Showing posts with label Moral. Show all posts
Showing posts with label Moral. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Gambar Lucah

Haa..amek ko!!
Gempak tak tajuk posting aku. Haha. Poyo gile. Publisiti murahan. Ah, sukati ar, kata blog aku (gila kerek)..

Oke, cerita dia macam ni. Suatu hari yang indah (intro biasa yg poyo), aku nak balik Kuantan. Dan macam biasa aku naik bas je. Aku naik bas macam biasa kat Bukit Jalil la (sbb dekat ngan rumah aku plus x jammed ikut NPE+MEX). Aku sampai Bukit Jalil ngam2 9.20pm and tiket aku pukul 9.30pm. Aku lambat sbb b4 tu gie workshop. Tingkap kereta Elli x boleh tutup (standard Proton la tu). Aku pulak nak terkucil. Aku ada 10minit je untuk queue kat toilet yang super duper harum tu. PErghhh...kelam kabut beb. Bas tu memang tunggu aku je. Kekekee..

Ha pastu apa yang gambar lucahnya?
Sabar boleh? Haha..

Dengan penatnya aku pun naik la bas. Henpon plak weng x boleh send SMS. Apa lagi, teros rasa nak beradu je la dalam aircond yang beku tu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng....

Aku ternampak sesuatu. Oh apakah itu??Mestilah gambar lucah. Oh no!! Kat mana aku nampak? Macam mana aku boleh nampak gambar lucah dlm bas transnasional??hohohooo

Jawapannya, aku nampak kat henpon org depan aku. Aku nampak pada cermin tingkap. Dah malam of course la senang nampak kan. Henpon mamat tu plak type iPhone ke Samsung tah. Tapi yang type full touch screen tuh. Cesss, henpon je canggih manggih tapi disalah guna. Memang la org ckp tu 18sx. Tapi bg aku sampai bila2 pun x boleh tgk gambar lucah. Dulu cikgu aku ckp, bila kita tgk benda camtu, hati jadi mati. Nanti banyak titik hitam pada hati kita. Isy isy isy...

Yang lagi surprise, mamat tu dah kawen, ada anak..Pergghh, terer gile aku siasat mamat tu..haha. Sbb aku nampak wallpaper henpon dia tu. Gamba dia and family dia. Apo la nak jadi ngan orang zaman skang ni kan..

Dalam kul 2 aku sampai Kuantan dgn penuh kemamaiannya, aku turun bas tros aku cari mamat tadi. Haha. Aku nak tgk rupe bentuk dia. Muka baik siut. Takde ciri2 lelaki hampeh langsung. Dengan pakai spek ala2 skemanya, isy nyampah lak aku.

Moral of the story: mana mau cari lelaki yang baik kalau dah muka baik pun hampas..

-wawa-

Thursday, July 22, 2010

Cheng Guorong


woott woott...gambar diatas ialah En Cheng Guorong. Dia asal dari China. Profession dia ada pengemis. Ya diulang, pengemis ok. Apa special sangat mamat ni??

let's check it out!!


handsome x??


macho kan. the most macho pengemis in the world kut. dengan gambar kat atas ni la yang mengubah nasib pengemis ni. pada suatu hari, ada seorang photographer amatur, amek gambar dia. untuk suka suka. then dia letak dalam photopages dia (x sure photopages ke blog). then, ramai follower dia cakap pengemis ni kacak dan macho giler. start from that, photographer tadi start jejaki pengemis ini.


memang dia macho kan


ketara gamba ini photoshop oke


ini tak photoshop. hasil dari jejakkan dari photographer tadi, telah membawa tuah kepada En Cheng ini. Beliau telah dilamar untuk menjadi model jenama terkemuka dan dgr kata sedang menjalani shooting untuk movie yg berkisar tentang kehidupan dia dulu.


ini dia sekarang. see how's life changing in sekelip mata

moral of the story: rezeki kita tak siapa yang tahu. siapa sangka dari seorang pengemis, boleh jadi cam tu kan. kenapa la takde orang tetiba amek gambar aku, post kat blog and teros femes..haha perasan cun!!gilo..

haa...pagi tadi aku baca paper, kisah kat Singapore, ada seorang amah (maid/bibik) Filipina dapat RM14juta dari ex boss dia. Tuan dia tu seorang doctor kat Singapore, dan maid tu dah keje dengan doktor tu almost 30 years kut (if not mistaken la). Then baru2 ni doktor merangkap tuan dia tu meninggal. Doktor tu telah wasiatkan sebuah kondo mewah, kereta dan duit yg semuanya bernilai RM14juta untuk maid dia tu. How lucky she is kan. Itulah balasan kalau kita ikhlas bekerja kut. From my point of view laa. Ya, semua itu rezeki, semua itu naseb. Kenapa lah doktor tu x hired aku jadi PA dia kan..hehehe

Oh ya, pc aku dah berjaya diremote. Problemnye, IP address dah bertukar. aku baru tau IP tu boleh bertukar tukar dgn sendirinya (aku je ek x tau info ni? sungguh ketinggalan sekali =p). Now, boleh remote dan buat kerja dgn senang hati. Lalalaalala

entry end
-wawa-

Tuesday, March 9, 2010

Sharing is Caring


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Powered By Blogger