Tuesday, September 28, 2010

Demam Denggi @ Dengue Fever

Wah sudah lama diriku ini tidak mengupdate blog. Bukan apa, diri ini sudah busy. Busy dengan apakah?? Setelah entry terakhir, diriku ini busy dengan bulan puasa. Sepanjang puasa I memasak sendiri ok. Boleh kira je berapa kali diriku ini membeli makanan di bazar. Itu pun bazar bawah rumah je. Bazar kecil kecilan. Tahun ni tak ke bazar besar besaran pun.

Ketam blackpepper adalah contoh menu di bulan puasa..biasa biasa je =p

Maka busy laa. Tahap kueh mueh pun buat sendiri tau. Memang membusykan diri la. tapi memasak is FUN!! Itu belum kira busy dengan mengkayakan En. SOGO lagi. Kekekee. Dah save belanja dapur, boleh la abeskan dekat en SOGO. Haha.

Oh ye, saya sudah pun membeli handphone baru lagi pada awal Ramadhan yang lalu. Kerana itulah saya memasak sendiri. Kerana sudah ketandusan wang membeli handphone baru secara tunai. Handphone apakah?? Alaa, handphone Nokia C6 je. New model. Klon N97 tapi lagi murah dari N97. Kenapa lagi murah?? Sebab built in memory dia tak sebesar N97. So dapat mengurangkan masalah hang, legging dan sebagainya. So far, I'm satisfied la dengan ini telefon.
Pada awal Ramadhan iaitu sama hari dengan hari membeli handphone itu juga diriku ini dan rakan2 UUM ku telah membuka puasa di Intekma Resort. Sedap woo kambing bakar dia. Masih terbayang kenikmatan makan di situ. Oleh kerana 1st week of Ramadhan, so the price is RM35 per pax. The following week akan menjadi RM45 per pax. Naseb plan nak gie awal. Jimat RM10.

Setelah itu muncullah Hari Raya, tapi diriku ini tidaklah beraya sakan kerana diriku ini diserang demam denggi (seperti tajuk di atas - baru masuk cerita yang sebenar setelah bebelan yang panjang).

Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Diriku ini telah pulang ke Kuantan bersama abg dan kakak iparku pada hari Rabu. Sepanjang perjalanan rasa sejuk gila tapi mungkin kerana hujan dan aircond kereta. Mungkin. Setelah tiba je kat rumah Kuantan, terus rasa kesejukan yang amat sangat. Tahap gigil. Dan rasa tidak bermaya lagi untuk berdiri, berborak dan apa apa aktiviti yang menggunakan tenaga. Oleh itu, diriku ini membuat keputusan untuk tido je. Pakai sweater, simut tebal2, kipas pun tak on. Dalam area pukul 2 pagi tetiba rasa panas yg amat sangat. Maka saya sedar yang saya demam. Oh no, nak raya demam mana boleh jadi nih.

Keesokkan hari nya disebabkan demam yg tidak ada tanda untuk pulih, saya telah buka puasa semata mata untuk makan ubat demam. Selera makan telah hilang entah ke mana. Demam semakin terok dan terok dan saya hanya mampu tido dan tido. Uh so bad!! Tak dapat menikmati keseronokan memasukkan beras ke dalam ketupat dan membantu mak membuat rendang.

Selepas maghrib, badan semakin panas. Oh harus ke klinik dengan kadar segera. Ah klinik mesti kasi panadol je. Harus jumpa doktor pakar ni. Haha. Nak cepat baik punya pasal. Nak Raya!! Then terus ke KMC (Kuantan Medical Centre) pada malam raya itu (rugi tak dapat dengar takbir raya). Doktor cakap demam panas biasa je tapi blood pressure sangat la rendah. Mungkin kerana tak makan langsung. Bukan saja itu, malah badan semua rasa sengal2, bisa2 especially kat pinggang and belakang. Sangat sakit. Nak berdiri pun tak larat, duduk pun tak larat.

