Thursday, October 21, 2010

Hold My Hand

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no


Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no


How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you

For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Friday, October 8, 2010

Pantai Dalam - TMTC Jalan Semarak

Aku ni staff TM. Jadi tempat training yang paling kerap dilawati adalah TM Training Centre (TMTC) Jalan Semarak. Tapi kali ni aku bukan pergi untuk training or courses tapi ada meeting. Kali ni user aku dari TMTC. Diorang nak guna SAP as their platform for training system. Interesting. Teruja. Sangat.

Maka dengan itu selalu la aku kena pergi jumpa user aku kat TMTC tu to get clear picture on their current process to translate to SAP environment. Sekali lagi, interesting. Teruja. Sangat.

Now I know how important the user requirement. Then kena analyze jugak whether system can copped or not dengan requirement tu. Sangat. Teruja.

Itulah kerja aku. Aku sangat suka kerja aku. This is my soul, my life. Really ME!!Aku tak suka buat kerja yang sama setiap hari. Maknanya aku tak suka buat kerja operation la. Aku tak suka buat reporting jugak. Apatah lagi paper paper justification. Aku suka buat benda benda yang macam teknikal. logical. Semua orang accounting macam aku ke?

Ok, ni first time aku nak g TMTC sendiri. I mean biasa Elli yang hantar or pergi dr office dengan colleague. Aku dari rumah. Rumah aku dekat komuter pantai dalam. Aku pun puas jugak la fikir macam mana nak g Jalan Semarak tu. Elli cakap the nearest LRT is Damai which is belakang Felda which is walking distance about 20-30minutes. What the heck!Cab susah dapat!

Ok aku buat keputusan sendiri. Dari rumah aku naik Metro bas nombor 46D. Padahal memang tu je metro bas yang ada. Selain tu ada Rapid bas T633 yang heading to LRT Kerinchi. Aku naik bas tu sebab nak turun kat Bangsar LRT. So jimat la cket LRT fare kan compare kalau dari Kerinchi.

Bas Metro memang sentiasa ada kat situ. Tapi dia berhenti lama gila kut kat situ. Hampeh di situ ye. Bila bas gerak, tetibe dah sampai kat PPRT Pantai Permai (depan ayam golek), si konduktor suruh semua org yang nak g KL turun. Aku pun pelik. Dah sampai KL ke? Bas rosak ke? Aku pun turun je la. Ramai yg turun. Almost majority.

Pastu aku pun follow la orang ramai ramai tu. Rupanye seberang jalan ada bas lagi satu tunggu. So tak payah la aku duk dalam bas tu lama2 kan. Sebab nanti bas tu nk pusing pantai murni, pantai hillpark, lama tuh! Ooo, now I know. Nasib baik aku tak buang tiket bas tadi. Nasib baik. Kalau tak double charge la.

Then aku pun turun kat LRT Bangsar. Sesungguhnya aku benci nak bas Metro. Sebab tak comfy macam Rapid. Aircond kuat tapi busuk. Seat pun kotor. Beginilah naseb rakyat marhaen. Huhu. Bas Rapid tu pun takde la best mana. Tapi at least comfy than Metro.

Aku pun naik la LRT sampai Ampang Park. Fuh confident giler aku nk turun kat Ampang Park. Sebab aku rasa dekat kut dgn Jalan Semarak. Dengan harapan tak jammed.

Sampai Ampang Park, ada dua exit. Alamak, nak exit mana satu ni. Time ni kena bijak sebab lepas ni nak amek cab ke TMTC. So kalau salah exit, cab kena u-turn so jadi mahal. Aku pun ikut gerak hati. Aku exit dalam Ampang Park Mall tu. Bukan ke seberang.

Fuhhh lega gila sampai atas terus ada cab terus naik, confident cakap Jalan Semarak. Lega juga sebab tak jammed langsung. Langsung! Sampai cab fare only RM4.00 sahaja!!Means RM1 je laa. Sebab RM3 tu starting fare.

Best plak aku rase naik public transport ni. Provided everything smooth macam harini la. Kalau time dia buat hal tu memang sengsara la wei. Especially KOMUTER!!I hate that. Busuk, panas, suka berhenti tengah jalan tak tau buat apa. Sangat annoying!!

Dengan kehidupan yang aku lalui ni, I bet I will more appreciate my life di masa akan datang. Hidup aku bukan sesenang orang lain. Dan bukan juga sesusah org lain. I love to be in the middle. Always bersyukur dengan whatever we have. Jangan merungut. Thing happen for reason kan.

