Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, November 20, 2015

Interview Session

Semalam aku attend satu interview session. Interview tu utk manager post dalam Gems jugak. AGM kat situ pn aku familiar. Selalu keje dengan dia. Basically, first reason aku apply adalah sebab selesa keje dgn dia. Dulu dia manager now dah naik agm. Then, sebab aku nk belaja benda baru selain SAP. Aku tau SAP ni adalah benda yg interested and kalau aku dapat kuasai, aku ada value yang tinggi. Tapi aku x pernah bercita cita utk jadi SAP consultant pun. Aku memang nak in TM forever.

Aku candidate kedua. Pttnya 9.30 start tapi mamat before aku tu lama gle. Kul 10 baru dia keluar. Hoii dia cakap apa lama sgt. Aku dah sangat lama x attend interview. Nervous la jugak. Tp wat derk jer. Soalan first yg aku ingat, what is roles and responsibility manager post yg aku apply tu. Aku jwb tp x memuaskan hati panel. Then, why aku apply that post. X sayang SAP ke. What I will be in 5 years time. What challenge that I foresee in that post. Aku rasa interview tu tak went well. Aku rasa mcm dh prepare jugak cket2. Tp ms kat dalam tu aku jadi mcm blur tak boleh jawab. Panel pun ckp aku nmpk x well prepared. So dh tau la jawapan kan. Confirm fail. Hahahaaa

Basically before interview aku xde la berdoa semoga dpt post tu. Tp aku berdoa, kalau post tu terbaik utk aku, suami dan anak, dapat la aku post tu. Tp kalau tu bukan terbaik aku redha kalau tak dapat. Aku takut jugak kalau aku dpt post baru tu, aku kne balik lmbat, keje pressure. Which akan mengganggu kualiti time aku dgn anak yg baru nk membesar. Aku xnk macamtu. Aku nk work life balance. Aku bukan workholic. Aku syg kerjaya dan family aku. Tp priority aku of course family. Family always first.
Tapi kalau dapat, pun alhamdulillah. At least kerjaya aku dh move forward and better financial perhaps. Kalau dpt, aku kne lebih strong to face the challenge and kne pandai manage time.

Result belum tahu lagi. Aku dpt rs 99% aku x dpt. Hahhahahaaaa. Always pray for the best!

Tuesday, December 11, 2012

6 months ago

Heheheee

6 months ago consider lama tak?? Lama la jugak kan.. (password pn terlupa..kena remember password tadi..hewhewhewwww)

In this 6 months, banyak benda dah jadi. Banyak and besar. Apekah?? Besar tu contohnya badan semakin besar tah bila nak kecik. Hahahaa

Ok, yang terbesar adalah abg aku dah kawennnn. WHAT??!! Iye dia dah kawen. So tiba-tiba kan. For those yang rapat ngan aku tau yang dia ada tunang. Dia bertunang before aku study UUM lagi. Ni aku dh grad dh keje pun 3years plus. Lama gila dia di dalam relationship pertunangan itu. Tapi sayangnya, dia takde jodoh dengan tunang dia tu.

Kali ni takde bertunang pun, merisik je then terus tetap date nak kawen. Fobia kut dengan tunang2 nih. Maka dengan itu, pada Raya Aidilfitri yang lalu kitorang sefamily pn balik Perak sebab sambil tu nak gie putuskan pertunangan mereka yang dah mencecah usia 8 tahun tu. Perghhh lama siut. Aku pun dah anggap Kak Ina and family dia dah macam family aku sendiri. Tapi dah takde jodoh nak buat macam mana kan. Terima je la ketentuan Illahi.

Balik Perak best jugak sebab lama tak balik. Best laaa. Ye la balik kampung yang kadang2 ni memang best kan.

So on 17 Nov 2012 yang lalu, abg aku sah menjadi suami kepada isteri dia. Orang ganu. Sambutan sangat macam takde sambutan. Hahahaa. Sedih pun ada orang buat camtu. Tapi lantak kau laaa. Kau yang malu buat kenduri camtu. WTF!!! Memang macam tragedi la kenduri kat Terengganu tu. Heh malas nk cerita sebab sakit hati kalau cerita. Hahahaa

Lepas tu week after tu kenduri kat rumah aku. Ok laa. Nak kata grand brilliance tu tak la kan. Tapi at least meriah 200 juta kali dari kat Terengganu tu. Jahat tak aku. Hahahaa. Tapi yang frustnya, Elli tak dapat datang kenduri tu. Keje. Dah macam dia tu tokey RHB jer. Ok abaikan.

Ok apa lagi nak cerita. Ok tu je. Tu je yang berlaku dalam 6 bulan nih. Yang lain biasa2 jer. Contoh yang biasa:
  1. Join BUMIKU camp kat Sedim, Kulim yang awesome nak mampos. Perggghhh water rafting memang exciting wa cakap sama lu. Dapat experience baru, kawan baru. BEST event ever in this yearrr!!
  2. Join treasure hunt organized by Etiqa Maybank. Jelajah pantai timur. Tidur kat Swiss Garden Kuantan. Best jugak. Dapat no 8  out of 50. Terrer kan kan kan. Muahahahaa. Last year pun join jugak. Last year ke selatan. Time tu tido kat The Zon by the beach JB. Group last year Kak Shidah, Dekna, Kak Uji. This year En Usop, Lang ngan Dekna. Best treasure hunt nih. Mencabar otak, minda, fizikal dan segala bagai la. 
  3. Join treasure hunt lagi tapi Tiaranita plak. Tapi yang ni walk-a-hunt. Which is jalan kaki dalam mall. Ni 3rd time aku join. First time kat Taman Botani Putrajaya, dapat no 9, dapat blender. Second time kat Sunway Pyramid, dapat no 4, dapat rice cooker. This time susah giler woo soalan dia. Tapi ok la dapat no 5, dapat serving bowl yang amat berat. Ok la kan tuhhh
  4. Project BEST dah selamat go-live phase 2. Best best best. Suka sangat. My baby tu. Now dah dapat project baru. Asset Verification. Much much more challenging. In term of process, BEST lagi susah. Tapi in term of development, Asset Verification ni lagi susah. Sebab dia ada mobile technology. Which is new to TM and of course to me too. Tapi serious suka serious excited nak gila sebab new technology man!! Tapi sekarang project on-hold sebab management issue. Damn!!
  5. Apa lagi yang hebat berlaku?? Tu je..hhahahaa
  6. Kenapa today aku update blog setelah lama tak update? Sebab sekarang tengah tak busy sangat. Balik pun siang lagi. So tu category tak busy sangat la tu. Huhuhuu

Ok tu je. 

