Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Adam Jumpa Dr Foo Lagi!

Semalam bawak si Adam jumpa Dr Foo lagi. Basically follow up dengan dia dah done. Tapi semalam aku sambung jumpa lagi sebab nk amek vaksin for rotavirus and pneumococcal. 1st dose last month aku amek kat KTS. Masa tu bill RM498. Kat Pantai semalam RM380 sahaja. Sebab procedure and consultation doctor charge to insurance. So jimat di situ. Suke2. Tapi Pantai hospital sekarang dah macam GH. Ramai gila manusia. Agaknya sebab banyak company cover kan. So why you want to go to GH kan. Guna la segala benefit yg ada. Tapi rasanya ramai jugak yang self pay. Boleh detect la muka self pay tu macam kaya2 jer. Huhuuu

Rotavirus ni ada 2 type rupanya. Dr Foo la tnya yg 1st dose dulu type apa. Terpinga2 kejap. Pastu call KTS tanya. Dia ckp rotateq (x sure correct spelling cmne). Rotateq ni complete dose dia 3x. While rotarits (pun tak tau correct spelling) complete dose 2x jer. So Adam ada balance lagi 1 dose untuk rotavirus. Rotavirus vaksin price RM190 kat Pantai. Rotavirus ni oral, masa doktor bagi makan ubt, Adam baik sgt menikmati ubt tu mcm sedap sgt. Dah abeh ubt pn siap muke x puas nak lagi. Goodboy sgt anak ibu.

For pneumococal plak. Complete dose pun 3x. Tapi bleh amek booster on 4th dose. Yang ni pn ada few type jugak. Tapi aku x ingat sebab nm dia ssh nk sebut. Tp semalam Dr Foo bagi the best one. And solution tu akan bagi mild discomfort to baby. Price also RM190. Vaksin ni Adam ada balance lagi 2 dose including booster. Pneumococal ni kena inject. Masa inject Adam x nangis tapi few second lepas tu dia nangis tp kejap je. Pastu gelak balik. Strong baby!

By 27th ni Adam is 5months. By right dia kena amek mandatory immunisation (5+1) tu. Tapi according to Dr Foo, just come one month later. Kalau ubt tu ada stock, dia akan bg yg tu dulu and additional vaksin month after. Huuu pening jugak aku nk paham schedule vaksin ni. Plus sekarang ubat susah sgt nk dpt. Bertabahlah.

Haaa lupa nk cerita, pagi before g hospital tu Adam nak berak. Masa tu nk mandikan dia. Pastu nampak dia nk teran. Masa tu aku dh bukak pampers dia. Nampak kua seketul keras tp x lepas keluar. Sian dia. Sembelit plak. Ni first dia sembelit. Menangis2 dia. Aku pn rasa nk nangis tgk. Dah xtau nk wat cne. Paham sgt skt tu. Kalau org tua sembelit pn sakit ni plak baby. Pastu aku pakaikan balik pampers dia, dukung2 calm kan dia. Dia try jugak teran. Sian sgt. Pastu aku bagi air zamzam cket. Pastu baru dia berjaya lepaskan semua sambil nangis. Stool dia byk jugak and memang keras. Pastu ada blood cket kat stool dia. Agknya sbb dia teran tadi kut. Aku cerita kat Dr Foo. Dia ckp normal constipation utk baby yg consume susu formula. Tapi kalau selalu sgt kena so need to tukar susu. Harap2 pasni ok dah laa. Sorry Adam. Ibu tak mampu nak fullt breastfeed Adam. Kalau x mesti guts Adam ok je all the time. Sorry sayang.

Semalam jugak first time Adam duduk dalam carseat. Behave sgt. Tp oleh kerana dia nk tido, aku riba la dia. Sian plak kepala terlentok2. 

Semoga Adam membesar dengan baik.