[wawa]


Saturday, October 2, 2010

Lamar Lelaki Langkah Terpuji

Woot woot. Uish hari ni pencapaian gila dalam hidup aku. Hari Sabtu tak tidor lepas Subuh semata mata nak kemas rumah sebab excited gila dah ada penyapu lidi dengan mop baru. Pencapaian wooooooo. Rentetan hidup sepanjang minggu:
  • Last Sabtu beraya kat rumah makcik yah kat sambil makan bubur lambuk yang ada lokan, bihun goreng, air sirap, kueh loyang. Sambil meraduk ke dalam semak belakang rumah untuk mencari pokok keladi sambil mencari paku merah untuk dibuat bubur lambuk esoknya. Sambil bawak balik macam2 jenis pokok dan macam macam la. Haha gila ah kalau raya kat semua rumah orang camni. Elli pun ikut! Malam tu konon konon kami sefamily termasuk Elli si anak angkat nak dinner ikan bakar kat area Tanjung Lumpur tu. Tapi ramai gila orang weiiiiii. Semua tempat fullhouse. wtf. Ok, kita bergerak ke Pantai Beserah plak. Tempat dah masyuk, tepi laut, tapi kedai tu takde ikan. Boleh? Chesss.. Bergerak pula ke kedai seterusnya. Ramai orang tapi still ada seat tapi orang dh duduk 5 minit pun dia tak datang hantar menu lagi. So, boleh imagine nk tunggu dia masak bape lama kan?. Dialog antara aku dan elli:
Elli: wei ni dah kedai ketiga tapi still tak dapat makan
Wawa: Ok, kalau kedai ke4 tak dapat jugak, tempat makan ke5 adalah rumah kita! haha bongok!
  • Last choice makan kat Restoran Oh Bulan. Makan western western. Tak de la ikan bakar nya. Gambar byk dlm fb aku under album Miang Keladi Oh Bulan. Haha
  • Hari Ahad hari memasak bersama emak. Masak bubur lambuk ok! Hari Ahad juga hari harus pulang ke KL. Aiissh gila malas nak keje setelah cuti panjang.
  • Isnin kerja seperti biasa dan boss takde selama 3 hari kerana training dan mood untuk buat kerja semakin tiada kerana tiada boss. Keji gila. Tapi buat jugak testing. Hehe
  • Selasa, jumpa dengan kakak insurans untuk claim insurans sepanjang aku warded. Aku insured under Prudential Takaful HealthCare. Premium RM150 per month plus Takaful Puteri RM50 per month. Claim RM150 per day sepanjang warded. Ok la tuh. Plus Elli pun dah join Pru Health juga, maka aku dapat komisen dan membelanja makan pada malam itu. Kekeeeke
  • Rabu Khamis. Khamis terasa nak makan sesuatu. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun tomyam kung time warded dulu. Sedap gila weii. Aku dah siap salin resipi dalam internet. Kang kita beli bahan kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 panggilan dari housemate aku iaitu Kak Mira yang berbunyi "korang balik makan, jangan beli makanan akak bwk balik nasi goreng ayam dengan sup sayur" - tak dapat la bihun tomyam kung hari ni!
  • Jumaat adalah hari kerja yang biasa je.
  • Jumaat, ho yeaahh Jumaat ni suspend betol. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun sup sayur. Sedap gila weii. Kita letak bihun je dalam sup sayur lebih semalam. Kang kita beli bihun kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
* gila hari hari skrip same je!*
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 message dari housemate aku iaitu Kak Atiq yang berbunyi "weii kawan kawan, kenapa rumah kte je takde letrik nih? umah orang lain seme ada" aku dan elli terkejut seketika dan aku terus reply "weii aku dah bayar bil, cuba ko call tnb centre 15454 kut2 ada kerosakan". Sekian lama message tak direply. Aku dan elli decide nak makan luar je. Dah takde letrik nak masak amendanya. Lepas makan jangan kupa beli lilin! - harini tak dapat lagi menu idaman!
  • Sampai rumah mmg gelap ar sbb dah malam. Kak Atiq sudah pulang ke kampung halaman. Dah pasang lilin teros call TNB sebab tak puas hati kalau tak call sendiri. Org TNB ckp lagi sejam orang maintenance datang cek. Cesss...lama tuh! Dan aku dengan perasaan Mc Gyvernya telah membuka switch box tu. Tadi tak terpikir sbb kalau tendang mesti Kak Atiq dah try fix or whatever kan. Switch box tu tinggi so tak nampak mana on mana off. So aku main tolak je. Bila tolak ternyata kerosakan yang dialami adalah itu sahaja. Dan kami telah menerima cahaya kehidupan selepas itu. Woooo...buat suspend je. Nasib tak lama. Nasib idea switch box tu datang menjelma. Maybe ada shot kat mana mana sbb tu jadi tendang camtu. Cess..
  • Haaa, time aku makan sementara black out kat rumah tadi, aku telah membaca sekeping surat khabar Metro. Ada satu tajuk tu gila menarik perhatian:
LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