Tiba-tiba rasa rindu kat budak nama Ian Naufal. Miss u damn much baby!!

[wawa]

Sunday, December 11, 2011

GEMS Team Building 3-4 Disember - TMTC Taiping

Last week bersamaan dengan 3 Disember 2011, first time since aku kerja TM, aku join Team Builing. Tapi this is my third time kat TMTC Taiping. My first time was English Course (CiBEC) and last time was my induction program. I miss Taiping so much. Muahahaaa
Most of GEMS staff attended except for yang kena stay for project go-live support and other personal matter. Lebih kurang 140 of us yang join. Yang bestnya team builiding ni, 2 minggu before tu dah dapat group, team lead pun dah tau. Yang lagi best, before pergi team builing tu each group kena prepare dengan group name, group cheer, group motto. Pergh the whole week before kitorang pergi tu, dah bersemangat waja training group cheer. Ala2 dah berteam building kat office la. Happening gilerr. Huhu
On 3 Disember tu, pagi2 kitorang gather kat Group IT punya office kat Menara and gerak dalam pukul 8.30pagi. Dalam bas tidur je. Huhu.
Bas dia sejuk macam peti eskrem wooo. Then break kat Tapah kejap. Lebih kurang pukul 12.30 we all arrived at TMTC Taiping. Waaaaa a lot of memory here. A LOT!!!!
Suspend sebab tak tau roomate sekali dengan Kak Tasha daaa. Jiran aku kat office. Huhu tak mencabar langsung.
Ice breaking the happening time la sebab semua group kena present they all punya group cheer. Macam macam gaya ada. Tak percaya lak orang GEMS yang selama ni cam skema gila gila jugak.
After that we have amazing race around Taiping. Aih tiap kali datang sini activity yang sama. Soalan pun sama tapi sayangnya aku dah lupa jawapan. Haha.
Malam tu plak ada bearing challenge. Dalam kawasan TMTC je tapi susah jugak sebab kena baca compass pastu gelap plak tu. Mencabar jugak la. Tapi tak sabar untuk hari esok.
Esok paginyerrrr, yeaaaayy...Nak naik bukit larut. Rindu giler nak naik. Aku suka view kat atas tu. Before ni aku naik ikut jalan tar, kali ni ikut jungle trek. So-so je tak mencabar sangat macam kat Genting dulu. Tapi yang tak bestnye, tak naik sampai puncak. Maka dengan itu tak dapat la tgk view yang dirindui itu.
Hmmm, basically tu je la activity team building. Sebab time constraint kan. Tapi we are so happy. Perkara yang aku rasa sangat happy:
  1. Masa amazing race group kitorang singgah makan durian!Haha. Dapat point lebih for this.
  2. Before balik kitorang singgah makan mee udang. Sedap woooo!!

So yang bestnya makan je la. Haha

Taklaaa, yang best is we know each other better!!

[wawa]

Monday, November 7, 2011

Salam AidilAdha

Last year aku beraya kat KL. Ingat lagi bangun pagi masak nasi ayam solat raya ngan indon. Huhuh. Tahun ni aku balik Kuantan sebab family buat korban. Plus cuti panjang. Ni 1st time aku tengok live lembu kene sembelih. Before ni sampai time lembu dah mati. Luckily aku ni jiwa kental. Sebab kalau kesian kita tak boleh makan daging tu kan. So aku kentalkan hati untuk tak kesian kat lembu tu. Hahah. Susah rupanya lembu nak mati. Baru aku tau.

Lepas sembelih, terus buat bbq. Perggghh memang terbaik dari ladang weiii. Fresh punya daging. Tak masuk peti pun lagi. Daging batang pinang plak tu. Cayalahhh.

Lepas aku melantak bbq, aku pun pening. Haha.

Oh yer, gambar tak tau la bila nk upload sbb update pun thru iPod jer. Susah la nak masuk image. Last entry pun tak masuk image lagi.

Sekarang pun aku a bit busy with my new project. Actually bukan a bit la tapi much much more busy than usual. This is my second project after LSO. Project name Bulk Payment. Super duper excited doing this project. The thing is I am not sure whether it can be completed within time given or not. Time given is only 6 months which 4 months for phase 1 and 2 months for phase 2. Is that crazy??!!

Yess. Management is too ambitious towards this project. Maybe juge nak jaga budget. The long your project timeline, the more budget burst.

So I have to take this CHALLENGE!!!

[wawa]

Saturday, July 16, 2011

Teaming With Passion TM

Ramai orang tanya aku:
"Teaming with passion tu apa?"

Teaming with passion tu sejenis course yang dianjurkan oleh TM untuk semua staff TM tak kira level apa. Dari top management sampai la ke level bawahan. Semua kena pergi.

Course ni ala2 course motivasi la. Tujuan untuk meningkatkan passion workers terhadap kerja yang mereka lakukan. Passion tu apa? Passion tu keghairahan, keterujaan. So bila kita buat kerja dalam perasaan yang passion, kerja kita buat tu akan lebih productive.

Aku suka g course ni. Last aku pergi last year. Before masuk finance team lagi. Memang semangat membara la time tu. Aku antara yang batch awal2 yang pergi.

So kepada semua staff TM yang tak pergi lagi course ni, pergi la weeeiii. Best gilerr!!

[wawa]

Friday, October 8, 2010

Pantai Dalam - TMTC Jalan Semarak

Aku ni staff TM. Jadi tempat training yang paling kerap dilawati adalah TM Training Centre (TMTC) Jalan Semarak. Tapi kali ni aku bukan pergi untuk training or courses tapi ada meeting. Kali ni user aku dari TMTC. Diorang nak guna SAP as their platform for training system. Interesting. Teruja. Sangat.

Maka dengan itu selalu la aku kena pergi jumpa user aku kat TMTC tu to get clear picture on their current process to translate to SAP environment. Sekali lagi, interesting. Teruja. Sangat.

Now I know how important the user requirement. Then kena analyze jugak whether system can copped or not dengan requirement tu. Sangat. Teruja.

