Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Nasi Kukus Ayam Sado

Aku suke makan nasi kukus sbb simple tapi sedap. Beberapa hari lepas aku nmpk de stall baru bukak jual nasi kukus. Biasa bli kat pantai dalam. Nasi kukus dnaim tu. Tp sbb dh de yang dekat nk try la. Yg pantai dalam rm6 sbb ayam dara katanya. Tah camne dia kenalpasti ayam tu dara pn aku xtau laa. Tp daging ayam tu ala2 ayam kampung. Kira cam x berlemak sgt laa. Yang ni rm5 jer. Ayam dia boleh tahan besar. Sesuai dgn nama dia ayam sado. Sado adalah besarr dowwhhh. Budak zaman skang pnya bahasa. Rosak!

Aku pn beli nk try. Ternyata kuah dia sedap. Dia mix 2 jenis kuah. Satu tu gne rempah kerutup satu lagi gulai kawah. Sedaapp woo. Bukan gulai kari biasa tu.

Stall dia dpn ktm petaling. Kira sape turun train boleh terus beli laa. Aku suke and nak repeat lagi.

P/s: takde gmba nasi aku bli sbb lapar x henggat. Hahabaa

Tuesday, November 29, 2011

First Attempt: Stew Daging


Ok cerita ni dah basi tapi nak cerita gak sebab kagum dengan diri sendiri. Muahahaaaa.Lepas raya korban haritu dapat banyak daging. Dh dekat 2 minggu lebih dalam peti. So kena jugak masak. Puas pikir nak masak ape ek. Lama lama terpikir stew daging. Weii gila camne nak buat tuh??tapi dengan bantuan Mr Google aku berjaya jugak buat dan SEDAP!!!Mari aku share resepinya:
  1. Beberapa ratus gram daging..tak sure berapa sebab tak timbang..tapi rasa dalam 500g kut - bersihkan potong kiub..besar sikit la sebab nak masak ni lama..kalau kecik kang kecut plak..
  2. 2 biji bawang besar potong dadu2 yer
  3. 5 ulas bawang putih tak payah hiris tak payah tumbuk..masuk je sebijik2
  4. bawang tumbuk dalam 2-3 sudu (bawang merah la)
  5. sebatang carrot potong besar2
  6. 2 bijik potato potong 4
  7. 2 sudu tepung gandum
  8. serbuk lada hitam ikut citarasa
  9. garam
  10. gula
  11. daun bawang, daun sup, bawang goreng untuk hiasan
  12. minyak sikit untuk tumis

cara-caranya mudah saja:

  1. Panaskan minyak didalam periuk yg sesuai (kalau guna pressure cooker lagi bagus, tapi aku guna tefal je so that nanti biar lama x melekat).
  2. Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  3. Tumiskan bawang putih, merah.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata.
  5. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata.
  6. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam (kalau menggunakan pressure cooker, masak selama 20 minit).
  7. Kemudian tambahkan kentang dan lobak.
  8. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  9. Seasonkan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  10. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun
    bawang.

Senang dan sedap. Daging pun lembut jerrr..kalau nak kuah lebih tak yah letak tepung sebab kentang dah tolong pekatkan kuah. Kes aku terus jadi kering. Huhu

[wawa]