Hari raya telah tiba. Dengan sisa sisa tenaga yang ada, diriku ini nak jugak pegi beraya. Tapi semayang raya memang tak larat nak pegi. Pagi raya try sumbat ketupat dalam mulut tapi sebijik pun tak abeh. Rendang pun tak lalu nak makan. Satay pun tak rase langsung. Takde tenaga nak makan satay tu. Haha. Kronik gila condition time tu. Tapi still nak pegi beraya. Pegi la beraya dengan rasa sungguh lemah sekali. Tengah tengah syok beraya, badan2 rasa gatal. Ada merah. Denggi kah??Mungkin. Perlu ke hospital lagi!!

Pada malam itu, sekali lagi ke KMC. Doktor ambik darah tapi result shows negative from denggi. Abes tu apa??Chicken pox kah??Oh no!!Demam masih demam. Sepanjang Sabtu, tiada tenaga. Cuba makan tapi tak lalu. Sumbat ubat je laaa..

Ahad, kuatkan diri, berjaya makan sikit dan tengok tv. Haha. Tapi masih demam plus sakit badan! rancangan BBQ kat Temerloh terpaksa dilupakan untuk pegi hospital lagi. Blood pressure very very low. Doktor terus masuk air dan warded dan amek darah dan dalam ward baru tahu yg positive denggi. Bermulalah kehidupanku selama seminggu di ward KMC sebagai pesakit denggi. Sangat seksa. Masuk air 15 botol. Belum kira yang minum manual. Masuk ubat je berbotol2. Amek darah berkali kali. Cucuk merata rata seluruh badanku. Oh sangat perit hidup di kala itu.

Ni nyamuk yang gigit diriku itu..macho tak??weeiii, asal ko gigit aku haaa??

Bila dah hampir sihat, dah tak masuk air, rasa seronok plak duk hospital. Ada orang layan, makan sedap. Hahah..tapi dah2 la duk hospital weii. Time to back to home. Dapat mc seminggu. So total cuti raya plus mc is 20 days!! Gila kau.

Tapi before ni aku memang tak tau denggi tu sakit dia macam mana. Ingatkan demam je la. Rupanya virus tu makan sel darah putih kita atau nama medicalnya Platelets. Sebab tu boleh sebabkan maut. So, sepanjang aku kat hospital tu, hari2 kena amek darah untuk cek whether platelet dah naik ke belum. Setiap hari doktor datang cakap platelet makin turun, cuak siut. Hari ke5 baru naik. Alhamdulillah, tapi virus tu still ada dalam badan ni. So bad kan!!As at now pun, selalu rasa lemah2, cepat penat, sakit sendi. Doktor cakap antibodi still lemah and kena makan benda2 yang boleh upkan platelet. Sampai 3 bulan tu kene cek up. Makanan yg membantu seperti sup ketam nipah, jus daun betik (sumpah aku seram dengar nama jus ni sebab dh boleh imagine rasa dia), 100plus, sup bayam merah, kerang (ni aku reka..haha).

Bila masuk office, kena cari mood untuk buat kerja. Naseb baik semua ID and password still ingat. Hahah. Sebagai langkah sebab tiada mood adalah dengan mengupdate blog yang sudah bersawang ini. Hehe. Sekarang boleh sambung kerja. For picca refer to my FB account! nih ada sekeping dua..

merah merah..redspot!!

pesanan penaja: jaga diri baik2, jangan bagi nyamuk gigit. Kalau rasa nyamuk gigit cepat2 minum 100plus. Kalau rasa demam yang lain macam, terus gie hospital. Jangan makan panadol and tido je. Denggi memang susah nak detect. Jangan malas untuk ke hospital berkali kali. Jangan kedekut bila hospital nak amek darah. Ala bukan banyak pun (tapi kalau dah hari2 mmg tension ar..cucuk2 tak kuar darah cucuk lagi tempat lain..gile!!)..Jangan ingat denggi ni demam biasa. Boleh bawa maut kalau tak jaga betul2. Check up byk kali lepas dah sihat. Sebab virus tu still there. Kang tetibe dia aktif balik, dia makan balik platelet, abislaaaa. Ingat, denggi takde ubat. Takde ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Yang hospital bagi tu just antibiotik untuk lemahkan dia je. So, jaga diri. Renung renungkan dan selamat beramal *tiba tiba*

[wawa]

0 comments:

Powered By Blogger