Itulah kerja aku. Aku sangat suka kerja aku. This is my soul, my life. Really ME!!Aku tak suka buat kerja yang sama setiap hari. Maknanya aku tak suka buat kerja operation la. Aku tak suka buat reporting jugak. Apatah lagi paper paper justification. Aku suka buat benda benda yang macam teknikal. logical. Semua orang accounting macam aku ke?

Ok, ni first time aku nak g TMTC sendiri. I mean biasa Elli yang hantar or pergi dr office dengan colleague. Aku dari rumah. Rumah aku dekat komuter pantai dalam. Aku pun puas jugak la fikir macam mana nak g Jalan Semarak tu. Elli cakap the nearest LRT is Damai which is belakang Felda which is walking distance about 20-30minutes. What the heck!Cab susah dapat!

Ok aku buat keputusan sendiri. Dari rumah aku naik Metro bas nombor 46D. Padahal memang tu je metro bas yang ada. Selain tu ada Rapid bas T633 yang heading to LRT Kerinchi. Aku naik bas tu sebab nak turun kat Bangsar LRT. So jimat la cket LRT fare kan compare kalau dari Kerinchi.

Bas Metro memang sentiasa ada kat situ. Tapi dia berhenti lama gila kut kat situ. Hampeh di situ ye. Bila bas gerak, tetibe dah sampai kat PPRT Pantai Permai (depan ayam golek), si konduktor suruh semua org yang nak g KL turun. Aku pun pelik. Dah sampai KL ke? Bas rosak ke? Aku pun turun je la. Ramai yg turun. Almost majority.

Pastu aku pun follow la orang ramai ramai tu. Rupanye seberang jalan ada bas lagi satu tunggu. So tak payah la aku duk dalam bas tu lama2 kan. Sebab nanti bas tu nk pusing pantai murni, pantai hillpark, lama tuh! Ooo, now I know. Nasib baik aku tak buang tiket bas tadi. Nasib baik. Kalau tak double charge la.

Then aku pun turun kat LRT Bangsar. Sesungguhnya aku benci nak bas Metro. Sebab tak comfy macam Rapid. Aircond kuat tapi busuk. Seat pun kotor. Beginilah naseb rakyat marhaen. Huhu. Bas Rapid tu pun takde la best mana. Tapi at least comfy than Metro.

Aku pun naik la LRT sampai Ampang Park. Fuh confident giler aku nk turun kat Ampang Park. Sebab aku rasa dekat kut dgn Jalan Semarak. Dengan harapan tak jammed.

Sampai Ampang Park, ada dua exit. Alamak, nak exit mana satu ni. Time ni kena bijak sebab lepas ni nak amek cab ke TMTC. So kalau salah exit, cab kena u-turn so jadi mahal. Aku pun ikut gerak hati. Aku exit dalam Ampang Park Mall tu. Bukan ke seberang.

Fuhhh lega gila sampai atas terus ada cab terus naik, confident cakap Jalan Semarak. Lega juga sebab tak jammed langsung. Langsung! Sampai cab fare only RM4.00 sahaja!!Means RM1 je laa. Sebab RM3 tu starting fare.

Best plak aku rase naik public transport ni. Provided everything smooth macam harini la. Kalau time dia buat hal tu memang sengsara la wei. Especially KOMUTER!!I hate that. Busuk, panas, suka berhenti tengah jalan tak tau buat apa. Sangat annoying!!

Dengan kehidupan yang aku lalui ni, I bet I will more appreciate my life di masa akan datang. Hidup aku bukan sesenang orang lain. Dan bukan juga sesusah org lain. I love to be in the middle. Always bersyukur dengan whatever we have. Jangan merungut. Thing happen for reason kan.

[wawa]


Saturday, October 2, 2010

Lamar Lelaki Langkah Terpuji

Woot woot. Uish hari ni pencapaian gila dalam hidup aku. Hari Sabtu tak tidor lepas Subuh semata mata nak kemas rumah sebab excited gila dah ada penyapu lidi dengan mop baru. Pencapaian wooooooo. Rentetan hidup sepanjang minggu:
  • Last Sabtu beraya kat rumah makcik yah kat sambil makan bubur lambuk yang ada lokan, bihun goreng, air sirap, kueh loyang. Sambil meraduk ke dalam semak belakang rumah untuk mencari pokok keladi sambil mencari paku merah untuk dibuat bubur lambuk esoknya. Sambil bawak balik macam2 jenis pokok dan macam macam la. Haha gila ah kalau raya kat semua rumah orang camni. Elli pun ikut! Malam tu konon konon kami sefamily termasuk Elli si anak angkat nak dinner ikan bakar kat area Tanjung Lumpur tu. Tapi ramai gila orang weiiiiii. Semua tempat fullhouse. wtf. Ok, kita bergerak ke Pantai Beserah plak. Tempat dah masyuk, tepi laut, tapi kedai tu takde ikan. Boleh? Chesss.. Bergerak pula ke kedai seterusnya. Ramai orang tapi still ada seat tapi orang dh duduk 5 minit pun dia tak datang hantar menu lagi. So, boleh imagine nk tunggu dia masak bape lama kan?. Dialog antara aku dan elli:
Elli: wei ni dah kedai ketiga tapi still tak dapat makan
Wawa: Ok, kalau kedai ke4 tak dapat jugak, tempat makan ke5 adalah rumah kita! haha bongok!
  • Last choice makan kat Restoran Oh Bulan. Makan western western. Tak de la ikan bakar nya. Gambar byk dlm fb aku under album Miang Keladi Oh Bulan. Haha
  • Hari Ahad hari memasak bersama emak. Masak bubur lambuk ok! Hari Ahad juga hari harus pulang ke KL. Aiissh gila malas nak keje setelah cuti panjang.
  • Isnin kerja seperti biasa dan boss takde selama 3 hari kerana training dan mood untuk buat kerja semakin tiada kerana tiada boss. Keji gila. Tapi buat jugak testing. Hehe
  • Selasa, jumpa dengan kakak insurans untuk claim insurans sepanjang aku warded. Aku insured under Prudential Takaful HealthCare. Premium RM150 per month plus Takaful Puteri RM50 per month. Claim RM150 per day sepanjang warded. Ok la tuh. Plus Elli pun dah join Pru Health juga, maka aku dapat komisen dan membelanja makan pada malam itu. Kekeeeke
  • Rabu Khamis. Khamis terasa nak makan sesuatu. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun tomyam kung time warded dulu. Sedap gila weii. Aku dah siap salin resipi dalam internet. Kang kita beli bahan kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 panggilan dari housemate aku iaitu Kak Mira yang berbunyi "korang balik makan, jangan beli makanan akak bwk balik nasi goreng ayam dengan sup sayur" - tak dapat la bihun tomyam kung hari ni!
  • Jumaat adalah hari kerja yang biasa je.
  • Jumaat, ho yeaahh Jumaat ni suspend betol. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun sup sayur. Sedap gila weii. Kita letak bihun je dalam sup sayur lebih semalam. Kang kita beli bihun kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
* gila hari hari skrip same je!*
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 message dari housemate aku iaitu Kak Atiq yang berbunyi "weii kawan kawan, kenapa rumah kte je takde letrik nih? umah orang lain seme ada" aku dan elli terkejut seketika dan aku terus reply "weii aku dah bayar bil, cuba ko call tnb centre 15454 kut2 ada kerosakan". Sekian lama message tak direply. Aku dan elli decide nak makan luar je. Dah takde letrik nak masak amendanya. Lepas makan jangan kupa beli lilin! - harini tak dapat lagi menu idaman!
  • Sampai rumah mmg gelap ar sbb dah malam. Kak Atiq sudah pulang ke kampung halaman. Dah pasang lilin teros call TNB sebab tak puas hati kalau tak call sendiri. Org TNB ckp lagi sejam orang maintenance datang cek. Cesss...lama tuh! Dan aku dengan perasaan Mc Gyvernya telah membuka switch box tu. Tadi tak terpikir sbb kalau tendang mesti Kak Atiq dah try fix or whatever kan. Switch box tu tinggi so tak nampak mana on mana off. So aku main tolak je. Bila tolak ternyata kerosakan yang dialami adalah itu sahaja. Dan kami telah menerima cahaya kehidupan selepas itu. Woooo...buat suspend je. Nasib tak lama. Nasib idea switch box tu datang menjelma. Maybe ada shot kat mana mana sbb tu jadi tendang camtu. Cess..
  • Haaa, time aku makan sementara black out kat rumah tadi, aku telah membaca sekeping surat khabar Metro. Ada satu tajuk tu gila menarik perhatian:
LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