Saturday, October 2, 2010

Lamar Lelaki Langkah Terpuji

Woot woot. Uish hari ni pencapaian gila dalam hidup aku. Hari Sabtu tak tidor lepas Subuh semata mata nak kemas rumah sebab excited gila dah ada penyapu lidi dengan mop baru. Pencapaian wooooooo. Rentetan hidup sepanjang minggu:
  • Last Sabtu beraya kat rumah makcik yah kat sambil makan bubur lambuk yang ada lokan, bihun goreng, air sirap, kueh loyang. Sambil meraduk ke dalam semak belakang rumah untuk mencari pokok keladi sambil mencari paku merah untuk dibuat bubur lambuk esoknya. Sambil bawak balik macam2 jenis pokok dan macam macam la. Haha gila ah kalau raya kat semua rumah orang camni. Elli pun ikut! Malam tu konon konon kami sefamily termasuk Elli si anak angkat nak dinner ikan bakar kat area Tanjung Lumpur tu. Tapi ramai gila orang weiiiiii. Semua tempat fullhouse. wtf. Ok, kita bergerak ke Pantai Beserah plak. Tempat dah masyuk, tepi laut, tapi kedai tu takde ikan. Boleh? Chesss.. Bergerak pula ke kedai seterusnya. Ramai orang tapi still ada seat tapi orang dh duduk 5 minit pun dia tak datang hantar menu lagi. So, boleh imagine nk tunggu dia masak bape lama kan?. Dialog antara aku dan elli:
Elli: wei ni dah kedai ketiga tapi still tak dapat makan
Wawa: Ok, kalau kedai ke4 tak dapat jugak, tempat makan ke5 adalah rumah kita! haha bongok!
  • Last choice makan kat Restoran Oh Bulan. Makan western western. Tak de la ikan bakar nya. Gambar byk dlm fb aku under album Miang Keladi Oh Bulan. Haha
  • Hari Ahad hari memasak bersama emak. Masak bubur lambuk ok! Hari Ahad juga hari harus pulang ke KL. Aiissh gila malas nak keje setelah cuti panjang.
  • Isnin kerja seperti biasa dan boss takde selama 3 hari kerana training dan mood untuk buat kerja semakin tiada kerana tiada boss. Keji gila. Tapi buat jugak testing. Hehe
  • Selasa, jumpa dengan kakak insurans untuk claim insurans sepanjang aku warded. Aku insured under Prudential Takaful HealthCare. Premium RM150 per month plus Takaful Puteri RM50 per month. Claim RM150 per day sepanjang warded. Ok la tuh. Plus Elli pun dah join Pru Health juga, maka aku dapat komisen dan membelanja makan pada malam itu. Kekeeeke
  • Rabu Khamis. Khamis terasa nak makan sesuatu. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun tomyam kung time warded dulu. Sedap gila weii. Aku dah siap salin resipi dalam internet. Kang kita beli bahan kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 panggilan dari housemate aku iaitu Kak Mira yang berbunyi "korang balik makan, jangan beli makanan akak bwk balik nasi goreng ayam dengan sup sayur" - tak dapat la bihun tomyam kung hari ni!
  • Jumaat adalah hari kerja yang biasa je.
  • Jumaat, ho yeaahh Jumaat ni suspend betol. Aku balik kerja Elli amek macam bese. Dialog dalam kereta time jammed:
Wawa: wei aku lapar gila.
Elli: So ko nak makan kat mana.
Wawa: rumah la. Aku nak masak. Dah terbayang bayang bihun sup sayur. Sedap gila weii. Kita letak bihun je dalam sup sayur lebih semalam. Kang kita beli bihun kat kedai runcit tuh.
Elli:(dalam hati..aku tau die mesti ckp camni: kata lapar tapi rajin plak nak masak. Haha)
* gila hari hari skrip same je!*
  • Tengah nak parking kat kedai runcit tuh, aku dapat 1 message dari housemate aku iaitu Kak Atiq yang berbunyi "weii kawan kawan, kenapa rumah kte je takde letrik nih? umah orang lain seme ada" aku dan elli terkejut seketika dan aku terus reply "weii aku dah bayar bil, cuba ko call tnb centre 15454 kut2 ada kerosakan". Sekian lama message tak direply. Aku dan elli decide nak makan luar je. Dah takde letrik nak masak amendanya. Lepas makan jangan kupa beli lilin! - harini tak dapat lagi menu idaman!
  • Sampai rumah mmg gelap ar sbb dah malam. Kak Atiq sudah pulang ke kampung halaman. Dah pasang lilin teros call TNB sebab tak puas hati kalau tak call sendiri. Org TNB ckp lagi sejam orang maintenance datang cek. Cesss...lama tuh! Dan aku dengan perasaan Mc Gyvernya telah membuka switch box tu. Tadi tak terpikir sbb kalau tendang mesti Kak Atiq dah try fix or whatever kan. Switch box tu tinggi so tak nampak mana on mana off. So aku main tolak je. Bila tolak ternyata kerosakan yang dialami adalah itu sahaja. Dan kami telah menerima cahaya kehidupan selepas itu. Woooo...buat suspend je. Nasib tak lama. Nasib idea switch box tu datang menjelma. Maybe ada shot kat mana mana sbb tu jadi tendang camtu. Cess..
  • Haaa, time aku makan sementara black out kat rumah tadi, aku telah membaca sekeping surat khabar Metro. Ada satu tajuk tu gila menarik perhatian:
LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