Wednesday, October 28, 2015

Adam Rizqi 4 months, Follow Up, KL Bebas Jerebu

Alhamdulillah yeaaayyy. 27th Oct 2015 marked Adam Rizqi 4 months old. Pencapaian dia setakat ni, makin byk cakap (bahasa dia la), kuat jerit, suka tgk tv especially iklan, suke gelak terkekek2, pandai pegang botol, pandai pegang toys and sumbat dalam mulut (tu sampai kena rotavirus tu), pandai cabut puting dari mulut n masukkan semula (comel gile), susah nk tido tp bila dh tido lena sgt dan paling penting makin kuat hisap susu, kencing dan yak. Hahahahaa

Tapi still belom pandai mengiring sendiri, tapi suke tido mengiring. So kne tolong la dia. Meniarap pn dh pandai angkat kepala. Pun kena tolong.

Harini pegi follow up dekat Pantai Hospital. Alhamdulillah everything is ok. Doktor ckp he's development is FANTASTIC. Wowww sgt! Doktor just suruh dia exercise je untuk kuatkan leher dia. Next vaksin pn aku nk amek dgn dia la. Amek mane2 pn sama je pmcare x cover. At least kat Pantai ni consultation pmcare cover. Just byr harga vaksin je la. Next 16 Nov aku dtg lagi utk amek pneumococcal and rotavirus. Lepas tu amek vaksin 5 bulan plak. Yg susah gle nk ada stok tu. Asek kena cucuk je la anak aku. Nak sihat camtu la nak.

Balik dari spital, aku bwk mak aku melawat taska yg bakal dihuni Adam minggu depan. Aku dh expect reaction mak aku. Hahahaa. Yela sbb tu aku mintak mak aku stay lagi sebulan dulu. Taska tu luas tapi kosong. Tilam pn buruk2 je. Mmg sedih la nk letak anak kat situ. Tapi ibu have no choice sayang. Ibu kena work. Semoga anak ibu sihat sejahtera di mana saja berada. Takpe nanti ibu beli toys best2, ble malam and weekend kita play together k. Ibu promise tak masak. Hahahahahaaaaa.

Aku suke sgt harini sebab udara sgt nyaman. Bila bukak sliding door tgk luar, subhanallah wowww sgt! Macam bumi baru lepas dicuci. Macam tgk tv full hd. Clean and clear. Sepanjang aku blk kl kelabu asap jer. Ni la baru nampak pokok kaler hijau. Harap jerebu tak kembali dah.

P/s: perasaan tak posting blog aku cte pjg2 pastu baru gmba. Sebab aku post gne henpon. Malas bukak laptop. Sbb gamba dlm hp mls transfer. Ble post gne hp kne tulis2 baru attach image. Pastu x boleh nk letak caption kat image. Paham x? Tak tau la kalau aku tak pandai. Tak kisah la janji ade citer and gambar. Huuuuu

Monday, October 26, 2015

Makanan tak sihat

Harini aku dh start keje balik. Adam dah Alhamdulillah sihat. Dah boleh main game dgn abah dia. Hahahaaa. Tapi aku masih bagi dia makan prebiotik yg hospital supply. Sbb kan aritu dia cirit so risau bacteria baik dh keluar sama. Sbb tu kne topup balik dgn prebiotik tu. Minggu depan dah nak hantar nursery. Berdebar rasa. Tawakal je la.

Bila dh start keje ni mula la aku makan benda tak sihat. Contohnya Mamee, Cocopie, Choco Roll, Appollo. Huwaaaaaa. Aku konon2 dah nekad nak jaga lifestyle. Sbb takut kena diabetes. Skang mmg aku dh kurang sgt amek air manis. Mmg x ske sgt pn. Kueh manis pn jarang amek. Just nasi la byk. Pastu karbo lain mcm mee, bihun, roti, biskut. Pun x sihat sebenarnya kan. Aaaiissshh kne check balik diet aku nih. Aku diet bukan utk slim tp utk sihat. Tapi skang mak aku de kat rumah, so mmg tak leh elak la mkn nasi tu. Pagi2 pn mak aku masak heavy. Kalau x aku telan oat jer. Xpela janji sihat dan bahagia. Huuuuu