Aku siap capture lagi artikel ni sebagai bukti! Aku terpikir dan tertanya Elli kalau org laki tu reject macam mana?? Gila malu weii. Kalau satu office mau ko resign kut! Tapi gambar seterusnya menjelaskan bahawa:
"berjaya atau tidak bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan". Pergh gila ah.
Kalau aku nak lamar sape ek? Fahrin Ahmad? tanak sebab dia artis, Tengku Mahkota Johor? tanak sebab dia kerabat raja. Abeh tu sape??Hmm tah laa...takde sesiapa. Tapi serious aku takkan melamar lelaki. Malu la wei. Macam desperate nak berlaki je. Aisshhh tanak aku. Nanti laki tu rasa macam senang gila nak dapat aku. Pastu dia tak hargai aku. Pastu bila masalah rumah tangga "u yang nak dekat I. I tanak" uiisshh siut gila kalau camtuh! So better tak payah. Biar orang laki payah sikit nak dapat kita. Payah sikit je kalau payah banyak pun susah jugak. Nanti bila masalah rumahtangga, laki tu akan pk "dah la dulu aku susah nak dapat ko, dah dapat ni aku nak buli ko" weeiii takut gila nak kawen kalau camni. Mana tah nak dapat laki yang btol2 baik. Jahat sikit tu takpela. Haha

  • Hari Sabtu atau hari ini, cess konon konon pagi nak gie jogging tapi hujan plak (gila, padahal hujan kul 4 pagi. Pukul 7 of course dah reda. Ok, alasan trek jogging licin mungkin relevant). So dengan rasa penuh takzim aku kuatkan diri supaya tak tido lepas Subuh. Jalankan aktiviti senaman di rumah!!Memula sapu sawang gune penyapu lidi yang baru di copek dari rumah mak aku. Gila senaman tangan siut. Pastu sapu sampah, sapu kapet, mop lantai. Ok, mmg membakar kalori sbb berpeluh byk.
  • Tengah2 mop lantai mak aku call. Toktek toktek kejap. Mak aku jadi babysitter untuk cucu angkat kesayangan dia yang 5 orang tu sbb parents mereka outstation. Tapi 4 orang je. Yang kecik ini yang comel ini yang pandai bergambar ini ikut mak ayah mereka.
ini budak comel yang bernama Qayyum.

  • wess tujuan mak aku tepon adalah untuk menyatakan bahawa time budak2 tu ada air plak takde..ngeh ngeh ngeh. Nak masak camne kalau takde air. So mak aku suruh order Pizza or McD. Aku order tapi delivery ke Kuantan plus mak aku la kena bayar. Hahahahaa. Pizza Hut plak ada promotion bernama Hot Pair Deals. 2 Regular pizza baru RM28. Murah kan kan kan. Kalau 2 Large pizza baru RM40. Wooo..Sila order sekarang selagi promo masih ada.
  • Wooo diorang kat rumah makan Pizza, aku kat sini makan apa??Jeng jeng jeng. Breakfast Nasi Goreng Alabama. Wei apa itu? Hari tu mak aku ada kasi byk isi ikan yang dh siap rebus. Malas nak pikir nak masak apa, goreng je dgn nasi. Cari2 bahan dlm peti semua jumpa benda berasaskan ikan iaitu sardin dan tuna cili. Cara nak buat nasi goreng alabama, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam (semua ditumbuk dulu). Tumis sampai bawang layu. Masuk cili boh sesudu. Masuk sadin, tuna cili dan isi ikan tadi,, goreng sikit2, masuk nasi, goreng sampai sebati, masuk garam, dah siap!!gila sempoi! Gambar takde sebab tak cun pun. Haha
  • Lunch makan nasi goreng tadi lagi tapi dah ada lauk. Grill Chicken Blackpepper. Cess, nama nak hebat je padahal ayam bakar letak blackpepper sos je. Haha. Yang ni senang gile laa. Perap ayam dgn bawang putih dan halia yang dihiris, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, kicap manis, kicap masin. Semua benda tu 2 sudu. Perap la dalam sejam pastu bakar. Senang gila dan sedap gila.
Wei posting ini sudah panjang sangat. next cerita sambung di next posting.

[wawa]

Tuesday, September 28, 2010

Demam Denggi @ Dengue Fever

Wah sudah lama diriku ini tidak mengupdate blog. Bukan apa, diri ini sudah busy. Busy dengan apakah?? Setelah entry terakhir, diriku ini busy dengan bulan puasa. Sepanjang puasa I memasak sendiri ok. Boleh kira je berapa kali diriku ini membeli makanan di bazar. Itu pun bazar bawah rumah je. Bazar kecil kecilan. Tahun ni tak ke bazar besar besaran pun.

Ketam blackpepper adalah contoh menu di bulan puasa..biasa biasa je =p

Maka busy laa. Tahap kueh mueh pun buat sendiri tau. Memang membusykan diri la. tapi memasak is FUN!! Itu belum kira busy dengan mengkayakan En. SOGO lagi. Kekekee. Dah save belanja dapur, boleh la abeskan dekat en SOGO. Haha.

Oh ye, saya sudah pun membeli handphone baru lagi pada awal Ramadhan yang lalu. Kerana itulah saya memasak sendiri. Kerana sudah ketandusan wang membeli handphone baru secara tunai. Handphone apakah?? Alaa, handphone Nokia C6 je. New model. Klon N97 tapi lagi murah dari N97. Kenapa lagi murah?? Sebab built in memory dia tak sebesar N97. So dapat mengurangkan masalah hang, legging dan sebagainya. So far, I'm satisfied la dengan ini telefon.
Pada awal Ramadhan iaitu sama hari dengan hari membeli handphone itu juga diriku ini dan rakan2 UUM ku telah membuka puasa di Intekma Resort. Sedap woo kambing bakar dia. Masih terbayang kenikmatan makan di situ. Oleh kerana 1st week of Ramadhan, so the price is RM35 per pax. The following week akan menjadi RM45 per pax. Naseb plan nak gie awal. Jimat RM10.

Setelah itu muncullah Hari Raya, tapi diriku ini tidaklah beraya sakan kerana diriku ini diserang demam denggi (seperti tajuk di atas - baru masuk cerita yang sebenar setelah bebelan yang panjang).

Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Diriku ini telah pulang ke Kuantan bersama abg dan kakak iparku pada hari Rabu. Sepanjang perjalanan rasa sejuk gila tapi mungkin kerana hujan dan aircond kereta. Mungkin. Setelah tiba je kat rumah Kuantan, terus rasa kesejukan yang amat sangat. Tahap gigil. Dan rasa tidak bermaya lagi untuk berdiri, berborak dan apa apa aktiviti yang menggunakan tenaga. Oleh itu, diriku ini membuat keputusan untuk tido je. Pakai sweater, simut tebal2, kipas pun tak on. Dalam area pukul 2 pagi tetiba rasa panas yg amat sangat. Maka saya sedar yang saya demam. Oh no, nak raya demam mana boleh jadi nih.

Keesokkan hari nya disebabkan demam yg tidak ada tanda untuk pulih, saya telah buka puasa semata mata untuk makan ubat demam. Selera makan telah hilang entah ke mana. Demam semakin terok dan terok dan saya hanya mampu tido dan tido. Uh so bad!! Tak dapat menikmati keseronokan memasukkan beras ke dalam ketupat dan membantu mak membuat rendang.

Selepas maghrib, badan semakin panas. Oh harus ke klinik dengan kadar segera. Ah klinik mesti kasi panadol je. Harus jumpa doktor pakar ni. Haha. Nak cepat baik punya pasal. Nak Raya!! Then terus ke KMC (Kuantan Medical Centre) pada malam raya itu (rugi tak dapat dengar takbir raya). Doktor cakap demam panas biasa je tapi blood pressure sangat la rendah. Mungkin kerana tak makan langsung. Bukan saja itu, malah badan semua rasa sengal2, bisa2 especially kat pinggang and belakang. Sangat sakit. Nak berdiri pun tak larat, duduk pun tak larat.

Hari raya telah tiba. Dengan sisa sisa tenaga yang ada, diriku ini nak jugak pegi beraya. Tapi semayang raya memang tak larat nak pegi. Pagi raya try sumbat ketupat dalam mulut tapi sebijik pun tak abeh. Rendang pun tak lalu nak makan. Satay pun tak rase langsung. Takde tenaga nak makan satay tu. Haha. Kronik gila condition time tu. Tapi still nak pegi beraya. Pegi la beraya dengan rasa sungguh lemah sekali. Tengah tengah syok beraya, badan2 rasa gatal. Ada merah. Denggi kah??Mungkin. Perlu ke hospital lagi!!

Pada malam itu, sekali lagi ke KMC. Doktor ambik darah tapi result shows negative from denggi. Abes tu apa??Chicken pox kah??Oh no!!Demam masih demam. Sepanjang Sabtu, tiada tenaga. Cuba makan tapi tak lalu. Sumbat ubat je laaa..

Ahad, kuatkan diri, berjaya makan sikit dan tengok tv. Haha. Tapi masih demam plus sakit badan! rancangan BBQ kat Temerloh terpaksa dilupakan untuk pegi hospital lagi. Blood pressure very very low. Doktor terus masuk air dan warded dan amek darah dan dalam ward baru tahu yg positive denggi. Bermulalah kehidupanku selama seminggu di ward KMC sebagai pesakit denggi. Sangat seksa. Masuk air 15 botol. Belum kira yang minum manual. Masuk ubat je berbotol2. Amek darah berkali kali. Cucuk merata rata seluruh badanku. Oh sangat perit hidup di kala itu.

Ni nyamuk yang gigit diriku itu..macho tak??weeiii, asal ko gigit aku haaa??

Bila dah hampir sihat, dah tak masuk air, rasa seronok plak duk hospital. Ada orang layan, makan sedap. Hahah..tapi dah2 la duk hospital weii. Time to back to home. Dapat mc seminggu. So total cuti raya plus mc is 20 days!! Gila kau.