Aku siap capture lagi artikel ni sebagai bukti! Aku terpikir dan tertanya Elli kalau org laki tu reject macam mana?? Gila malu weii. Kalau satu office mau ko resign kut! Tapi gambar seterusnya menjelaskan bahawa:
"berjaya atau tidak bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan". Pergh gila ah.
Kalau aku nak lamar sape ek? Fahrin Ahmad? tanak sebab dia artis, Tengku Mahkota Johor? tanak sebab dia kerabat raja. Abeh tu sape??Hmm tah laa...takde sesiapa. Tapi serious aku takkan melamar lelaki. Malu la wei. Macam desperate nak berlaki je. Aisshhh tanak aku. Nanti laki tu rasa macam senang gila nak dapat aku. Pastu dia tak hargai aku. Pastu bila masalah rumah tangga "u yang nak dekat I. I tanak" uiisshh siut gila kalau camtuh! So better tak payah. Biar orang laki payah sikit nak dapat kita. Payah sikit je kalau payah banyak pun susah jugak. Nanti bila masalah rumahtangga, laki tu akan pk "dah la dulu aku susah nak dapat ko, dah dapat ni aku nak buli ko" weeiii takut gila nak kawen kalau camni. Mana tah nak dapat laki yang btol2 baik. Jahat sikit tu takpela. Haha

  • Hari Sabtu atau hari ini, cess konon konon pagi nak gie jogging tapi hujan plak (gila, padahal hujan kul 4 pagi. Pukul 7 of course dah reda. Ok, alasan trek jogging licin mungkin relevant). So dengan rasa penuh takzim aku kuatkan diri supaya tak tido lepas Subuh. Jalankan aktiviti senaman di rumah!!Memula sapu sawang gune penyapu lidi yang baru di copek dari rumah mak aku. Gila senaman tangan siut. Pastu sapu sampah, sapu kapet, mop lantai. Ok, mmg membakar kalori sbb berpeluh byk.
  • Tengah2 mop lantai mak aku call. Toktek toktek kejap. Mak aku jadi babysitter untuk cucu angkat kesayangan dia yang 5 orang tu sbb parents mereka outstation. Tapi 4 orang je. Yang kecik ini yang comel ini yang pandai bergambar ini ikut mak ayah mereka.
ini budak comel yang bernama Qayyum.

  • wess tujuan mak aku tepon adalah untuk menyatakan bahawa time budak2 tu ada air plak takde..ngeh ngeh ngeh. Nak masak camne kalau takde air. So mak aku suruh order Pizza or McD. Aku order tapi delivery ke Kuantan plus mak aku la kena bayar. Hahahahaa. Pizza Hut plak ada promotion bernama Hot Pair Deals. 2 Regular pizza baru RM28. Murah kan kan kan. Kalau 2 Large pizza baru RM40. Wooo..Sila order sekarang selagi promo masih ada.
  • Wooo diorang kat rumah makan Pizza, aku kat sini makan apa??Jeng jeng jeng. Breakfast Nasi Goreng Alabama. Wei apa itu? Hari tu mak aku ada kasi byk isi ikan yang dh siap rebus. Malas nak pikir nak masak apa, goreng je dgn nasi. Cari2 bahan dlm peti semua jumpa benda berasaskan ikan iaitu sardin dan tuna cili. Cara nak buat nasi goreng alabama, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam (semua ditumbuk dulu). Tumis sampai bawang layu. Masuk cili boh sesudu. Masuk sadin, tuna cili dan isi ikan tadi,, goreng sikit2, masuk nasi, goreng sampai sebati, masuk garam, dah siap!!gila sempoi! Gambar takde sebab tak cun pun. Haha
  • Lunch makan nasi goreng tadi lagi tapi dah ada lauk. Grill Chicken Blackpepper. Cess, nama nak hebat je padahal ayam bakar letak blackpepper sos je. Haha. Yang ni senang gile laa. Perap ayam dgn bawang putih dan halia yang dihiris, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, kicap manis, kicap masin. Semua benda tu 2 sudu. Perap la dalam sejam pastu bakar. Senang gila dan sedap gila.
Wei posting ini sudah panjang sangat. next cerita sambung di next posting.

[wawa]
Powered By Blogger