Aku siap capture lagi artikel ni sebagai bukti! Aku terpikir dan tertanya Elli kalau org laki tu reject macam mana?? Gila malu weii. Kalau satu office mau ko resign kut! Tapi gambar seterusnya menjelaskan bahawa:
"berjaya atau tidak bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan". Pergh gila ah.
Kalau aku nak lamar sape ek? Fahrin Ahmad? tanak sebab dia artis, Tengku Mahkota Johor? tanak sebab dia kerabat raja. Abeh tu sape??Hmm tah laa...takde sesiapa. Tapi serious aku takkan melamar lelaki. Malu la wei. Macam desperate nak berlaki je. Aisshhh tanak aku. Nanti laki tu rasa macam senang gila nak dapat aku. Pastu dia tak hargai aku. Pastu bila masalah rumah tangga "u yang nak dekat I. I tanak" uiisshh siut gila kalau camtuh! So better tak payah. Biar orang laki payah sikit nak dapat kita. Payah sikit je kalau payah banyak pun susah jugak. Nanti bila masalah rumahtangga, laki tu akan pk "dah la dulu aku susah nak dapat ko, dah dapat ni aku nak buli ko" weeiii takut gila nak kawen kalau camni. Mana tah nak dapat laki yang btol2 baik. Jahat sikit tu takpela. Haha

  • Hari Sabtu atau hari ini, cess konon konon pagi nak gie jogging tapi hujan plak (gila, padahal hujan kul 4 pagi. Pukul 7 of course dah reda. Ok, alasan trek jogging licin mungkin relevant). So dengan rasa penuh takzim aku kuatkan diri supaya tak tido lepas Subuh. Jalankan aktiviti senaman di rumah!!Memula sapu sawang gune penyapu lidi yang baru di copek dari rumah mak aku. Gila senaman tangan siut. Pastu sapu sampah, sapu kapet, mop lantai. Ok, mmg membakar kalori sbb berpeluh byk.
  • Tengah2 mop lantai mak aku call. Toktek toktek kejap. Mak aku jadi babysitter untuk cucu angkat kesayangan dia yang 5 orang tu sbb parents mereka outstation. Tapi 4 orang je. Yang kecik ini yang comel ini yang pandai bergambar ini ikut mak ayah mereka.
ini budak comel yang bernama Qayyum.

  • wess tujuan mak aku tepon adalah untuk menyatakan bahawa time budak2 tu ada air plak takde..ngeh ngeh ngeh. Nak masak camne kalau takde air. So mak aku suruh order Pizza or McD. Aku order tapi delivery ke Kuantan plus mak aku la kena bayar. Hahahahaa. Pizza Hut plak ada promotion bernama Hot Pair Deals. 2 Regular pizza baru RM28. Murah kan kan kan. Kalau 2 Large pizza baru RM40. Wooo..Sila order sekarang selagi promo masih ada.
  • Wooo diorang kat rumah makan Pizza, aku kat sini makan apa??Jeng jeng jeng. Breakfast Nasi Goreng Alabama. Wei apa itu? Hari tu mak aku ada kasi byk isi ikan yang dh siap rebus. Malas nak pikir nak masak apa, goreng je dgn nasi. Cari2 bahan dlm peti semua jumpa benda berasaskan ikan iaitu sardin dan tuna cili. Cara nak buat nasi goreng alabama, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam (semua ditumbuk dulu). Tumis sampai bawang layu. Masuk cili boh sesudu. Masuk sadin, tuna cili dan isi ikan tadi,, goreng sikit2, masuk nasi, goreng sampai sebati, masuk garam, dah siap!!gila sempoi! Gambar takde sebab tak cun pun. Haha
  • Lunch makan nasi goreng tadi lagi tapi dah ada lauk. Grill Chicken Blackpepper. Cess, nama nak hebat je padahal ayam bakar letak blackpepper sos je. Haha. Yang ni senang gile laa. Perap ayam dgn bawang putih dan halia yang dihiris, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, kicap manis, kicap masin. Semua benda tu 2 sudu. Perap la dalam sejam pastu bakar. Senang gila dan sedap gila.
Wei posting ini sudah panjang sangat. next cerita sambung di next posting.

[wawa]

Sunday, July 25, 2010

Resipi Spaghetti Bolognese Prego

Hari ni hari Ahad merangkap hari memasak untuk aku. Bangun pagi (pagi la sangat), gie pasar beli barang untuk memasak. Hari ni turn Elli masak and she decide to cook spaghetti. Ohoo..jadi orang Italy aku ini hari. Hoho..

Aku jadi kitchen helper jerr..plus photgrapher. Kalau turn aku memasak, takdenye dia nak amek gambar. chaitt..

Okies kte start dgn resipi kite ek tuan tuan dan puan puan sekalian:

Buat spaghetti ni senang jer. Bahan utama of coz la spaghetti dan sos Prego tu. Ni kire instant way laa.. kalau tak kene guna tomato puree. Bahan bahannya adalah:

sepeket spaghetti cap san remo..huhu

daging cincang cap pakcik ramly (kitorang gune half)

sedikit oregano leaves untuk bau yg menarek tertarek , da bombastic

sebotol sos prego..kalau nak lagi sedap, letak mushroom tapi kitorang x jumpe kat kedai tadi..haha

bahan yang tiada gamba sebab x cun: sebijik bawang besar yang dipotong dadu, butter, air, periuk, senduk dan dapur gas. hehe

cara-caranya pula:


mula2 rebus spaghetti dlm air. letak garam sikit dlm air tu. letak butter jugak sikit sbb tak nak kasik die lekat2..rebus sampai lembut ye puan puan

sementara nak tunggu dia lembut, boleh la prepare sos dia yang kacang bendi tu. nak prepare sos die, tumis bawang yang didadu tadi sampai naik bau. tumis dengan oregano sikit kasi rumah sebelah pun jeles. haha. (niat jahat jangan ikut ek).

then masukkan daging cincang tadi. air sikit. sampai la daging tu agak2 masak. then masukkan sos prego. then garam. gula sikit. rase sikit. kalau masam sangat, tambah air lagi. then masak sampai agak2 kering. then siap laaaaaaa...gile senang larrr (Elli selalu masak yg senang jer..haha)

dah lembut, toskan, lalu bawah air kejap. kasi bersih la. then toskan sperti gamba di atas.

tadaaaaa.....dah siap..tapi kalau ada mushroom lagi sedap. tabur sikit oregano untuk bau yg mengancam (mengancam orang umah sebelah..haha)

sekian kelas masakan hari ini puan puan sekalian
-wawa-

Wednesday, July 21, 2010

Seoul Garden

Adooii...lately penat sikit la kat office. Macam banyak keje siki, tapi saya suka.Ya, katakan ya kepada kerja!! Handle CR yang release August. Gila ko, spec baru hantar pagi tadi, nak masuk release Aug, hari ni dah 21hb hoccay...semput den..haha!! (harap2 sempat)

Oh ya, semalam one of my opizmate moving out from TM sbb dapat better offer for her future. Congratz and good luck to her. Even kitorang x penah bekerjasama (even berborak pun x pnh kut), tapi agak terasa la jugak kehilangan dia kerana dia team mate saya. And hari ni saya baru realized dia pun blogger. Oh wow!!tapi rase die bukan nuffnagger sbb macam x nampak jer iklan dia. Btw, hope we will alwiz keep in touch via fb of coz, kerana saya suka kawan ramai ramai. Ya, dia juga ada hutang sesuatu dgn saya iaitu Knowledge Sharing session. Patutnya dia jadi cikgu saya, tapi dh keluar plak dia =(

Lepas tu busy pulak dgn HCM projek tuh. Integration, testing and so on. tapi serious I LIKE!!compared dgn aku baru masuk dlu, gila bosan sbb keje tak mencabar sangat. Level sekarang aku suka...

Untuk mereleasekan sikit otak aku ni, balik keje tadi lepak lepak, makan makan kat Seoul Garden. Located at Plaza Pantai je. Jalan kaki 10 minit dah sampai. Tajaan Puan Maya Shalfawaniz..ekeke..Ya, kawan kawan saya memang hartawan dan dermawan dan budiman..Sila hantar resume jika berminat untuk menjadi kawan Puan Maya. Gerenti kenyang sepanjang masa.

Seoul Garden!!
Ya, nama dia Seoul Garden sbb style makan kat cni mmg macam kat Seoul (aku tak pernah sampai tapi based on drama Korea yang aku tonton laa). Kat sini served daging, ikan, seafood, sayur2, mee, nasi, air, buah, eskrem, rojak, ABC dll. Cara food diserved, kita kena masak sendiri (steamboat style la). Tapi kat sini boleh grill jugak. Tu specialty compared to others la. Time grill tu asap dia banyak woo. Sebijik macam dlm cerita Korea. Haha. Ni second time aku makan sini. 1st time dulu time anniversary MTP tu. Aku belom mampu makan secara individu kat sini sebab mahal woo...sekepala RM44 include free flow drinks. Makan apa saje yg ada dlm kedai tu smpai kenyang. Tadi aku makan banyak gilerr so esok aku pose..ekeke. Harap maaf tiada gamba kerana excited makan dan borak. Untuk maklumat lanjut sila click disini

Actually aku nak sambung wat testing kat rumah tapi entah kenapa aku tak boleh remote PC aku. Terase sangat tensi oke. Oleh kerana aku tak boleh buat keje, novel pun dah abeh bace (kene gie MPh lagi), so bloghopping je la. Dah lama x buat duit dgn blog nih. Kalau dulu rajin giler. Hari ni nampak ada iklan. Baik plak ati En Nuffnang terhadap saya. Hehe

Oh ya, power mata saya sudah bertambah, YA kerana banyak tgk pc, laptop,tv, main game dan yg seangkatan. Ya, saya dah buat spec baru sebab otak dh ting tong. Spec bese2 jer.. (ada ke yang luar biasa). Tapi yang previous frameless, yang ni half frame. Ya, aku memang tak suka yang fullframe. Macam skema jer..hehe

Sekian entry kali ini.

p/s: Ya, saya sedar entry ini banyak YA, YA, dan ya ya ya..hehe

Saturday, February 20, 2010

Restoran Atap - Atap Portuguese Ikan Bakar

Woot Woot..

Hari ini niat nak berjogging terpaksa dicancel sebab ngantuk giloss. Semalam layan American Idol pastu susah nak tidur dah. Breakfast Capucino COSWAY je. Then singgah opiz apartment ni jap, nak setel bil (duit lagi). Then naik LRT (cool) ke next destination iaitu Taman Jaya. Apa ada kat Taman Jaya??Amcorp Mall la, apa lagi ada kat situ..huhuuu

So, lunch dimanakah hari ini??

Lokasi: Restoran Atap Atap Portuguese Ikan Bakar Amcorp Mall PJ
Time: Lunch Hour (12.00pm)
Pax: aku dan Elli
Menu: aku - Ikan Pari Portuguese + Nasi + Sky Juice
Elli - Ikan Yu (Shark) Portuguese + Nasi + Cendol


ni menu dia


ni yang aku order (ni gambar dalam menu la ni)


aku order pari, Elli order Shark (eik makan shark!!) - harga dia still ok lagi kan


chilled chendol ni pun Elli punya menu - aku skyjuice so takde dalam gambar la


ni gambar-gambar pencuci mulot dia..nyum nyum kan??


taaadaaa..ni laa chilled chendol tu..Elli geram sebab takde jagung seperti dalam gambar..hahahaa

ini ikan pari bakar aku..pun x seperti dalam gambar..tapi still yummy laaaa..

overall aku rasa sedap la makan kat sini. aku kenal tempat ni pun hasil tunjuk ajar geng-geng office aku. sekali sekala makan luar ok gak. dah penat nak masak (xtau nak masak apa dah)...

next post aku citer pasal tarian naga / singa yang aku tengok kat Amcorp pas makan tadi. Bikin telinga jadi pekak woo. Tapi best!!

[wawa]

Powered By Blogger