Tapi before ni aku memang tak tau denggi tu sakit dia macam mana. Ingatkan demam je la. Rupanya virus tu makan sel darah putih kita atau nama medicalnya Platelets. Sebab tu boleh sebabkan maut. So, sepanjang aku kat hospital tu, hari2 kena amek darah untuk cek whether platelet dah naik ke belum. Setiap hari doktor datang cakap platelet makin turun, cuak siut. Hari ke5 baru naik. Alhamdulillah, tapi virus tu still ada dalam badan ni. So bad kan!!As at now pun, selalu rasa lemah2, cepat penat, sakit sendi. Doktor cakap antibodi still lemah and kena makan benda2 yang boleh upkan platelet. Sampai 3 bulan tu kene cek up. Makanan yg membantu seperti sup ketam nipah, jus daun betik (sumpah aku seram dengar nama jus ni sebab dh boleh imagine rasa dia), 100plus, sup bayam merah, kerang (ni aku reka..haha).

Bila masuk office, kena cari mood untuk buat kerja. Naseb baik semua ID and password still ingat. Hahah. Sebagai langkah sebab tiada mood adalah dengan mengupdate blog yang sudah bersawang ini. Hehe. Sekarang boleh sambung kerja. For picca refer to my FB account! nih ada sekeping dua..

merah merah..redspot!!

pesanan penaja: jaga diri baik2, jangan bagi nyamuk gigit. Kalau rasa nyamuk gigit cepat2 minum 100plus. Kalau rasa demam yang lain macam, terus gie hospital. Jangan makan panadol and tido je. Denggi memang susah nak detect. Jangan malas untuk ke hospital berkali kali. Jangan kedekut bila hospital nak amek darah. Ala bukan banyak pun (tapi kalau dah hari2 mmg tension ar..cucuk2 tak kuar darah cucuk lagi tempat lain..gile!!)..Jangan ingat denggi ni demam biasa. Boleh bawa maut kalau tak jaga betul2. Check up byk kali lepas dah sihat. Sebab virus tu still there. Kang tetibe dia aktif balik, dia makan balik platelet, abislaaaa. Ingat, denggi takde ubat. Takde ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Yang hospital bagi tu just antibiotik untuk lemahkan dia je. So, jaga diri. Renung renungkan dan selamat beramal *tiba tiba*

[wawa]

Sunday, August 8, 2010

TIARANITA Walk A Hunt, Walk with Nature

Pada suatu hari bekerja, saya telah menerima sebuah/sekeping email dari Club & Society TM bahawa TIARANITA akan menganjurkan program TIARA Walk-A-Hunt, Walk-with-nature.

Date: 7 Ogos 2010
Time: 7:30pagi sampai settle
Tempat: Taman Botani, Putrajaya (tak pernah sampai before this)
Yuran: RM20 per person
Syarat: Group of 4 gorgeous ladies (ok, tipu)

Saya sangat la excited untuk join sebab saya memang suka. Hadiah utama dia juga mengancam nyawa. Haha. Apakah ia?? Sila baca sampai habis. Hahaaa. Saya telah menjoin game ini bersama 3 lagi rakan sepejabat iaitu Kak Maya (si ahli politik), Izan (si peguam) dan Anne (si ahli perniagaan).

Soalan pertama: Apa itu TIARANITA?
Jawapan: TIARANITA adalah Persatuan Isteri-Isteri & Anggota Wanita TM. Dan saya adalah anggota wanita TM dan bukanlah isteri anggota TM kerana saya masih single mingle. Kawan kawan saya pun semuanya anggota TM.

Soalan kedua: Apa itu Walk-A-Hunt, Walk-with-nature
Jawapan: Ala ala treasure hunt tapi gaya santai. No rushing rushing. Nama pun walk. Sebab ahli TIARANITA kan gadis gadis plus aunty aunty plus datin datin plus datin wannabe. heh..
Itu explanation untuk walk-a-hunt, tapi apa pula walk-with-nature?
Walk-with-nature adalah berjalan dengan alam semulajadi. Dengan kata lain, jalan sambil tengok pokok.

Soalan ketiga: Apa konsep program ini?
Jawapan: Konsep program ini tidak ubah seperti treasure hunt. Tapi ada sedikit lain. Yang lainnya, bukan cari harta karun tapi cari jawapan untuk soalan diberi. Event coordinator bekalkan kami dengan few question, hints & maps. Then kitorang kena cari jawapan base on segala apa yang ada di tempat kejadian. Bukan kena jawab soalan je, kami juga perlu mensetelkan beberapa game di check point untuk mendapatkan extra point. Contoh game, sumpit belon based on colour, sepit bola pingpong guna chopstick dan beberapa lagi.
Penyumpit (si ahli politik) yang gagal..haha

Penyumpit (si peguam) yang berjaya..pheewiitt..cayalah!!

Penyepit bola pingpong yang terer gila..hasil prcatice si Seoul Garden..haha
Pembaling (si ahli perniagaan) yang juga gagal..

Contoh soalan: soalan berbunyi "tengok dari kanan nampak ular".
Dan jawapannya adalah "AWAS"(signboard kat elektrik box tuh). Sila baca dari kanan ke kiri maka terhasillah "SAWA". Creative tak coordinator tu? Soalan dia agak pecah kepala la jugak. Kena tengok semua signboard pokok, dan apa apa yang ada disitu dengan penuh ketelitian. Pheewww..

Secara tak langsung kami sangat mengenali pokok dan nama scientific dan nama kampung mereka. Haha.

Contoh lagi: "Seorang kawan tersembunyi di sini"
Dan jawapannya adalah "Aranak" (nama sebatang pokok yang saya dah lupa rupa bentuk dia..haha). Oh ye, kenapa jawapan dia begitu sekali? Apa kaitan dengan soalan itu?
Ok, A (merujuk kepada seorang) RANAK (kalau disusun susun menjadi perkataan rakan=kawan. Sebab perlu disusun maka ia dikatakan tersembunyi).

Ok dah faham main dia macam mana? Bukan senang kan kan kan..

Soalan keempat: Apa hadiah kepada game yang pecah kepala ini?
Jawapan: Hadiah utama, tiket penerbangan pergi-balik ke Bandung, Indonesia. Berbaloi tak? berbaloi baloi kan. Hadiah lain lain, macam biasa lah periuk nasi, blender, dan lain lain (saya tau tu jer..eheh)

Kami yang gembira sebelum result diannounce..

