Monday, August 15, 2011

Ramadhan dan Amalan

Salam Ramadhan.

Sahur berbuka sahur berbuka eh eh hari ni dah 15 Ramadhan pun. Cepatnya masa berlalu. Cukup dah ke amalan aku nih? haha

Sepanjang Ramadhan ni, aku baru sekali je gie bazar. Haha. Ape kes nak citer pasal bazar. Tu pun kat Shah Alam. Makanan cam haram jadah. Patut aku ban bazar. Weekend first puasa tu aku ngan Elli berbuka kat Shah Alam. Sebab kebetulan nak amek baju kat tailor. Bapak la bosan Shah Alam tu. Cess. Sebab tu ter pegi bazar tu.

Weekend 2nd, baru2 ni aku berbuka kat rumah kak Atiq kat Putrajaya. Lama tak jumpa dia. Kalau Ahad tu Elli tak keje mau dah tido rumah dia yang besar gedabak tuh. Aku beli ayam golek bawak gie rumah Kak Atiq. Ayam golek 5 bintang Pantai Dalam la. Gila beratur setengah jam. Dulu harga RM16 pastu RM18 now RM20!!!Tapi orang still berduyun. So apa dia kesah kan. Kalau dia naik RM30, baik aku beli Nando's je. Tak pun Kenny Roger's. Lauk lain Kak Atiq masak. Nyum nyummmm..

Hari2 lain samada aku masak atau aku beli kat kedai yang aku biasa beli lauk je. Say no to bazar. Haha. Kalau aku masak pun masak yang campak2 je. Takde la masak beria2 macam nak buat kenduri. Haritu masak paprik, kerabu kobis telur dadar (resepi cipta sendiri), tomyam. Perasan tak semua resepi ada serai dengan daun limau purut. Sebab banyak dalam peti. Haritu aku cilok kat rumah mak aku. First Ramadhan aku balik Kuantan. Dapat la 2x sahur sekali bukak puasa ngan Tarawih. Ok la tu kan.

Kueh pun ada yang aku buat. Contohnya buah Melaka sebab baru belajar ngan mak hari tu. Pastu bubur jagung sebab ada jagung lebih buat puding jagung untuk office haritu. Even puding jagung tu terpekat sebab letak sagu ngan tepung kastard tapi licin gak Elli makan. Haha. Simple je puasa aku. Takde la makanan pelik2 atas meja tu.

Weekend ni nak pergi bukak puasa ngan kawan2 UUM plak. Kat rumah Shila kat Kg Pandan. Entah ye ke tak Kg Pandan ke Keramat tah. Dah lupa. Haha.

Tajuk posting aku Ramadhan dan Amalan. So apa amalannya??Wei amalan mane boleh citer kang jatuh riak. So amalan aku ialah sahur, berbuka, terawih kalau sempat, tengok cerita Korea, main FB, update blog. Haha. Gila!

[wawa]

0 comments: