Sunday, December 20, 2015

Keluar EPF Akaun 2

Korang rasa dan sedar x living cost skang tinggi ya hamat sangat. Gaji laki bini 10k pun x cukup weiiii. Ni baru sorang anak. Kalau org gaji kecik anak ramai camne la agaknya ek. Bayar rumah, kete, bil2 je dah nak pengsan. Belum campur barang dapur, susu anak, pampers. Mana nak cekau dowhhh. Skang memang penjimatan abeh laa. Almost hari2 bawak bekal. Tu la penjimatan yang terdaya. Yang len x tau nak cut camne.

Oleh kerana desakan kos hidup, aku telah mendecide mengeluarkan epf akaun 2 aku untuk cover installment rumah Kuantan aku tu. Harapkan sewa je x tercover. Tapi aku try buat untuk setahun dulu even duit aku cukup utk 3 tahun. Tapi kalau boleh aku x nk kosongkan terus akaun 2. Nanti dh retire sengsara plak.

Step untuk withdraw akaun 2 tak la susah sgt. First kne call bank yg loan rumah kte tu. Ckp kat dia nk statement for epf withdrawal. Sebab epf ada own format which memang bank tau. Macam aku loan kat Maybank Jalan Pudu. Aku call request statement. Dalam seminggu camtu dh siap. Dia soh dtg amek tapi sebab malas aku soh dia courier. Tetiba aku cek m2u ada deduct RM21.20 tanpa description. Letih aku pikir transaction ape tu. Tengah2 pikir courier statement pun sampai. Dalam tu ada bgtau caj for statement RM10.60, courier RM10.60. What the. Masa call x bgtau plak ada caj. Huhhhhhh.

After dh dpt statement, fotostet ic depan belakang, fill up form (bleh dpt form online) and print bank statement to verify bank account utk credit duit nanti. Jgn lupa bwk statement bank tadi kalau x sia2 jer.

Dah complete semua doc aku pun pegi la epf petaling jaya. Dah la puasa time tu. Gigih pegi jugak. Sbb dah Khamis, kalau x kne pegi mggu depannya plak. Sampai je epf, tetiba minah counter tu ckp statement bank tu salah type date S&P. Aku kne g bank balik utk betulkan. Hoiiii jalan pudu jauh hoiiii. Ok fine. Epf tau date S&P sebab dulu masa beli rumah aku withraw epf jugak. Kalau x diorang x tau pun. Aku pn pegi la Jalan Pudu. Penat weiiii.

Dah la aku ngan laki aku ada mutual understanding bahawa Maybank Jalan Pudu tu adalah Maybank yg tinggi depan Pudu Sentral tu. Confident wei. Sekali g counter dia ckp dik ni Menara Maybank Jalan Tun Perak. What theeeee???

Dia pun bagi direction g Jalan Pudu. Cissss sgt. Panas plak tu. Naik motor plak tu. Puasa plak tu. Huhhh mencabar betul. Oh lupa dahla tgh2 jalan baru perasan minyak motor nk abeh. Naseb perasan sebelum kering kontang. Nampak x cabaran tu.

Sampai Maybank Pudu tu pegawai yg buat surat tu cuti la plaaaakkkkk. Adohaiiiii. Tpi org kaunter tu mintak pegawai lain attend case aku. Lama jugak aku kat situ sbb dia nk cari agreement aku. Pada agreement tu mmg date yg betul pada statement. Ah sudah. Confuse dah. Tapi ada schedule yg ckp aku de sign first agreement setahun sebelum date pada statement tu. Pegawai tu ammend la statement tu.

Aku pun pegi la epf balik. Baru la setel segalanya. Huuuuu lega lega. Harap2 dengan kua epf ni dpt la menampung cket2 mana yg patut. Nk naik sewa rumah x sampai ati lagi. Tunggu la cket lagi.

Thursday, December 10, 2015

Adam Tukar Susu Lepas Pandai Meniarap

Baru2 ni Adam sembelit. Setakat ni 2x la. Nak nangis hoi tgk dia sembelit. Maka dengan itu aku ngan laki aku decide tukar susu. Sekarang enfalac a+ gentlease. Pening nk decide nk tukar susu ape. Last2 amek enfalac a+ jugak tp bukan gentlease. At least same brand still same taste. For first time tu campur2 dulu. Ble nampak dia serasi baru maintain je susu baru. In term of price, susu baru slightly murah. Tp x murah banyak la. Satu tin yg 900g RM97. Bila try setin dh ok terus beli sekotak yg ada 3pack 600g. Harga RM190. Macam nk pengsan tgk hrga susu. Takpela demi anak.

Adam dah pandai meniarap sendiri sgt. Pantang letak baring je terus pusing. Masa nk pakai pampers pun bukan main suka nk pusing. Kalau malas aku sarung pant je. Senang citer. Huhuuu

Powered By Blogger