Terdapat lebih kurang 30 group yang bertanding (saya ingat ingat lupa..tapi rasa betol la tu) dan group saya telah berjaya merangkul tempat ke.....


9!!!. (ok, power puff girl tu name group kami..sila gelak sekarang)

Ok lah tu kan..top 10!!haha
Dan kami telah menerima sebuah blender untuk setiap orang. Bangga la jugak sebab lepas ni boleh buat fruit juice. Hehe. Bayar RM20 je pun. Dapat blender cap Cornell dah kira berbaloi. Plus dengan kegembiraan di Taman Botani bersama kawan kawan. Plus gambar gambar yang tak henggat donia..Haha

Blender kebanggaan!!!!!

Nampak seronok kan??memang seronok la weeiiii...

Sekian lah entry yang telah lama di perap as draft ini. Hehe

p/s: now at office, so susah mau upload gambar. So for picca, go to my Facebook account!

[wawa]

Thursday, July 22, 2010

Cheng Guorong


woott woott...gambar diatas ialah En Cheng Guorong. Dia asal dari China. Profession dia ada pengemis. Ya diulang, pengemis ok. Apa special sangat mamat ni??

let's check it out!!


handsome x??


macho kan. the most macho pengemis in the world kut. dengan gambar kat atas ni la yang mengubah nasib pengemis ni. pada suatu hari, ada seorang photographer amatur, amek gambar dia. untuk suka suka. then dia letak dalam photopages dia (x sure photopages ke blog). then, ramai follower dia cakap pengemis ni kacak dan macho giler. start from that, photographer tadi start jejaki pengemis ini.


memang dia macho kan


ketara gamba ini photoshop oke


ini tak photoshop. hasil dari jejakkan dari photographer tadi, telah membawa tuah kepada En Cheng ini. Beliau telah dilamar untuk menjadi model jenama terkemuka dan dgr kata sedang menjalani shooting untuk movie yg berkisar tentang kehidupan dia dulu.


ini dia sekarang. see how's life changing in sekelip mata

moral of the story: rezeki kita tak siapa yang tahu. siapa sangka dari seorang pengemis, boleh jadi cam tu kan. kenapa la takde orang tetiba amek gambar aku, post kat blog and teros femes..haha perasan cun!!gilo..

haa...pagi tadi aku baca paper, kisah kat Singapore, ada seorang amah (maid/bibik) Filipina dapat RM14juta dari ex boss dia. Tuan dia tu seorang doctor kat Singapore, dan maid tu dah keje dengan doktor tu almost 30 years kut (if not mistaken la). Then baru2 ni doktor merangkap tuan dia tu meninggal. Doktor tu telah wasiatkan sebuah kondo mewah, kereta dan duit yg semuanya bernilai RM14juta untuk maid dia tu. How lucky she is kan. Itulah balasan kalau kita ikhlas bekerja kut. From my point of view laa. Ya, semua itu rezeki, semua itu naseb. Kenapa lah doktor tu x hired aku jadi PA dia kan..hehehe

Oh ya, pc aku dah berjaya diremote. Problemnye, IP address dah bertukar. aku baru tau IP tu boleh bertukar tukar dgn sendirinya (aku je ek x tau info ni? sungguh ketinggalan sekali =p). Now, boleh remote dan buat kerja dgn senang hati. Lalalaalala

entry end
-wawa-

Sunday, July 18, 2010

Long Long Time..

aduuhh..it is a long long time aku x posting..aku tgk last posting April 2009..now is July..ekekee...antara sebab blog tidak diupdate:
  1. busy dgn kerja (tipu)
  2. dah lama x on laptop (tipu juga)
  3. malas menaip (pun tipu)
  4. mata semakin rabun (tapi tgk FB no hal plak)
  5. MALAS (tepat sekali =p)
so I guess this would be a long long entry..kalau mood kerajinan la kan..(teruknya wawa ni)

starting with current life:
  1. my physical: makin gemuk (oh no!)
  2. career: makin best..I LOVE my JOB!!
  3. lagi apa??yang lain remain unchanged kut..
ok summary past activity:
  • 1st April officially aku transfer kat Level 9 as SAP Consultant Finance module. Dengar nama post tu cam gempak je kan. Haha. Tapi sebenarnya bukanlah consultant yg hebat2 mcm yang dibayangkan tu. Ermm mula mula masuk aku mmg blur la. Apa kerja aku kat sini sebenarnya ek?? Tapi aku gagahkan diri sebab this is my choice. Aku tak boleh simply give up. Aku tanya kawan2 yg more experienced, for beginning nak buat apa. So, follow their advise. Rajin2 kan diri main dgn SAP tu so that tau la jugak function button2 tu. Dulu time study de belaja cket2 pasal SAP nih tapi amatlah sikit. Time tu subjek ABC costing. Masuk sini cam lain plak rupa bentuk SAP tuh. So, bila free aku try la main2 SAP tu based on training document dlm shared folder. For me, it help a lot. First task aku, kena buat testing. Oh testing ni sgt best even cam boring cket. Tapi at least aku tau la jugak tcode tcode tu untuk apa (tau la sangat kan..haha). Then aku actively involve dgn 1 project under HCM. Kira bertuah jugak sbb start from the very beginning. Senang nak catch up everything. Otai2 pun byk membantu. Ajar buat config and testing. As at now, aku baru setelkan 1 CR. Simple je CR tuh so boleh disiapkan within time given. From this hands on job, I've learned so many things. Setakat ni aku suka keje aku. Tapi lately banyak dgr team mates nak moving out. Rasa macam x best sbb baru je nak rasa best duk ctu, tapi member dah nak moving out. Tapi ok la sbb moving to better place. Better place?? Government la tuh..
  • 1st April juga anniversary aku yang pertama dalam TM. Dalam TM ek bukan dalam GEMS. Aku masuk GEMS 1st June 2009. Kira dah setahun TM kasi rezeki kat aku. Setahun aku duk KL. Setahun aku kenal kawan2 MTP aku. Kitorang de wat small celebration kat Seoul Garden. Our relationship still tight even semua busy like hell (esp yang duk kat HSBB team).