Wednesday, October 21, 2015

Adam Rizqi | Acute Gastroentritis (AGE) | Rotavirus

Sedihnya rasa hati ni Allah je yang tahu. Normally Adam akan berak 2 hari sekali. Hari Khamis masa kat Tganu dia berak tp x banyak macam biasa. Patutnya dia berak plak Sabtu tp xde. Ahad dah smpai KL baru dia berak. Banyak. Masa tu kul 7pm. Tetibe dalam kul 10 lebih dia berak lagi. Aku ingat sebab peram 3hari so extra cket la. Ok xpe. Lagipun stool dia nampak normal. Pastu malam tu dia macam x selesa. Dalam pukul berapa pagi tah dia berak lagi. Aku dah pelik. Pastu Isnin aku x keje sebab sakit pinggang plus penat sgt. Haritu aku x igt dia berak tak. Hahaha. Jap nk ingat. Ada rasenya. Tp aku ingat dia skt perut sbb nk masuk bulan ke4 dah. Tp mlm tu dia mcm cirit plak. Neves dah.

Tapi Selasa aku pegi jugak keje sebab ada kelas mengaji. Sayang nk ponteng. Aku msg mak. Mak ckp still cirit. Setiap kali lepas susu. Dia pn x aktif main. Aku bgtau laki aku. Balik keje terus decide nak bawak pegi klinik. Masa tu badan dia pn panas. Aku pn cari la klinik terdekat ngan rumah aku. Dah la baru pindah. So x familiar lagi klinik area tu. Then jumpa Klinik Mediviron. Masa kat opiz aku de google pakar kanak2 area rumah aku tu. Tpi tutup awal. Aku pn hentam je la g Mediviron tu. Bukan panel plak. Lantak la janji cpt. Nk g klinik panel jauh, jammed plak tu. Masuk je klinik doctor plak xde. Kua dinner. Tunggu la bbrape minit. Si Adam dh asek merengek. Doctor smpai aku tgk sgt la tak menyakinkan. Doktor perempuan India siap bwk anak lagi. Dia cek lebih kurang je pastu bg ubt demam n cirit. Caj RM40.

Balik je rumah Adam cirit lagi. Bagi la ubt. Demam dia kurang tp cirit tetap macam tu. Malam pn dia cirit tp aku x perasan and sbb ngantuk sgt aku x cek pampers dia. Sorry sayangku. Bgn kul 8 bontot dia dh merah gila melecet. Aku rs nk nangis tgk. Kalau kte kne camtu pn sakit ni plak baby. Dia keep cirit. Aku decide tak g keje. Tp laki aku pegi jugak keje sbb cuti dia x byk.

Masa mandi dia meraung sekuat hati. Aku paham sebab bontot dia pedih sgt. Pastu dia cirit stiap kali lepas susu. Aku sapu Sudocrem. Mmg tu nappy cream yg dia gne and biasanya cpt effect dia. Aku call laki aku soh blk segera nk bwk dia pegi Pantai. Sbb kesian sgt tgk dia cirit dh keluar lendir2 hitam. Aku takut dia dehydrated.

Laki aku sampai terus aku bwk g Pantai. G emergency unit doktor terus mintak sample stool. Naseb bukak je pampers kebetulan dia tgh berak. So doktor nampak la lendir2 and bijik2 tu. Lepas amek sample stool doktor ckp nk amek darah. Masa ni mmg aku rs nk nangis. Dia meraung sekuat hati ms kne cucuk amek darah. Yela bontot pedih, perut skt, kne cucuk plak. Ble semua sample dh hantar kat lab, aku kne tggu 2 jam. Tgn Adam dh berbalut masa ni. Aku peluk je dia. Sbb aku tau dia takut n sakit.

Lepas 2 jam, doktor confirmkan dia kne bacteria infection and kne admit to ward untuk msk antibiotic and drip. Paedtrician pn datang untuk explain. Doctor Cina perempuan cantek dan bergaya. Dr Foo Wang Leng. Baik doktor tu. Adam pn masuk la ward. Masa kat ward paed dtg visit lagi, dia ckp yg Adam kne Acute Gastroentritis by Rotavirus. AGE tu nm penyakit dlm perut yg dibawa oleh rotavirus.

Tapi yg naseb baik, aku baru lepas amek vaksin rotavirus. So sbb tu keadaan Adam x teruk sgt. Dia masih selera makan and just cirit je. Xde muntah2.

