aku. Hari Sabtu tak tidor lepas Subuh semata mata nak kemas rumah sebab excited gila dah ada penyapu lidi dengan mop baru. Pencapaian wooooooo. Rentetan hidup sepanjang minggu:
  • Last Sabtu beraya kat rumah makcik yah kat sambil makan bubur lambuk yang ada lokan, bihun goreng, air sirap, kueh loyang. Sambil meraduk ke dalam semak belakang rumah untuk mencari pokok keladi sambil mencari paku merah untuk dibuat bubur lambuk esoknya. Sambil bawak balik macam2 jenis pokok dan macam macam la. Haha gila ah kalau raya kat semua rumah orang camni. Elli pun ikut! Malam tu konon konon kami sefamily termasuk Elli si anak angkat nak dinner ikan bakar kat area Tanjung Lumpur tu. Tapi ramai gila orang weiiiiii. Semua tempat fullhouse. wtf. Ok, kita bergerak ke Pantai Beserah plak. Tempat dah masyuk, tepi laut, tapi kedai tu takde ikan. Boleh? Chesss.. Bergerak pula ke kedai seterusnya. Ramai orang tapi still ada seat tapi orang dh duduk 5 minit pun dia tak datang hantar menu lagi. So, boleh imagine nk tunggu dia masak bape lama kan?. Dialog antara aku dan elli:
Elli: wei ni dah kedai ketiga tapi still tak dapat makan
Wawa: Ok, kalau kedai ke4 tak dapat jugak, tempat makan ke5 adalah rumah kita! haha bongok!
  • Last choice makan kat Restoran Oh Bulan. Makan western western. Tak de la ikan bakar nya. Gambar byk dlm fb aku under album Miang Keladi Oh Bulan. Haha
  • Hari Ahad hari memasak bersama emak. Masak bubur lambuk ok! Hari Ahad juga hari harus pulang ke KL. Aiissh gila malas nak keje setelah cuti panjang.
  • Isnin kerja seperti biasa dan boss takde selama 3 hari kerana training dan mood untuk buat kerja semakin tiada kerana tiada boss. Keji gila. Tapi buat jugak testing. Hehe
  • Selasa, jumpa dengan kakak insurans untuk claim insurans sepanjang aku warded. Aku insured under Prudential Takaful HealthCare. Premium RM150 per month plus Takaful Puteri RM50 per month. Claim RM150 per day sepanjang warded. Ok la tuh. Plus Elli pun dah join Pru Health juga, maka aku dapat komisen dan membelanja makan pada malam itu. Kekeeeke
  • Rabu Khamis. Khamis terasa nak makan sesuatu. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun tomyam kung time warded dulu. Sedap gila weii. Aku dah siap salin resipi dalam internet. Kang kita beli bahan kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 panggilan dari housemate aku iaitu Kak Mira yang berbunyi "korang balik makan, jangan beli makanan akak bwk balik nasi goreng ayam dengan sup sayur" - tak dapat la bihun tomyam kung hari ni!
  • Jumaat adalah hari kerja yang biasa je.
  • Jumaat, ho yeaahh Jumaat ni suspend betol. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun sup sayur. Sedap gila weii. Kita letak bihun je dalam sup sayur lebih semalam. Kang kita beli bihun kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
* gila hari hari skrip same je!*
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 message dari housemate aku iaitu Kak Atiq yang berbunyi "weii kawan kawan, kenapa rumah kte je takde letrik nih? umah orang lain seme ada" aku dan elli terkejut seketika dan aku terus reply "weii aku dah bayar bil, cuba ko call tnb centre 15454 kut2 ada kerosakan". Sekian lama message tak direply. Aku dan elli decide nak makan luar je. Dah takde letrik nak masak amendanya. Lepas makan jangan kupa beli lilin! - harini tak dapat lagi menu idaman!
  • Sampai rumah mmg gelap ar sbb dah malam. Kak Atiq sudah pulang ke kampung halaman. Dah pasang lilin teros call TNB sebab tak puas hati kalau tak call sendiri. Org TNB ckp lagi sejam orang maintenance datang cek. Cesss...lama tuh! Dan aku dengan perasaan Mc Gyvernya telah membuka switch box tu. Tadi tak terpikir sbb kalau tendang mesti Kak Atiq dah try fix or whatever kan. Switch box tu tinggi so tak nampak mana on mana off. So aku main tolak je. Bila tolak ternyata kerosakan yang dialami adalah itu sahaja. Dan kami telah menerima cahaya kehidupan selepas itu. Woooo...buat suspend je. Nasib tak lama. Nasib idea switch box tu datang menjelma. Maybe ada shot kat mana mana sbb tu jadi tendang camtu. Cess..
  • Haaa, time aku makan sementara black out kat rumah tadi, aku telah membaca sekeping surat khabar Metro. Ada satu tajuk tu gila menarik perhatian:
LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