    ada lagi yang takde..time ni juga cinta Kaykay dan Fatin berputik..chewaahh

  • 2nd May birthday aku. Ada double celebration. 1st kat office by ex team mates (Level 6). Diorang buat awal sbb aku nak balik Kuantan. Tapi gambar tu dah hilang (bukan hilang, aku delete actually..kenape??sebab aku je yang tau..wakaka). 2nd celebration sharp on 2nd May kat umah aku. Together dgn my family dan anak2 sepupu kesayangan ku. Organized by mak aku yg cool. Ho yeahh!!Hadiah harijadi dari mak aku bracelet bola2 whitegold tapi boleh x putus setelah seminggu aku pakai. Teruk x aku??hahaha..Naseb baru beli, boleh la tukar. So dah ditukar dgn bangle yg same design. Kukuh la cket untuk aku yang ganaz nih..
Mak aku yang cool

kanak2 ribena kesayangan ku..adikku tukang amek gamba

Kek yang yummy da boooomm
  • 8th May ada TM Award Nite with theme Bond Nite, License to Shine. Aku gie ngan Kak Maya and sorang lagi secret agent. Wahahaa..Tapi theme malam tu macam red and black. Kira aku menepati tema la tu. Aku rembat baju yg mmg dah de dlm wardrobe jer. Juz beli red belt jer. Abg aku patutnya dinominate as best worker tapi last2 nama dia tercicir. Takpe, cuba lagi tahun depan (tapi dia dh nak out TM, merajokkah??ahahah)
GEMS Bond with Agent Z
  • Bulan bape tah.. May kut, aku dapat BONUS..wahaahaa...1st time dapat bonus. Alhamdulillah, banyak la jugak (for the 1st time kan)..Hasilnya aku beli kamera LUMIX untuk aku, PSP untuk adik aku, HP untuk mak aku. Bestnya kalau dapat bonus every quarter kan. Or at least twice a year. Hahah, banyak cantekkk...
  • Apa lagi aku nak citer ek??Oh, bulan May jugak (end of May) my best kazen kawen dgn my senior sekolah dlu (macam xde org lain..hahah)..may both of you happily ever after!
  • June plak opizmate aku merangkap kawan aku i.e Kak Nojie kawen..aku jadi her bridesmaid..Uh malu tapi hentam je laa..Hahaha..And the most, pengapit lelaki tu ada ati nak adjust aku. Gile lawak..Tapi he's not my taste. Bukan memilih, tp terpaksa memilih. Hahahaha (macam keji je kan). Bukan senang nak cari Mr Right kan..
  • Dalam tempoh beberapa bulan ni, ada 1 kejadian yang agak menganggu hidupku. Aku disukai bukan oleh pengapit lelaki itu sahaja, tetapi oleh seorang PEREMPUAN!!Oh no!!I'm straight oke.. Argghh, kalau lelaki suka sng je aku nk handle tp bile ppuan suka, rasa pelik, rase geli..masalahnya, dia kawan aku yang aku baru kenal setahun. Aku gila musykil pikir, asal minah ni leh suka kat aku. Aku bukan tomboy. Aku gie keje pakai baju kurung. Pelik pelik.. at first dia takde la directly cakap suka kat aku. Tapi macam ade bagi hint dia sayang aku. Oh no, aku type ni dgn penuh rasa kegelian. aku igt die sayang aku as kakak adik je la kan sbb kitorang tak sebaya. Tapi bila dia start jelez melez aku pun start blah dari hidup dia. Aku takot sangaaatttt....Huwaaaaa!!! (this is my craziest experience in my whole life) So, sekarang dia dah no more in my life. Lantak la dia..
  • Haaa...dah panjang ni..tapi byk lagi nak citerr...ok la, cut it short, aku baru balik dari holiday Langkawi dgn housemate aku. Fabulous!! Aku stay kat Bayview Hotel kat tgh2 bandar tu.. aku kayakah??oh no!! sponsored by mak aku yg cool..kalau tak, sure la aku tido motel tepi chenang tu jerr...murah pun murah, best pun best..Dah lama x gie Langkawi. Dulu zaman study selalu la jugak gie sbb dekat je kan. I miss Langkawi so much larr...Tapi kali ni byk shopping. Bese jalan2 jerr...And ni 1st time aku kene tax. Siut miut jerr.. Tapi aku berjaya nego2 ngan akak kastam yg cun dan sopan santun itu (aku puji sbb die kasi diskaun..hehe)..So, from 100 plus, aku kene byr 50 jerr...tu pun aku soh kak maya byr sbb die punya brg yg kene tax tu. Sorry kak maya!!
  • Aku rasa, dah takde yang terlintas diminda aku dah kut skang. Next time aku continue writing kalau kerajinan melanda lagi..hehehee
p/s: aku sedang tonton Zombie Kg Pisang..haha

entry tamat
-wawa-

Tuesday, March 30, 2010

Teaming with PASSION!!!

Aku sedang menjalani Teaming with PASSION - TM!!!!!!

AWESOME!!!!!!!

Thanks to TM for this fabolous course...

Monday, March 1, 2010

I Go....


I Go
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone

Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life, you’re my sweetest nightingale
But I can’t hear it here no more
And I go
I go

Hush now, don’t shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

Harini last day aku kat Level 6 TM Annexe 2 ni. Harini juga genap 9 bulan aku kat sini (Jun '09 - Feb '10). Means aku akan meninggalkan GEMS Business Development & Support. Tapi aku still warga GEMS lagi. Tapi dah up level la. Up dari level 6 ke level 9 ye. Bukanlah naik pangkat ( I wish). Heheee..Level 6 ni best giler. Bukan best sebab air cond dia ek (sangat la membeku kan diri), tapi best sebab penghuninya. Sangat la cool, sempoi, havoc, friendly dan lain2 yang best. Bukan je member2 je best, boss2 pun best. Boss aku paling sempoi laa..

Aku x tau la macam mana aku kat Level 9 tu nanti. Mintak2 la sempoi gak. Baru best nak keje. Sedih nak tinggalkan warga Level 6 ni. Tapi demi career improvement aku, I have to go.

Lunch hour tadi, geng2 level 6 telah mengadakan farewell party kecil-kecilan untuk aku. Sedih!!
Lokasi santapan kat Basil (click for info) Bangsar Village. Gambar akan muncul kat FB soon.

Thanks for the moment kawan-kawan...
Powered By Blogger