Doktor ckp ada byk punca penyakit ni. Maybe sbb udara, habuk, air, botol, puting, tgn or benda2 yg dia bwk msk dlm mulut.

Malam pertama dia still berak lepas susu. Semua pampers dia kne bagi kat nurse utk monitor. Tp dia dh kurang merengek sbb bontot dia dh kurang pedih. Doktor pn kasi sudocrem jgk. Sama yg existing dia gne. So bercuti la aku di hospital. Hrp2 lepas ni Adam makin kuat.

Hari kedua dia dh getting better. Dh boleh gelak2 tp still ada cirit cket2. Demam xde dah. Ibu tau Adam strong. Malam pn dah xde cirit. Hari ketiga dah boleh balik dah. Yeaayy syukur Alhamdulillah

Saturday, October 17, 2015

Vaksin Pneumococcal & Rotavirus

Sesampai je kat Kuala Terengganu, aku terus ajak laki aku singgah KTS (Kuala Terengganu Specialist) untuk amek vaksin Adam. Masa otw dr Kuantan dah call dah. Kat KT, situ je ade vaksin tu. Actually dah lama aku plan nk amek vaksin tu since nak hantar Adam nursery kan. So nak amek precautious action laa. At least kita dh prevent, dah put shield. Nak sakit jugak tu ketentuan Allah la. Tawakal je laa.

Masa dalam pantang dulu penah sekali dua jupe specialist paed. Masa tu Adam kerap kembung. Paed tu suggest tukar susu. Since susu aku x cukup utk dia, aku topup dgn anmum. Sbb anmum tu free hospital bagi masa discharge dulu. Tp maybe anmum x sesuai dgn dia. Paed suggest to consume susu yang special formula and easy to digest. Ade beberapa brand and aku pilih Enfalac Gentlease. Nanti boleh continue dengan enfagrow plak. Mahal pn xpela sbb aku review enfalac 90% sama dgn susu ibu. Dah aku x mampu bg susu aku, aku try to give him the best. Brand lain ada Similac Advance Formula, Novalac AC, ape tah lagi tpi de word total comfort. Tu semua special formula utk senang hadam. Hrga susu Enfalac tu RM50.40 utk 400g (seminggu) *pengsan*

Ok berbalik pasal vaksin, masa jupe paed tu la dia cerita pasal vaksin2 tu and benefit kalau amek and risk kalau x amek.

Macam pneumococcal utk prevent meninggitis which can lead to brain damage, pneumonia (paru2 berair). Tapi even dh amek vaksin ni, still boleh jangkit flu kalau de virus flu kat nursery. At least yg virus bahaya dh dapat diatasi laa. 

Macam rotavirus plak utk prevent sakit perut yg disebabkan virus rota. Rota tu sejenis cacing rasanya. Kalau kena akan muntah2, cirit birit yang lama dan teruk sampai dehydrated. Sanggup ke ko tgk anak ko cmtu kan. Kalau amek vaksin ni, still boleh kena tapi x seteruk kalau x amek vaksin. Haa paham x? Pastu boleh jugak kena diarrhea yg disebabkan virus lain. Bukan la ko amek vaksin ni terus anak ko x kena cirit birit muntah2. Tp yg paling teruk tu dpt diatasi la. 

Since aku amek both vaksin ni masa Adam 3bulan, so aku kena amek full set that is 4 doses. Every 2 months. Pneumococcal tu injection while rotavirus tu oral sebab nk direct to usus kan.

Both vaksin ni are pricey. Haritu aku kena caj RM494.35 for vaksin and procedures. *Pengsan lagi*. Takpelah demi anak tersayang

Saturday, October 10, 2015

Sikat

Hoi sikat pun nk post ke? Hahaa. Sebab tetiba arini laki aku bwk blk sikat rare legend tu. Zaman ble tah org guna sikat camtu. Td dia g potong rambut, balik2 bwk sikat merah tu. Padahal sebelum ni jarang2 pun dia guna sikat.