Aku siap capture lagi artikel ni sebagai bukti! Aku terpikir dan tertanya Elli kalau org laki tu reject macam mana?? Gila malu weii. Kalau satu office mau ko resign kut! Tapi gambar seterusnya menjelaskan bahawa:
"berjaya atau tidak bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan". Pergh gila ah.
Kalau aku nak lamar sape ek? Fahrin Ahmad? tanak sebab dia artis, Tengku Mahkota Johor? tanak sebab dia kerabat raja. Abeh tu sape??Hmm tah laa...takde sesiapa. Tapi serious aku takkan melamar lelaki. Malu la wei. Macam desperate nak berlaki je. Aisshhh tanak aku. Nanti laki tu rasa macam senang gila nak dapat aku. Pastu dia tak hargai aku. Pastu bila masalah rumah tangga "u yang nak dekat I. I tanak" uiisshh siut gila kalau camtuh! So better tak payah. Biar orang laki payah sikit nak dapat kita. Payah sikit je kalau payah banyak pun susah jugak. Nanti bila masalah rumahtangga, laki tu akan pk "dah la dulu aku susah nak dapat ko, dah dapat ni aku nak buli ko" weeiii takut gila nak kawen kalau camni. Mana tah nak dapat laki yang btol2 baik. Jahat sikit tu takpela. Haha

  • Hari Sabtu atau hari ini, cess konon konon pagi nak gie jogging tapi hujan plak (gila, padahal hujan kul 4 pagi. Pukul 7 of course dah reda. Ok, alasan trek jogging licin mungkin relevant). So dengan rasa penuh takzim aku kuatkan diri supaya tak tido lepas Subuh. Jalankan aktiviti senaman di rumah!!Memula sapu sawang gune penyapu lidi yang baru di copek dari rumah mak aku. Gila senaman tangan siut. Pastu sapu sampah, sapu kapet, mop lantai. Ok, mmg membakar kalori sbb berpeluh byk.
  • Tengah2 mop lantai mak aku call. Toktek toktek kejap. Mak aku jadi babysitter untuk cucu angkat kesayangan dia yang 5 orang tu sbb parents mereka outstation. Tapi 4 orang je. Yang kecik ini yang comel ini yang pandai bergambar ini ikut mak ayah mereka.
ini budak comel yang bernama Qayyum.

  • wess tujuan mak aku tepon adalah untuk menyatakan bahawa time budak2 tu ada air plak takde..ngeh ngeh ngeh. Nak masak camne kalau takde air. So mak aku suruh order Pizza or McD. Aku order tapi delivery ke Kuantan plus mak aku la kena bayar. Hahahahaa. Pizza Hut plak ada promotion bernama Hot Pair Deals. 2 Regular pizza baru RM28. Murah kan kan kan. Kalau 2 Large pizza baru RM40. Wooo..Sila order sekarang selagi promo masih ada.
  • Wooo diorang kat rumah makan Pizza, aku kat sini makan apa??Jeng jeng jeng. Breakfast Nasi Goreng Alabama. Wei apa itu? Hari tu mak aku ada kasi byk isi ikan yang dh siap rebus. Malas nak pikir nak masak apa, goreng je dgn nasi. Cari2 bahan dlm peti semua jumpa benda berasaskan ikan iaitu sardin dan tuna cili. Cara nak buat nasi goreng alabama, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam (semua ditumbuk dulu). Tumis sampai bawang layu. Masuk cili boh sesudu. Masuk sadin, tuna cili dan isi ikan tadi,, goreng sikit2, masuk nasi, goreng sampai sebati, masuk garam, dah siap!!gila sempoi! Gambar takde sebab tak cun pun. Haha
  • Lunch makan nasi goreng tadi lagi tapi dah ada lauk. Grill Chicken Blackpepper. Cess, nama nak hebat je padahal ayam bakar letak blackpepper sos je. Haha. Yang ni senang gile laa. Perap ayam dgn bawang putih dan halia yang dihiris, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, kicap manis, kicap masin. Semua benda tu 2 sudu. Perap la dalam sejam pastu bakar. Senang gila dan sedap gila.
Wei posting ini sudah panjang sangat. next cerita sambung di next posting.

[wawa]

0 comments:

Powered By Blogger