Sikat bodyshop tu of course la aku punya. Nampak tak betapa byk rambut gugur. Tu pun dah clear kan cket before snap gmba. Hahahaa. Rambut gugur akibat Adam dah pandai main2 air liur dia. Aku x paham ape rasionalnya tp org ckp bila anak start main air liur rambut maknya mesti gugur. Ada baca kat mana tah, rmbut gugur tu utk stabilkan hormon blk. Tak tau la betul ke tak. So harap2 cpt la dia berenti main air liur. Kalau x aku kasi potong je la rambut nihhh

[wawa]

Friday, October 9, 2015

Eosinophils and Diabetic

Ok penah dengar tak eosinophils? Alaaa kalau ko medic student ke doktor ke nurse ke healthcare ke msti la tau. Tapi aku yg study accounting and keje IT mesti la blur gle dengar menda alah tu. Nk sebut pn siap ngeja lagi. Doktor sebut laju je. Basically eosinophils tu muncul kat blood test result. Aku tak tau la dia sejenis apa. Tapi lepas aku abeh pantang aritu, aku g la medical check up. Sbb masa preg kan aku ada kencing manis. Bahasa medic GDM. Kencing manis masa preg. So lepas pantang kena cek still kencing manis or tak. Dalam pantang aku ade jgk cek randomly guna glucometer. Ternyata gula aku tinggi post prandial (2hrs after meal). Penah cecah 11.2mmol/l. Cuak gila siut. Terus berdiet sakan. Then aku naik je keje trus g klinik. Doktor cek pn tinggi. So dia decide to have accurate test which have to fasting and do a proper blood test.

Masa review blood test result, doktor tanya adakah aku allergic terhadap ape2 food or environment? Aku ckp before beranak takde. Tp after beranak aku notice aku naik gatal2 lepas mkn ubt anugerah tu. Gatal yg kronik. Tp mkn bnda lain xde la plak gatal. Mkn telur ok, udang ok. Doktor pn show result, dia ckp eosinophils aku tinggi. Normal range is 0-4 tapi mine is 37 *jawsdrop*. Doktor cerita thats show that my blood allergic to something which not sure ape. To know details aku kena wat another blood test special for allergic. Tp since aku x notice pape, aku malas nk buat. Just beware of what i am eating. Maybe jugak akan allergik pada habuk. Kalau rasa naik gatal2, kena fikir punca and avoid. As at now i think i am ok.

Gamba bawah tu aku compare result Nov 2014 dengan Oct 2015. Masa 2014 eosinophils aku 1 jer. Lepas beranak 37. Apehal tah. Tapi as long as aku ok, xpela. Nanti just jaga makan laa.

Ok berbalik pada glucose reading and hba1c, Alhamdulillah doktor confirm that i am non diabetic. Tp masa guna glucometer jadi tinggi sbb body aku lambat change gula tu. Means that insulin badan aku slow bekerja. Bila fasting everything back to normal. Bacaan aku 5.0 which normal range is 4-5.5. Still aku kena jaga lifestyle. Luckily i am not a sugar lover. Tpi i am a rice lover. Hahahaa. Kne reduce direct sugar, hidden sugar (mcm sos, kicap, biskut, fruits yg sweet, junk food of course kena buang terus), karbo pn kena reduce. Eat a lot of protein and vege. InsyaAllah

Monday, July 18, 2011

Sakit kepala akibat Nescafe?

Mungkin ramai menghadapi situasi seperti sakit kepala akibat minum Nescafe yang terlalu pekat atau ada juga yang menghadapai masalah sakit kepala akibat tidak meminum Nescafe. Which one is yours?

Aku peminum Nescafe yang berjaya. Since sekolah kut aku minum every morning as my breakfast. Sampai satu tahap aku menyedari bahawa aku tak boleh tak minum Nescafe. In order word, aku dah addicted! Aku sedar ni bila suatu hari aku tak minum aku akan sakit kepala tahap gaban. Tapi syarat aku minum Nescafe/Coffee is once in a day je. Kalau lebih pun sakit kepala jugak.

Aku pernah cuba untuk stop sebab according to pakar pakar kesihatan, kafein is not good for your health. It's contains a lot of toxins. So to balance it, maybe aku kena ambil anti-oxidants punya tea or what ever related la.

Satu hari aku pernah cuba stop. Tapi aku memang rasa sakit yang amat sangat. Level nak muntah2, tak boleh buat kerja. What the heck sampai macam tu sekali. Last sekali aku kena makan Panadol plak. So dari aku addict dengan Panadol baik aku minum je Nescafe kan.

Harini aku sakit kepala lagi. Cerita dia macam ni. Hari Sabtu haritu, aku seronok melayan Korean drama kat Maadu.com. It is FREE man! So layan je la. Takde buffering plak tu. Elli plak keje, tv plak takde cerita menarik. So layan je la kan.

Layan punya layan sampai la tengah malam. Biasa la tengok drama Korea kan. Kalau boleh nak abiskan semua episod. Sedar tak sedar aku tengok sampai pukul 3.30pagi. Elli pun join the club dah time tu.

Esoknya, aku pun bangun la tengahari buta akibat tidur lambat. Bila bangun tu kepala dah berat. Aku membuat andaian aku sakit kepala sebab:
  1. Tidur lambat bangun lambat maka terlebih tidur
  2. Tak minum Nescafe lagi
  3. Tak breakfast jadi angin dah memenuhi kepala
Mana satu yang betul aku pun tak sure. Mungkin kombinasi kesemuanya. Tapi aku minum jugak la Nescafe before keluar rumah tu. Time tu sakit yang moderate je. Kitorang keluar sebab ingat nak g rumah Kak Nurul melayan si kecik Hasyf yang comel itu. Tapi sebelum tu kitorang lunch kat Saba Nasi Arab tu. Sempat pulak makan kambing. Lagi penyebab sakit kepala kut. Tapi org cakap kambing kedai nasi arab ni tak sakit kepala sebab dia grill. Tak tau la betul ke tak. Nasi kat sini memang terbaik dari ladang la. Sedap giler wooo. Ni kali ketiga aku makan sini. First dengan team finance, second dengan Elli sbb nak kasi Elli rasa, third this time la sebab teringin. Jarang makan sini sebab jauh dengan rumah. Kat Dataran Jelatek.

Tengah2 makan, Kak Nurul message die cakap tak de kat rumah petang tu. Aku ngan Elli ok je sbb kitorang memang ada plan nk g shopping kat Sogo pun. Kitorang pun pegi la Sogo. Ramainya manusia. Maybe sebab org nak shopping raya before puasa kut.

Shopping punya shopping sakit kepala muncuk kembali.

Terus ajak Elli balik. Malas makan Panadol lagi sebab malas biasakan makan Panadol. Ingatkan lepas bangun tidur ok la. Sampai ke pagi sakit rupanya. Pagi tu nak pegi jumpa lawyer kat Keramat, nak sign S&P. So tak sempat la breakfast sebab nk cepat.

Lepas dah setel sign S&P baru kitorang breakfast. Aku order la Nescafe. Tapi still tak hilang sakit kepala. Sampai office lagi sakit. Sebab dihujani dengan masalah kat office yang tak henti henti. Haha

Aku pun dalam keterpaksaan telan jugak la Panadol setelah tak reti nak baik2 setelah hampir sebotol minyak kapak digunakan. Cesss.. Rasa nak muntah siut. Gila tak??

Dalam masa tu aku terpikir gak, ada tak dalam hidup aku ni, hari yang aku tak minum Nescafe tapi tak sakit kepala. YA!!Jawapannya ADA!!! Time aku warded dulu. 7 hari aku tak minum Nescafe. Gila kau duk hospital mana boleh minum kopi. Hari2 dia bagi Milo dengan susu je. Tapi aku OK je. Apakah faktor2 aku OK tu ek??
  1. Sebab duk hospital masuk drip all time so drip tu membantu.
  2. Beberapa jam sekali aku akan dicucuk dengan ubat antibiotik dan tahan sakit - sebab tu tak sakit kut kan?
  3. Tidur je all the time. Mana pikir pasal kerja ke ape ke.
So moral of the story, aku boleh la tak minum Nescafe. Provided, minum air banyak2, rehat cukup2. Heh ye ke boleh cam tu?

Ataupun aku pergi hospital, mintak masuk ward sampai addicted aku hilang. Haha

Mission aku sekarang adalah untuk berhenti minum Nescafe/Coffee dan seangkatan dengannya.

Say NO to COFFEE!!!

[wawa]

Tuesday, September 28, 2010

Demam Denggi @ Dengue Fever

Wah sudah lama diriku ini tidak mengupdate blog. Bukan apa, diri ini sudah busy. Busy dengan apakah?? Setelah entry terakhir, diriku ini busy dengan bulan puasa. Sepanjang puasa I memasak sendiri ok. Boleh kira je berapa kali diriku ini membeli makanan di bazar. Itu pun bazar bawah rumah je. Bazar kecil kecilan. Tahun ni tak ke bazar besar besaran pun.

Ketam blackpepper adalah contoh menu di bulan puasa..biasa biasa je =p

Maka busy laa. Tahap kueh mueh pun buat sendiri tau. Memang membusykan diri la. tapi memasak is FUN!! Itu belum kira busy dengan mengkayakan En. SOGO lagi. Kekekee. Dah save belanja dapur, boleh la abeskan dekat en SOGO. Haha.

Oh ye, saya sudah pun membeli handphone baru lagi pada awal Ramadhan yang lalu. Kerana itulah saya memasak sendiri. Kerana sudah ketandusan wang membeli handphone baru secara tunai. Handphone apakah?? Alaa, handphone Nokia C6 je. New model. Klon N97 tapi lagi murah dari N97. Kenapa lagi murah?? Sebab built in memory dia tak sebesar N97. So dapat mengurangkan masalah hang, legging dan sebagainya. So far, I'm satisfied la dengan ini telefon.
Pada awal Ramadhan iaitu sama hari dengan hari membeli handphone itu juga diriku ini dan rakan2 UUM ku telah membuka puasa di Intekma Resort. Sedap woo kambing bakar dia. Masih terbayang kenikmatan makan di situ. Oleh kerana 1st week of Ramadhan, so the price is RM35 per pax. The following week akan menjadi RM45 per pax. Naseb plan nak gie awal. Jimat RM10.

Setelah itu muncullah Hari Raya, tapi diriku ini tidaklah beraya sakan kerana diriku ini diserang demam denggi (seperti tajuk di atas - baru masuk cerita yang sebenar setelah bebelan yang panjang).

Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Diriku ini telah pulang ke Kuantan bersama abg dan kakak iparku pada hari Rabu. Sepanjang perjalanan rasa sejuk gila tapi mungkin kerana hujan dan aircond kereta. Mungkin. Setelah tiba je kat rumah Kuantan, terus rasa kesejukan yang amat sangat. Tahap gigil. Dan rasa tidak bermaya lagi untuk berdiri, berborak dan apa apa aktiviti yang menggunakan tenaga. Oleh itu, diriku ini membuat keputusan untuk tido je. Pakai sweater, simut tebal2, kipas pun tak on. Dalam area pukul 2 pagi tetiba rasa panas yg amat sangat. Maka saya sedar yang saya demam. Oh no, nak raya demam mana boleh jadi nih.

Keesokkan hari nya disebabkan demam yg tidak ada tanda untuk pulih, saya telah buka puasa semata mata untuk makan ubat demam. Selera makan telah hilang entah ke mana. Demam semakin terok dan terok dan saya hanya mampu tido dan tido. Uh so bad!! Tak dapat menikmati keseronokan memasukkan beras ke dalam ketupat dan membantu mak membuat rendang.

Selepas maghrib, badan semakin panas. Oh harus ke klinik dengan kadar segera. Ah klinik mesti kasi panadol je. Harus jumpa doktor pakar ni. Haha. Nak cepat baik punya pasal. Nak Raya!! Then terus ke KMC (Kuantan Medical Centre) pada malam raya itu (rugi tak dapat dengar takbir raya). Doktor cakap demam panas biasa je tapi blood pressure sangat la rendah. Mungkin kerana tak makan langsung. Bukan saja itu, malah badan semua rasa sengal2, bisa2 especially kat pinggang and belakang. Sangat sakit. Nak berdiri pun tak larat, duduk pun tak larat.

Hari raya telah tiba. Dengan sisa sisa tenaga yang ada, diriku ini nak jugak pegi beraya. Tapi semayang raya memang tak larat nak pegi. Pagi raya try sumbat ketupat dalam mulut tapi sebijik pun tak abeh. Rendang pun tak lalu nak makan. Satay pun tak rase langsung. Takde tenaga nak makan satay tu. Haha. Kronik gila condition time tu. Tapi still nak pegi beraya. Pegi la beraya dengan rasa sungguh lemah sekali. Tengah tengah syok beraya, badan2 rasa gatal. Ada merah. Denggi kah??Mungkin. Perlu ke hospital lagi!!

Pada malam itu, sekali lagi ke KMC. Doktor ambik darah tapi result shows negative from denggi. Abes tu apa??Chicken pox kah??Oh no!!Demam masih demam. Sepanjang Sabtu, tiada tenaga. Cuba makan tapi tak lalu. Sumbat ubat je laaa..

Ahad, kuatkan diri, berjaya makan sikit dan tengok tv. Haha. Tapi masih demam plus sakit badan! rancangan BBQ kat Temerloh terpaksa dilupakan untuk pegi hospital lagi. Blood pressure very very low. Doktor terus masuk air dan warded dan amek darah dan dalam ward baru tahu yg positive denggi. Bermulalah kehidupanku selama seminggu di ward KMC sebagai pesakit denggi. Sangat seksa. Masuk air 15 botol. Belum kira yang minum manual. Masuk ubat je berbotol2. Amek darah berkali kali. Cucuk merata rata seluruh badanku. Oh sangat perit hidup di kala itu.

Ni nyamuk yang gigit diriku itu..macho tak??weeiii, asal ko gigit aku haaa??

Bila dah hampir sihat, dah tak masuk air, rasa seronok plak duk hospital. Ada orang layan, makan sedap. Hahah..tapi dah2 la duk hospital weii. Time to back to home. Dapat mc seminggu. So total cuti raya plus mc is 20 days!! Gila kau.

Tapi before ni aku memang tak tau denggi tu sakit dia macam mana. Ingatkan demam je la. Rupanya virus tu makan sel darah putih kita atau nama medicalnya Platelets. Sebab tu boleh sebabkan maut. So, sepanjang aku kat hospital tu, hari2 kena amek darah untuk cek whether platelet dah naik ke belum. Setiap hari doktor datang cakap platelet makin turun, cuak siut. Hari ke5 baru naik. Alhamdulillah, tapi virus tu still ada dalam badan ni. So bad kan!!As at now pun, selalu rasa lemah2, cepat penat, sakit sendi. Doktor cakap antibodi still lemah and kena makan benda2 yang boleh upkan platelet. Sampai 3 bulan tu kene cek up. Makanan yg membantu seperti sup ketam nipah, jus daun betik (sumpah aku seram dengar nama jus ni sebab dh boleh imagine rasa dia), 100plus, sup bayam merah, kerang (ni aku reka..haha).

Bila masuk office, kena cari mood untuk buat kerja. Naseb baik semua ID and password still ingat. Hahah. Sebagai langkah sebab tiada mood adalah dengan mengupdate blog yang sudah bersawang ini. Hehe. Sekarang boleh sambung kerja. For picca refer to my FB account! nih ada sekeping dua..

merah merah..redspot!!

pesanan penaja: jaga diri baik2, jangan bagi nyamuk gigit. Kalau rasa nyamuk gigit cepat2 minum 100plus. Kalau rasa demam yang lain macam, terus gie hospital. Jangan makan panadol and tido je. Denggi memang susah nak detect. Jangan malas untuk ke hospital berkali kali. Jangan kedekut bila hospital nak amek darah. Ala bukan banyak pun (tapi kalau dah hari2 mmg tension ar..cucuk2 tak kuar darah cucuk lagi tempat lain..gile!!)..Jangan ingat denggi ni demam biasa. Boleh bawa maut kalau tak jaga betul2. Check up byk kali lepas dah sihat. Sebab virus tu still there. Kang tetibe dia aktif balik, dia makan balik platelet, abislaaaa. Ingat, denggi takde ubat. Takde ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Yang hospital bagi tu just antibiotik untuk lemahkan dia je. So, jaga diri. Renung renungkan dan selamat beramal *tiba tiba*

[wawa]
Powered By Blogger